Saturday, August 22, 2015

KAJIAN KES SALURAN AGIHAN DAN PRODUK PENGGUNA - SELANGOR GLASS MANUFACTURING BERHAD

SELANGOR GLASS MANUFACTURING BERHAD


Selangor Glass Manufacturing Berhad (SGMB) merupakan pengeluar pelbagai produk buatan kaca di Selangor.  Gelas minuman jenama Sparkle keluaran (SGMB) boleh diperoleh di hampir semua kedai runcit di Malaysia yang dijual dengan harga sekitar RM2 seunit. Syarikat ini juga mengeluarkan pelbagai produk kaca bilik mandi jenama Perfect yang dijual dengan harga sekitar RM60 hingga  RM200 di pusat pameran milik SGMB di pasar raya utama seperti TESCO, GIANT dan AEON di Selangor dan Kuala Lumpur. Anak syarikatnya Unique Glass Handicrafs Sendirian Berhad pula mengeluarkan koleksi kraftangan yang dibuat daripada kaca dengan jenama Sendayu dan produk ini hanya dijual di dua pusat pameran iaitu di KLCC dan Pavilion yang dijual dengan harga RM600 hingga RM12 000 yang dituju kepada pelancong asing dari Amerika dan Eropah.


a.     Huraikan tiga jenis produk pengguna yang dikeluarkan oleh SGMB

Fakta
Huraian
Kaitan Kes
Produk mudah beli





Produk beli belah 





Produk istimewa






b.      Huraikan tiga jenis agihan dimensi mendatar yang telah digunakan oleh SGMB

Fakta
Huraian
Kaitan Kes
Pengedaran intensif 




Pengedaran Selektif 




Pengedaran eksklusif 





Wednesday, August 19, 2015

Kajian kes strategi pemasaran dan persekitaran umum

Sensen Electronics Company Limited

Sensen Electronics Company Limited (SECL)  merupakan antara pengeluar terbesar di dunia untuk pelbagai produk elektrik dan elektronik . Nilai jualan SEL mencecah USD195.48 bilion pada tahun 2014 dengan bilangan pekerja seramai 307 000 orang. Kejayaan SECL adalah hasil daripada strategi campuran pemasaran yang diamalkan oleh syarikat ini. SECL mengeluarkan  sembilan kategori produk pengguna. Di antaranya ialah peti sejuk, penghawa dingin, mesin basuh  dan  telefon bimbit dengan jenama Sensen. Produk Sensen mempunyai kualiti yang tinggi menyebabkan keyakinan pengguna meningkat. Di samping itu Sensen juga sentiasa memperkenalkan model baru mengikut citarasa dan keperluan pengguna masa kini. Pengguna dapat meninkmati produk berkualiti yang dihasilkan melalui teknologi terkini dapat meningkatkan kepuasan pengguna. Pengguna juga mendapat maklumbalas segera tentang masalah produk mereka dan penyelesaian segera ke atas masalah produk meningkatkan imej produk Sensen.

Sebagai peneraju inovasi dalam pengeluaran telefon bimbit, SECL akan meletakkan harga tinggi untuk model baru yang diperkenalkan di pasaran sebelum produk pengganti diperkenalkan oleh pesaing lain. Tujuannya agar perolehan maksimum dapat dihasilkan sebelum kemasukan produk pesaing dalam pasaran. SECL akan menurunkan harga setelah wujud produk pesaing.  Untuk produk seperti televisyen dan peti sejuk dan penghawa dingin, harga yang ditentukan oleh SECL bergantung kepada pengeluar lain seperti Sony dan LG. Produk SECL dijual melalui kedai ekslusif yang dibuka di pusat membeli belah utama di seluruh negara, pasar raya seperti GIANT, AEON dan TESCO dan kedai-kedai elektrik. Perlantikan pengedar tunggal seperti  Synergy  Sdn Bhd untuk aksesori telefon bimbit memudahkan pengurusan dan kawalan pengedaran di seluruh negara.

