Wednesday, January 14, 2015
Tuesday, January 13, 2015
Kecekapan dan Keberkesanan
Soalan 1: Dengan contoh yang sesuai jelaskan maksud kecekapan dan keberkesanan
Kecekapan bermaksud buat sesuatu dengan betul. Kecekapan mengutamakan penjimatan kos iaitu menggunakan sumber yang minimum untuk mencapai sesuaut matlamat.
Keberkesanan bermaksud buat sesuatu yang betul. Keberkesanan mengutamakan pencapaian matlamat.
Misalnya dua orang pengurus cawangan bank mempunyai matlamat yang sama iaitu mencapai target pembiayaan sebanyak RM600 juta seminggu. Pengurus cawangan A berjaya mencapai matlamat dengan menggunakan 10 pegawai pemasaran dalam masa seminggu. Pengurus cawangan B berjaya mencapai matlamat dalam masa dua minggu dengan menggunakan 5 orang pegawai pemasaran. Pengurus cawangan B lebih cekap kerana dapat meminimumkan kos berbanding dengan pengurus cawangan A.
Soalan 2: Bandingkan konsep kecekapan dan keberkesanan
Persamaannya
Kedua-duanya berusaha mencapai matlamat organisasi
Perbezaannya
- Kecekapan ialah buat sesuatu dengan betul manakala keberkesanan ialah buat sesuatu yang betul.
- Kecekapan mengumakan pencapaian kos minimum dan penjimatan sumber manakala keberkesanan mengutamakan pencapaian matlamat
Soalan 3: Adakah seorang pengurus yang cekap merupakan seorang pengurus yang berkesan?

Seorang pengurus yang cekap tidak semestinya seorang pengurus yang berkesan kerana
pengurus yang cekap mengutamakan penjimatan sumber berbanding dengan pengurus yang berkesan yang mengutamakan pencapaian matlamat
Pengurus yang cekap mengutamakan penghasilan output dengan kos yang minimum manakala pengurus yang berkesan mengutamakan jumlah output yang dihasilkan.

Monday, January 12, 2015
Kajian kes Pengajian Perniagaan - pengurusan
DILEMA GAYA PENGURUSAN
Viswa merupakan pengurus pengeluaran sebuah
kilang elektronik di Bangi, Selangor dan Suzana pula merupakan seorang pengurus
operasi di sebuah kilang berteknologi
tinggi yang menghasilkan jentera helikopter
di Nilai, Negeri Sembilan. Mereka bertemu semasa menghadiri kursus
kepimpinan yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) . Semasa
waktu makan tengahari, mereka berbincang tentang gaya kepimpinan yang diamalkan
dalam syarikat masing-masing
Menurut Viswa, beliau merupakan seorang
yang peramah dan berkeyakinan dapat
menyesuaikan diri dengan pekerja di kilangnya dengan mudah. Kilang ini mempunyai 80 orang
pekerja dan hampir 50 orang bekerja dikilang ini mempunyai pengalaman lebih 20 tahun. Selebihnya merupakan pekerja muda yang tidak
berpengalaman dan hanya ingin mendapatkan pengalaman sebelum berpindah ke
kilang lain dan Viswa berpendapat
pekerja ini memang sukar untuk diberi motivasi. Peraturan baru yang akan
dilaksanakan oleh syarikat ini berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerja memerlukan tahap disiplin yang tinggi di kalangan pekerja. Viswa
berpendapat beliau perlu menggunakan gaya kepimpinan autokratik untuk
memastikan peraturan baru ini akan diikuti oleh semua pekerja. Viswa juga
memberitahu Suzana, networking baik dengan pengurus pengeluaran organisasi lain akan membantu
beliau dalam pengurusan kilangnya.
Suzana memberitahu Viswa bahawa beliau
merupakan pengurus operasi yang baru
dilantik dan kurang berpengalaman sebagai pengurus pengeluaran. Kilang ini
mempunyai pekerja berkemahiran tinggi yang dibahagi kepada tiga pasukan projek dan
setiap pasukan mempunyai 16 orang pekerja. Pengurus sebelum ini mengamalkan
gaya kepimpinan autokratik menyebabkan rasa tidak puashati di kalangan pekerja
dan produktiviti pekerja terjejas dengan
teruk. Masalah menjadi begitu rumit sehingga pihak jabatan buruh terpaksa
dipanggil untuk menjadi penimbangtara dalam rundingan antara pihak pengurusan dengan
kesatuan sekerja. Menurut Suzana, isu
ini mendorong beliau untuk mengamalakan gaya kepimpinan demokratik dalam
pengurusannya.
Soalan perbincangan
a. Huraikan fungsi utama Viswa dan Suzana sebagai seorang pengurus
b. Adakah anda bersetuju dengan gaya kepimpinan yang bakal digunakan
oleh kedua-dua pengurus tersebut? Beri pendapat anda
c. Bagaimanakah Viswa dan Suzana boleh memotivasikan pekerjanya?
d. Adakah anda bersetuju dengan cadangan Viswa agar Suzana perlu mempunyai
networking yang
baik dengan pengurus syarikat lain? Beri pendapat anda.
baik dengan pengurus syarikat lain? Beri pendapat anda.
e. Adakah kemahiran teknikal penting untuk Viswa dan Suzana dalam menguruskan kilang
tersebut? Beri pendapat anda
tersebut? Beri pendapat anda
f. Menurut Mintzberg, pengurus memainkan tiga peranan utama iaitu bermaklumat , membuat
keputusan dan antara perorangan. Mengapakah Viswa dan Suzana perlu memainkan peranan ini?
g. Bagaimanakah Suzana boleh mengaplikasikan teori Maslow dan Herzberg dalam proses
pengurusan pekerja beliau?
keputusan dan antara perorangan. Mengapakah Viswa dan Suzana perlu memainkan peranan ini?
g. Bagaimanakah Suzana boleh mengaplikasikan teori Maslow dan Herzberg dalam proses
pengurusan pekerja beliau?
