Tuesday, September 25, 2018

kajian kes Power Root Berhad- pemasaran, perniagaan dan persekitaran


Power Root Berhad

     Power  Root  Berhad merupakan pengeluar pelbagai minuman kopi segera menggunakan herba  tempatan khususnya dua herba asli utama iaitu Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang merupakan herba  tempatan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu di Malaysia serta pengguna muslim.  Penggunaan herba tempatan ini membolehkan Powr Root mendapat insentif cukai taraf perintis daripada kerajaan. Power Root mendapat pelepasan cukai pendapatan hampir 70% daripada pendapatannya. Produk Ah Huat White Coffee keluaran syarikat ini  menggambarkan divesrsiti masyarakat Malaysia menjadi satu daya tarikan kepada produk Power Root. Pada tahun 2017, Power Root telah melancarkan beberapa produk baharu iaitu Ginseng White Coffee dan Alitea Signature Karak Chai untuk pasaran tempatan   serta Alitea Signature Cardomon untuk pasaran Asia Timur dan Afrika.  Produk Alicafe Signature French Roast telah berjaya menembusi pasaran baharu seperti negara Iran dan Arab Saudi. Sistem pengedaran yang efsien membolehkan produk Power Root boleh didapai dengan mudah di mana-mana kedai sama ada kedai runcit, pasar mini atau pasar raya. Pada tahun 2015, Power Root telah terlibat dalam pembangunan hartanah dengan pembinaan pusat komersil 1st Avenue yang membawa hasil sebanyak RM56.3 juta kepada syarikat tersebut.

     Bagi melariskan jualan produk, Power Root telah melaksanakan beberapa strategi. Pada tahun 2017, Power Root telah melantik Alif Satar yang merupakan hos program Rockanova sebagai duta produknya. Power Root juga melancarkan program “Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Tersayang” di mana 18 pembeli produk Power Root berpeluang untuk menunaikan umrah bersama pasangannya . Power Root juga melancarkan pertandingan Minum dan Menang untuk mempromosikan logo Alicafe Grafitti. Pertandingan Beli dan Menang  menawarkan hadiah motorsikal untuk pengguna yang membeli produk Power Root bernilai RM10.  Syarikat ini telah meningkatkan keupayaan pengeluaran dengan menambah bilangan mesin pelbagai laluan berkuasa tinggi . Dengan ini syarikat mampu mengeluarkan 2.4 juta unit produk setahun serta berupaya menghasilkan produk baru dengan segera. Pelaksanaan automasi  pengeluaran juga dapat mengurangkan impak dasar gaji minimum kerajaan.

   Perang harga di kalangan pengeluar tempatan serta persaingan sengit daripada pengeluar lain seperti Nestle menyebabkan Power Root mula menumpukan pemasaran produknya di pasaran antarabangsa khususnya pasaran negara timur tengah. Pembukaan kilang Power Root di Bahrain memberi kelebihan kepada Power Root kerana kos elektrik dan upah yang rendah di negara tersebut.  . Di samping kenaikan kos pengeluaran disebabkan kenaikan harga kopi akibat kemarau di negara pembekal serta kejatuhan nilai ringgit menyebabkan peningkatan kos bahan mentah. Walau bagaimanapun kejatuhan nilai ringgit telah membawa kepada peningkatan nilai jualan eksport Power Root kerana mampu menjual dengan harga yang lebih rendah.  Kesedaran pengguna dan kempen mengurangkan pengambilan gula mungkin memberi kesan negative  kepada jualan Power Root pada masa akan datang.  Pada tahun 2016, kerajaan Arab Saudi bercadang untuk mengenakan denda kepada restoren yang  menghidangkan minuman bertenaga kepada pelanggannya.
(Sumber: www.poweroot.com, www.theedgemarkets.com, https://malaccareseach.com,ww1.utusan.com.my)

Berdasarkan kes di atas,
a.      Jelaskan factor persekitaran  umum yang mempengaruhi perniagaan Power Root Berhad     [23]
fakta
Huraian
Kaitan kes
Persekitaran ekonomi
Merujuk sistem dan situasi ekonomi dalam dan luar Negara

-       Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan peningkatan kos bahan mentah.
-       Walau bagaimanapun kejatuhan nilai ringgit telah membawa kepada peningkatan nilai jualan eksport Power Root kerana mampu menjual dengan harga yang lebih rendah
Persekitaran sosiobudaya
Merujuk kepada kepercayaan agama, budaya, adapt resam dan cita rasa penduduk sesebuah Negara.

