Wednesday, May 4, 2016

Kajian kes Pengajian Perniagaan - PETRONAS


  • Kes ini sebuah syarikat multinasional milik kerajaan Malaysia
  • Isu utama yang dikaji ialah analisis SWOT serta peranan pengurus 
  •  fakta khusus sahaja
  • merupakan soalan percubaan dari negeri Kelantan


PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS)

       Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS) Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS) merupakan syarikat minyak dan gas negara bertaraf multinasionalyang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan telah diamanahkan untuk membangunkan dan menambahnilai sumber-sumber tersebut. Aktiviti perniagaan PETRONAS terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu aktiviti perniagaan huluan yang merangkumi aktiviti carigali, pembangunan dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli. Manakala aktiviti perniagaan hiliran meliputi penapisan, perdagangan dan pemasaran minyak dan produk petroleum mentah di pasaran tempatan dan antarabangsa, serta melalui pembuatan dan pemasaran produk-produk petrokimia. Kumpulan syarikat PETRONAS terdiri daripada 91 buah anak syarikat milik penuh, 39 buah syarikat separuh milik dan 20 syarikat bersekutu yang menjalankan operasi di dalam dan luar negara. Fortune Global 500 telah meletakkan PETRONAS sebagai syarikat ke- 80 terbesar di dunia.
       Pada 1 April 2015, PETRONAS telah melantik Datuk Wan Zulkiflee bin Wan Ariffin sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru. Beliau mula menyertai PETRONAS pada tahun 1983 sebagai Jurutera Proses. Sepanjang 23 tahun perkhidmatannya, beliau telah memegang pelbagai jawatan di dalam pelbagai peringkat pengurusan PETRONAS. Menerusi memorandum dalaman syarikat, Datuk Wan Zulkiflee bin Wan Ariffin telah mengumumkan bahawa PETRONAS akan mengurangkan perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasinya sebanyak RM50 bilion untuk tempoh empat tahun akan datang, termasuk menghentikan beberapa projeknya ekoran kejatuhan harga minyak dunia. Bagi tahun 2016, rancangan perbelanjaan syarikat akan berlandaskan kepada harga purata minyak dunia AS$48 (RM211) setong. Di dalam memorandum itu juga, PETRONAS dijangka mengumumkan penstrukturan semula perniagaannya termasuk membabitkan pemotongan gaji kakitangan sebanyak 20 hingga 30 peratus untuk peringkat pengurusan atasan serta kemungkinan melaksanakan empat hari bekerja. Kakitangan berstatus kontrak dan kontrak lantikan terus juga bakal dikurangkan.
       Semasa membentangkan prestasi kewangan PETRONAS pada 11 November lalu, Datuk Wan Zulkiflee dilapor berkata, PETRONAS tidak berhasrat untuk membuang pekerjanya terutama yang berjawatan tetap walaupun syarikat itu mengalami penyusutan keuntungan lebih 80 peratus pada suku ketiga 2015 ekoran kejatuhan harga minyak dunia, sebaliknya PETRONAS akan menyusun semula kakitangannya dengan menempatkan lebih banyak tenaga kerja untuk segmen hiliran yang telah mencatat peningkatan dalam keuntungan. Datuk Wan Zulkiflee juga memaklumkan bahawa PETRONAS kekal komited dengan rancangan perbelanjaan modal hingga RM350 billion untuk tempoh lima tahun akan datang dengan meneruskan aktiviti pelaburannya di dalam projek pengeluaran gas asli cecair di Kanada, pembangunan fasiliti LNG terapungnya serta projek pembangunan bersepadu penapisan dan petrokimia di Johor.
(Disesuaikan daripada http://www.petronas.com.my/ http://www.utusan.com.my , http://www.bharian.com.my dan http://www.bloomberg.com yang dicapai pada 21 Februari 2016)
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut :
a) Dengan menggunakan analisis (SWOT), Strength(kekuatan), weaknesses(kelemahan), Oportunity (peluang) dan Threats (ancaman), terangkan aplikasi analisis kekuatan dan ancaman bagi syarikat PETRONAS. [20]
b) Terangkan peranan Datuk Wan Zulkiflee sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS. [10]

