Monday, June 30, 2014

Kajian kes Pengajian Perniagaan - pengurusan pengeluaran

Kajian kes pengurusan pengeluaran
Syarikat Mutiara Berhad

Kilang perabot Maju dimiliki oleh Syarikat Mutiara Berhad. Kilang ini terletak di Jerantut dan telah beroperasi  sejak 1985. Kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini dipasarkan  di Eropah dan juga pasaran tempatan .  Sejak kebelakangan ini, persaingan daripada perabot Negara China , Indonesia dan Vietnam yang  mula memasuki pasaran tempatan dan  Eropah menyebabkan  jualan Syarikat Mutiara telah merosot sebanyak 25%.  Di samping itu, syarikat juga menghadapi masalah mengeluarkan perabot mengikut tren pengguna semasa yang sentiasa berubah. Untuk meningkatkan jualan perabot syarikat telah berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dengan mendapatkan pengiktirafan SIRIM. Syarikat Mutiara juga berusaha menarik minat pembeli dengan mengeluarkan perabot mesra alam dengan menggunakan teknologi hijau dan  menggunakan bahan organik. Syarikat Mutiara juga bercadang untuk menggantikan mesin sedia ada dengan  mesin baru yang diimport dari Taiwan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti perabot.

Pengurus pengeluaran  kilang ini ialah Encik Firdaus yang mempunyai pengalaman  sebanyak 18 tahun. Beliau telah menetapkan standard pencapaian untuk setiap pekerja. Pekerja juga diberi ganjaran berdasarkan prestasi mereka. Pekerja juga diberi tugas berdasarkan kemahiran  yang dimiliki. Mesyuarat mingguan bersama pengurus pemasaran, kewangan dan sumber manusia merupakan landasan untuk berkongsi maklumat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikat. Jabatan pengeluaran bergantung kepada maklumat yang diperoleh dari jabatan pemasaran seperti kuantiti pesanan, citarasa pengguna dan spesifikasi produk sebelum menghasilkan perabot.  Kilang ini mengeluarkan perabot dalam kuantiti yang banyak dan seragam. Susunan mesin dibuat dalam bentuk barisan untuk memudahkan pemasangan dan penghasilan perabot.

Walaupun ada cadangan untuk memindahkan lokasi kilang ini ke Klang, Selangor, Pengurus Besarnya Datuk Sukiman tidak bersetuju kerana bekalan kayu yang banyak dan mudah diperoleh di Jerantut. Upah pekerja juga lebih rendah berbanding di Selangor.  Kilang ini mudah dihubungi kerana jarak dari lebuhraya Pantai Timur  ke Jerantut  di sekitar 60 km.  Ada kemudahan lengkap seperti bekalan air, elektrik dan telekomunikasi menyebabkan operasi kilang berjalan lancar.

Berdasarkan kes di atas jawab soalan berikut:

a. Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh syarikat Mutiara dalam
    pengeluaran perabot.  [20]

(Pastikan jawapan anda mempunyai  fakta, huraian dan contoh daripada kes)

Fakta:    Gobalisasi
Huraian: Pengeluar tempatan menghadapi persaingan sengit dari pengeluar Negara lain.
Contoh daripada kes: Persaingan daripada perabot Negara China , Indonesia dan Vietnam yang  mula memasuki pasaran tempatan dan  Eropah menyebabkan  jualan Syarikat Mutiara telah merosot sebanyak 25%.  

2. Keperluan untuk memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai. Produk pengeluar mesti berupaya memenuhi citarasa  pengguna. Kitaran hayat produk pula semakin pendek. Contohnya: Syarikat juga menghadapi masalah mengeluarkan perabot mengikut tren pengguna semasa yang sentiasa berubah.

3. Penekanan kepada kualiti pengeluaran.Jangkaan pengguna terhadap kualiti produk semakin meningkat dan pengurus pengeluaran perlu berusaha untuk  meningkatkan kualiti produk secara berterusan. Contohnya: Untuk meningkatkan jualan perabot syarikat telah berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dengan mendapatkan pengiktirafan SIRIM.

4. Kepekaan terhadap isu alam sekitar. Pengurus pengeluaran perlu mengambilkira aspek alam sekitar agar pengeluaran tidak mencemarkan alam sekitar dan juga menghindari tindakan kerajaan. Contohnya: Syarikat Mutiara juga berusaha menarik minat pembeli dengan mengeluarkan perabot mesra alam dengan menggunakan teknologi hijau dan  menggunakan bahan organik.

5. Teknologi.Penggunaan teknologi terkini untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran.Contohnya: Syarikat Mutiara juga bercadang untuk menggantikan mesin sedia ada dengan  mesin baru yang diimport dari Taiwan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti perabot.

b. Jelaskan prinsip pengurusan Frederick W. Taylor yang telah digunakan oleh Encik Firdaus . [12]
-          Penetapan standard. Pekerja perlu diberitahu tentang standard yang perlu dicapai oleh  mereka.  Contohnya: Beliau telah menetapkan standard pencapaian untuk setiap pekerja.

