Sunday, April 14, 2013

Apakah pilihan anda? Tingkatan Enam, Matrikulasi atau Diploma?


Salam, sedikit sebanyak penerangan diterangkan ye!

Susahnya pelajar untuk membuat keputusan apabila mendapat 3 tempat ini sekali gus. Bagaimana kita hendak membantu mereka memilih sendiri haluan yang tepat?

Hala tuju anda??

Minat, kemampuan kewangan, jurusan pilihan akan membantu pemilihan pelajar. Tingkatan 6... peluang untuk menjejakkan kaki ke u lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan. Walaupun bunyinya ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik.

Semangat yang tinggi, kesabaran serta teknik belajar yang sistematik perlu ada pada pelajar STPM. Strategi memilih mata pelajaran sewaktu 6 rendah penting kerana ia akan menentukan peluang untuk ke kursus pilihan kerana setiap kursus ada syarat-syarat kemasukan tersendiri. Sebab itu memilih subjek ting 6 penting kerana biasanya setiap kursus di u minima memerlukan gred yang baik dlm 2 mata pelajaran sementara 2 mata pelajaran lain akan menyokong 'pointer'.

Perlu jelaskan kepada pelajar strategi memilih mata pelajaran. Sistem penggal yang masih diamalkan oleh sekolah akan membebankan pelajar untuk membuat persediaan di peperiksaan STPM.

                                                                                                
Buat pilihan yang bijak ye! Insyallah..

Diploma pula selalunya jalan untuk mencari pekerjaan dengan cepat kerana setelah tamat selalunya lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk sambung ke Ijazah amat tipis dan sekiranya bercita-cita utk sambung belajar ijazah perlu dapat 3 'pointer' ke atas.

Matrikulasi pula ada 2 sama ada matrikulasi KPM atau matrikulasi universiti-universiti. Perlu jelaskan perbezaan kedua-dua matrikulasi itu dan yang penting kaedah pemilihan kursus ijazah di kedua-dua matrikulasi tersebut.Apabila pelajar telah mendapat penjelasan maklumat yang perlu dengan jelas akan membuka ruang pelajar untuk membuat keputusan. Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil utk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya.

Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.

Insyaallah....sekiranya pelajar inginkan panduan lengkap Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM layari:

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

* Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
* Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
* Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
* Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
* Sastera pun susah, sains pun susah.Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk berjaya ye! Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang nie. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my… layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba ambil.


Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda????

Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.

Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.

Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.

Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.

Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.

Sedikit sebanyak dari cikgu..Cikgu sentiasa doakan anda berjaya!Insyallah...



Dipetik daripada,
Cikgu Loh www.LepasanSPM.com 

No comments :

Post a Comment