Sunday, February 8, 2015
Friday, February 6, 2015
Kajian Kes pengajian perniagaan: Gaya kepimpinan dan kemahiran pengurusan
Wilayah Furnitools
Sendirian Berhad
Wilayah Furnitools Sendirian Berhad (WFSB) merupakan
pengeluar pelbagai mesin dan jentera
untuk kegunaan industri perabot.
Mula beroperasi pada tahun 2003, Syarikat ini menggunakan khidmat
pakar untuk memasarkan mesin dan peralatan serta penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan. Pada peringkat permulaan, pasukan eksekutif jualan ini diketuai oleh Encik Asri , seorang pengurus
yang menggunakan gaya kepimpinan laissez faire. Stafnya diberi kebebasan untuk
membuat keputusan. Daripada 80
eksekutifi jualan, hampir 60% mempunyai
dedikasi yang tinggi manakala yang bakinya tiada komitmen dan mencatat jualan
yang rendah. Encik Victor Wong yang dikenali sebagai Mr Big, merupakan
eksekutif jualan terbaik yang mencatat jualan tahunan hampir RM6 juta setahun.
Ada juga eksekutif jualan yang hanya mencatat jualan setakat RM100 000 setahun.
Pada
tahun 2014, Syarikat Cino Tools Limited yang merupakan pengeluar alatan dari Negara Cina telah membeli keseluruhan saham WFSB. Encik Vikram telah dilantik sebagai pengurus jualan
baru. Vikram berpendapat tindakan drastik perlu dilakukan untuk
meningkatkan jualan WFSB yang telah merosot hampir 40% . Vikram bimbang akan
WFSB kehilangan status sebagai pemimpin pasaran di Malaysia. Vikram bercadang
untuk menggunakan gaya kepimpinan yang berbeza untuk meningkatkan prestasi
pasukan jualan. Vikram juga mendapati
eksekutif jualan berbelanja terlalu banyak untuk aktiviti jualan. Semasa
mesyuarat jualan, Vikram memberitahu pasukan eksekutif jualan bahawa dia akan
memantau prestasi jualan setiap minggu. Setiap eksekutif diberi target jualan
yang perlu dicapai. Sebarang
perbelanjaan jualan melebihi RM300 , perlu mendapat persetujuan beliau terlebih
dahulu. Vikram juga meminta stafnya berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan
nasihat dan bimbingan untuk mencapai
target jualan yang ditetapkan.
Vikram
berpendapat pendekatan baru ini terpaksa digunakan kerana terdapat perbezaan
ketara antara pencapaian jualan setiap eksekutif jualan. Tambahan pula, ekesekutif
jualan yang mencatat jumlah jualan yang rendah juga menanggung perbelanjaan
jualan yang tinggi yang meliputi perbelanjaan penginapan, penerbangan dan alat
ganti. Victor kurang bersetuju dengan pendekatan baru Vikram. Victor
berpendapat, sebahagian besar eksekutif jualan mempunyai pengalaman melebihi 25
tahun dan berdedikasi dalam menguruskan
pelanggan mereka. Mereka juga arif dalam aspek teknikal dan bijak menguruskan
tugas yang diberi tanpa pengawasan. Victor juga berasa tidak senang hati kerana
perlu berjumpa Vikram kerap kali untuk mendapatkan pengesahan perbelanjaan
jualan seperti penempahan tiket penerbangan. Menurut Victor, Vikram tidak arif
dalam aspek teknikal dan tidak mampu membimbing pasukan jualan dalam aspek
tersebut.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut
a. Jelaskan
rasional penggunaan gaya kepimpinan laissez faire untuk menguruskan pasukan
jualan tersebut.
b. Huraikan
gaya kepimpinan yang akan digunakan oleh
Vikram untuk menguruskan pasukan jualan
tersebut.
c. Pada
pendapat anda mengapakah Vikram bercadang untuk mengubah gaya kepimpinan yang
digunakan oleh pengurus sebelumnya?
d. Sejauh
manakah penggunaan gaya kepimpinan baru mampu meningkatkan prestasi pasukan
jualan tersebut?
e. Huraikan
tiga kemahiran pengurusan yang perlu dimiliki oleh Vikram untuk menguruskan
pasukan jualan tersebut dengan cekap dan berkesan.
