Search This Blog

Loading...

Saturday, February 5, 2011

soalan ulangkaji pemasaran

SMK WANGSA MAJU SEKSYEN 2, KL
PRA UNIVERSITI SENIOR 2011
Pengajian Perniagaan (946/1)

Soalan 1
 En Ahmad ingin menubuhkan sebuah syarikat pengedar kereta mewah jenama Audi di kawasan bandar Kuala Terengganu. Beliau ingin menamakan syarikat beliau sebagai Mutiara Auto Sdn. Bhd. Sasaran pasaran beliau ialah pengguna di kawasan sekitar bandar Kuala Terengganu. Beliau perlu berhati-hati dalam membuat pelan pemasaran kereta mewah tersebut kerana terdapat  dua buah lagi pengedar kereta mewah yang menjual kereta yang sama yang bertapak di kawasan  bandar Kemaman dan Kuantan. Dalam masa yang sama, En Ahmad ingin menjadikan syarikat beliau itu sebagai syarikat pembekal alat ganti tulen bagi kereta mewah yang akan membekalkan alat-alat ganti tersebut kepada bengkel-bengkel kereta dan juga membuat jualan terus kepada pengguna lain dengan harga yang sama.

Berdasarkan kes di atas, anda dikehendaki:

(a)Jelaskan klasifikasi produk bagi produk yang dijual oleh Mutiara Auto Sdn Bhd.
[2]
 (b)Peletakan pasaran selalunya dilakukan setelah pemetakan dan sasaran pasaran dibuat.

i.Apakah yang dimaksudkan dengan peletakan pasaran?                        [3]

 ii.Berikan tiga peranan atau kepentingan peletakan pasaran kepada En Ahmaddalam memastikan syarikat beliau terus maju ke hadapan.      [3]

 iii.Bagaimanakah cara En.Ahmad boleh mencapai tujuan dalam b(ii) di atas bagi mengekalkan peletakan pasaran di minda pengguna?                                [3]

(c)Terangkan apakah strategi-strategi pengedaran yang sesuai yang boleh diberikan oleh pengeluar kepada En Ahmad bagi mengedarkan produk kereta mewah Audi dan produk alat ganti kereta mewah bagi perniagaan Mutiara Auto Sdn Bhd.                                                                                              [6]

(d)Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, biasanya pemasar akan melakukan tindakan sendiri yang mengenepikan kepentingan bersama dan boleh menyebabkan perselisihan dan konflik. Ia dikenali sebagai konflik saluran. Jelaskan konflik-konflik yang mungkin berlaku semasa proses pengagihan produk kepada pengguna dalam perniagaanMutiara Auto Sdn Bhd dan berikan cadangan-cadangan yang sesuai dilakukan olehEn Ahmad untuk mengatasi konflik-konflik tersebut.                                                                          [8]

Soalan 2

a.Syarikat Maju Teguh Sdn Bhd merupakan pengeluar pakaian sekolah berjenama Selesa. Syarikat ini baru memulakan pengeluaran pakaian sekolah mulai tahun 2009. Bagi menentukan kejayaan syarikat, strategi pengedaran merupakan satu daripada elemen penting yang diutamakan oleh syarikat tersebut.

i.              Huraikan proses penyelidikan pemasaran oleh Syarikat Maju Teguh Sdn Bhd.
ii.             Huraikan fungsi-fungsi pengurusan logistik dalam pengedaran pakaian sekolah oleh Syarikat Maju Teguh Sdn Bhd.            [15]


b.Lukiskan empat reka bentuk saluran pengedaran menegak.                   [4]

c. Huraikan tiga komponen yang terdapat dalam sesuatu produk             [6]



Soalan 3

a.     Bezakan harga penarahan pasaran dengan harga penembusan
Pasaran                                                                                          [6]

b.    Jelaskan strategi penentuan harga campuran produk             [10]

c.     Penentuan harga produk seseorang pengeluar bergantung
kepada pelbagai factor. Jelaskan                                                     [9]








“NEVER NEVER NEVER NEVER NEVER GIVE UP”
“SUCCESS IS THE FINAL STEP ON THE LADDER OF FAILURE”





Karthikeyan/2011

3 comments: