Wednesday, May 20, 2015

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM 2015

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN 
STPM 2015

Pengenalan
Kerja kursus Pengajian Perniagaan (PP) merupakan kertas ke 4 iaitu 946/4 yang wajib dijawab oleh semua calon STPM 2015 yang mengambil mata pelajaran PP.  Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan panjangnya 3 500 patah perkataan hingga 6 000 patah perkataan berkaitan dengan tajuk yang diberi berdasarkan format yang telah ditetapkan.

Untuk STPM 2015, pelajar perlu menjalankan kajian berkaitan dengan campuran pemasaran untuk sebuah perniagaan.

Proses penyediaan kerja kursus  PP STPM 2015

1.      Jadual kerja.

Tarikh
Tindakan pelajar
22 Jun hingga 
3 Julai 2015
Bincang dengan guru PP tentang tajuk kajian, kenalpati perniagaan yang hendak dikaji, mengenalpasti keperluan seperti penyediaan peralatan,  mengenalpasti instrumen kajian, sumber rujukan serta mendapatkan surat kebenaran sekolah untuk menjalankan kajian
6 Julai hingga   
21 Sept. 2015
Mengumpul maklumat (data primer atau data sekunder) dan  menulis laporan mengikut format yang disediakan. Sentiasa berjumpa dengan guru PP untuk memperbaiki hasil penulisan. Pelajar juga perlu berlatih untuk membuat pembentangan
22 Sept hingga 
13 Okt. 2015 
Pelajar perlu bersedia untuk sesi pembentangan. Pelajar diberi masa 10 hingga 15 minit untuk pembentangan.

2.      Kaedah pelaksanaan

Pelajar boleh menghasilkan tugasan secara individu atau kumpulan. Jika anda memilih kaedah kumpulan, hasil penulisan mestilah berbeza antara satu sama lain walapun bahan yang digunakan adalah sama.

3.      Isi kandungan penulisan

Perkara berikut perlu ada dalam penulisan  anda mengikut turutan yang betul.

a. Tajuk, abstrak, dan pengenalan  

i.        Tajuk kajian ialah pernyataan tentang apa yang dikaji. Dalam tajuk kajian , pastikan anda sebut apa yang dikaji dan perniagaan yang dikaji. Misalnya “Kajian tentang Strategi Campuran Pemasaran  Air Asia Berhad”

ii.      Dibahagian pengenalan pula,  pelajar sebut semula apa yang dikaji. Misalnya Kajian  ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pemahaman mengenai strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Air Asia Berhad.

iii.    Abstrak ialah ringkasan tentang kajian yang dibuat oleh pelajar.  Contohnya "Kajian ini adalah untuk mendapatkan informasi dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh ………………………………………………… Pelbagai jenis kaedah kajian seperti temu bual, soal selidik, pemerhatian, kajian perpustakaan dan bahan sumber internet digunakan untuk menjawab objektif kajian yang dijalankan ini. Hasil kajian yang didapati menunjukkan …………………………………………………………………………."


b. Objektif kajian.

i.     Objektif kajian ialah apa yang ingin dikaji oleh pelajar. Oleh itu objektif kajian mesti dinyatakan secara spesifik dan jelas.  Guna kata tugas seperti mengenalpasti, menjelaskan, menyatakan. Boleh juga dibuat dalam bentuk soalan: Apakah strategi harga yang digunakan dalam pemasaran Air Asia Berhad?

ii.       Elak penggunaan kata tugas seperti memahami dan melihat.

iii.     Misalnya, bagi Tajuk kajian di atas objektif kajian ialah “mengenalpasti strategi produk yang digunakan dalam pemasaran Air Asia Berhad”. Objektif yang kurang jelas seperti “ menjelaskan produk Air Asia Berhad”  perlu dielakkan.
   
 c. Latar belakang atau lokasi kajian 

i.       Pelajar perlu menjelaskan latar belakang tentang perniagaan yang dikaji. Misalnya kajian tentang Air Asia Berhad boleh perlu merangkumi maklumat seperti  latar belakang syarikat, lokasi , kedudukan kewangan, sejarah penubuhan, dan pengiktirafan.  Elak bincang perkara yang tidak berkaitan dengan pokok kajian. Contohnya  perkara berkaitan kapal terbang Air Asia terhempas.


d. Kaedah kajian 

i.  Kaedah kajian merupakan langkah atau prosedur bagi mencapai segala objektif kajian yang                 telah ditetapkan.

ii..      Kaedah kajian yang sesuai sangat penting untuk mengumpul data. Pemilihan kaedah kajian                 bergantung kepada jenis data. Secara amnya, terdapat dua kategori data iaitu data primer                     dan data sekunder. Data primer merupakan data-data yang diperolehi secara langsung                           daripada situasi yang sebenar. Antara teknik yang selalu digunakan untuk mendapatkan                       data primer adalah seperti menggunakan kaedah soal selidik, temubual, dan pemerhatian.

iii.     Data sekunder pula merupakan maklumat-maklumat daripada bahan sedia ada dan boleh                       diperolehi melalui rujukan perpustakaan. Data sekunder melibatkan kajian-kajian teks,                         dokumen, kertas kerja, media massa, dan sebagainya.