Thursday, January 29, 2015
Kajian kes pengajian perniagaan: fungsi pengurusan - pengurusan alat perancangan - Titik Pulang Modal
Alawiyah merupakan pemilik Wiyah Enterprise yang
mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain) untuk pelbagai program syarikat
dan agensi kerajaan. Alawiyah telah memperoleh sebuah kontrak syarikat taman
tema terkenal di Malaysia untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum
yang perlu disediakan ialah sebanyak 1000 unit. Syarat utama kontrak ialah
Alawiyah perlu menyewa sebuah lot gerai di taman tema berkenaan dengan sewa tahunan RM6 000.. Alawiyah tidak
memerlukan sebarang alatan tetapi dia perlu membeli bahan seperti gegelung plastic
bernilai 20 sen seunit, klip bernilai 10 sen seunit dan kertas photo bernilai 10 sen seunit. Alawiyah bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM8 seunit dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit setahun.
Berdasarkan kes di atas,
Soalan 1
Hitungkan
a. Titik pulang modal
b. keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit
rantai kunci
c. keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit
ranta kunci
Soalan 2
Bincangkan kegunaan titik pulang modal sebagai alat
perancangan
Jawapan
Soalan 1
a.
Titik pulang modal : Kos tetap / harga - kos berubah
Kos tetap: RM6 000
Kos berubah: RM0.40
Harga: RM8
Titik pulang modal : 62 000/ 8-0.4
789 unit
b.
Keuntungan : Jumlah hasil - jumlah kos
( 1000 X RM8 ) - (RM6 000 + 1000 X RM0.40)
: RM1 600
c. (2 500 X RM8 ) - ( RM6 000 + 2 500 X RM0.40 )
: RM13 000
Soalan 2
kebaikan titik pulang modal sebagai alat perancangan
a. Membantu pengusahs membuat keputusan keluarkan sendiri atau beli dan jual semula
b. Membantu pengusaha merancang jumlah keluaran yang perlu dihasilkan untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos
c. Dapat mengawal kos
Kelemahan titik pulang modal sebagai alat perancangan
a. Andaian semua produk akan dijual- mungkin jualan tidak sama dengan jumlah yang dikeluarkan
b. Andaian harga tetap- Harga mungkin berubah seperti harga mungkin
diturunkan untuk melariskan jualan
c. Kos berubah mungkin berubah disebabkan diskaun atau peningkatan produktiviti
d. Ia sangat bergantung kepada keupayaan pengusaha untuk mengira kos dengan tepat.
Etika perniagaan dan tanggungjawab sosial- artikel rasuah terbitan SPRM
| 08/11/2013 | Ps Hairuzzaki Bin Mohd Yusof | |
| 20/11/2012 | Bennard A/L Selvarajo | |
| 20/11/2012 | PPs Muhamad Shariffuddin Shaari | |
| 20/11/2012 | PPs Faridah Mahabob | |
| 20/11/2012 | Mohd Faizal Bin Awang Senik | |
| 20/11/2012 | Khoo Chai Lee | |
| 20/11/2012 | Unit Komunikasi Korporat | |
| 20/11/2012 | Zatul Yahaya | |
| 20/11/2012 | Dato' Ahmad Khusairi bin Yahaya | |
| 20/11/2012 | Dato' Ahmad Khusairi bin Yahaya | |
| 20/11/2012 | Dato' Ahmad Khusairi bin Yahaya | |
| 20/11/2012 | Unit Komunikasi Korporat | |
| 20/11/2012 | Unit Komunikasi Korporat | |
| 20/11/2012 | Unit Komunikasi Korporat | |
| 20/11/2012 | Unit Komunikasi Korporat |
Friday, January 23, 2015
Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2014 dan 2015
|
Peperiksaan
|
Tarikh
|
|
penggal
3 STPM 2014 dan kerja kursus
|
28 Januari 2015
|
|
Ulangan
penggal 1 dan Ulangan penggal 2
|
9 Februari 2015
|
|
penggal 1
2015
|
16 Februari 2015
|
|
Keputusan
keseluruhan Stpm 2014
|
2 Mac bermula 12 tgh hari
|
|
Ulangan
penggal 3 2014
|
8 April 2015
|
Sunday, January 18, 2015
KAJIAN KES PENGAJIAN PERNIAGAAN - PERANCANGAN STRATEGIK- ANALISIS SWOT
SYARIKAT MUDIM ENTERPRISE
Perniagaan
MUDIM telah ditubuhkan sejak tahun 1987 di negeri Kedah. Perniagaan yang
ditubuhkan ini merupakan salah satu daripada perusahaan kecil dan sederhana
(SMEs) di Malaysia yang mengeluarkan produk makanan. Perniagaan yang
dibangunkan ini menggunakan modal permulaan sebanyak RM 10 000 dan diuruskan
dengan cekap serta efisyen sehingga perniagaan MUDIM telah mencapai peningkatan
aset kepada RM 300 000. Selepas 20 tahun, MUDIM terus berusaha menghasilkan
produk yang inovatif bagi memenuhi permintaan yang banyak sama ada dari dalam
atau luar negara. Aktiviti utama perniagaan yang dijalankan adalah sebagai
pengeluar atau pengilang kicap, sos cili dan cuka. Selain itu juga syarikat ini
turut menjalankan aktiviti mempromosi produk keluaran syarikat mereka dan
mengagihkan ke dalam pasaran. Bermula awal tahun 2005, MUDIM telah mula
memasarkan produk keluarannya sehingga ke seluruh negara.
