Friday, September 27, 2013

soalan pecutan PP Bab 1: Perniagaan dan persekitaran

Bahagian A [50 markah]
Jawab semua soalan.

1
(a)
Jelaskan empat kepentingan untung kepada perniagaan.              
 (Soalan jelaskan memerlukan anda memberi konsep, huraian dengan contoh    yang sesuai)   
·          ganjaran kpd pemilik
·         modal
·         dorongan
·         teknologi

[4]



(b)

Terangkan tiga kepentingan perniagaan kepada masyarakat.
(Soalan terangkan memerlukan anda memberi konsep dan huraian )   
·         Peluang pekerjaan
·         Tanggungjawab sosial
·         Memenuhi keperluan dan kehendak
·         Kemudahan awam


[6]


(c)
Nyatakan empat cabaran perniagan pada masa hadapan.
(Soalan nyatakan memerlukan anda memberi konsep atau fakta tanpa huraian)   
·         Sumber bahan mentah
·         Globalisasi
·         Teknologi
·         Tanggungjawab sosial

[4]


(d)
Jelaskan tanggungjawab sebuah bank  kepada pihak yang berikut
            (i)                 Kerajaan
·         Cukai
·         Patuh undang-undang
·         Penglibatan dasar

            (ii)               Pelanggan
·         Harga
·         Layanan
·         Perkhidmatan bermutu

[6]


(e)
Jelaskan mengapa entiti perniagaan berbentuk milikan tunggal dianggap sebagai sesuai bagi industri kecil?                           
·         Modal
·         Pengurusan
·         Saiz perniagaan
·         Teknologi
·         Saiz pasaran


[4]

(f)
Jelaskan tiga perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad.
(Soalan bezakan memerlukan anda memberi aspek perbezaan antara dua konsep yang dinyatakan dalam soalan . Anda boleh menggunakan jadual tiga lajur untuk menjawab soalan perbezaan)   
·         Saiz modal
·         Maklumat kewangan
·         Pindahmilik saham


[6]


(g)
Jelaskan empat  ciri koperasi.
·         Bilangan anggota
·         Motif
·         Pindahmilik saham
·         Pengurusan
[4]



(h)

Klinik Dr  William dan rakan-rakan

Syarikat Nirwana  Sdn Bhd
Bezakan dua entiti perniagaan di atas.
·         Jenis milikan
·         Pembahagian untung
·         Bilangan anggota
·         Pengurusan
·         Liabiliti



[4

(i)
Dengan menggunakan contoh yang sesuai ,jelaskan hubungan antara sektor primer, sekunder dan tertiar.
(Soalan dengan menggunakan contoh  memerlukan anda memberi contoh yang sesuai, berikan konnsep, huraian dengan contoh    yang sesuai serta kaitan antara satu sama lain)   
·         Contoh: pengeluaran perabot
·         Primer: bahan mentah-kayu balak, tiada proses
·         Sekunder- proses, barang siap-perabot, separuh siap-papan
·         Tertiar- perkhidmatan, pengagihan perabot, pemborongan, peruncitan

[6]


(j)
Jelaskan tiga jenis perkhidmatan di negara kita.         
·         Kewangan-simpanan, pembiayaan
·         Pendidikan- kolej,universiti, diploma
·         Perhotelan- penginapan, makanan

[6]

Bahagian B [50 markah]
2
(a)   Syarikat Peesang  Sendirian Berhad merupakan pengeluar kerepek pisang terbesar di Malaysia.
Jelaskan proses perniagaan  untuk pengeluaran  kerepek pisang syarikat tersebut.
(Soalan proses/ langkah perlu mengikut turutan yang betul.Beri konsep, huraian dengan contoh yang diberi dalam soalan iaitu pengeluaran kerepek pisang)   

·         Input
·         Proses transformasi/ tambah nilai
·         Output
·         Pemasaran
·         Penjanaan untung rugi
(kaitkan dengan pengeluaran kerepek pisang)


[12]



Forestra bukti kejayaan

(b)    Puan Jurina Anwar, Pengarah Urusan Bio-Nature Sdn Bhd boleh berbangga dengan kejayaan Forestra. Kata kuncinya ialah khasiat tumbuhan semulajadi khususnya herba sebenarnya satu modal perniagaan yang mampu menjana keuntungan. Sebab itu, selepas mendapat maklumat menerusi iklan di media tempatan mengenai tawaran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi membangunkan usahawan tempatan menerusi konsep perkongsian menggunakan kemudahan dan kepakaran agensi tersebut, Jurina tidak menunggu lama.Beliau menyambar peluang tersebut dengan keazaman bahawa inilah masanya untuk melunaskan impian, manakala peluang hanya datang sekali dan perlu dimanfaatkan .Bio Nature Formula Sdn. Bhd. (BNF) yang didaftarkan pada 26 Disember 2008 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM 1,169,000 daripada Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) iaitu sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk pembangunan teknologi perniagaan .

