Monday, September 2, 2013

Etika perniagaan- Kepenggunaan

Kepenggunaan

Definisi
Kepenggunaan ialah satu gerakan yang tersusun secara kolektif yang ahlinya terdiri daripada pembeli dan pengguan barangan dan perkhidmatan serta mereka berusaha memelihara kepentingan pengguna.


Hak-hak pengguna

1.     Hak kepada keperluan asas
Hak untuk mendapatlan barangan dan perkhidmatan asas yang perlu untuk terus hidup.
Contoh makanan, pakaian, tempat tinggal, perkhidmatan kesihatan dll.
2.     Hak untuk membuat pilihan
Hak untuk mendapatkan pelbagai barangan atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan. Mereka berhak membuat pilihan atas barangan dan perkhidmatan yang dapat memberi kepuasan maksimum dan pada harga yang berpatutan. Salah satu cara hak ini boleh dipenuhi ialah melalui amalan persaingan perniagaan dan bukan monopoli.
3.     Hak mendapat maklumat
Pengguna perlu mendapat maklumat yang mencukupi dan tepat bagi membolehkan membuat keputusan dan pilihan yang betul. Sebagai contoh pengguna perlu dimaklumkan potensi risiko yang akan dihadapi apabila menggunakan sesuatu produk.
4.     Hak mendapat ganti rugi
Hak kepada penyelesaian tuntutan yang adil. Ini termasuk hak untuk mendapat pampasan bagi salah nyata kepada barangan yang tidak mengikut spesifikasi yang dipersetujui atau yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan dan terdapat bantuan dari segi perundangan yang memadai atau penyelesaian kepada tuntutan kecil apabila perlu.
5.     Hak mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
Hak untuk dilindungi daripada produk, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan atau kehidupan. Ini adalah kerana pengguna tiada pengetahuan atau kemahiran teknikal mengenai keselamtan sesuatu produk yang dibeli bergantung kepada pengeluar tentang keselamatan produk yang dibeli.
6.     Hak untuk menyuarakan pendapat atau didengari
Pengguna berhak menyuarakan pendapat atau pandangan mengenai barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Perlu ada saluran berkesan agar suara pengguna ini boleh didengari sebagai contoh melalui pertubuhan atau pergerakan pengguna yang efektif dan efisyen.
7.     Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
Pengguna untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pengguna bermaklumat
8.     Hak untuk mendapatkan persekitaran alam yang bersih
Pengguna berhak kepada persekitaran alam yang bersih dan tuidak tercemar seperti pencemaran air dan pencemaran udara.

Peranan agensi berkaitan

I. Peranan persatuan pengguna
a) menerima dan menyiasat aduan yang diterima dan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya
b) menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap sesuatu barangan
c) menyebarkan maklumat
d) memberi bantuan dan khidmat nasihat atau perkhidmatan guaman dalam urusan pembelian dan  
    penggunaan barang atau perkhidmatan agar pengguna tidak menanggung kos yang tinggi apabila
    membuat tuntutan.
e) memberi pendidikan kepenggunaan seperti kempen.

II. Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA)

FOMCA adalah sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik. Ia menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.

Keutamaannya bukan sahaja nilai untuk wang tetapi juga nilai untuk manusia. FOMCA berusaha untuk mempertingkatkan melalui kuasa beli pengguna, pembangunan berasaskan keperluan yang memastikan keadilan sosio-ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua Rakyat

Objektif FOMCA
FOMCA ditubuhkan dengan tujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
§  Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia.
§  Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna.
§  Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua.
§  Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia
Falsafah FOMCA
FOMCA bukan hanya sebuah pertubuhan pengguna, tetapi juga sebuah pertubuhan pembangunan. FOMCA inginkan mewujudkan keadaan-keadaan seperti berikut:
§  Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan ialah Perlindungan Sendiri."
§  Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir.
Peranan FOMCA
Demi mencapai falsafah-falsafah di atas, FOMCA mengamalkan empat pendekatan penting iaitu:
§  Sebuah badan yang memberi dan menyebarkan maklumat.
§  Sebuah badan pendidik yang memberi pendidikan kepada semua pengguna.
§  Sebuah badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna.
§  Sebuah badan yang menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar

III. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada doktor, pensyarah universiti, para ilmuan agama dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam.   


Visi utama penubuhan

Penubuhan ini adalah bertujuan untuk menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam, melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan berstrategi.


Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang, adalah diharapkan setiap pengguna Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang untuk mengembalikan maruah umat Islam yang kian tercemar dan terabai.


PPIM berusaha dengan gigih untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya sebagai ikhtiar untuk menjana ke arah perubahan yang positif  di dalam kehidupan ummah.




Objektif penubuhan

1.     Memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan tanggungjawab diri sendiri terhadap
memperjuangkan hak kepenggunaan Islam;
2.     Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab mereka tentang tuntutan Islam dalam
kepenggunaan;
3.     Menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya;
4.     Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan Islam melalui aktiviti-aktiviti terancang dan
proaktif;
5.     Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembangunan negara dengan cara
positif.

