Sunday, June 28, 2015

SOALAN DAN CONTOH JAWAPAN BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN STPM 2016 PENGGAL PERTAMA

a.      Jelaskan  lima kepentingan untung kepada sebuah  syarikat penerbitan buku.     [5 markah]

b.      Bagaimanakah aktiviti perniagaan memberi sumbangan kepada masyarakat
setempat?                                                                                                               [6 markah]

c.       Encik Salleh ingin membuka sebuah kedai perabot atas namanya sendiri. Jelaskan
proses penubuhan milikan perniagaan tersebut.                                                     [6 markah]

d.      Nyatakan tiga kebaikan dan tiga keburukan milikan perniagaan berbentuk koperasi.[6 markah]

e.       Jelaskan tahap perniagaan primer, sekunder dan tertiar.                                       [6 markah]

f.        Huraikan proses perniagaan untuk pengeluaran perabot.                                       [15 markah]

Proton: Harapan dan cabaran rakyat Malaysia

Sejak  Proton ditubuhkan pada tahun 1983 sehingga hari ini, berita dan perkembangan syarikat automobil nasional menjadi perhatian rakyat Malaysia segenap peringkat.Ini kerana kita satu-satunya negara sedang membangun yang memiliki syarikat automobil sendiri. Akan tetapi perkembangan terkini Proton tidak begitu baik dan memerlukan langkah-langkah yang radikal demisurvival.

Proton mengalami kemerosotan dari segi penguasaan pasaran dan hanya beberapa model tertentu sahaja yang mencatatkan jualan yang baik. Difahamkan hanya model Saga, Persona dan Exora yang laris manakala model-model yang lain tidak mencatat jualan yang memberangsangkan.Rata-rata berpendapat masalah yang dialami oleh kereta-kereta Proton ialah  penawaran model yang tidak memenuhi citarasa pengguna hari ini. Proton gagal memenuhi kehendak segmen pasaran di Malaysia. Secara kasar pembeli kereta di Malaysia dibahagikan kepada empat kumpulan utama. Pertama, golongan yang memerlukan kereta untuk tujuan pengangkutan semata-mata. Kemudian lepasan universiti atau kolej yang muda, bercitarasa dan memerlukan model yang praktikal Pembeli kereta yang ketiga ialah golongan yang sudah mempunyai kereta sebelum ini, memiliki ekonomi yang stabil dan bercitarasa lebih tinggi dan keempat aialah golongan yang inginkan kereta besar dan mewah, Pengeluar kereta lain seperti Perodua sedar akan keperluan segmen pasaran ini dan berjaya menguasai 80% daripada pasaran kereta tempatan yang dahulunya dikuasai oleh Proton.

Ciri utama perniagaan automotif ialah teknologi yang membolehkan pengeluar kereta menghasilkan kereta yang jimat bahan api, lebih selamat dan selesa serta tidak mencemarkan alam sekitar.Sebagai sebuah negara sedang membangun, Malaysia tidak mempunyai eko sistem yang mantap yang menyumbang kepada penghasilan teknologi-teknologi tersebut. Ditambah dengan tahap pengkomersilan teknologi hasil penyelidikan dengan universiti-universiti tempatan yang rendah.

Permulaan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang dijangka dilaksanakan mulai 31 Disember 2015 akan menyebabkan kemasukan kereta dari Negara Asean lain yang lebih murah kerana kerajaan terpaksa menghapuskan duti import untuk kereta yang dihasilkan di negara Asean. Negara Thailand misalnya mengeluarkan 55% daripada jumlah kereta di rantau ini diikuti oleh Negara Indonesia sebanyak 27%.