Walaubagaimanapun SECL menghadapi pelbagai cabaran yang mungkin mengugat pencapaian cemerlang syarikat ini. Pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% mulai bulan April 2015 memberi kesan negatif kepada jualan syarikat ini. Syarikat Purple  telah mengambilalih kedudukan SECL sebagai peneraju pasaran telefon bimbit dengan produk invovatif seperti Plusphone 7+. Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu seperti kenaikan harga dolar Amerika serta masalah ekonomi di Kesatuan Eropah turut memberi impak kepada prestasi SECL.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

a.    Huraikan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh SECL

b.    Huraikan stretgi penentuan harga untuk produk SECL


c.    Huraikan faktor persekitaran umum yang mempengaruhi prestasi SECL

Thursday, July 2, 2015

KEUSAHAWANAN- PEMBIAYAAN DAN SUMBER MODAL

Kuiz
Tandakan betul atau salah
1
Modal teroka disediakan oleh bank perdagangan sebagai pinjaman

2
Penyumbang modal kewangan ada hak mengundi

3
Modal kewangan tidak memerlukan cagaran (sandaran)

4
Penyumbang modal kewangan dapat dividen

5
Penyumbang modal kewangan tidak menanggung sebarang risiko

6
Modal kewangan perlu bayar balik

7
Modal ekuiti merupakan sejumlah modal yang dikeluarkan oleh pemilik untuk dilaburkan dalam perniagaan

8
Modal kewangan boleh berbentuk wang tunai, stok ,inventori  atau peralatan

9
Modal hutang menyebabkan kehilangan kawalan ke atas milikan perniagaan

10
Modal hutang tak perlu bayar balik

11
Modal hutang dikenakan faedah

12
Perniagaan yang kukuh sukar memperoleh modal hutang

13
Modal hutang boleh menjatuhkan imej usahawan jika ada masalah pembayaran

14
Modal hutang boleh diperoleh daripada bank sahaja

15
Modal hutang ada melibatkan sandaran

16
Contoh modal hutang ialah  overdraf, pusingan kredit, kredit perdagangan, prabayar dan pinjaman

17
Pengalaman usahawan  merupakan modal bukan kewangan

18
Aset tetap merupakan modal bukan kewangan

19
Modal formal tidak melibatkan dokumentasi

20
Modal bukan formal melibatkan cagaran

21
Bank komersil menawarkan kemudahan pembiayaan seperti kemudahan pajakan

22
Overdraf memerlukan cagaran

23
Overdraf bermaksud pengeluaran wang daripada bank lebih daripada apa yang  dipunyai oleh pemegang akaun semasa

24
Pinjaman berpenggal boleh dibayar secara ansuran

25
Karakter merujuk kepada keadaan kewangan perniagaan

26
Kapasiti merujuk kepada kemampuan usahawan bayar balik pinjaman

27
Sandaran ialah harta yang dimiliki oleh seseorang usahawan

28
 Antara agensi kerajaan yang memberi pinjaman ialah TEKUN, MARA, SME Bank dan SIRIM

29
Modal tidak formal memerlukan dokumentasi

30
Simpanan peribadi ialah contoh modal formal

31
Sekiranya rakan usahawan memberi pinjaman untuk perniagaan usahawan, ia dikenali sebagai modal formal



Latihan
Puan Maimunah seorang penyelidik yang berkhidmat di FRIM telah mencipta beberapa  ubat –ubatan tradisional menggunakan hasil hutan.  Beliau telah menggunakan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki untuk membuka Maimun Farmaceutical Sdn Bhd dengan menggunakan simpanan sebanyak RM600 000. Pada peringkat permulaan beliau telah memulakan operasi syarikat di sebuah lot kedai dua tingkat miliknya di Cheras, Selangor. Encik Saifullah yang merupakan seorang pelabur bebas  juga melabur RM500 000 dalam perniagaan Puan Maimunah kerana beliau percaya usaha Puan  maimunah akan mencapai kejayaan. Keluarga Puan Maimunah telah menyumbang RM500 000. Setelah meneliti rancangan perniagaan yang disediakan oleh Puan Maimunah, MARA telah meluluskan pinjaman sebanyak RM2.5 juta. Puan Maimunah juga mencagarkan rumahnya untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM1.2 juta dari sebuah bank komersil tempatan. Maimun Farmaceutical mencapai kemajuan yang sangat cemerlang dan pada tahun lepas syarikat ini telah disenaraikan di Bursa Malaysia dan syarikat Maimun Berjaya mengumpul RM600 juta melalui terbitan saham kepada orang ramai.