IV. Kementerian Perdagngan Dalam Negeri, koperasi dan kepenggunaan

Peranan
1.     Mengawal dan menyelia perdagangan dalam negeri seperti kawalan harga dan kawalan bekalan barang keperluan
2.     Pendidikan kepenggunaan seperti  kempen dan menganjurkan hari pengguna
3.     Pendaftaran syarikat dan  perniagaan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia
4.     Mengeluarkan lesen  aktiviti hiliran petroleum seperti stesyen minyak
5.     Melindungi pengguna dengan memastikan aktiviti perniagaan mematuhi hak pengguna       
6.     Memastikan hak dalam harta intelek  dipatuhi seperti membenteras aktiviti cetak rompak
7.     Memastikan tiada penyelewengan dalam perdagangan yang akan memberi kesan buruk kepada pengguna dengan memastikan peniaga menggunakan sistem sukatan dan timbangan yang standard

Kementerian ini juga membantu pengguna dengan
1.     Melindungi pengguna berkaitan hal kepenggunaan.
2.     Memastikan tiada penyelewengan dalam perdagangan yang akan memberi kesan buruk kepada pengguna.
3.     Menyelia perdagangan dalam negeri seperti memastikan peniaga mematuhi kawalan harga.
4.     Memasitkan bekalan barang keperluan seperti gula sentiasa mencukupi
5.     Memaastikan hak dalam harta intelek  dipatuhi seperti membenteras aktiviti cetak rompak
6.     Memastikan peniaga menggunakan sistem sukatan dan timbangan yang standard
7.      Mengadakan seminar, kempen untuk mendidik pengguna


V. Tribunal Tuntutan Pengguna

1. Latar Belakang
1.1 Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.
1.2 Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award-award Tribunal dan sebagainya.

2. Objektif Penubuhan Tribunal.
2.1 Tribunal Tuntutan Pengguna adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999.
2.2 Sebelum penubuhan Tribunal ini, segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa di bawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah di antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawap terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00.
2.3 Memahami hakikat ini Tribunal Tuntutan Pengguna telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.

3. Keanggotaan Tribunal
3.1 Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang pengerusi dan seorang timbalan pengerusi (terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan) dan tidak kurang daripada 5 orang anggota Tribunal yang lain dilantik oleh Menteri.

4. Bidang Kuasa Tribunal
4.1 Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar -(a) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti yang diperuntukkan di bawah Akta;
(b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;
(c) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
4.2 Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.

5. Batasan Bidang Kuasa
5.1 Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan:
(a) yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
(b) bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;
(c) yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau estet atau kepentingan mengenai tanah atau apa-apa francais; dan
(d) yang mengandungi pertikaian mengenai -
i. hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat;
ii. nama baik (good will);
iii. apa-apa hak dalam tindakan;
iv. rahsia perdagangan atau harta intelek lain
(e) apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.
5.2 Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

VI. Biro Kredit
Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuriskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi sejak 1982. Biro kredit mengumpul maklumat kredit mengenai para peminjam daripada institusi-institusi kewangan dan kemudiannya menawarkan maklumat kredit yang dikutip ini balik kepada institusi-institusi kewangan. Biro Kredit adalah dilarang mengutip maklumat para pendeposit

Maklumat yang terkandung di Biro Kredit disimpan dalam CCRIS yang  boleh membantu institusi kewangan untuk membuat keputusan pemberian pinjama berasaskan maklumat lengkap dalam masa yang lebih tepat

Apakah  JENIS MAKLUMAT TENTANG DIRI ANDA YANG DISIMPAN OLEH BIRO KREDIT?
Biro kredit meyimpan maklumat yang bersifat fakta mengenai para peminjam yang sebahagian besarnya diperolehi daripada institusi-institusi kewangan,
Seandainya anda menyimpan wang daripada institusi kewangan atau memegang kad kredit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan, maklumat mengenai diri anda dan pinjaman anda seperti berikut akan disimpan oleh Biro Kredit:
Butir-butir peribadi seperti nama, nombor dan alamat
Butir-butir terperinci tentang akaun kredit anda seperti jenis kemudahan kredit, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status tindakan undang-undang
VI. Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.
AKPK menawarkan kepada individu perkhidmatan berikut secara percuma:
  1. Pendidikan kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan skil pengurusan kredit
  2. Kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan
  3. Program pengurusan kredit untuk membantu pengguna menguasai semula kewangan mereka.


VII. Better Business Bureau
BBB ialah badan atau persatuan yang ditubuhkan oleh peniaga bagi menolong pengguna mengambil tindakan ke atas peniaga yang menjalankan perniagaan secara tidak beretika seperti menjual barang yang rosak dan kurang bermutu.

Peranan BBB
·         Membekalkan maklumat mengenai sesebuah perniagaan.
·         Membantu menyelesaikan aduan tentang sesebuah syarikat.
·         Menawarkan perkhidmatan penimbangtaraan untuk meyelesaikan pertikaian.
·         Memberi ceramah di sekolah, badan berkanun dan organisasi perniagaan.


No comments :

Post a Comment