Data Primer
Data sekunder
Soalselidik
Temubual
Pemerhatian
Kajian perpustakaan
Bahan sumber internet
Laporan tahunan

iv.  Pelajar juga perlu memberi justifikasi mengapa sesuatu kaedah dipilih. Contohnya, data seknnder       seperti laporan tahunan Air Asia digunakan kerana data yang dipeorleh ialah sahih dan juga                 mudah didapati.

e.  Dapatan kajian dan perbincangan 

i. Pelajar perlu memastikan bahawa dapatan kajian dapat menjawab  objektif kajian. Sentiasa ingat          tentang obhektif kajian semasa menulis dapatan kajian.

ii.  Pelajar hanya boleh memilih satu jenis perniagaan sahaja.

iii. Pelajar perlu memastikan, dapatan kajian merangkumi semua campuran pemasaran iaitu 4P atau         produk, harga, agihan dan promosi.

iv.    Dapatan kajian yang baik  ialah kajian yang menunjukkan pelajar dapat menganalsis setiap isu             kajian secara terperinci, beri  justifikasi tentang pemilihan campuran pemasaran, menjelaskan             impak kepada perniagaan, keberkesanan strategi campuran pemasaran yang digunakan.

v.    Sekiranya pelajar sekadar bincang  campuran pemasaran yang digunakan  ia dianggap sebagai              hasil penulisan yang lemah. Cuba melihat secara mendalam strategi campuran pemasaran yang           digunakan. Analisis data yang diperoleh secara kritikal agar anda dapat menganalsis setiap isu             kajian secara terperinci, beri  justifikasi tentang pemilihan campuran pemasaran, menjelaskan             impak kepada perniagaan, keberkesanan strategi campuran pemasaran yang digunakan.

vi.   Pelajar juga perlu mempersembahkan hasil kajian dalam bentuk grafik yang menarik seperti rajah ,      jadual  atau graf  Objektif penggunaan carta dan jadual ialah memudahkan pembaca memahami          hasil kjaian anda.

f.        Penutup 
i.    Dibahagian ini , pelajar perlu mmberi kesimpulan tentang kajian yang telah dijalankan.

ii.    Pelajar juga perlu menyatakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan kajian yang dijalankan.

iii.   Contohnya
       “ Setelah menjayakan kajian ini dengan keseluruhannya, saya mendapati                                                 bahawa………………………………….  (hasil kajian secara ringkas).  Jika diberi peluang,                kajian  saya  seterusnya ialah membuat perbandingan antara strategi harga Ais Asia Berhad                 dengan syarikat penerbangan lain seperti Malaysian Airlines. Saya juga ingin mengkaji kesan             strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat ini ke atas budaya kerja di Air Asia           Berhad.”

g.      Senarai rujukan 

Pelajar perlu  memastikan , setiap rujukan yang dinyatakan dalam hasil penulisan perlu dinyatakan  di dalam senarai rujukan. Gunakan kaedah yang betul untuk menulis rujukan.

Contohnya:

Abu Bakar Hamed, 1998. Asas Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia,  
        Sintok  Malaysia

Air Asia Berhad, Laporan Tahunan 2013. Diperolehi   
         pada 20  Julai 2015  daripada Laman Web: www.airasia.com/docs/common-                         docs/.../annual-report-2013.pdf

Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah Penyelidikan , McGraw-Hill Shah Alam

Izham Ibrahim, 2004. Konsep Asas Penyelidikan dan Statistik dalam Praktis Kesihatan.  
         Universiti Sains Malaysia- Pulau Pinang.

Kotler, P. , & Keller K., L., 2009. marketing Management. Upper Saddle River. N.J.                       Pearson Prentice Hall.

Sabri Hj. Hussin, 2005. Pengurusan Perniagaan, Cengage Learning Asia Pte Ltd:
          Singapore

h.      Lampiran

Pelajar perlu memasukkan lampiran yang releven sahaj yang disusun dengan kemas dan teratur.    



4.      Persembahan
-          Pelajar digalakkan  menggunakan computer untuk menghasilkan penulisan yang lebih         kemas dan teratur. Proses pengeditan juga dapat dibuat dengan cepat dan mudah.

-          Gunakan saiz kertas: A4 putih

-          Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci  

-          Tulisan yang dibenarkan ialah  Times New Roman (font 12)   

-          Langkau (spacing): 1.5  



-          Pelajar juga perlu menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan tekal.


Sentiasa berbincang dengan guru PP anda untuk menghasilkan penulisan yang baik. Dengan bimbinhgan guru dan usaha anda, tidak mustahil untuk menghasilkan satu hasil  penulisan yang cemerlang untuk mendapatkan markah yang tinggi.

Dalam penulisan berikutnya, cikgu akan bincang setiap aspek dengan lebih detail.


GOOD LUCK

1 comment :

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete