Monday, July 7, 2014

Pengurusan pengeluaran- contoh soalan dan jawapan

Pengurusan pengeluaran


Soalan pendek

a.      Jelaskan tiga peranan seseorang pengurus pengeluaran.                                   [6]

-          Kualiti produk. Pengurus pengeluaran perlu menentukan kualiti produk yang dikeluarkan menepati kehendak pengguna. Produk yang kurang bermutu akan menjejaskan daya saing firma tersebut.
-          Masa pengeluaran. Pengurus pengeluaran juga perlu memastikan pengeluaran mengikut jadual yang ditetapkan. Kelewatan pengeluaran akan menjejaskan permintaan dan seterusnya jualan merosot.
-          Kos pengeluaran. Pengurus pengeluaran juga perlu berusaha untuk meminimumkan kos pengeluaran agar harga produk dapat dikurangkan dan seterusnya daya saing firma meningkat


b.      Jelaskan cabaran berikut kepada industry perabot Malaysia:
i.                    Perubahan teknologi yang berterusan
ii.                  Globalisasi
iii.                Kepekaan terhadap isu alam sekitar                                                       [6]

Cabaran kepada industry perabot ialah
-          Industri perabot perlu  peka terhadap perubahan teknologi dan berusaha untuk menggunakan teknologi terkini agar mutu perabot ditingkatkan serta rekabentuk perabot baru dapat dicipta dengan kos yang rendah.
-          Globalisasi akan meningkatkan persaingan kerana kemasukan perabot Negara asing ke pasaran tempatan. Pengeluar perabot Malaysia perlu berusaha untuk meningkatkan mutu produk serta memperkenalkan produk baru untuk terus kekal dalam pasaran.
-          Isu alam sekitar juga perlu diberi perhatian kerana pengguna inginkan perabot mesra alam. Industri perabot perlu berusaha untuk mencari bahan mentah mesra alam serta menggunakan teknologi hijau untuk meminimumkan impak negative pengeluaran kepada alam sekitar

c.       Jelaskan tiga jenis susun atur kilang.                                                                  [6]

-          Susun atur produk  iaitu semua input seperti buruh dan mesin disusun mengikut Aliran penghasilan produk. Contohnya pengeluaran kasut
-          Susun atur proses iaitu input seperti  buruh dan mesin disusun mengikut fungsi kerja. Contohnya perkhidmatan hospital
-          Susunatur tetap iaitu semua input seperti buruh dan mesin dibawa ke lokasi pengeluaran. Contohnya pembinaan jambatan

d.      Terangkan jenis pengeluaran untuk setiap aktiviti berikut:
i.                    Pembinaan sebuah universiti
ii.                  Pengeluaran sabun mandi
iii.                Percetakan buku                                                                           [6]

-          Pembinaan university melibatkan pengeluaran secara tempahan. Pembinaan mengikut spesifikasi pengguna dan memerlukan modal yang banyak.
-          Pengeluaran sabun mandi melibatkan pengeluaran secara massa  iaitu penghasilan kuantiti yang banyak dan standard.
-          Percetakan buku melibatkan pengeluaran secara berkelompok iaitu penghasilan beberapa jenis produk dalam satu masa tertentu.

e.       Syarikat Tekstil Tunas SendirianBerhad memerlukan 400 gulung kain ela pada setiap minggu. Syarikat itu beroperasi 5 hari seminggu dan 52 minggu setahun. Kos memesan kain ela ialah RM60.00 bagi setiap pesanan, dan kos pegangan ialah RM20.00 bagi setiap gulung. Syarikat memesan sebanyak 400 gulung kain ela bagi setiappesanan.Secara puratanya, penghantaran pemesanan mengambil masa 3 hari bekerja
i.                     Hitung jumlah kos tahunan, iaitu kos pesanan dan kos pegangan yang perlu dibayar oleh syarikat itu.
ii.                  Hitung Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) bagi syarikat itu.
iii.                Hitung jumlah kos tahunan yang  perlu dibayar jika EOQ dipesan.
iv.                Hitungkan titik pesanan semula syarikat itu.                                          [8]

i. Kos tahunan ialah  kos pegangan + kos  pesanan

 Kos pegangan ialah Qh/2  dan kos pesanan ialah DS/Q

Kos pegangan = 400x20 /2  

Kos pesanan = 20800x60 / 400



















No comments :

Post a Comment