Monday, July 18, 2016

Perniagaan dan persekitaran- soalan dan skima jawapan

1.       Huraikan dua peranan sector swasta dalam membantu perkembangan sector pelancongan di Malaysia  [4]
-          Membuat pelaburan dengan membuka pusat penginapan, restoren yang boleh membantu perkembangan industri pelancongan.
-          Membantu pembangunan modal insan- menyediakan program latihan, meningkatkan kemahiran pekerja dalam industri pelancongan
-          Menyumbangkan kepada pendapatan/hasil kerajaan- digunakan untuk meningkatkan kemudahan prasarana yang b0leh mmebantu mengembangkan industri pelancongan
-          Memnyediakan aktiviti, barang yang sesuai dengan keperluan pelancong tempatan dan asing. Pelancong ada banyak pilihan dan sesuai dengan kemampuan mereka



2.       Jelaskan dua perbezaan antara perniagaan domestic dengan perniagaan antarabangsa [4]
Aspek
Perniagaan domestic
Perniagaan antarabangsa
bahasa


Pasaran


matawang


Saiz pasaran


dokumen


sekatan


Budaya





3.       Terangkan maksud perniagaan ekstraktif dan berikan dua contoh [4]
-          Mengeluarkan hasil bumi/ bahan mentah
-          Seperti perlombongan/ pertanian/ perikanan/perhutanan/ penternakan


4.       Dengan menggunakan contoh produk “perabot” , tunjukkan perkaitan dalam tahap perniagaan primer, sekunder dan tertiar. [6]
Primer- mengeluarkan hasil bumi. Untuk produk perabot, kayu dan kayu balak diperoleh daripada tahap primer
Sekunder- memproses bahan mentah untuk menjadikan barang siap dan separuh siap. Unutk produk perabot, kayu balak dari sector primer diproses untuk dijadikan perabot iaiatu barang siap
-          Tertiar- menyediakan perkhidmatan seperti pengangkutan , komunikasi dan perbankan unutk memudahkan urusan perniagaan. Dalam produk perabot, pengangkutan digunakan untuk mengedarkan perabot.


5.       Jelaskan pengaruh pihak persekitaran tugas yang berikut kepada sebuah pasar raya:
                                    i.            Pelanggan [2]
                                   ii.            Pekerja [2]
                                 iii.            Pembekal
                       Pelanggan- membeli barang dan perkhidmatan yang disediakan oleh pasar raya/ menyumbangkan hasil kepada pasar raya/ peningkatan  bilangan pelanggan akan meningkatkan prestasi kewangan pasar raya
                Pekerja- menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam aktiviti perniagaan pasar raya/ pekerja yang berkemahiran/ bermotivasi meningkatkan prestasi pasar raya
                Pembekal- menyumbangkan barang niaga kepada pasar raya/ pembekal yang menyediakan barang tepat pada masanya tidak mengganggu aktiviti perniagaan/ kemudahan kredit/ barang bermutu/cukup


6.       Jelaskan bagaimana persekitaran ekonomi mempengaruhi  sebuah perniagaan pakaian sukan? [4]
Kadar faedah- kadar faedah yg rendah membolehkan perniagaan pakaian sukan membuat pinjaman yang banyak- beli lebih banyak stok/ mesin
Penawaran wang- pertambahan wang dalam ekonomi – kuasa beli masyarakat meningkat
Keadaan ekonomi baik/ melambung- kuasa beli masyarakat meningkat
Peningkatan nilai RM- beli pakaian sukan import dengan harga murah


7.       Jelaskan bagaimana globalisasi dan peningkatan teknologi menjadi cabaran kepada sebuah bank?  [4]
Globalisasi- persaingan sengit- kemasukan bank asing- kurang pelanggan

Peningkatan teknologi- bank perlu menaiktaraf teknologi sedia ada spt perbankan internet / kos tinggi – beli alatan baharu seperti mesin ATM /perlu modal lebih banyak

No comments :

Post a Comment