Monday, July 21, 2014

Kajian kes berkaitan pengurusan pemasaran KFC Malaysia - segmentasi, campuaran pemasaran dan persekitaran umum perniagaan


KFC Malaysia

KFC Malaysia diuruskan oleh QSR Brands Berhad , sebuah syarikat milik Jcorps. Restoren KFC yang pertama di buka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan sehingga tahun 2013 terdapat 579  cawangan KFC di seluruh Malaysia. Restoren KFC menyediakan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, nugget, burger dan mencatat prestasi yang membanggakan dalam indsutri restoren makanan segera di Malaysia. Cawangan KFC meliputi tiga jenis iaitu restoran pandu lalu, restoren di pusat membeli belah dan restoren sahaja.


Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya membahagikan pasaran mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja dan  keluarga. Contohnya, menu chicky meal disediakan istimewa untuk kanak-kanak. iklan KFC di media massa sering memaparkan restoran KFC sebagai restoran makanan segera-untuk-keluarga, dengan konsep ceria dan menyeronokkan. Semua restoren KFC letak di pinggir bandar dan juga pusat bandar. Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah dan atasan yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.

Untuk memastikan kedudukannya sebagai pemimpin pasaran makanan segera, KFC Malaysia sentiasa memperkenalkan produk baru seperti Pokkits, ayam goreng sos istimewa korea dan ayam golden wrap. Di samping membuka restoren di seluruh Malaysia, KFC juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah yang diperkenalkan sejak tahun 2013 sebagai strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan. Harga produk KFC adalah sangat kompetitif dan produknya mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.Harga berbeza mengikut lokasi restoren. KFC Malaysia memperuntukkan hampir RM100 juta untuk perbelanjaan promosi seperti pengiklanan dalam media cetak dan media elektronik, promosi melalui laman web iaitu kfc.com.my , penajaan program televisyen untuk kanak-kanak dan  juga pemberian baucer

Sebagai peneraju industri makanan segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia sememangnya menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny Rogers dan sebagainya. Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam, setiap aspek proses pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dengan tegas mematuhi MS1500: 2009. Peningkatan pendapatan isirumah di Malaysia khususnya di luar bandar telah mendorong KFC Malaysia membuka lebih banyak cawangan dan kini terdapat 40 restoren KFC di Sarawak dan 40 restoren KFC di Sabah.Di samping itu  kenaikan harga bahan api serta kenaikan tarif elektrik ekoran program rasionalisasi subsidi kerajaan memberi kesan kepada kenaikan kos operasi yang memang dirasai khususnya kesan rantaian.

(disesuaikan daripada rencana di akhbar Sinar Harian, Utusan Malaysia dan lamanweb www.kfc.com.my)


Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

1.    Jelaskan asas segmentasi pasaran yang digunakan oleh restoren KFC Malaysia. (12)

     a.    Demografi.     Membahagikan pasaran  berdasarkan ciri-ciri penduduk  seperti umur,       jantina, pendapatan, pekerjaan, pendidikan, bangsa, dan warga negara.  Contoh              daripada kes: Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja dan  keluarga.              Contohnya, menu chicky meal disediakan istimewa untuk kanak-

     b.    Psikografi. Membahagikan pasaran mengikut ciri-ciri pengguna berdasarkan kelas          sosial, personaliti, minat dan gaya hidup.Contoh daripada kes: Sebahagian besar            pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah dan atasan yang mementingkan           kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.

     c.    Geografi. Membahagikan pasaran berdasarkan lokasi seperti Negara, negeri, daerah       dan bandar. Contoh daripada kes: Semua restoren KFC letak di pinggir bandar dan         juga pusat bandar