(Disesuaikan daripada artikel di www.sinarharian.com,my dan www.bharian.com.my yang dicapai 20 Jun 2015.)

g.      Berdasarkan kes di atas, huraikan pengaruh faktor persekitaran umum
ke atas syarikat Proton.                                                                                          [16 markah]


SKEMA PEMARKAHAN

a.      Lima  kepentingan untung kepada sebuah  syarikat penerbitan buku ialah
-       Sebagai sumber modal yang membolehkan syarikat penerbitan buku kekal dan terus beroperasi
dan digunakan untuk pelaburan semula seperti pembesaran premis atau  pembukaan cawangan baru.
-                    -         Keuntungan sebagai ganjaran dan dorongan untuk  pemilik syarikat penerbitan buku kerana berani menanggung               risiko.
-                  -          Sebagai matlamat dan halatuju perniagaan kerana keuntungan mengukur prestasi perniagaan syarikat penerbitan              buku,
-                 -         Tahap keuntungan melambangkan imej perniagaan syarikat penerbitan buku.
-                 -         Memberi keyakinan kepada bakal pelabur untuk menambah pelaburan dalam syarikat penerbitan buku.
-                -          Membolehkan syarikat penerbitan buku mampu membeli teknologi canggih yang terbaru
( 5x1m = 5m)
b.      Aktiviti perniagaan memberi sumbangan kepada masyarakat setempat melalui
-       Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat - menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan
-       Menyediakan peluang pekerjaan - melalui aktiviti perniagaan yg dijalankan dan ini meningkatkan pendapatan masyarakat
-       Membantu pembangunan masyarakat - menyediakan peluang kepada ahli masyarakat menceburi perniagaan
-                     -       Menjalankan tanggungjawab sosial - pemuliharaan alam, jamin persekitaran bersih, derma, biasiswa,  tajaan utk                 aktiviti kemasyarakatan
-                    -       Menawarkan barang dan perkhidmatan - berkualiti dgn harga berpatutan
-                      -      Meningkatkan taraf hidup masyarakat - memberi pendapatan yg stabil agar mykt dpt nikmati kehidupan yg                        selesa.
( 1F+1H x2 = 6m)                                                           
c.       Proses penubuhan kedai perabot ialah.                                                                 
-                    -     Perniagan berbentuk milikan tunggal                                                                                                             
-                    -    Isi borang 42A- pencarian nama
-                   -    Isi borang A, bayaran RM30 untuk nama sendiri atau RM60 untuk nama tred
-                   -    Mendapatkan sijil perakuan pendaftaran (borang D) dan mempamerkannya
(,3x2m= 6m )

d.      Tiga kebaikan dan tiga keburukan milikan perniagaan berbentuk koperasi.               
Kebaikan koperasi
-       Mementingkan kebajikan sosial ahli
-       Tidak wujud monopoli kuasa
-       Beban cukai yang rendah
-       Modal saham boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa

Keburukan koperasi
-       Aktiviti kurang agresif
-       Pengurusan kewangan terikat dengan Akta
-       Sukar ditubuhkan
-       Pengurusan yang lemah5. Modal terhad
(,6x1=6m)


e.       Tahap perniagaan primer, sekunder dan tertiar ialah
Tahap primer
Aktiviti ekonomi yang mengeluarkan sumber semulajadi dari tempat asal dan aktiviti menggunakan sumber tersebut dalam bentuk asal.
Contohnya: Pembalakan, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan

Tahap sekunder
Aktiviti ekonomi yang menggunkaan bahan mentah yang dihasilkan oleh aktiviti primer dan menukarkannya kepada bentuk lain seperti barang separuh siap atau barnag siap.
Contohnya: Pemprosesan isirung kelapa sawit menajdi moinyak kelapa sawit


Tahap tertiar
Aktiviti ekonomi yang menyediakan perkhidmatan dalam aktiviti jual beli barang separuh siap dan barnag siap Contohnya: Pengangkutan, perhotelan, insuran

(1H+1C= 2m, 3x2=6m)

f.        Proses perniagaan untuk pengeluaran perabot.                                                    [15 markah]
Proses perniagaa untuk pengeluaran perabot ialah
Input
-       semua faktor pengeluaran iaitu tanah, buruh, modal, usahawan dan teknologi digunakan untuk menghasilkan perabot.
-       Contohnya buruh berkemahiran dan mesin digunakan untuk mengeluarkan perabot


Proses transformasi
-        Aktiviti tambah nilai dengan menukarkan input kepada output.
-       Contohnya input seperti kayu dan paku digunakan untuk membuat perabot dan proses ini menyebakan berlakunya tambah nilai.

Output
-       Produk akhir yang dihasilkan daripada proses pengeluaran.
-       Perabot ialah output yang terhasil dalam proses perniagaan

Pemasaran
-       Merupakan aktiviti untuk memasarkan barang kepada pengguna akhir seperti penjenamaan, penetapan harga ,pembungkusan dan pengiklanan.
-       Contohnya perabot diberi jenama dan dibungkus dengan rapi.

