Sunday, June 28, 2015

Keusahawanan - Uji minda anda


1.     Usahawan ialah orang yang ______________________ faktor-faktor ____________________ untuk memperkenalkan sesuatu yang_______________, mengenalpasti peluang-peluang _____________________ , menghasilkan idea-idea__________________, melakukan __________________, dan  sanggup menghadapi______________________.

2.     Proses ___________________________sumber-sumber _____________untuk memperkenalkan sesuatu yang_________________, keupayaaan untuk mengesan peluang-peluang __________________, menjana idea-idea_______________, dan membuat pembaharuan demi menjayakan sesuatu___________________.

3.     Tandakan betul atau salah
a.     Usahawan mementingkan keuntungan semata-mata.
b.     Peniaga ialah seseorang yang mencipta sesuatu yang baru.
c.     Pengurus ialah seseorang  yang menjalankan empat fungsi pengurusan.
d.     Peniaga Mementingkan keuntungan di samping sumbangan kepada masyarakat dan negara
e.     Pengurus Tidak sanggup menghadapi risiko.
f.      Peniaga sanggup menghadapi risiko.
g.     Usahawan tidak sanggup menghadapi risiko.

4.  Peranan Usahawan  dari aspek mikro  ( √  )
a.     Menyumbang idea dan melakukan pembaharuan.
b.     Jual beli barang untuk mendapat keuntungan.
c.     Menangani ketidakpastian.
d.     Menyediakan peluang pekerjaan
e.     Membayar cukai

5.   peranan usahawan kepada masyarakat  ( √  )
a.     Mewujudkan peluang pekerjaan. 
b.     Menjadi model ikutan masyarakat
c.     Meningkatkan pendapatan negara.
d.     Membangunkan industri sokongan.
e.     Mempelbagaikan barangan di pasaran seiring dengan peningkatan teknologi.
f.      Menggunakan sumber-sumber dengan cekap.
g.     Memastikan kesinambungan perniagaan turun-temurun diwarisi.

h.     Sebagai penyokong setia kerajaan.


6.     Berikan maksud usahawan  dan keusahawanan [4]

Encik Micheal merupakan pemilik kedai runcit di Wangsa Maju. Beliau membeli bekalan barang daripada beberapa pemborong di sekitar Kuala Lumpur dan jual semula barang tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Disebabkan kemerosotan jualan disebabkan persaingan daripada jenis peruncitan yang lain, Encik Micheal telah menutup kedai runcit dan mula bekerja sebagai ekskutif jualan di sebuah kedai kereta.
Encik Vivek merupakan pemilik rangkaian kedai roti ViVi. Beliau memulakan perniagaan ini pada tahun 2000 dengan modal permulaan sebanyak RM20 000. Beliau telah menghasilkan pelbagai roti yang unik berdasarkan resepi tempatan. Walaupun pada peringkat permulaan, perniagaan mengalami kerugian namun beliau tidak berputus asa dan hasil usaha gigih beliau kini ada empat cawangan kedai roti ViVi di Kuala Lumpur.  
7..     a.     Adakah Encik Micheal  merupakan seorang usahawan? Berikan alasan anda.
a.     Adakah Encik Vivek merupakan seorang usahawan? Berikan alasan anda


8..     Jelaskan empat peranan usahawan kepada masyarakat [4]


9.     Bezakan usahawan dengan peniaga. [6]
Aspek
Usahawan
Peniaga
















10.     Bezakan usahawan dengan pengurus [6]
Aspek
Usahawan
Pengurus
















11.     Huraikan maksud konsep yang berikut:
a.     Usahawan [3]
b.    Peniaga [3]
c.     Pengurus [3]

Syarikat Nova Sdn Bhd (SNSB) merupakan pengeluar pelbagai perabot berasaskan kayu getah di Johor. Syarikat ini diasaskan oleh Datuk Vincent Wong dengan modal permulaan sebanyak RM1.2 juta pada tahun 1998. Bekalan bahan mentah diperoleh daripada ladang-ladang yang beroperasi di Johor , Negeri Sembilan dan Pahang. Kilang SNSB mmepunyai pekerja seramai 95 orang yang merupakan rakyat tempatan. Syarikat ini menyediakan pelbagai perabot kayu getah bermutu tinggi dengan rekabentuk yang menarik untuk pasaran tempatan dan juga luar negara. Syarikat ini pernah memenangi anugerah kualiti dan anugerah rekabentuk di peringkat antabangsa. Datuk Vincent Wong disanjungi masyarakat kerana beliau sering menaja program khidmat masyarakat di negeri Johor. Beliau juga mewujudkan syairkatnya sebagai pusat latihan untuk belia tempatan mempelari perniagaan pengeluaran perabot. Tiga orang belia tempatan telah berjaya membuka kilang sendiri hasil bimbingan SNSB.
12.     Jelaskan sumbangan perniagaan milik Datuk Vincent Wong kepada masyarakat. [15]

No comments :

Post a Comment