Friday, September 6, 2013

Transformasi Tingkatan Enam di bawah PPPM 2013-2025

Wahai pelajar!

Ada berita baik.

Berikut adalah petikan dari PPPM  2013-2025
yang dirasmikan oleh YAB TPM Malaysia

Mentransformasi Tingkatan 6
Pada akhir 2013, Kementerian akan mentransformasi Tingkatan 6
bagi menggalakkan lebih ramai murid memilih program tersebut.
Transformasi ini bertujuan untuk menganjak persekitaran
pembelajaran daripada model lepas menengah kepada model
prauniversiti. Usaha ini akan menjadikan kelayakan Tingkatan 6
setanding dengan program prauniversiti yang ditawarkan oleh institusi 
pendidikan swasta pada masa ini. 

Sekolah yang menawarkan Tingkatan 6 akan diberi lebih kuasa
membuat keputusan bagi memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk
mengupayakan murid menjadi lebih bersedia bagi kemasukan
ke universiti. Sebagai contoh, antara inisiatif tersebut termasuk
melonggarkan syarat pemakaian pakaian seragam sekolah untuk
murid Tingkatan 6. Murid juga akan diberi lebih peluang untuk
mengembangkan bakat kepimpinan dan kemahiran insaniah melalui pertambahan peranan dan pilihan aktiviti sukan, kokurikulum dan khidmat komuniti. 

No comments :

Post a Comment