Untung atau rugi
-       Untung atau rugi dikira berdasarkan perbezaan antara hasil dan kos.
-       Sekiranya perniagaan perabot membawa keuntungan, pengusaha akan menggunakan untung untuk pelaburan semula.
(mesti ikut proses, 1F+1H+1C x 5 = 15 markah)

Kajian kes
Fakta
Huraian
Kaitan kes
Impak
Persekitaran Sosiobudaya
Berkaitan dengan agama, kepercayaan, citarasa pengguna
-       Rata-rata berpendapat masalah yang dialami oleh kereta-kereta Proton ialah  penawaran model yang tidak memenuhi citarasa pengguna hari ini.
-       Proton gagal memenuhi kehendak segmen pasaran di Malaysia.
beri impak yang sesuai seperti kurang daya saing, keuntungan merosot, imej jatuh

Persaingan dan jaringan
Persaingan monopolistic dalam industry kereta
-       Pengeluar kereta lain seperti Perodua sedar akan keperluan segmen pasaran ini dan berjaya menguasai 80% daripada pasaran kereta tempatan yang dahulunya dikuasai oleh Proton.

Teknologi
Kaedah pengeluaran
-       Ciri utama perniagaan automotif ialah teknologi yang membolehkan pengeluar kereta menghasilkan kereta yang jimat bahan api, lebih selamat dan selesa serta tidak mencemarkan alam sekitar.
-       Sebagai sebuah negara sedang membangun, Malaysia tidak mempunyai eko sistem yang mantap yang menyumbang kepada penghasilan teknologi-teknologi tersebut.
-       Ditambah dengan tahap pengkomersilan teknologi hasil penyelidikan dengan universiti-universiti tempatan yang rendah.


Antarabangsa
Perniagaan yang melibatkan dua negara atau lebih
-       Permulaan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang dijangka dilaksanakan mulai 31 Disember 2015 akan menyebabkan kemasukan kereta dari Negara Asean lain yang lebih murah kerana kerajaan terpaksa menghapuskan duti import untuk kereta yang dihasilkan di negara Asean.
-       Negara Thailand misalnya mengeluarkan 55% daripada jumlah kereta di rantau ini diikuti oleh Negara Indonesia sebanyak 27%.


Politik dan perundangan
Polisi kerajaan
-       kerajaan terpaksa menghapuskan duti import untuk kereta yang dihasilkan di negara Asean.


(pilih mana-mana empat, 1F+1H+1KK+1 imp x 4= 16m)
(Sekiranya fakta salah , tiada markah untuk huraian, kait kes dan impak)


Wednesday, May 20, 2015

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM 2015

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN 
STPM 2015

Pengenalan
Kerja kursus Pengajian Perniagaan (PP) merupakan kertas ke 4 iaitu 946/4 yang wajib dijawab oleh semua calon STPM 2015 yang mengambil mata pelajaran PP.  Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan panjangnya 3 500 patah perkataan hingga 6 000 patah perkataan berkaitan dengan tajuk yang diberi berdasarkan format yang telah ditetapkan.

Untuk STPM 2015, pelajar perlu menjalankan kajian berkaitan dengan campuran pemasaran untuk sebuah perniagaan.

Proses penyediaan kerja kursus  PP STPM 2015

1.      Jadual kerja.

Tarikh
Tindakan pelajar
22 Jun hingga 
3 Julai 2015
Bincang dengan guru PP tentang tajuk kajian, kenalpati perniagaan yang hendak dikaji, mengenalpasti keperluan seperti penyediaan peralatan,  mengenalpasti instrumen kajian, sumber rujukan serta mendapatkan surat kebenaran sekolah untuk menjalankan kajian
6 Julai hingga   
21 Sept. 2015
Mengumpul maklumat (data primer atau data sekunder) dan  menulis laporan mengikut format yang disediakan. Sentiasa berjumpa dengan guru PP untuk memperbaiki hasil penulisan. Pelajar juga perlu berlatih untuk membuat pembentangan
22 Sept hingga 
13 Okt. 2015 
Pelajar perlu bersedia untuk sesi pembentangan. Pelajar diberi masa 10 hingga 15 minit untuk pembentangan.

