Monday, January 4, 2016

Pengajian Perniagaan Penggal 2: Pengenalan kepada pengurusan

Sukatan pelajaran bab 6: Pengurusan

6.1   Pengenalan kepada pengurusan
Calon seharusnya dapat:
6.1.1        Fungsi    pengurusan
(a)    mentakrifkan maksud pengurusan dan menjelaskan kepentingannya;
(b)    menjelaskan fungsi pengurusan merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan;
6.1.2        Konsep keberkesanan  dan kecekapan
(c)    membincangkan konsep keberkesanan dan kecekapan pengurusan;
6.1.3        Peranan Pengurus
(d)    menerangkan peranan pengurus dalam sesebuah organisasi mengikut Teori Mintzberg, iaitu antara-perorangan (interpersonal), peranan bermaklumat (informational), dan pembuatan keputusan (decision making);
6.1.4        Pendekatan pemikiran pengurusan
(e)    menjelaskan pendekatan-pendekatan pemikiran pengurusan, ciri-ciri dan pelopornya termasuklah Pendekatan klasikal, Pendekatan kemanusiaan/gelagat, Pendekatan sains pengurusan/kuantitatif, dan Pendekatan moden/kontemporari.

1.        Maksud pengurusan: Proses 4M- sumber organisasi-cekap dan berkesan- matlamat organisasi

2.        Kepentingan pengurusan
a.        Penyelarasan sumber
b.       Penggunaan sumber secara berkesan
c.        Mencapai matlamat organisasi
d.       Mengurangkan pembaziran

3.        Fungsi pengurusan
a.        Perancangan: Matlamat- tindakan
b.       Pengorganisasian: meyusun dan mengagih sumber- laksana tugas- matlamat
c.        Kepimpinan- mempengaruhi gelagat pekerja-laksana tugas- cekap dan berkesan
d.       Pengawalan- memantau prestasi- hasil kerja  seperti yang dijangkakan

4.        Konsep kecekapan dan keberkesanan
a.        Kecekapan: melakukan kerja dengan betul(doing things right), dengan kos yang minimum utk mencapai matlamat
b.       Keberkesanan: melakukan kerja yang betul (doing things right), buat kerja dengan sempurna agar mencapai matlamat

5.        Peranan pengurus dalam sesebuah organisasi mengikut teori Mintzberg

a.        Antara perorangan
(interpersonal)
Sebagai orang terpenting
wakil, bina imej dan reputasi yg tinggi, sifat empati, teladan baik
Sebagai ketua
Pemimpin, pengaruh, diikuti, matlamat
Sebagai penghubung
Antara organisasi dgn pihak luar, dapat maklumat dari pihak luar


b.       Peranan bermaklumat
(informational)

Sebagai pengawas
Peka terhadap perubahan persekitaran dlm dan luar organisasi,  rujuk laporan dsbgnya, perancangan lebih baik
Sebagai penyampai
Sampaikan maklumat kpd pekerja, melalui kaedag spt mesyuarat
Sebagai jurucakap

Sampaikan maklumat kpd pihak luar, melalui sidang media dsbgnya

c.        Pembuat keputusan
(decision making)
Sebagai usahawan
Idea baharu, sifat kreatif dan inovatif, kembangkan perniagaan
Sebagai pengawal gangguan
Menyelesaikan masalah  spt kemerosotan jualan
Sebagai pembahagi sumber
Agih sumber organisasi, ikut keutamaan dan kepentingan
Sebagai perunding
Jururunding dgn pihak luar spt  bekalan barang


Soalan esei pendek
1.      Jelaskan fungsi pengurusan yang dijalankan oleh Puan Fatimah sebagai pengetua SMK Tanah Tinggi.
2.      Huraikan maksud pengurusan
3.       Jelaskan kepentingan pengurusan kepada seorang pengurus cawangan bank
4.      Jelaskan konsep kecekapan dan keberkesanan
5.      Bezakan kecekapan dan keberkesanan

Situasi 1
Seorang pegawai bank telah menggunakan email untuk menghubungi pelanggan berbanding kaedah tradisional iaitu menghantar surat melalui pos
Situasi 2
Seorang eksekutif jualan telah mencapai target jualan lima tahun berturut - turut


6.      Jelaskan konsep kecekapan dan keberkesanan berdasarkan situasi di atas.
7.      Huraikan peranan pengurus bank sebagai antara perorangan
8.      Huraikan peranan bermakumat yang dimainkan oleh seorang pengarah hospital kerajaan
9.      Huraikan peranan pembuat keputusan yang dimainkan oleh seorang pengetua kolej swasta

Untuk setiap situasi berikut kenalpasti peranan pengurus mengikut mintzberg
a.      Seorang Ketua Pengarah Jabatan kerajaan menyampaikan sijil anugerah cemerlang kepada pekerja jabatannya
b.      Encik Mohan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah bank tempatan. Beliau telah mengadakan mesyuarat dengan pengurus – pengurus negeri untuk menjelaskan beberapa strategi untuk peningkatan prestasi
c.       Pengetua SMK Tinggi Setapak sering membaca jurnal pendidikan dan menyampaikan maklumat yang diperoleh kepada guru – guru semasa mesyuarat.
d.      Seorang pengurus pasar raya telah mengadakan sidang media untuk menjelaskan isu jualan daging ayam yang dikatakan tidak halal.
e.       Seorang pengetua kolej swasta telah berunding dengan wakil jualan syarikat computer berkenaan bekalan computer untuk  perpustakaan kolej.
f.        Pengetua sekolah SMK tinggi Setapak telah mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan untuk berbincang tentang peruntukan kewangan dan pembahagian tugas.
g.      Kilang pakaian ABC telah terbakar. Untuk memastikan pelanggan mendapat bekalan tanpa gangguan, pengurus kilang telah mengaturkan bekalan kain daripada luar negara.
h.      Pengurus pemasaran sebuah syarikat telekomunikasi telah memerperkenalkan beberapa idea unik untuk  meningkatkan jualan syarikat.



4 comments :