Tuesday, June 11, 2013

Keusahawanan- Pengenalan

a.     Maksud Usahawan
Orang yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk memperkenalkan sesuatu yang baru,mengenalpasti peluang-peluang perniagaan, menghasilkan idea-idea perniagaan, melakukan inovasi, dan  sanggup menghadapi risiko.
b.    Maksud keusahawanan
Proses menggabungkan sumber-sumber ekonomi untuk memperkenalkan sesuatu yang baru, keupayaaan untuk mengesan peluang-peluang perniagaan, menjana idea-idea perniagaan, dan membuat pembaharuan demi menjayakan sesuatu perniagaan.\





c.     Perbezaan antara usahawan, peniaga dengan pengurus
Perbezaan antara usahawan dengan pengurus
USAHAWAN
PENGURUS
Motif utama adalah kebebasan dan peluang untuk mencipta dan memperoleh wang.
Motif utama untuk kenaikan pangkat dan lain-lain ganjaran seperti kuasa dan lain- lain.
Tidak menitikberatkan status.
Menitikberatkan status.
Berkhidmat kepada diri sendiri dan pelanggan.
Berkhidmat kepada orang lain.
Pengambil risiko yang  sederahana.
Tidak gemar risiko.

Perbezaan antara usahawan dengan peniaga
USAHAWAN
PENIAGA
Mementingkan keuntungan disamping sunbangan jasa kepada masyarakat.
Mementingkan keuntungan sahaja tidak mengutamakan sumbangan kepada masyarakat.
Sentiasa mencipta untuk sesuatu yang baru.
Hanya menjalankan aktiviti jual beli sahaja tanpa melakukan pembaharuan.
Berani menanggung risiko .
Tidak berani menanggung risiko

C          Peranan Usahawan dalam Masyarakat
1. Dari aspek mikro
i.      Menyumbang idea dan melakukan pembaharuan.Pengembangan idea sedia ada.Berdasarkan sikap kreatif, inovatif dan keterbukaan oleh usahawan.
ii.     Merancang berdasarkan idea dan peluang yang dikenlpasti.
iii.    Menggembleng faktor-faktor pengeluaran.Menentukan kombinasi sumber manusia dan sumber fizikal yang cekap dan berkesan.
iv.    Menangani ketidakpastian.Terpaksa menguruskan sebarang risiko perniagaan yang semakin wujud.

2. Dari aspek makro
i.              Mewujudkan peluang pekerjaan.  Usahawan mempelawa masyarakat tempatan untuk bekerja dan mewujudkan pekerjaan di rumah atau di tempat kerja. Setiap perniagaan yang diwujudkan memerlukan sumber tenaga manusia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan.

ii.             Meningkatkan taraf hidup rakyat.Kewujudan peluang pekerjaan membolehkan masyarakat mendapat pekerjaan dan pendapatan mereka dapat dipertingkatkan.

iii.            Membangunkan industri sokongan.Perniagaan bersaiz besar memerlukan industri sokongan untuk melengkapi operasi perniagaan.Dengan adanya industri sokongan, perniagaan dapat mempercepat lagi pertumbuhan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera melalui pembabitan dalam perdagangan.

iv.            Mempelbagaikan barangan di pasaran seiring dengan peningkatan teknologi.Penghasilan barangan dan perkhidmatan oleh usahawan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.Pelbagai barangan dan perkhidmatan juga dapat mempelbagaikan pilihan pengguna.Secara tidak langsung, taraf hidup masyarakat telah dipertingkatkan.

v.             Menggunakan sumber-sumber dengan cekap.Perniagaan membeli sebahagian sumber seperti bahan mentah di sekitar tempat ia beroperasi. Bahan mentah digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan keluaran.Hasil bahan mentah yang digunakan dapat meningkatkan nilai kegiatan ekonomi dalam sesebuah negara dengan menjalankan aktiviti huluan dan hiliran.

vi.            Sebagai model ikutan masyarakat.Menjadi sumber inspirasi usahawan lain menceburi dan memajukan perniagaan. Menggunakan sistem payung, iaitu usahawan yang berjaya menaungi usahawan baru seperti memberikan bantuan kewangan dan memberi pendidikan kepada usahawan baru.
vii.           Perniagaan turun-temurun diwarisi.Memperkembang atau memperturunkan ilmu kepada anak-anak atau keluarganya.

