Tuesday, April 2, 2013

Pengurusan ketegangan


Pengurusan Ketegangan

DEFINISI
Tindakbalas fisiologi dan emosi ke atas sesuatu perangsang/stimuli yang memberikan tuntutan-tuntutan (demands) fizikal atau psikologi ke atas seseorang individu

Keadaan emosi yang kompleks dan satu reaksi fisiologi dan psikologi yang berlaku pada seseorang apabila ia bertindak balas kepada faktor-faktor luaran di persekitaran.

Faktor yang menyebabkan ketegangan

Punca-punca ketegangan Pekerjaan
a)  Kekaburan peranan
    tidak pasti tentang peranan sebenarnya.

b)  Konflik peranan
    individu mempunyai pelbagai peranan yang berbeza pada masa yang sama.

c)  Keperluan kerja
     pekerjaan yang mendatangkan ketegangan melibatkan pembuatan keputusan,
     pengawalan serius terhadap brg dsb.

d)  Terlalu banyak atau sedikit tugas
    kerja diluar kemampuan kerana konstren masa dan kemahiran.Tiada tugas
    menyebab bosan dan terasa kehadirantidak diperlukan

e) Tanggungjawab terhadap orang lain
      mempunyai tanggungjawab berat terhadap orang lain.

f)  Kekurangan sokongan sosial
    tidak mendapat sokongan daripada rakan sekerja, kakaitangan bwhan dan  
    pengurus atasan

g) Gangguan seksual
    hubungan fizikal atau komunikasi yang berbentuk seksual yang dilakukaukan ke  
    atas seseorang individu tanpa kerelaannya.



h) Keadaan tempat kerja kurang memuaskan
     tempat kerja terlalu panas, bising, kotor, tidak cukup cahaya, tidak selamat dsb.


i)   struktur organisasi
     organsasi menggunakan banyak peraturan dan cara pembuatan keputusan
     yang berbeza.

k)  Kepimpinan organisasi
     gaya pengurusan pihak atasan dalam organisasi (diktator)

l)   Kitaran hayat organisasi
     Iaitu permulaan,pertumbuhan,kematangan dan kemerosotan

Punca-punca ketegangan individu

a)Personaliti 
   cepat marah dan tertekan.Lokus kawalan luaran tidak mampu mengawal  
   keadaan

b)Pengalaman kerja
    Pengalaman kerja banyak bersikap tenang dan tidak panik.

c) Tanggapan
     persepsi manusia terhadap sesuatu keadaan/tempat.

d)kejadian-kejadianmengejutkan
     kematian ahli keluarga terdekat,kehilangan tempat bergantung, cerai dsb.

e) Rutin harian
     perkara yang sama dilakukan setiap hari

Faktor luaran organisasi

 faktor luaran organisasi sebagai penyebab ketegangan
1.   Ekonomi – ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi, kenaikan kos sara hidup, kemelesetan ekonomi
2.   Politik – ketidakstabilan kepemimpinan, perubahan dasar kerajaan, ancaman dan huru-hara
3.   Perubahan teknologi – desakan ke atas kemahiran, penggunaan teknologi
4.   Keluarga dan saudara-mara – desakan keluarga, kematian, kemalangan
5.   Sosio-budaya – pergaulan bebas, kelakuan ganas remaja, kehadiran buruh asing

Tanda-tanda ketegangan  pada seorang pekerja

i.    Penurunan tahap kesihatan
  -  perubahan fisiologi
-     keletihan berpanjangan dan berlebihan
-  kurang bertenaga
-  berpenyakit

ii.  Perubahan sikap/psikologi/emosi
 -  murung
 -  mengelak diri
 -  panas baran/keganasan

iii.  Perubahan tingkah laku
 -  peningkatan keganasan
-  banyak makan / alkohol / merokok
 -  pengambilan dadah
  
iv.  Penurunan prestasi
-  penurunan produktiviti
-  peningkatan ketidakhadiran
-  peningkatan kadar lantik henti