-       menggunakan herba  tempatan khususnya dua herba asli utama iaitu Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang merupakan herba  tempatan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu di Malaysia serta pengguna muslim
-       Produk Ah Huat White Coffee keluaran syarikat ini  menggambarkan divesrsiti masyarakat Malaysia menjadi satu daya tarikan kepada produk Power Root
Persekitaran teknologi
Merujuk kepada kaedah baru untuk melakukan sesuatu kerja

-       Syarikat ini telah meningkatkan keupayaan pengeluaran dengan menambah bilangan mesin pelbagai laluan berkuasa tinggi .
-       Dengan ini syarikat mampu mengeluarkan 2.4 juta unit produk setahun serta berupaya menghasilkan produk baru dengan segera.
Persekitaran politik dan perundangan
Merujuk kepada keadaan sesebuah negara yang dipengaruhi fahaman politik yang memerintah.

-       Penggunaan herba tempatan ini membolehkan Powr Root mendapat insentif cukai taraf perintis daripada kerajaan. Power Root mendapat pelepasan cukai pendapatan hampir 70% daripada pendapatannya.

Persekitaran antarabangsa
Pengaruh faktor dasar perdagangan, pertukaran asing, undang –undang perniagaan yang melibatkan dua Negara atau lebih
-       Power Root mula menumpukan pemasaran produknya di pasaran antarabangsa khususnya pasaran negara timur tengah.
-       Pembukaan kilang Power Root di Bahrain memberi kelebihan kepada Power Root kerana kos elektrik dan upah yang rendah di negara tersebut.  .
-       Di samping kenaikan kos pengeluaran disebabkan kenaikan harga kopi akibat kemarau di negara pembekal
Persekitaran persaingan dan jaringan
Pengeluar lain yang keluarkan barang yang hampir sama
-       Perang harga di kalangan pengeluar tempatan serta persaingan sengit daripada pengeluar lain seperti Nestle menyebabkan Power Root mula menumpukan pemasaran produknya di pasaran antarabangsa khususnya pasaran negara timur tengah.

b.      Jelaskan strategi pemasaran yang telah dilaksanakan oleh Power Root Berhad                       [12]
Strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh Power Root Berhad ialah
Fakta
Huraian
Kaitan kes
Pembangunan pasaran
Produk lama
Pasaran baharu
-       Power Root mula menumpukan pemasaran produknya di pasaran antarabangsa khususnya pasaran negara timur tengah.
Penembusan pasaran
Produk lama
Pasaran lama
-       Pada tahun 2017, Power Root telah melantik Alif Satar yang merupakan hos program Rockanova sebagai duta produknya.
-       Program “Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Tersayang” di mana 18 pembeli produk Power Root berpeluang untuk menunaikan umrah bersama pasangannya .
-       Pertanidngan Minum dan Menang untuk mempromosikan logo Alicafe Grafitti.
-       Pertandingan Beli dan Menang  menawarkan hadiah motorsikal untuk pengguna yang membeli produk Power Root bernilai RM10
Pembangunan Produk
Produk baharu pasaran lama
-       Ginseng White Coffee dan Alitea Signature Karak Chai untuk pasaran tempatan   serta Alitea Signature Cardomon untuk pasaran Asia Timur dan Afrika
Pempelbagaian

Produk baharu
Pasaran
baharu
Power Root telah terlibat dalam pembangunan hartanah dengan pembinaan pusat komersil 1st Avenue yang membawa hasil sebanyak RM56.3 juta kepada syarikat tersebut
                      



No comments :

Post a Comment