      
 2.    Huraikan faktor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan restoren KFC di Malaysia (16)

      a.    Persekitaran ekonomi iaitu merujuk kepada sistem ekonomi, keadaan ekonomi dan kuasa beli pengguna dalam sesebuah negara di mana perniagaan dijalankan.Kaitan dengan kes: Peningkatan pendapatan isirumah di Malaysia khususnya di luar bandar telah mendorong KFC Malaysia membuka lebih banyak cawangan dan kini terdapat 40 restoren KFC di Sarawak dan 40 restoren KFC di Sabah

     b.    Persekitaran sosiobudaya iaitu merujuk kepada kepercayaan agama, budaya, adapt resam dan cita rasa penduduk sesebuah negara.Kaitan dengan kes: Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam, setiap aspek proses pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

     c.    Persekitaran politik dan perundangan iaitu merujuk kefahaman politik, peraturan, undang-undang dan dasar yang digunakan oleh sesebuah negara.Kaitan dengan kes: kenaikan harga bahan api serta kenaikan tarif elektrik ekoran program rasionalisasi subsidi kerajaan memberi kesan kepada kenaikan kos operasi yang memang dirasai khususnya kesan rantaian.

     d.    Persekitaran persaingan dan jaringan iaitu keadaan industri diman a firma lain yang menyediakan perkhidmatan atau keluarkan produk yang sama serta struktur pasaran yang wujud. Kaitan dengan kes: Restoren KFC Malaysia sememangnya menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny Rogers dan sebagainya

3.    Huraikan campuran pemasaran yang telah digunakan oleh restoren KFC Malaysia  (12)

       a.    Produk iaitu barang, perkhidmatan , idea yang ditawarkan oleh penjual kepada bakal pembeli untuk perhatian, milikan atau kegunaan untuk memuaskan kehendak dan keperluan pembeli.Kaitan dengan kes: KFC Malaysia sentiasa memperkenalkan produk baru seperti Pokkits, ayam goreng sos istimewa korea dan ayam golden wrap

       b.    Agihan: Proses memindahkan dari pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki mereka.Kaitan dengan kes: Di samping membuka restoren di seluruh Malaysia, KFC juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah yang diperkenalkan sejak tahun 2013 sebagai strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan

       c.    Harga iaitu jumlah wang yang dikenakan untuk pemilikan atau penggunaan sesuatu produk atau nilai wang yang dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan sesuatu produk.Kaitan dengan kes: Harga produk KFC adalah sangat kompetitif dan produknya mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.Harga berbeza mengikut lokasi restoren.

      d.    Promosi iaitu komunikasi pemasaran yg dilakukan oleh pemasar untuk berkomunkasi dengan sasaran pengguna untuk memaklumkan dan mempengaruhi mereka untuk membeli produk pemasar Kaitan dengan kes: KFC Malaysia memperuntukkan hampir RM100 juta untuk perbelanjaan promosi seperti pengiklanan dalam media cetak dan media elektronik, promosi melalui laman web iaitu kfc.com.my , penajaan program televisyen untuk kanak-kanak dan  juga pemberian baucer

11 comments :

  1. hurmmm....kalau dalam ciri saingannya pula mcm mananya pula yee????:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita boleh terangkan bagaimana KFC memastikan produk mereka sentiasa diperbaharui supaya sentiasa mendapat perhatian dan tarikan yang lebih berbanding pesaingnya disamping meningkatkan lagi kesetiaan pelanggan mereka

      Delete
    2. kita boleh terangkan bagaimana KFC memastikan produk mereka sentiasa diperbaharui supaya sentiasa mendapat perhatian dan tarikan yang lebih berbanding pesaingnya disamping meningkatkan lagi kesetiaan pelanggan mereka

      Delete
  2. slm sejahtera. Saya ada satu soalan.Apakah impak strategi ke arah syarikat kfc? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  3. Impak boleh dijelaskan dari aspek saiz pasaran, saiz operasi, jualan dan keuntungan, imej, pelanggan dan kos

    ReplyDelete
  4. bolehkah saya tahu jenis pengeluaran dan susun atur pengeluaran bagi produk ayam kfc

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera....bolehkan terangkan kos struktur yg ada dlm perniagaan KFC ini? saya perlukan penjelasan segara.

    ReplyDelete
  8. Salam sejahtera , boleh ke terangkan permasalahan secara umum dari sudut pengurusan

    ReplyDelete