2.      Kaedah pelaksanaan

Pelajar boleh menghasilkan tugasan secara individu atau kumpulan. Jika anda memilih kaedah kumpulan, hasil penulisan mestilah berbeza antara satu sama lain walapun bahan yang digunakan adalah sama.

3.      Isi kandungan penulisan

Perkara berikut perlu ada dalam penulisan  anda mengikut turutan yang betul.

a. Tajuk, abstrak, dan pengenalan  

i.        Tajuk kajian ialah pernyataan tentang apa yang dikaji. Dalam tajuk kajian , pastikan anda sebut apa yang dikaji dan perniagaan yang dikaji. Misalnya “Kajian tentang Strategi Campuran Pemasaran  Air Asia Berhad”

ii.      Dibahagian pengenalan pula,  pelajar sebut semula apa yang dikaji. Misalnya Kajian  ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pemahaman mengenai strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Air Asia Berhad.

iii.    Abstrak ialah ringkasan tentang kajian yang dibuat oleh pelajar.  Contohnya "Kajian ini adalah untuk mendapatkan informasi dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh ………………………………………………… Pelbagai jenis kaedah kajian seperti temu bual, soal selidik, pemerhatian, kajian perpustakaan dan bahan sumber internet digunakan untuk menjawab objektif kajian yang dijalankan ini. Hasil kajian yang didapati menunjukkan …………………………………………………………………………."


b. Objektif kajian.

i.     Objektif kajian ialah apa yang ingin dikaji oleh pelajar. Oleh itu objektif kajian mesti dinyatakan secara spesifik dan jelas.  Guna kata tugas seperti mengenalpasti, menjelaskan, menyatakan. Boleh juga dibuat dalam bentuk soalan: Apakah strategi harga yang digunakan dalam pemasaran Air Asia Berhad?

ii.       Elak penggunaan kata tugas seperti memahami dan melihat.

iii.     Misalnya, bagi Tajuk kajian di atas objektif kajian ialah “mengenalpasti strategi produk yang digunakan dalam pemasaran Air Asia Berhad”. Objektif yang kurang jelas seperti “ menjelaskan produk Air Asia Berhad”  perlu dielakkan.
   
 c. Latar belakang atau lokasi kajian 

i.       Pelajar perlu menjelaskan latar belakang tentang perniagaan yang dikaji. Misalnya kajian tentang Air Asia Berhad boleh perlu merangkumi maklumat seperti  latar belakang syarikat, lokasi , kedudukan kewangan, sejarah penubuhan, dan pengiktirafan.  Elak bincang perkara yang tidak berkaitan dengan pokok kajian. Contohnya  perkara berkaitan kapal terbang Air Asia terhempas.


d. Kaedah kajian 

i.  Kaedah kajian merupakan langkah atau prosedur bagi mencapai segala objektif kajian yang                 telah ditetapkan.

ii..      Kaedah kajian yang sesuai sangat penting untuk mengumpul data. Pemilihan kaedah kajian                 bergantung kepada jenis data. Secara amnya, terdapat dua kategori data iaitu data primer                     dan data sekunder. Data primer merupakan data-data yang diperolehi secara langsung                           daripada situasi yang sebenar. Antara teknik yang selalu digunakan untuk mendapatkan                       data primer adalah seperti menggunakan kaedah soal selidik, temubual, dan pemerhatian.

iii.     Data sekunder pula merupakan maklumat-maklumat daripada bahan sedia ada dan boleh                       diperolehi melalui rujukan perpustakaan. Data sekunder melibatkan kajian-kajian teks,                         dokumen, kertas kerja, media massa, dan sebagainya.