Sebelum itu,
Syarikat MUDIM hanya memasarkan produk mereka meliputi di negeri Kedah, Perlis
dan Pulau Pinang sahaja. Dengan strategi pemasaran yang dipertingkatkan melalui
pengalaman lalu, kemajuan teknologi serta kepakaran, kawalan kualiti produk
keluaran syarikat dan pengurusan pengagihan produk yang cekap, MUDIM kini lebih
berkeyakinan untuk menembusi pasaran industri makanan di luar negara. Hal ini
terbukti apabila produk keluaran MUDIM telah berjaya membuat promosi produk
keluarannya ke London, United Kingdom dan Arab Saudi. Syarikat MUDIM
merupakan perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Di bawah
pentadbiran En. Shaarani bin Zakaria yang mengamalkan konsep Islam dalam
pengurusan, MUDIM kini dalam proses mencapai tahap GMS (Good Manufacturing
Practice) bagi memastikan ketulenan dan kebersihan produk yang dikeluarkan.
Selain itu juga produk keluaran MUDIM dijamin HALAL dan telah diperakui oleh
pihak JAKIM.
Berdasarkan
analisis yang dibuat, syarikat MUDIM merupakan salah satu Industry Kecil dan
Sederhana (IKS) yang mengeluarkan pelbagai jenis produk untuk makanan iaitu
kicap, sos, dan cuka. Syarikat MUDIM adalah menguasai industry pengeluaran
produk untuk makanan terutama untuk produk seperti kicap dan sos. Selain itu
juga produk keluaran MUDIM dijamin HALAL dan telah diperakui oleh pihak
JAKIM. Syarikat MUDIM berjaya meguasai tiga negeri yang utama iaitu kedah,
perlis, dan pulau pinang. Oleh itu, syarikat MUDIM memperolehi keuntungan yang
agak tinggi dan pasaran yang agak kukuh dalam ketiga-tiga negeri ini untuk
keluaran produk untuk makanan. Disamping itu, syarikat MUDIM adalah salah satu
syarikat Industri Kecil dan Sederahana dalam Kedah yang mampu bertahan kepada
generasi kedua dan semakin kukuh di pasaran. Syarikat MUDIM adalah dimiliki
sepenuhnya oleh bumiputera. Di bawah pentadbiran En. Shaarani B. Zakaria yang
mengamalkan konsep Islam dalam pengurusan, MUDIM kini dalam proses mencapai
tahap GMP ( Good Manufacturing Practice ) bagi memastikan ketulenan dan
kebersihan produk. Sehubungan itu, MUDIM telah menghantar wakil syarikat bagi
mengikuti beberapa kursus yang dianjurkan oleh pihak SIRIM demi memantapkan
syarikat dalam bidang pengurusan dan kemahiran ke arah mencapai GMP.
Dengan
strategi pemasaran yang dipertingkatkan melalui pengalaman lalu, kemajuan
teknologi serta kepakaran, kawalan kualiti produk keluaran syarikat dan
pengurusan pengagihan produk yang cekap, MUDIM kini lebih berkeyakinan untuk
menembusi pasaran industri makanan, bukan hanya pasaran tempatan malah pasaran
luar negara. Ini terbukti, apabila MUDIM telah berjaya membuat promosi produk
keluarannya ke London - United Kingdom dan Arab Saudi.