-          Hubungan antara ganjaran dengan prestasi pekerja. Pemberian ganjaran kepada pekerja pelu mengambil kira pencapaian pekerja dalam tugas yang diberikan.Contohnya: Pekerja diberi ganjaran berdasarkan prestasi mereka

-          Pemilihan pekerja berdasarkan kemahiran. Pekerja perlu diberi tugas mengikut kemahiran yang ada pada pekerja berkenaan.Contohnya:  Pekerja juga diberi tugas berdasarkan kemahiran  yang dimiliki.

c. Huraikan hubungan antara jabatan pemasaran dan jabatan pengeluaran di kilang tersebut. [8]

-          Jabatan pemasaran memberi maklumat tentang kuantiti perabot yang diperlukan kepada jabatan pengeluaran

-          Jabatan pengeluaran membuat perabot mengikut spesifikasi yang dikenalpasti oleh jabatan pemasaran

-          Jumlah perabot yang dikeluarkan oleh jabatan pengeluaran berdasarkan anggaran jualan yang dibuat oleh jabatan pemasaran

-          Jabatan pemasaran memberi maklumabalas pengguna dan jabatan pengeluaran menambahbaik kualiti dan rekabentuk perabot berdasarkan maklumat yang diterima

d. Huraikan jenis pengeluaran dan jenis susun atur  yang digunakan oleh kilang perabot ini. [10]

-          Jenis pengeluaran ialah pengeluaran secara massa iaitu menghasilkan produk yang standard dan barang yang yang mempunyai permintaan yang stabil. Kilang perabot ini menghasilkan kuantiti perabot yang banyak dan seragam

-          Jenis susun atur ialah susun atur produk iaitu penyusunan input seperti mesin dan pekerja mengikut tututan penghasilan perabot. Kilang ini mengeluarkan perabot dalam kuantiti yang banyak dan seragam. Susunan mesin dibuat dalam bentuk barisan untuk memudahkan pemasangan dan penghasilan perabot.


e. Mengapakah Datuk Sukiman berpuashati dengan lokasi kilang ini? [16]

Datuk Sukiman berpuashati dengan lokasi kilang ini kerana

1. Bekalan tenaga buruh. Bilangan tenaga buruh yang ramai dan murah dapat mengurangkan kos pengeluaran. Contohnya upah pekerja juga rendah berbanding di Selangor

2. Bekalan bahan mentah. Bekalan bahan mentah yang murah, banyak dan mudah didapati akan membantu pengeluaran berjalan lancar tanpa gangguan. Contohnya bekalan kayu yang banyak dan mudah diperoleh di Jerantut

3. Kemudahan pengangkutan. Lokasi kilang boleh dihubungi dengan mudah oleh pengangkutan agar bahan mentah, buruh dan produk siap dapat dipindahkan dengan segera. Contohnya:  Kilang ini mudah dihubungi kerana jarak dari lebuhraya Pantai Timur  ke Jerantut  di sekitar 60 km

4. Kemudahan prasarana. Lokasi kilang perlu dilengkapi dengan kemudahan prasarana seperti bekalan air yang dapat menjimatkan kos penyediaan produk dan kemudahan. Contohnya.  Ada kemudahan lengkap seperti bekalan air, elektrik dan telekomunikasi menyebabkan operasi kilang berjalan lancar.





1 comment :

  1. Saya SEKARANG FULFILL BERHARGA KERUGIAN DARI PINJAMAN I GOT DARI LFDS. Saya ingin membawa ini kepada notis orang ramai tentang bagaimana saya menghubungi LFDS selepas saya kehilangan pekerjaan saya dan ditolak pinjaman oleh bank saya dan kewangan lain institusi kerana skor kredit saya. Saya tidak dapat membayar yuran anak saya. Saya tertinggal di atas bil, kira-kira akan dibuang keluar rumah kerana saya tidak dapat membayar sewa saya. Pada masa ini, anak-anak saya diambil dari saya oleh penjagaan angkat. Kemudian saya berikan untuk mencari dana dalam talian di mana saya kehilangan $ 3,670 yang saya dipinjam dari rakan-rakan yang saya telah merobek oleh dua syarikat pinjaman dalam talian. Sehingga saya membaca tentang: Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian (lfdsloans@outlook.com / lfdsloans@lemeridianfds.com) di suatu tempat di internet, Masih tidak meyakinkan kerana apa yang saya telah lalui sehingga saudara saya yang seorang paderi juga memberitahu saya mengenai skim pinjaman LFDS yang berterusan pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 1.9 %% dan terma pembayaran balik yang indah tanpa penalti kerana gagal bayar pembayaran. Saya tidak mempunyai pilihan selain menghubungi mereka yang saya lakukan melalui teks + 1-989-394-3740 dan Encik Benjamin menjawab kembali kepada saya Hari itu adalah hari yang terbaik dan paling hebat dalam hidup saya yang tidak boleh dilupakan apabila saya menerima amaran kredit $ 400,000.00 Jumlah pinjaman kami yang dipohon. Saya menggunakan pinjaman dengan berkesan untuk membayar hutang saya dan memulakan perniagaan dan hari ini saya dan anak-anak saya sangat gembira dan memenuhi. Anda juga dapat menghubungi mereka melalui e-mel: (lfdsloans@outlook.com / lfdsloans@lemeridianfds.com) Helaian WhatsApptext: + 1-989-394-3740 Mengapa saya melakukan ini? Saya melakukan ini untuk menyelamatkan seberapa banyak yang memerlukan pinjaman tidak menjadi mangsa penipuan di internet. Terima kasih dan Tuhan memberkati anda semua, saya Oleksander Artem dari Horizon Park BC, Ukraine.

    ReplyDelete