Saturday, March 16, 2013

E Perolehan

E-Perolehan

Apa itu E-perolehan

 E-Perolehan adalah satu sistem, elektronik dimana ia akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan
kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. ePerolehan dijangka akan menukarkan proses perolehan tradisional
(secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.

ePerolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia, menerima,
mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi
Internet. Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat
dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web.
Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender
menerusi ePerolehan. ePerolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka
dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet. Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa
status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan.


Kejayaan E-perolehan

KOTA KINABALU - Jumlah transaksi perolehan elektronik (e-perolehan) pada tahun ini dijangka meningkat kepada RM15 bilion berbanding RM14.2 bilion pada tahun lalu.
Pengarah Projek e-Perolehan, Unit e-Perolehan Kementerian Kewangan, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah berkata, sehingga Oktober tahun ini transaksi e-perolehan sebanyak RM11.2 bilion yang direkodkan yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan Persekutuan.
"Kita melihat sambutan dan kesedaran daripada pembekal terhadap pentingnya sistem ini amat baik dari semasa ke semasa.
"Kita juga akan terus melakukan pelbagai program bagi memberi pendedahan kepada pembekal termasuk di luar bandar mengenai sistem ini selain menyediakan khidmat latihan kepada pembekal berdaftar di pusat-pusat e-perolehan," katanya dalam sidang akhbar sempena majlis rumah terbuka Pusat e-Perolehan Kota Kinabalu di sini kelmarin.
Menurutnya, sistem e-perolehan akan menukarkan proses perolehan secara manual dalam agensi kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi internet.
Jelasnya, sistem itu membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam laman web, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi kerajaan menerusi internet.
Mohd. Shafiq memberitahu, pada masa ini terdapat 110,000 pembekal direkodkan berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
Katanya, daripada jumlah itu kira-kira 77,000 telah mendaftar sebagai pengguna sistem e-perolehan.
Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya menyasarkan perolehan agensi kerajaan melalui e-perolehan meningkat kepada 75 peratus tahun hadapan berbanding 70 peratus pada masa ini.
"Kalau boleh kita mahu semua bekalan diurus atas e-perolehan tetapi kadang-kadang ada kekangan seperti masalah teknikal dan penyertaan pembekal, jadi kita akan cuba atasi," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR: The Government’s electronic procurement system, ePerolehan (eP), which is developing a new eP system, is targeting the value of transactions to increase to RM17bil this year, said its director Datuk Mohd Shafiq Abdullah.
The electronic procurement system notched transactions of RM15.4bil in 2012.
He said the target was determined based on the receipts and rising awareness among suppliers since its introduction in 1999. “At present, the use of this system is at a commendable level, that is 75%, compared with just 10% in the year of introduction,” he told Bernama.
The eP system is among the e-Government applications regulated by the Finance Ministry to facilitate procurement activities by electronic means.
Shafiq is aiming for the use of the eP system for government procurement business to reach 90% in two years.
However, he conceded that its use would not reach a 100% as not all government procurement business could use the eP system. “This is due to factors such as security, defence and strategy,” he said.
In another development, Shafiq said the various awards received had not made his organisation content with the existing system.“The eP is now in the process of being improved in line with the latest technological developments, with the forthcoming introduction of a ‘new generation eP’ system in 2015.
“We have just finished compiling information from various related sources to identify their needs and the users of this system to ensure that the newer version can provide a faster, easier and more efficient service,” he added. — Bernama





No comments :

Post a Comment