Wednesday, September 26, 2018

Strategi SKOR STPM Penggal 3: Fakta Khusus dalam Pengajian Perniagaan Penggal 3 STPM


Fakta Khusus dalam Pengajian Perniagaan Penggal 3 STPM

Fakta khusus bermaksud fakta dan konsep yang diberikan dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM. Pelajar perlu menghafal dan menyatakannya dengan betul  dan tepat ketika menjawab soalan peperiksaan yang melibatkan fakta atau konsep berkenaan.

Contoh:
Bab 10: Keusahawanan
Unit 10.3  Ciri usahawan yang berjaya ialah inisiatif yang tinggi, berani mengambil risiko,  
                  kreatif, inovatif

Contoh soalan :
Nyatakan empat ciri usahawan yang berjaya  [4]
Jawapan pelajar A
Jawapan pelajar B
Ciri usahawan yang berjaya ialah
-          Initiatif yang tinggi √
-          Berani mengambil risiko √
-          Kreatif √
-          Inovatif √

(Menepati fakta dalam sukatan pelajaran)

Ciri usahawan  yang berjaya ialah
-          Berinitiatif X
-          berani menangani ketidakpastian X
-          seorang yang mempuanyai sifat kreativiti X
-          seorang yang berinovasiX
-           
(Tidak menepati fakta dalam sukatan pelajaran


Senarai fakta khusus dalam Penggal 3

Bab 10:  Keusahawanan
1.      Teori-teori keusahawanan :pendekatan ekonomi, pendekatan psikologi, dan pendekatan sosiologi;
2.      Sifat-sifat peribadi usahawan berjaya :mempunyai inisiatif yang tinggi, berani mengambil risiko, kreatif, inovatif, dan lain-lain;
3.      Sumber idea baru :pelanggan, produk sedia ada, syarikat sedia ada, saluran pengedaran, paten, penyelidikan dan pembangunan, profesional/jururunding, dasar kerajaan;
4.      kaedah menjana dan mengembangkan idea :soal selidik, sumbang saran, pemerhatian, kumpulan fokus
5.      Proses merealisasikan idea iaitu idea, menapis idea, membina konsep, menguji konsep, membuat rancangan perniagaan, membina fizikal (prototaip), dan mengkomersialkan.
6.      Kaedah memulakan sesebuah perniagaan :memulakan sendiri, mengambil alih perniagaan sedia ada, francais, dan pakatan strategik (pelesenan, kontrak pengeluaran, dan usaha sama);
7.      Bentuk modal  kewangan (modal teroka, ekuiti, dan hutang) dan bukan kewangan seperti aset-aset tetap
8.      sumber modal formal (contoh: pinjaman bank, bantuan kerajaan, pelabur) dan sumber modal tidak formal (contoh: simpanan sendiri, pinjaman dari saudara mara/rakan);
9.      Jeanis kemudahan dan Bantuan seperti bantuan kewangan, tapak kilang, khidmat nasihat dan perundingan, dan pembangunan usahawan.

Bab 11: Rancangan Perniagaan
Komponen dalam Rancangan Perniagaan
(i)                 Rumusan Eksekutif 
(ii)               Pengenalan 
(iii)             Objektif 
(iv)              Latar Belakang Syarikat Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi 
(v)                Latar Belakang Projek 
(vi)              Rancangan Organisasi 
(vii)            Rancangan Pemasaran 
(viii)          Rancangan Pengeluaran/Operasi 
(ix)              Rancangan Kewangan 
(x)                Kesimpulan  
(xi)              Lampiran

Bab 12: Perniagaan antarabangsa
1.                  Kepentingan perniagaan antarabangsa dalam ekonomi merangkumi tukaran asing, pasaran luas, guna tenaga, pemindahan teknologi;
2.                  Tahap perniagaan antarabangsa termasuk domestik, antarabangsa, multinasional, dan global
3.                  Strategi memasuki perniagaan antarabangsa termasuk import, eksport, kontrak pengeluaran, pelesenan, francais, usaha sama, subsidiari, dan operasi serah kunci
4.                  Konsep-Konsep Penting : dunia tanpa sempadan, Pasaran menimbul (emerging
             market) ,Selatan-Selatan ,Globalisasi,lokalisasi, nasionalisasi, penswastaan
5.                  Cabaran yang dihadapi oleh syarikat multinasional dari aspek struktur organisasi , kawalan pengurusan , politik dan perundangan , ekonomi, sosiobudaya
6.                  Risiko syarikat multinasional: risiko ekonomi, politik, kredit, pemilikan negara, penghantaran balik modal dan dividen, dan kadar pertukaran wang.
7.                  Dokumen penghantaran: Surat Pengesahan Penghantaran Laut (Bill of Lading), Surat Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill), Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate of Origin)
8.                  Kaedah penyelesaian perdagangan iaitu perdagangan barter dan perbankan koresponden;
9.                  Dokumen pembayaran: Surat Kredit (Letter of Credit), Tuntutan Ikut Perintah    
              (Sign/Demand Order)
10.              Galakan perniagaan antarabangsa : blok perdagangan termasuk AFTA, NAFTA, EU, ASEAN., perdagangan timbal balas, Kempen Kerajaan (zon perdagangan bebas, Koridoraya Multimedia (MSC), galakan cukai, pengecualian cukai, pembiayaan eksport, taraf perintis, subsidi, dan kempen belilah barangan Malaysia), promosi pelaburan   
11.              Kaedah melindungi pasaran domestik termasuk tarif dan bukan tarif.

Bab 12: Etika perniagaan dan tanggungjawab social
1.      Pendekatan tindakan beretika yang merangkumi utilitarian, individualisme, hak moral, dan keadilan;
2.      Jenis-jenis jenayah kolar putih seperti rasuah, penyelewengan, pecah amanah, konflik kepentingan, dan penyalahgunaan kuasa
3.      Pihak berkepentingan dalam tanggungjawab sosial termasuk Primer (pekerja, pemegang saham, pembiaya, pembekal, pelanggan, peruncit, dan pemborong) dan sekunder (kerajaan, media, masyarakat, dan kumpulan pendesak)
4.      Menyatakan peranan warga korporat iaitu gelagat beretika dalam perniagaan, komited terhadap pihak berkepentingan termasuk masyarakat, pelanggan, pekerja, pelabur, dan pembekal, komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang.
       

1 comment :

  1. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    ReplyDelete