1.     Huraikan jenis modal kewangan, bukan kewangan, formal dan tidak yang terlibat dalam situasi di atas. [15]

Jenis modal
Maksud/ ciri
Kaitan kes
Impak kepada perniagaan
Modal kewangan

















Modal bukan kewangan
















Modal formal














Modal tidak formal










2.     Maimun Pharmaceutical Sdn Bhd telah mengumpul modal melalui jualan saham dengan pinjaman bank. Bezakan dua kaedah pengumpulan modal tersebut.

Aspek
Jualan saham
Pinjaman bank





















3.     Jelaskan lima factor yang mungkin dipertimbangkan oleh Bank komersil sebelum meluluskan pinjaman kepada Puan Maimunah [5]


4.     Encik Alagappa ingin mendapatkan modal hutang sebanyak RM200 000 daripada sebuah bank tempatan.
Jelaskan tiga bentuk kemudahan pembiayaan bank yang boleh digunakan oleh Encik Alagappa. [6]


5.     Encik Tadappa telah ingin menggunakan modal sendiri untuk memperbesarkan perniagaannya . Beliau juga menerima tawaran pinjaman bernilai RM500 000 daripada sebuah bank tempatan.
Jelaskan kelebihan dan kekurangan setiap modal dalam situasi di atas. [12]



7.     Modal adalah antara masalah yang sering diperkatakan oleh usahawan.  Apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang usahawan yang tidak mempunyai modal pembiayaan kewangan yang cukup untuk meneruskan niatnya memulakan perniagaan.  Bincangkan [10]

KEUSAHAWANAN- PEMBIAYAAN DAN SUMBER MODAL

Skod dalam sukatan pelajaran

Anda sepatutnya dapat 
a.  menjelaskan bentuk modal iaitu  modal kewangan seperti modal teroka, ekuiti, dan hutang serta  modal          bukan kewangan seperti aset-aset tetap
b.  menjelaskan sumber modal formal (contoh: pinjaman bank, bantuan kerajaan, pelabur) dan sumber modal      tidak formal (contoh: simpanan sendiri, pinjaman dari saudara mara/rakan)


Apa dia modal?

Modal ialah sebarang bentuk kekayaan yang dimiliki oleh usahawan yang dapat membawa lebih banyak kekayaan kepada usahawan berkenaan. Kekayaan mungkin berbentuk wang tunai, alatan atau stok. 

Contohnya Cik Jasmine memiliki sebuah van dan van itu digunakan untuk mengangkut pelajar sekolah. Van itu dianggap sebagai modal kerana menjana pendapatan kepada Cik Jasmine. Encik William memiliki wang tunai sebanyak RM30 000 dan wang itu dijadikan modal permulaan untuk membuka sebuah kedai buku. Keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti perniagaan tersebut membawa lebih banyak kekayaan kepada Encik William.



Bentuk modal

a. Modal kewangan
  • modal pelaburan berisiko yang digunakan untuk memulakan sesebuah perniagaan baru.
  • Boleh dinilai dengan wang.
  • Dalam bentuk wang tunai, stok ,inventori dan peralatan

Terdiri dpd

1. Modal teroka
  •  Modal yang disumbangkan oleh pemodal teroka (syarikat, badan professional atau orang kaya)yang memberikan sumbangan modal pertumbuhan ,perniagaan baru atau teknologi baru kepada usahawan.
  • Membeli ekuiti dalam perniagaan yang dimulakan oleh usahawan
  • Merupakan perkongsian jangka sederhana (3 hingga 6 tahun) 
  • Pelaburan dibuat oleh pemodal teroka dengan mengambilkira perkara seperti  jangkaan pulangan yang diperoleh, adakah boleh menarik diri daripada perniagaan tanpa sebarang sekatan, pasukan pengurusan yang menguruskan perniagaan usahawan, ciri keistimewaan produk usahawan iaitu barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan ialah unik, serta perniagaan tersebut memepunyai  potensi untuk berkembang.

