Wednesday, March 13, 2013

kajian kes pengurusan


Soalan ini cikgu ubahsuai dpd soalan IB. kalau ada sebarang masalah e-mail cikgu.


SOALAN 1
Syarikat Sinaran  Berhad merupakan penerbit akhbar   Bintang Harian dan juga beberapa majalah di Malaysia . Baru-baru ini lembaga pengarah syarikat ini telah menghantar empat pengurus kanan syarikat ini untuk menghadiri kursus  mencari jalan penyelesaian unutk masalah yang dihadapi oleh mereka dalam pengurusan syarikat. Mereka mengadu bahawa pekerja syarikat ini kurang bermotivasi dan juga sukar mendapatkan persetujuan mereka untuk membuat sebarang perubahan dalam syarikat ini. Dala kursus tersebut mereka telah belajar bahawa:
1.     Visi dan misi merupakan komponen utama dalam sesebuah syarikat
2.     Perubahan perlu dibuat walaupun mendapat tentangan daripada pekerja
3.     Komunikasi yang kurang baik adalah punca utama konflik dalam organisasi


a.     Jelaskan maksud visi dan misi serta kepentingannya kepada syarikat Sinaran(6)
b.    Bagaimana visi dan misi boleh mengelakkan konflik dalam organisasi dalam jangka panjang? (4)
c.     Berikan dua sebab pekerja kurang bermotivasi dan terangkan cara penyelesaiannya. (6)
d.    Cadangkan dua cara untuk mewujudkan komunikasi berkesan dalam syarikat Sinaran. (4)
e.     Jelaskan tindakan yang boleh diambil oleh pengurus berkenaan untuk mengurangkan perasaan negative pekerja terhadap perubahan. (6)
f.     Jelaskan sebab pekerja takut melakukan perubahan. (6)



SOALAN 2
KEPIIMPINAN
Mutiara kata 1
Pemimpin yang berkesan ialah  orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mengumpul individu yang mempunyai kemampuan lebih daripada dirinya dan membiarkan individu itu membuat kerja tanpa sebarang campur tangan
Niall Fitzgerald, Pengerusi Reuter
Mutiara kata 2
Jika bos anda meminta anda  pikul seekor keldai dan berjalan, anda sepatutnya menurut arahan itu. Bila bos mengarahkan anda duduk dan berehat, anda sepatutnya duduk dan berehat. Itulah tindakan anda yang sepatutnya lakukan pada setiap hari. Jangan mengadu atau menunjukkan rasa tidak puashati.

Frederick Taylor
Mutiara kata 3
Gaya kepimpinanan kebanyakan perniagaan yang diuruskan oleh  sesebuah keluarga  ialah mewujudkan pekerja yang mempunyai kebolehan yang terhad. Pemilik perniagaan biasanya bertindak sebagai ibu atau bapa dan mengambil sesuatu tindakan atau keputusan bagi pihak pekerja tanpa memberi peluang kepada pekerja untuk berbuat demikian.
Quentin Fleming
Mutiara kata 4
Kepimpinan adalah aktiviti mempengaruhi subordinat untuk bekerjasama kearah pencapaian matlamat dan objektif yang mereka rasa sesuatu yang diingini
Ordway Tead
Mutiara kata 5
Seseorang pemimpin mesti berupaya untuk berpindah dari pemikiran strategic kepada pemikiran operasi apabila diperlukan
Tony Tahar

(a)   Kenalpasti dan jelaskan tiga gaya kepimpinan yang berkaitan dalam mutiara kata 1, 2 dan 3 (6)
(b)   Merujuk kepada mutiara kata 4, terangkan kepentingan objektif dalam pengurusan sesebuah organisasi (4)
(c)   Merujuk kepada mutiara kata 5, bezakan strategic, taktikal dan operasi dalam pengurusan. (6)
(d)   Jelaskan kesan daripada pengamalan pelbagai gaya kepimpinan kepada sesebuah organisasi. (8)



