Sunday, August 4, 2013

PBS pengajian perniagaan - contoh analisis kuasa pemimpin

Hai pelajar yang dikasihi,

Cikgu nak bincang sikit tentang kuasa pemimpin. 


1. Mula-mula dapatkan info tentang kuasa pemimpin secara umum. Maklumat ini boleh dicari dari buku-buku berkaitan dengan pengurusan dan juga laman web pengurusan dan juga artikel majalah dan suratkhabar. Pengetua  sekolah  mungkin ada koleksi tentang buku kepimpinan. Pinjamlah,  kalau ada. Anda juga digalakkan melayari laman web utusan, berita harian , sinar harian untuk mendapatkan artikel  tentang pengurusan . (make sure rekod url sebab nanti kena sebut di bahagian rujukan)  

2. Present huraian kamu dalam bentuk rajah yang sesuai. Rujuk smart art dalam microsoft word. Ini adalah opsyenel. kalau tak de pun tak pe.

3. Now, tulis apa yang kamu dapat data  kajian. Mungkin pemimpin organisasi yang anda kaji  mempunyai dua sahaja kuasa yang disenaraikan ataupun semua. Tulis apa yang kamu dapat dalam bentuk yang sesuai. Misalnya kalau ada transkrip temuduga, masukkan. ini menunjukkan anda ada bukti yang autentik untuk dikongsi bersama pembaca.

CONTOH



Kuasa pemimpin

Kuasa merujuk kepada keupayaan  seseorang mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu sepertimana yang diharapkan. Seseorang pemimpin mungkin memeiliki kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa desakan, kuasa rujukan, dan kuasa kepakaran. Huraian tentang setiap kuasa tersebut diperincikan dalam rajah di bawah.






Berdasarkan kajian,  pengurus syarikat ini mempunyai kuasa seperti berikut.

Kuasa kepakaran
Sebagai Pengurus besar, Encik Abdullah sering dirujuk oleh pekerja untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan masalah pemasaran. Pengalaman bekerja sebagai pengurus pemasaran selama lapan belas tahun disyarikat ini menyebabkan Encik Abdullah mempunyai pengalaman luas dalam bidang pemasaran. Pekerja dari jabatan pemasaran sering berbincang dengan Encik Abdullah untuk mendapatkan nasihat beliau tentang program pemasaran yang bakal dilancarkan.


Saya                   : Apakah kuasa kepakaran yang tuan miliki?

Encik Abdullah  :  Kalau sebut pasal kuasa kepakaran, marketing lah. Dah banyak saya               
                              belajar tentang marketing sebab pengalaman kerja sebagai marketing
                              manager di sini. Budak marketing selalu jumpa saya kalau ada
                              problem. Saya bagilah nasihat setakat yang saya boleh. Itu pun di
                              peringkat permulaan sahaja. Budak-budak ini memang pandai, tapi
                              takut nak mula. So kita guide dia orang lah.

Saya                   : Ada kepakaran lain?

Encik AbdullahV :  Tak de
(Temuduga: 21 Julai 2013)

Ini menunjukkan Encik Abdullah berkongsi kuasa kepakaran yang dimiliki untuk membantu staf di bawah jabatan pemasaran. Walau bagaimanapun, beliau hanya memberi nasihat diperingkat permulaan sahaja kerana kemungkinan beliau tidak mahu pekerja pemasaran bergantung kepada beliau sepenuhnya.

Kuasa ganjaran

Sebagai pengurus besar, Encik Abdullah mempunyai kuasa untuk menentukan ganjaran kepada pekerjanya. Walaubagaimanapun beliau hanya membuat keputusan akhir dalam hal seperti pemberian bonus. Penentuan ganjajaran pekerja dibuat oleh jabatan sumber manusia dan Encik Abdullah akan menyelasaikan sebarang isu berkaitan dengan ganjaran yang tidak dapat diselesaikan oleh pengurus sumber manusia.

  
Saya                   : Adakah tuan mempunyai kuasa ganjaran?

Encik Abdullah  :  Maksud you  apa? Gaji ke?

Saya                    : Ya, gaji, bonus dan lain-lain

Encik Abdullah   :   Pasal gaji saya tak decide. Itu kerja HR. Macam kenaikan gaji untuk
                              manager , bonus saya yang decide . Pekerja lain tu HR yang buat. Kita ada
                              standard prestasi, Gaji naik ikut prestasi. Bonus pun sama. Kalau ada
                              masalah barulah saya decide. Macam ada pekerja tak puas hati pasal
                              bonus. Saya bincang dengan dia oranglah. HR manager jumpa saya kalau
                              ada isu, kita sama-sama selesaikan. Biasanya isu bonus lah. Mesti ada
                              yang tak puas hati (ketawa)
              
                                                                                                         (Temuduga: 21 Julai 2013)

Kuasa ganjaran yang dimiliki oleh Encik Abdullah digunakan untuk menentukan ganjaran bagi pengurus pertengahan dan untuk staf lain , beliau memberi kuasa kepada jabatan sumber manusia untuk menentukannya.

No comments :

Post a Comment