2. Modal ekuiti
  • Sejumlah modal yang dikeluarkan oleh pemilik untuk dilaburkan dalam perniagaan. 
  • Boleh juga jual saham kepada ahli keluarga, orang yang dikenali.
  • Termasuk pendapatan tertahan ( keuntungan yang tidak diagihkan dalam bentuk dividen dan disimpan untuk kegunaan akan datang seperti pelaburan) dan pendapatan premium (perbezaan antara harga saham yang ditawarkan dengan harga saham di pasaran).
      Kebaikannya
  • Tidak perlu bayar balik
  • Ada hak bersuara/ mengundi
  • Pelabur dapat pulangan (dividen)
  • Tidak memerlukan cagaran (sandaran)
      Keburukannya
  • Penyerahan sebahagian hak milik kepada orang lain
  • Kawalan ke atas perniagaan berkurangan
  • Ada risiko
3. Modal hutang

  • Modal yang dibiayai melalui  pinjaman
  • Perlu dibayar balik dengan faedah 
  • Dikenali pembiayaan berasaskan aset kerana usahawan perlu menyediakan aset seperti bangunan sebagai cagaran atau sandaran untuk mendapatkan pinjaman.
  • Diperoleh dpd sumber seperti bank komersil (bank perdagangan), syairkat kewangan,  atau agensi kerajaan seperti MARA.
  • Contohnya pinjaman berpenggal, overdraf, pusingan kredit dan kredit perdagangan . 
  • Modal hutang mungkin berbentuk jangka pendek atau jangka panjang.

      Kebaikannya
  •  Pemilik dapat mengekalkan pemilikan dan kawalan ke atas perniagaan tiada campurtangan pemiutang dalam perniagaan.
  • Pemilik mempunyai kuasa penuh dalam membuat sebarang keputusan dan berhak ke atas segala keuntungan yang diperoleh perniagaannya.
  •  Pemilik ada kebebasan penuh dalam membuat sebarang keputusan berkaitan aktiviti perniagaan yang dijalankan.
  • Pemiutang tidak berhak membuat sebarang  tuntutan  ke atas perniagaan pemilik setelah pinjaman diselesaikan.

     Keburukannya


  • Pinjaman perlu  bayar balik 
  • jika gagal bayar ikut masa, pemiutang mengenakan  kadar faedah yang tinggi dan imej terjejas kerana penarafan kredit yang rendah.
  • Bagi perniagaan yang baru di mulakan , pembiayaan berbentuk hutang  sukar diperoleh.

Aspek perbezaan antara hutang dengan ekuiti


  • Tuntutan 
  • Bayaran balik 
  • Risiko 
  • Hak mengundi 
  • Pulangan 
  • Kuasa 
  • Sumber 
  • Jangka masa 

b. Modal bukan kewangan

  •  Modal selain daripada modal kewangan yang boleh digunakan  oleh usahawan untuk membiayai operasi perniagaan. 
  • Ia terdiri dpd aset yang dimiliki oleh usahawan misalnya   aset tetap seperti bangunan dan aset semasa sepereti inventori (stok) atau modal insan yang dimiliki oleh usahawan seperti pengalaman, kemahiran,tahap pendidikan, latihan , kursus yang dihadiri serta  pengetahuan yang dimiliki oleh usahawan


Modal formal dan tidak formal

Terdiri daripada

1. Modal Formal
  • Melibatkan dokumentasi  atau cagaran
  • disediakan oleh 
      a. bank komersil seperti CIMB yang  menawarkan pinjaman seperti
  • overdraf iaitu usahawan diberi hak untuk mengeluarkan  wang  lebih daripada baki dalam akaun bank.
  • Pinjaman berpenggal iaitu pembiayaan jangka panjang (3 -10 tahun). yang memerlukan cagaran atau penjamin.yang boleh dibayar balik secara ansuran. 
  • Di anatar faktor yang diambilkira oleh  bank sebelum meluluskan pinjaman ialah karakter, kapasiti, modal, sandaran dan keadaan ekonomi 
       b.  Bantuan kerajaan  seperti TEKUN, MARA, SME Bank
      
       c. Pelabur iaitu ndividu atau syarikat yang membeli saham syarikat


2. Modal Tidak Formal

  • Tidak melibatkan proses permohonan dan pendokumentasian yang rumit
  • Sumber-sumber modal tidak formal :
          a. Simpanan peribadi.
          b. Rakan
          c. Keluarga dan saudara mara



KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM PENGGAL DUA 2015