Data Primer
Data sekunder
Soalselidik
Temubual
Pemerhatian
Kajian perpustakaan
Bahan sumber internet
Laporan tahunan

iv.  Pelajar juga perlu memberi justifikasi mengapa sesuatu kaedah dipilih. Contohnya, data seknnder       seperti laporan tahunan Air Asia digunakan kerana data yang dipeorleh ialah sahih dan juga                 mudah didapati.

e.  Dapatan kajian dan perbincangan 

i. Pelajar perlu memastikan bahawa dapatan kajian dapat menjawab  objektif kajian. Sentiasa ingat          tentang obhektif kajian semasa menulis dapatan kajian.

ii.  Pelajar hanya boleh memilih satu jenis perniagaan sahaja.

iii. Pelajar perlu memastikan, dapatan kajian merangkumi semua campuran pemasaran iaitu 4P atau         produk, harga, agihan dan promosi.

iv.    Dapatan kajian yang baik  ialah kajian yang menunjukkan pelajar dapat menganalsis setiap isu             kajian secara terperinci, beri  justifikasi tentang pemilihan campuran pemasaran, menjelaskan             impak kepada perniagaan, keberkesanan strategi campuran pemasaran yang digunakan.

v.    Sekiranya pelajar sekadar bincang  campuran pemasaran yang digunakan  ia dianggap sebagai              hasil penulisan yang lemah. Cuba melihat secara mendalam strategi campuran pemasaran yang           digunakan. Analisis data yang diperoleh secara kritikal agar anda dapat menganalsis setiap isu             kajian secara terperinci, beri  justifikasi tentang pemilihan campuran pemasaran, menjelaskan             impak kepada perniagaan, keberkesanan strategi campuran pemasaran yang digunakan.

vi.   Pelajar juga perlu mempersembahkan hasil kajian dalam bentuk grafik yang menarik seperti rajah ,      jadual  atau graf  Objektif penggunaan carta dan jadual ialah memudahkan pembaca memahami          hasil kjaian anda.

f.        Penutup 
i.    Dibahagian ini , pelajar perlu mmberi kesimpulan tentang kajian yang telah dijalankan.

ii.    Pelajar juga perlu menyatakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan kajian yang dijalankan.

iii.   Contohnya
       “ Setelah menjayakan kajian ini dengan keseluruhannya, saya mendapati                                                 bahawa………………………………….  (hasil kajian secara ringkas).  Jika diberi peluang,                kajian  saya  seterusnya ialah membuat perbandingan antara strategi harga Ais Asia Berhad                 dengan syarikat penerbangan lain seperti Malaysian Airlines. Saya juga ingin mengkaji kesan             strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat ini ke atas budaya kerja di Air Asia           Berhad.”

g.      Senarai rujukan 

Pelajar perlu  memastikan , setiap rujukan yang dinyatakan dalam hasil penulisan perlu dinyatakan  di dalam senarai rujukan. Gunakan kaedah yang betul untuk menulis rujukan.

Contohnya:

Abu Bakar Hamed, 1998. Asas Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia,  
        Sintok  Malaysia

Air Asia Berhad, Laporan Tahunan 2013. Diperolehi   
         pada 20  Julai 2015  daripada Laman Web: www.airasia.com/docs/common-                         docs/.../annual-report-2013.pdf

Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah Penyelidikan , McGraw-Hill Shah Alam

Izham Ibrahim, 2004. Konsep Asas Penyelidikan dan Statistik dalam Praktis Kesihatan.  
         Universiti Sains Malaysia- Pulau Pinang.

Kotler, P. , & Keller K., L., 2009. marketing Management. Upper Saddle River. N.J.                       Pearson Prentice Hall.

Sabri Hj. Hussin, 2005. Pengurusan Perniagaan, Cengage Learning Asia Pte Ltd:
          Singapore

h.      Lampiran

Pelajar perlu memasukkan lampiran yang releven sahaj yang disusun dengan kemas dan teratur.    



4.      Persembahan
-          Pelajar digalakkan  menggunakan computer untuk menghasilkan penulisan yang lebih         kemas dan teratur. Proses pengeditan juga dapat dibuat dengan cepat dan mudah.

-          Gunakan saiz kertas: A4 putih

-          Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci  

-          Tulisan yang dibenarkan ialah  Times New Roman (font 12)   

-          Langkau (spacing): 1.5  



-          Pelajar juga perlu menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan tekal.


Sentiasa berbincang dengan guru PP anda untuk menghasilkan penulisan yang baik. Dengan bimbinhgan guru dan usaha anda, tidak mustahil untuk menghasilkan satu hasil  penulisan yang cemerlang untuk mendapatkan markah yang tinggi.

Dalam penulisan berikutnya, cikgu akan bincang setiap aspek dengan lebih detail.


GOOD LUCK