(Dipetik dan
disesuaikan daripda: http://kicap-mudim.blogspot.com/p/syarikat.html)
Sediakan satu analisis SWOT untuk
syarikat Mudim Sdn Bhd.
Perancangan Strategik- Unsur penting, Analisis SWOT dan Soalan
Maksud
Perancangan strategik merupakan salah satu
pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi. Ia dilaksanakan
melalui proses penetapan halatuju, pengenalpastian isu-isu strategik serta
penggubalan strategi-strategi ke arah pencapaian objektif organisasi yang
disasarkan.
Unsur
|
Visi
|
•
Satu pernyataan yang menyeluruh
tentang penubuhan sesebuah organisasi.
•
Merupakan wawaasan yang ingin dicapai.
•
Merupakan matlamat jangka
panjang sesebuah organisasi.
•
Ciri-Ciri
Visi:
•
Ringkas, padat dan jelas
•
Realistik dan menimbulkan
semangat
•
Menjawab persoalan apa, untuk
siapa dan bila
|
|
Misi
|
•
Tujuan utama sesebuah
organisasi ditubuhkan.
•
Biasanya misi dinyatakan dalam
bentuk yang umum, luas dan memperlihatkan nilai-nilai kepercayaan, keluaran
utama, pasaran utama, sifat orang yang memegang kepentingan dalam firma dan
masyarakat dan falsafah pengurusan.
•
Membentuk identiti dan imej
organisasi.
•
Misi penting sebagai panduan
dan motivasi ahli organisasi – hala tuju yang dikongsi bersama – dapat
memfokus usaha.
•
Kepada pengurus, ia menjadi
ukuran bagi menilai kejayaan organisasi – sejauh mana pengurus berjaya
memenuhi misi tersebut melalui usaha pekerja bawahannya.
|
|
Objektif
|
•
Merupakan sasaran atau hasil
akhir yang cuba/dijangka dapat dicapai oleh sesebuah organisasi – terbentuk
daripada misi.
•
Biasanya dinyatakan dalam
bentuk yang lebih khusus berbanding
misi organisasi – dimensi masa lebih jelas.
•
Setiap bahagian atau unit akan
menetapkan objektif masing-masing selari dengan misi organisasi.
•
Ciri objektif – Spesifik, Boleh
diukur, Boleh dicapai, Dikaitkan dengan Ganjaran, Mempunyai tempoh masa.’’SMART”
|
|
Strategi
|
·
Satu rancangan umum
yang menyeluruh
·
untuk mencapai misi
dan matlamat organisasi
·
dirancang oleh
pengurusan atasan
·
rancangan jangka panjang
|
|
Taktik
|
·
satu pelan operasi yang spesifik.
·
memperincikan bagaimana, bila dan di mana
sesuatu strategi itu akan dilaksanakan
·
merupakan rancangan jangka pendek
·
dirancang oleh pengurus pertengahan
|
|
Dasar
/ polisi
|
·
Garis panduan umum
·
Membantu pihak pengurus membuat keputusan
yang tepat dan mengambil tindakan yang sesuai
·
Contoh: dasar pengambilan pekerja, dasar
kenaikan pangkat
|
|
Prosedur
|
·
Tatacara/ langkah yang perlu
diikuti secara turutan apabila mengambil
sesuatu tindakan dalam situasi tertentu.
·
Ditulis secara formal dalam
buku dan dibuat oleh pengurusan atasan.
|
|
Standard
|
·
Satu ukuran piawaian
·
Tentang sesuatu
produk/perkhidmatan/ proses pengeluaran
·
Boleh buat perbandingan
·
Tanda aras menepati atau
menyimpang dari piawai yang telah ditetapkan.
|
Analisis SWOT
Satu alat perancangan untuk
menganalisis persekitaran perniagaan iaitu elemen dalaman organisasi (kekuatan
dan kelemahan) dan elemen luaran organisasi (peluang dan ancaman)
Proses analisis SWOT

Contoh 1: Agensi Kaunseling dan pengurusan Kewangan (AKPK)

Contoh 2: Analisis SWOT
Teluk Bayu

Soalan
Dengan
menggunakan contoh perniagaan komputer, huraikan bagaimana seorang pengurus
boleh menganalisis persekitaran untuk menyediakan rancangan bagi perniagaan
tersebut
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