Teori dan Model Keusahawanan
A          Pendekatan Ekonomi
      i.        Keuntungan dan kekayaan merupakan pendorong kepada usahawan untuk melibatkan diri dalam keusahawanan. Dengan itu, dia akan berusaha mencari peluang mendapatkan untung.
     ii.        Tokoh yang memberi sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan
a.     Alfred Marshal  (1946) = usahawan melalui proses masa, iaitu evolusi perniagaan daripada memulakan perniagaan sehinggalah perniagaan itu dibubarkan.
b.    Israel Kirzner = usahawan sebagai orang tengah dan mengaut keuntungaan.
c.     Joseph A. Schumpeter  (1990) = usahawan ialah orang yang memperkenalkan inovasi sebagai inti keusahawanan

B          Pendekatan Psikologi
      i.        Ciri-ciri personaliti
a. Keperluan kepada pencapaian
b. Lokus kawalan
c. Kecenderungan mengambil risiko
     ii.        Tokoh yang memberi sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan.
a.     Rotter  (1966) = usahawan mempunyai punca kawalan diri secara dalaman.Model baka menyatakan usahawan memiliki ciri-ciri yang lahir daripada identitinya sendiri.Ciri-ciri ini membezakan diri seorang usahawan dengan bukan usahawan.
b.    McClelland = Teori kehendak kepada pencapaian. Teori ini menyatakan bahawa usahawan mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi dan berani memikul tanggungjawab.
c.     De Vries = Model Psikodinamik menyatakan bahawa individu tertekan semasa kecil dan tidak mendapat kemudahan tertentu.  Justeru, ini mendorong mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang keupayaannya.
Model Motivasi Keusahawanan McClelland
Nilai ideologi bermaksud fahaman yang dianuti atau dipegang oleh seseorang usahawan . Ia membantu pembentukan tingkah laku, personaliti dan sahsiah usahawan . Nilai ideologi akan mengarah kepada keinginan atau keperluan pencapaian seseorang usahawan. Mendorong kepada tindakan keusahawanan



C          Pendekatan Sosiologi
      i.        Dorongan kepada keusahawanan

a.     Pengalihan negatif – apabila individu yang terasing daripada masyarakat teras atau hilang tempat bergantung, mereka akan cenderung bergiat dalam perniagaan dan menjadi usahawan seperti imigran, individu yang dibuang kerja atau wanita yang bercerai.
b.    Tempoh peralihan – individu yang melalui tempoh masa yang menyebabkan mereka menjadi uasahawan. Tempoh tersebut membolehkan individu berfikir mengenai masa depan mereka sebagai usahawan. Contoh; antara pelajar dengan kerjaya, askar menjadi orang biasa.
c.     Tarikan positif – terdapat pihak yang mendorong individu menjadi usahawan. Pihak yang mungkin terlibat ialah mentor, rakan kongsi, keluarga, pelabur dan sebagainya.
d.    Tolakan positif –  wujud situasi di mana individu tidak mempunyai pilihan kecuali menjadi usahawan disebabkan oleh beberapa kelebihan. Antaranya pendidikan, latihan yang diikuti, laluan kerjaya, pengalaman, kemahiran dll.

     ii.        Tokoh yang memberi sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan dari segi sosiologi
a.     Max Weber = memasukkan unsur keagamaaan sebagai asas kejayaan seseorang usahawan. Kajian beliau berasaskan penganut agama Protestan yang telah mencapai kejayaannya dalam bidang ekonomi.
b.    Everett Hagen = menyatakan  kelahiran usahawan adalah daripada kalangan kumpulan bawahan yang tidak puas hati merupakan satu tekanan yang mewujudkan usahawan untuk mengatasi kepincangan ini.

c.     Thomas Cochrau = memasukkan nilai-nilai lain seperti budaya, peranan dan harapan sosial sebagai faktor yang menetukan tingkah laku atau gelagat usahawan.

No comments :

Post a Comment