Penerangan umum
 
BIL
Fakta
Huraian
1.
 Sakit kepala
-disebabkan tahap kebimbangan yang tinggi
2.
 Letih
-sentiasa nampak letih
-tidak bermaya
3.
Penyakit jantung
-tanda-tanda orang yang selalu  tegang
-serang cara mendadak
4.
 Kurang tenaga
-tumpuan terhadap kerja berkurangan
5.
Cepat marah
-tidak dapat berfikir secara rasional
6.
Produktiviti menurun
-disebabkan cepat letih,kurang tenaga, sakit kepala
7.
 Lenguh Badan
-rasa lenguh di pergelangan tangan, jari, bahu,leher dan kaki
8.
Peningkatan
kadar lantikhenti
-ramai pekerja berhenti
  9.
 Peningkatan
tahap
kebimbangan
- yang cepat tegang adalah pekerja dari jenis A (lokus kawalan luaran)
-sentiasa bimbang sesuatu yang negative akan berlaku
10.
Darah tinggi
- mudah menyerang
-sebab sikap perisau menaikkan  tekanan darah
11.
 Peningkatan
penggunaan
alkohol
-minum melebihi kebiasaan untuk melupakan masalah
12.
Banyak makan
-makan banyak, lama, melekakan,lupakan masalah
13.
Ponteng kerja
-selalu ambil cuti sakit
-rasa tidak seronok untuk berada di tempat kerja
14.
Ganas
-mudah bertindak di luar kawalan ataupun fikiran yang rasional

Cara menangani ketegangan

Pendekatan Organisasi

1) Wjudkan iklim organisasi yang baik
Suasana yang tidak selesa boleh mewujudkan ketegangan
Menitik beratkan kebajikan pekerja, wujudkan hubungan yang mesra antara pengurusan dengan pekerja.

(2) Mngadakan program kaunseling
Masalah peribadi dan keluarga boleh menimbulkan ketegangan dan menjejaskan prestasi pekerja.
Sesi kaunseling individu dan kaunseling kelompok.

(3) Mengadakan program sokongan keluarga
Tanggungjawab keluarga yang berat boleh menimbulkan ketegangan.
Wujudkan pusat penjagaan kanak-kanak, jadual waktu yang anjal dll

(4) Program pengurusan ketegangan
Pekerja diberi latihan tertentu untuk menghadapi ketegangan
Senaman pagi, program pengurusan cara hidup dll.

(5) Sistem mentor
Supaya pekerja ada tempat merujuk apabila menghadapi masalah dalam pekerjaan bagi mengurangkan ketegangan yang timbul dari pekerjaan.
Pekerja baru ditempatkan di bawah seorang penyelia sebagai mentor.
(6) Pemilihan & penempatan
Mempertimbangkan factor individu dan factor pekerjaan apabila memilih seseorang pekerja untuk pekerjaan tertentu.
Bagi pekerjaan yang mudah menimbulkan ketegangan, pilih pekerja yang mempunyai lokus kawalan dalaman, berpangalaman dan dapat menangani perubahan persekitaran dengan baik.

(7) Penetapan matlamat
Pekerja yang mempunyai matlamat dan arah tuju boleh meningkatkan motivasi dan seterusnya meminimumkan ketegangan.
Penyelia dan pekerja menetapkan matlamat bersama dan penilaian dibuat bersama supaya tahap kemajuan dikenalpasti & bimbingan diberi jika perlu.

(8) Reka bentuk semula kerja
Mereka bentuk semula pekerjaan yang menekankan, membosankan dan tidak mencabar supaya mengurangkan ketegangan pekerja akibat faktor-faktor ini.
Beri tanggungjawab dan kuasa yang lebih kepada pekerja dan beri maklum balas terhadap prestasi pekerja.

(9) Komunikasi organisasi
Komunikasi mengikut saluran yang rasmi boleh mengurangkan ketidak pastian dan kekaburan dan seterusnya mengurangkan ketegangan.
Perubahan organisasi dimaklumkan kepada pekerja.

Pendekatan Peribadi

(1) Pengurusan masa
Kerja-kerja yang ditangguh ke saat terakhir menyebabkan kecemasan dan ketegangan.
Senaraikan tugas harian, mingguan dan bulanan, jangkakan kemungkinan halangan dan buat perancangan supaya tugas disiapkan ikut masa yang ditetapkan.

(2) Teknik fisiologi (rehat dan meditasi)
Meditasi – mengetepikan perkar-perkara yang mengganggu fikiran.
Latihan cara rehat yang betul.
Duduk dengan selesa, tutup mata, rehatkan otot dan bernafas perlahan.

(3) Senaman
Senaman boleh mengurangkan ketegangan
Senamrobik, jogging, renang dll.
(4) Sokongan sosial
Sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan supaya seseorang boleh melepaskan perasaan yang mengganggu fikiran mereka.
Adakan hubungan yang baik dengan orang-orang di sekitar kita. 

No comments :

Post a Comment