SOALAN 3
Sekolah Sri Wawasan yang ditubuhkan pada 1989 merupakan sebuah sekolah swasta yang terletak di wangsa Maju. Sekolah ini menawarkan pendidikan berdasarkan sistem pendidikan tempatan dan juga antarabangsa. Kini, ia merupakan salah sebuah sekolah swasta yang elit dan kebanyakan pelajarnya melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di Britain dan Amerika Syarikat.
Guru-guru sekolah ini dilantik secara kontrak selama dua tahun dan kontrak diperbaharuai berdasarkan prestasi kerja mereka. Pada tahun 2012, Presiden sekolah ini, Datuk Daniel Lee telah membuat keputusan untuk membuat beberapa perubahan radikal. Beliau berpendapat , perubahan ini amat perlu untuk menangkiskan persaingan yang semkin sengit daripada sekolah swasta yang lain.
Antara cadangannya ialah
i.              Pengetua sekolah ini  yang telah berkhidmat selama 18 tahun di sekolah ini akan digantikan secepat mungkin dan seorang calon baru akan dilantik sebagai pengarah pengajian.
ii.             Seorang pengurus akan dilantik untiuk menguruskan aktiviti tidak berkaitan dengan akademik seperti catering, pengangkutan dan kebersihan. Pengurus berkenaan perlu mempunyai pengalaman menguruskan perniagaan selain pendidikan
iii.            Gaji guru-guru akan dipoting sebanyak 30%
iv.            Beberapa program pembangunan pendidikan akan diperkenalkan untuk meningkatkan reputasi sekolah ini sebagai sebuah sekolah yang elit.
v.             Sistem prestasi guru yang mengambil kira pencapaian akademik pelajar semata-mata dan guru yang gagal mencapai prestasi yang ditetapkan akan ditamatkan perkhidmatan dan guru yang mencapai prestasi yang tinggi akan diberi ganjaran tambahan.
vi.            Ketua jabatan akademik perlu memberi laporan bulanan kepada pengarah pengajian.

Puan Ain sebagai wakil kesatuan guru,  kurang berpuashati dengan cadangan Datuk Daniel dan berpendapat tindakan ini akan meningkatkan stres di kalaagan guru sekolah ini.Walaupun semua cadangan ini mendapat tentangan daripada guru-guru dan pihak pengurusan ianya disokong oleh pihak ibubapa dan pelajar. Kekuatan Datuk Daniel sebagai presiden kolej mampu mengatasi segala tentangan tersebut.
a.     Jelaskan gaya kepimpinan Datuk Daniel (5)
b.    Dengan menggunakan teori Herzberg, jelaskan kesan ke atas motivasi guru akibat daripada cadangan yang dikemukakan oleh datuk Daniel. (6)
c.     Jelaskan dua pihak berkepentingan dalam sekolah ini dan bagaimanakah konflik antara kedua-dua pihak ini dapat diatasi? (6)
d.    Jelaskan bentuk stres yang mungkin dihadapi oleh guru sekolah ini dan terangkan cara yang boleh diambil oleh pengurusan sekolah ini untuk mengatasi stress tersebut. (8)




Soalan 4
Syarikat Pembinaan Mun Theng merupakan sebuah syarikat pembinaan yang diuruskan oleh ahli keluarga. Syarikat ini mempunyai lebih 400 pekerja asing dari negara Indonesia dan Bangladesh yang bertindak sebagai buruh yang murah bagi syarikat ini.Pekerja ini diambil berdasarkan keperluan semasa syarikat dan mereka tidak dibayar gaji jika perkhidmatan mereka tidak diperlukan. Pihak pengurusan syarikat ini diminta menguruskan aktiviti kerja semua pekerjanya berdasarkan idea yang dipelopori oleh Frederick w. Taylor dan keluarga Mun Theng berpendapat kaedah ini adalah cara terbaik untuk menguruskan pekerja syarikat ini. Pekerja sepenuh masa syarikat ini tidak bersetuju dengan kaedah tersebut dan ini menyebabkan ramai pekerja mahir yang meninggalkan syarikat iuni. Golongan professional yang meninggalkan syarikat ini mengadu bahawa gaya pengurusan business keluarga ini berbentuk autorkratik dan tiada saluran komunikasi yang jelas wujud antara pekerja dengan pihak pengurusan. Pihak pengurusan juga tidak melibatkan mereka dalam pembuatan keputusan.


a.     Jelaskan kelebihan dan kekurangan menggunakan pekerja asing sebagai sumber pekerja syarikat ini. (10)

b.    Terangkan idea yang dikemukakan oleh Taylor dan jelaskan mengapa pemilik syairkat ini percaya bahawa ia adalah kaedah terbaik? (8)

c.     Dengan menggunakan teori motivasi yang sesuai , jelaskan factor yang menyebabkan ketidakpuasan di kalangan pekerja profesioanl syarkat ini.  (8)

d.    Mengapakah sistem komunikasi yang efektif penting untuk sesebuah organisasi  dan perlunya penglibatakan pekerja dalam pembuatan keputusan? (8)


No comments :

Post a Comment