Jawapan
a. Analisis Kekuatan PETRONAS:
1) PETRONAS merupakan syarikat minyak dan gas negara bertaraf multinasional yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.[2]
2) Syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan telah diamanahkan untuk membangunkan dan menambahnilai sumber-sumber tersebut.[2]
3) PETRONAS menjalankan aktiviti perniagaan yang luas/pelbagai - aktiviti perniagaan huluan yang merangkumi aktiviti carigali, pembangunan dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli dan aktiviti perniagaan hiliran meliputi penapisan, perdagangan dan pemasaran minyak dan produk petroleum mentah di pasaran tempatan dan antarabangsa, serta melalui pembuatan dan pemasaran produk-produk petrokimia. [2]
4) Kumpulan syarikat PETRONAS terdiri daripada 91 buah anak syarikat milik penuh, 39 buah syarikat separuh milik dan 20 syarikat bersekutu yang menjalankan operasi di dalam dan luar negara. [2]
5) Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke 80 terbesar di dunia. [2]

b.Analisis Ancaman PETRONAS :
1) Kejatuhan harga minyak dunia[1]
- Telah menyebabkan penyusutan keuntungan lebih 80%[1]
- Terpaksa mengurangkan perbelanjaan menghentikan beberapa projek[1]
Peranan Datuk Wan Zulkiflee sebagai Presiden dan KetuaPegawai Eksekuti PETRONAS.
a. Bermaklumat/ Informational [1]
i)Pemantau atau pengawas[1]
Peka terhadap perubahan persekitaran dalaman dan luaran organisasi dengan memperolehi maklumat berguna untuk manfaat organisasi sama ada dari dalam atau luar organisasi.[1]
Datuk Wan Zulkiflee perlu memantau perubahan harga minyak dunia kerana bagi tahun 2016 rancangan perbelanjaan syarikat akan berlandaskan kepada harga purata minyak dunia.[1]
ii)Penyampai atau penyebar[1]
Menyampaikan maklumat kepada pekerja organisasi dalam melaksanakan tugas berbentuk fakta, huraian dan angka.[1]
Menerusi memorandum dalaman , Datuk Wan Zulkiflee telah mengumumkan bahawa syarikat akan mengurangkan perbelanjaan modal dan operasinya.[1]
iii) Jurucakap[1]
Menyampaikan maklumat kepada pihak lain di luar organisasi berkaitan perancangan, polisi, tindakan dan keputusan organisasi.[1]
Datuk Wan Zulkiflee membentangkan prestasi kewangan PETRONAS pada 11 November lalu.[1]
b. Antara perorangan/ Interpersonal [1]
i)Ketua atau pemimpin[1]
membuat keputusan dalam perancangan organisasi.[1]
Datuk Wan Zulkiflee juga memaklumkan bahawa Petronas kekal komited dengan rancangan perbelanjaan modal hingga RM350 billion untuk tempoh lima tahun akan datang [1]
dengan meneruskan aktiviti pelaburannya di dalam projek pengeluaran gas asli cecair di Kanada, pembangunan fasiliti LNG terapungnya serta projek pembangunan bersepadu penapisan dan petrokimia di Johor.[1]
c. Pembuatan Keputusan/ Decision Making[1]
i)Usahawan[1]
Membuat perubahan untuk menyesuaikan organisasi dengan perubahan persekitaran.[1]
Datuk Wan Zulkifli akan menyusun semula kakitangannya dengan menempatkan lebih banyak tenaga kerja untuk segmen hiliran yang telah mencatat peningkatan dalam keuntungan.[1]
ii) Pembahagi/ pengagih sumber[1]
Menggunakan kebijaksanaan untuk mengagihkan sumbersumber organisasi mengikut keutamaan dan kepentingan tugas bagi melancarkan perjalanan syarikat oleh kerana sumber-sumber organisasi yang terhad.[1]
Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin telah mengumumkan bahawa PETRONAS akan mengurangkan perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasinya sebanyak RM50 bilion untuk tempoh empat tahun akan datang [1]

termasuk menghentikan beberapa projeknya ekoran tekanan akibat kejatuhan harga minyak dunia.[1]

No comments :

Post a Comment