Thursday, July 17, 2014

Kajian kes Pengajian Perniagaan- pengurusan pengeluaran 2

Syarikat Wawasan Plastics Berhad

Syarikat Wawasan Plastics Berhad  merupakan syarikat usahasama antara Malaysia Plastics Industries Berhad dengan Tian Jin Plastics Industries yang berasal dari Negara China. Syarikat ini mengeluarkan pelbagai barangan plastic untuk pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa. Sebagai peneraju pasaran , syarikat wawasan menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan barangan plastic dengan menggunakan mesin yang diimport dari Taiwan. Keluaran syarikat ini juga mendapat pengiktirafan SIRIM iaitu sebuah agensi kerajaan yang menetapkan standard untuk barang perkilangan buatan Malaysia. Selaras dengan citarasa pengguna semasa yang mengutamakan produk mesra alam, syarikat wawasan juga mengeluarkan produk plastic yang boleh dikitarsemula.

Produk syarikat Wawasan merupakan produk pilihan utama di pasaran kerana faktor kualiti.  Pihak pengurusan menggunakan pelbagai alat kawalan kualiti untuk memastikan produk keluaran syarikat ini mempunyai kualiti yang tinggi. Syarikat ini sentiasa membandingkan produk syarikat dengan produk sedia ada dalam pasaran dan sentiasa mengaplikasikan amalan terbaik yang digunakan oleh syarikat lain. Ada kumpulan pekerja yang ditubuhkan untuk mengenalpasti masalah keluaran serta mmeberi cadangan kepada pihak pengurusan dalam meningkatkan kualiti produk. Syarikat Wawasan juga memudahkan kontrak pembelian pelanggan daripada 15 mukasurat kepada 4 mukasurat.

Syarikat Wawasan akan membuka sebuah kilang baru di Pahang dengan kos bernilai RM600 juta. Kilang ini terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng. Kawasan perindustrian Gebeng telah dibangunkan oleh kerajaan negeri dan mempunyai kemudahan lengkap seperti bekalan air, elektrik dan telekomunikasi. Kilang baru ini juga letak berdekatan dengan pelabuhan Kuantan dan ini akan memudahkan aktiviti eksport keluaran syarikat ini ke pasaran China dan Jepun. Bahan mentah kilang ini diperoleh dari Kemaman ,Terengganu yang merupakan pusat pemprosesan petrokimia.


Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

a.       Huraikan factor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan
       syarikat ini.             [16]

Jawapan
Faktor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan syarikat ini ialah
1. Persekitaran teknologi
-    Ia berkaitan dengan kaedah pengeluaran yang digunakan oleh sesebuah perniagaan. Penggunaan teknologi yang canggih akan meningkatkan keupayaan pengeluaran serta kualiti barang yang dikeluarkan.
-    Dalam kes ini, Syarikat Wawasan telah menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan barangan plastic dengan menggunakan mesin yang diimport dari Taiwan
2. Persekitaran sosiobudaya
-    Ia berkaitan dengan citarasa, gaya hidup penduduk yang boleh mempengaruhi aktiviti pengeluaran.
-    Dalan kes ini , selaras dengan citarasa pengguna semasa yang mengutamakan produk mesra alam, syarikat wawasan juga mengeluarkan produk plastic yang boleh dikitarsemula.
3. Persekitaran politik dan perundangan
-    Ia berkaitan dengan dasar, peraturan, kempen yang dianjurkan oleh kerajaan.
-    Dalam kes ini, keluaran syarikat ini juga mendapat pengiktirafan SIRIM iaitu sebuah agensi kerajaan yang menetapkan standard untuk barang perkilangan buatan Malaysia.
4. Perkitaran prasarana
 -     ia berkaitan dengan kemudahan yang disediakan seperti bekalan air dan elektrik, kemudahan  pengangkutan dan telekomunikasi yang memudahkan aktiviti perkilangan.
-     Dalam kes ini, kilang ini terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng. Kawasan perindustrian Gebeng  telah dibangunkan oleh kerajaan negeri dan mempunyai kemudahan lengkap seperti bekalan air, elektrik  dan telekomunikasi

b.      Huraikan alat kawalan kualiti yang digunakan oleh syarikat ini.                                        [12]
Jawapan
Alat kawalan kualiti yang digunakan oleh syarikat ini ialah
1. Penanda aras.
-  Penanda aras merupakan satu proses yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dengan cara
    memerhati dan mempelajari amalan-amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi yang lain.
·   Biasanya syarikat akan melakukan pengubahsuaian terhadap amalan sedia ada dengan 
    menggunakan amalan terbaik yang dipelajari dari organisasilain
-   Dalam kes ini, syarikat ini sentiasa membandingkan produk syarikat dengan produk sedia ada 
    dalam pasaran dan sentiasa mengaplikasikan amalan terbaik yang digunakan oleh syarikat lain.

2. Pasukan penambahbaikan kualiti
-   Huraian
-   contoh daripada kes

3. Analisis nilai tambah
-   Huraian
-   Contoh daripada kes


c.       Jelaskan factor yang mempengaruhi keputusan syarikat untuk membuka kilang di Pahang. 
        [12]

Jawapan
1. Bahan mentah
- Huraian
- Berkaitan dengan kes: Bahan mentah kilang ini diperoleh dari Kemaman ,Terengganu yang 
  merupakan pusat pemprosesan petrokimia.


2. Pengangkutan
-  Huraian
-  Berkaitan dengan kes: Kilang baru ini juga letak berdekatan dengan pelabuhan Kuantan dan ini 
   akan memudahkan aktiviti eksport keluaran syarikat ini ke pasaran China dan Jepun. 

3. Prasarana
- Huraian
- Berkaitan dengan kes:
  Kawasan perindustrian Gebeng telah dibangunkan oleh kerajaan negeri dan mempunyai 
  kemudahan lengkap seperti bekalan air, elektrik dan telekomunikasi. 

1 comment :