Beliau menggunakan jenama Forestra bagi menghargai nilai tumbuhan herba dan mengabadikan sumbangan FRIM yang mana teras penyelidikannya adalah bahan asas hutan dan juga selaku pembekal teknologi.Menurutnya, syarikat terbabit diterajui oleh tiga individu iaitu beliau dan Dayang Filidia Abang Ahmad Bolhassan serta seorang penyelidik FRIM yang pakar berkaitan teknologi minyak pati dan formulasi iaitu Dr. Nor Azah Mohamad Ali yang juga pengurus teknologi untuk syarikat terbabit .Ketika ini, semua penyelidikan yang diterajui oleh Dr. Nor Azah dijalankan di makmal FRIM di Kepong.
''Bagi kami, FRIM banyak mengkaji dan membangunkan produk semula jadi yang kebanyakannya berasaskan tumbuhan tempatan. 'Ini dapat membuktikan khazanah hutan kita begitu berharga dalam banyak industri seperti perkayuan, kecantikan, kesihatan, bioteknologi, perladangan dan sebagainya. FRIM dapat memartabatkan industri herba dan hutan tempatan di mata dunia," ujarnya.

Dalam usaha tersebut, syarikatnya juga bekerjasama dengan syarikat - syarikat swasta termasuk Nutraherbs Sdn. Bhd., dan badan -badan kerajaan yang lain.Mengenai kapasiti pengeluaran syarikat, Jurina memberitahu, BNF setakat ini mampu mengeluarkan sebanyak 10,000 unit setiap bulan untuk setiap produk. Menurut Zurina, syarikat ini mementingkan kualiti dengan membuat kajian secara terperinci mengenai isi kandungan produk syarikat supaya selamat berkesan dan halal.Selain itu  syarikat ini juga mngenengahkan konsep tradisional dalam bentuk yang lebih moden dan mudah digunakan," ujarnya.Pada masa sama, BNF juga menerapkan elemen warna dan bentuk semulajadi dan sesuai untuk pasaran luar negara.Mengenai sambutan pelanggan beliau berkata, pengguna semakin mempercayai Forestra atas kualiti dan keberkesanan yang ditawarkan dalam setiap produk dengan harga yang sangat berpatutan.Dalam pada itu, syarikat BNF mendapat kerjasama daripada penduduk kampung sebagai pembekal bahan mentah menerusi pendekatan kontrak perladangan terutama bagi limau purut dan lengkuas.

( Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.utusan.com.my
yang dicapai pada 10 September 2013 )



Berdasarkan kes di atas,

(i)                 Jelaskan tiga persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan Bio-life Sdn Bhd.
(berikan definisi konsep, huraian konsep dan contoh berkaitan kes)
·         Teknologi- kaedah, produk bermutu, kos
·         Politik dan perundangan- bantuan, prasarana, latihan, ruangniaga
·         Sosiobudaya- cara hidup, masyarakat Melayu, halal

(ii)               Terangkan tiga pihak berkepentingan syarikat Bio-life Sdn Bhd.
(berikan definisi konsep, huraian konsep dan contoh berkaitan kes)
·         Pelanggan
·         Pesaing
·         Pekerja

(iii)             Bagaimanakah kerjasama dengan syarikat swasta yang lain membawa faedah kepada Bio-life Sdn Bhd?
·         Perkongsian teknologi
·         Pasaran
·         Bahan mentah
·         Daya saing
·         Persaingan
·         Kepelbagaian produk

(iv)             Mengapakah Syarikat Bio-life Sdn Bhd bercadang untuk memasuki pasaran luar negara?
·         Saiz pasaran
·         Pasaran menimbul
·         Produk berkualiti
·         Bahan mentah
·         Kos
·         Persaingan



[12]





[9]





[9]









[8]



1 comment :