Tuesday, July 30, 2013

CHECKLIST PBS PENGAJIAN PERNIAGAAN 2013

hai pelajar PP yang dikasihi

Ramai di kalangan anda  sudah mula menulis tugasan anda. Semasa menulis pastikan checklist di bawah dipatuhi. Cikgu buat checklist ini berdasarkan perbincangan dengan anak murid cikgu dan juga setelah mengenalpasti kelemahan dalam proses penulisan mereka.

Masih ada banyak masa untuk membuat pembetulan dan menghasilkan kerja yang cemerlang.

Ingat!! Wajaran markahnya banyak. Buatlah yang terbaik

Sentiasa berbincang dengan guru PP anda  untuk menghasilkan hasil anda yang terbaik.

Elak buat kerja LAST MINUTE

Good luck!!
Bil
Perkara
1
Mengandungi dokumen berikut:
a.     Kulit hadapan kerja kursus calon
b.     Borang Perakuan Calon (BPC)
c.     Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)
d.     Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
e.     Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
2
Menepati format yang telah ditetapkan
a.     Saiz kertas: A4 putih sahaja
b.     Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
c.     Tulisan: Times New Roman (font 12)
d.     Langkau (spacing): 1.5
e.     Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
3
Panjang penulisan (3000 hingga 6000 patah perkataan)
4
Tajuk kajian
a.     Nama organisasi
b.     Apa yang dikaji
5
Objektif kajian (berkaitan dengan apa yang dikaji iaitu dan kata tugas yang betul )
a.     Guna kata tugas yang betul seperti mengenalpasti/ 
        apakah
b.     rekabentuk organisasi
c.     proses pengorganisasian
d.     Gaya kepimpinan
e.     Kuasa pemimpin
f.      Konsep pengorganisasian
6
Latar belakang organisasi
a.     Sejarah penubuhan- tahun, pengasas
b.     Lokasi spt google map
c.     Produk/perkhidmatan yang ditawarkan
d.     Perjawatan/ bilangan pekerja
e.     Pencapaian khusus (ISO, penghargaan- anugerah       kualiti)
f.      Faktor persekitaran seperti  infrastruktur dan          
       demografi
7
Kaedah kajian
a.     kaedah kajian untuk data primer seperti soalselidik,       temubual dan pemerhatian
b.     memberi penjelasan ringkas tentang setiap kaedah       kajian yang dinyatakan
c.     ada lampiran tentang contoh soalselidik/ soalan 
       temubual
d.     Kaedah kajian untuk data sekunder seperti bahan 
        perpustakaan, internet, laporan
e.     Memberi penjelasan ringkas tentang setiap kaedah       kajian data sekunder yang dinyatakan
8
Dapatan kajian
a.     Analisis bahan yang diperoleh dalam bentuk yang 
       sesuai.
b.     Ada ulasan
c.     Ada rajah/ jadual untuk data yang diperoleh
d.     Ada carta organisasi
e.     Ada definsisi konsep yang dikaji
i.              Organisasi 
ii.             Rekabentuk organisasi
iii.            Proses pengorganisasian
iv.            Gaya kepimpinan
v.             jenis kepimpinan
vi.            kuasa pemimpin
vii.           konsep pengorganisasian seperti
1.     empowermen
2.     jangkauan kawalan
3.     tanggungjawab
4.     penugasan dan pemencaran autoriti

9
Ada Kesimpulan kajian
10
Cadangan penambahbaikan
(bincang tentang kajian yang boleh dibuat pada masa akan datang, menambahbaik kajian yang telah dilakukan)
11
Senarai rujukan
a.     pastikan sumber yang dinyatakan dalam penulisan       ada dalam lampiran
b.     Pelbagai bahan rujukan (buku, jurnal, majalah,             petikan akhbar, laporan, laman web)
c.     tuliskan nama penulis, tahun dan penerbit
d.     Ikut gaya dewan
    Contoh:
    Sabri Haji Hussin, 2010.Pengurusan Perniagaan,           Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
e.     Kalau bahan internet
Contoh
Perbadanan Produktiviti Malaysia. (2009) Laporan Tahunan 2009. Diperolehi pada 20  Julai 2013 daripada Laman Web Dunia: http://www.mpc.gov.my/home/?cont=c2&item=3&sstr_lang=bm&t=3
f.      Susun dengan turutan yang betul (ikut abjad)
12
Lampiran
Pastikan
a.     Berkaitan sahaja
b.     Disusun dengan kemas dan baik
13
Bahasa
a.     Sudah semak kesalahan ejaan
b.     Tatabahasa
c.     Laras bahasa

No comments :

Post a Comment