Sunday, January 11, 2015
Soalan Pengurusan
1. Jelaskan empat fungsi pengurusan yang dijalankan oleh
seorang pengetua
2. Bandingkan konsep kecekapan dan kerberkesanan
3. Jelaskan kepentingan pengurusan kepada sesebuah
organisasi.
4. Adakah seorang pengurus yang cekap merupakan seorang
pengurus yang berkesan? Bincangkan
5.
Encik Mazlan merupakan pengurus besar Hotel Mutiara di Ibu Negara. Sebagai pengurus
besar beliau perlu menganalisis persekitaran dan menentukan matlamat yang ingin
dicapai oleh organisasinya. Beliau juga menggunakan pelbagai kaedah untuk
mendorong subordinat agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Encik Mazlan
juga sentiasa mengadakan mesyuarat untuk dengan pengurus bawahannya untuk
mendapatkan maklumat terkini tentang prestasi setiap unit dan mengadakan
perbincangan dalam mesyuarat untuk mengenalpasti strategi untuk memastikan setiap unit mencapai matlamat
yang ditetapkan. Dengan bantuan pengurus bawahannya, Encik Mazlan memgagihkan
sumber manusia dan bukan manusia mengikur keperluan setiap unit dalam Hotel
Mutiara.
a. Huraikan fungsi pengurusan yang telah dijalankan oleh
Encik Mazlan.
b. Adakah Encik Mazlan seorang pengurus yang cekap dan
berkesan? Jelaskan
Jom bincang bersama tentang pengurusan
Soalan Perbincangan pengurusan
Soalan 2
Yang manakah lebih penting untuk organisasi? Kecekapan atau keberkesanan? Bolehkah sesebuah organisasi mencapai kedua-duanya?
Soalan 2
Yang manakah lebih penting untuk organisasi? Kecekapan atau keberkesanan? Bolehkah sesebuah organisasi mencapai kedua-duanya?
Jom Bincang bersama tentang pengurusan
Soalan Perbincangan pengurusan
Soalan 1: Apakah persamaan yang boleh dilihat antara empat
fungsi pengurusan?
Soalan 1: Apakah persamaan yang boleh dilihat antara empat
fungsi pengurusan?
Pengurusan - maksud, kepentimgan dan fungsi serta konsep kecekapan dan keberkesanan
Apakah maksud pengurusan?
Merupakan proses merancang, mengorganisasi,
memimpin dan mengawal usaha ahli – ahli organisasi dan menggunakan semua sumber
organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
Apakah kepentingan pengurusan
1.
Menyelaraskan sumber agar dapat diagihkan
dan digunakan secara cekap dan berkesan
2.
Dapat menggunakan sumber secara cekap dan berkesan sekaligus
membolehkan sesebuah organisasi mencapai matlamat
3.
Membantu pengurusan sesebuah organisasi yang
baik dan dapat membantu organisasi tersebut mencapai matlamat
4.
Mengurangkan pembaziran sesebuah
organisasi dengan menjimatkan kos aktiviti
Empat Fungsi pengurusan
Seseorang pengurus akan melaksanakan empat fungsi utama iaitu
a. Perancangan
Proses yang melibatkan pengurus menentukan
matlamat yang ingin dicapai serta menetapkan tindakan yang paling sesuai yang
perlu diambil di semua peringkat organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
b. Pengorganisasian
Proses di mana seseorang pengurus menyusun ,
menyelaras dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk menjalankan
sesuatu tugas yang agar matlamat organisasi boleh dicapai .
c. Kepimpinan
Proses di mana seseorang pengurus cuba
mempengaruhi gelagat pekerjanya dan juga memotivasikan mereka agar mereka dapat
menjalankan tugas yang diberikan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai
matlamat organisasi. yang telah ditetapkan.
d. Pengawalan
Proses di mana seseorang pengurus memantau
prestasi organisasi semasa dan mengambil tindakan agar apa
yang dirancang boleh tercapai seperti yang dijangkakan.
Apakah Konsep keberkesanan dan
kecekapan
|
Kecekapan
|
Keberkesanan
|
|
Melakukan
sesuatu dengan betul.
Berusaha
untuk mencapai hasil yang maksimum dengan kos yang minimum
Bertujuan
• Meminimumkan
kos
• memkasimumkan
pengeluaran
• Gunakan
sumber dengan bijak dan
sebaik mungkin
•
Elakkan sebarang pembaziran
|
Melakukan
sesuatu yang betul.
Pengurus
berusaha untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan
Pengurusan
menentukan matlamat yang hendak dicapai dan berikan sepenuh tumpuan untukmencapainya
|
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)