Monday, September 2, 2013

Etika Perniagaan- Jenis pendekatan tindakan beretika

Jenis pendekatan tindakan beretika

a.     Pendekatan utilitarian
-       Diperkenalkan oleh ahli falsafah Jeremy Bentham dan John Stuart Mill
-       Menekankan konsep “faedah terbaik untuk bilangan terbesar”
-       Faedah kepada golongan majoriti diutamakan berbanding golongan minoriti
-       Pembinaan sebuah empangan menyebabkan pemindahan seratus orang penduduk tetapi dapat menyelesaikan masalah bekalan air untuk 1 juta penduduk. Pembinaan empangan itu perlu diteruskan.

b.    Pendekatan individualisme
-       Mengutamakan kepentingan individu apabila membuat keputusan
-       Mengutamakan kebebasan dan kepentingan diri dan membawa kebaikan maksimum kepada individu dalam pembuatan keputusan
-       Contoh:Pemberian insentif khas kepada jurujual kereta yang mencapai jualan tertinggi menyebabkan setiap pekerja berusaha untuk mengatasi target jualan dan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan insentif tersebut.

c.     Pendekatan keadilan
-       Seseorang pengurus atau pemimpin mestilah adil dan saksama dalam mebuat keputusan di mana keadilan yang dimaksudkan adalah lebih daripada keadilan biasa.
-       Contohnya kerajaan menetapkan harga tepung gandum sebanyak RM1.35. Sebuah pasar raya menjual dengan harga RM1.10 kerana , ia mendapati ini adalah harga yang dianggap berpatutan setelah mengambil kira keuntungan.
-       Contoh: Setiap pekerja samada lelaki atau wanita perlu dibayar gaji yang sama. Peraturan dan polisi syarikat mestilah sama untuk semua pekerja.
d.     Pendekatan hak moral
-       Setiap individu mempunyai hak moral dan kebebsan yang tidak boleh diputuskan oleh orang lain.
-       Contohnya hak untuk memberi pendapat, hak untuk hidup dalam keadaan yang aman dan hak untuk privasi.

Hak

Penerangan

Hak penyetujuan bebas
 Setiap orang berhak untuk dilayan sekiranya mereka bersetuju dan bersedia  untuk dilayan
Hak kebersendirian
 Setiap orang mempunyai hak untuk membuat seperti apa mereka mahu di dalam kehidupan peribadi mereka, dan mereka ada hak untuk mengawal atau mendedahkan tentang aktiviti peribadi mereka
Hak kebebasan hati nurani /suara hati
 Setiap orang mempunyai hak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya ianya melanggar prinsip moral yang mereka pegang
Hak untuk kebebasan
Setiap orang mempunyai hak untuk secara berhemat mengkritik suatu etika organisasi, selagi kritik-kritik mereka tidak mencabuli hak individu-individu di dalam organisasi.
Hak proses berpatutan
 Jika seseorang percaya hak mereka dicabuli, mereka mempunyai hak kepada suatu perbicaraan yang adil dan saksama

-       Contohnya: pekerja muslim perlu diberi peluang untuk melaksanakan kewajipan sembahyang.


Faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh pengurus dan organisasi

a.     Pengurus
-       Pemilihan pendekatan etika oleh pengurus bergantung kepada latarbelakang keluarga, keperluan diri serta kepercayaan agama.
-       Ia juga bergantung kepada kepimpinan pengurus samada autorkratik (buat tugas yang seperti diarahkan, pastikan buat kerja yang sempurna dan berusaha untuk mengelak daripada dikenakan tindakan), kerja kumpulan (berusaha untuk mencapai matlamat kumpulan, mematuhi undang-undang dan patuh kepada system social), transformasional (mempunyai kepercayaan diri, berusaha untuk mengimbangkan keperluan diri dan keperluan umum)

b.    Organisasi
-       Nilai yang dipegang oleh sesebuah organisasi.
-       Organisisi yang mengutamakan nilai social akan menggunakan pendekatan moral dan keadilan

-       Organisasi yang mengutamakan faedah untuk golongan majoriti akan menggunakan pendekatan utilitarian.

No comments :

Post a Comment