Tuesday, July 30, 2013

PBS pengajian perniagaan- menganalisis borang soalselidik

Menganalisis data soal selidik mengenai gaya kepimpinan

Andaikan anda telah mengedarkan 20 keping borang soal selidik kepada pekerja organisasi yang anda kaji.

Setelah menerima soal selidik tersebut, anda perlu mengira bilangan reponden yang memilih setiap item.

Contohnya: untuk item 1, seorang responden memilih neutral, 12 orang memilih bersetuju dan 7 orang memilih sangat bersetuju. Angka ini perlu diubah menjadi peratus iaitu bilangan memilih/ jumlah responden X 100


Item 1   

Bersetuju

12    x 100   =  60%
20

Sangat bersetuju

7    x 100   = 35%
20


Ini bererti 95 % responden  menyatakan keputusan dibuat oleh ketua dan subordinat perlu mematuhinya. Ini lebih kepada gaya kepimpinan autokratik.




Pernyataan
Sangat tidak bersetuju
Tidak bersetuju
Neutral
Bersetuju
Sangat bersetuju
1.     Ketua saya memastikan setiap
      keputusannya dipatuhi oleh 
      saya.

0
(0%)
0
(0%)
1
(5%)
12
(60%)
7
(35%)
2.     Ketua saya mentadbir dengan gaya yang tegas.

1
(5%)
1
(5%)
1
(5%)
16
(80%)
1
(5%)
3.     Ketua saya memastikan semua pekerja faham kedudukannya sebagai ketua di organisasi
      .






4.     Ketua saya memaklumkan keputusannya dahulu kepada pekerja sebelum bertindak.






5.     Ketua saya menentukan jadual  kerja yang perlu dilaksanakan oleh pekerja






6.     Ketua saya bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya.






7.     Ketua saya mendapat  persetujuan pekerja terlebih dahulu sebelum meneruskan sesuatu perkara.







8.     Ketua saya sering mencuba ide-ide baru bersama pekerja-pekerja.






9.     Ketua saya mengelola pekerja-pekerja dengan menggunakan tata kerja yang seragam.






10.  Ketua saya sedia membuat perubahan.






11.  Ketua saya menerima cadangan yang dikemukakan oleh pekerja untuk dilaksanakan.






12.  Ketua saya menentukan tugas- tugas tertentu untuk pekerja






13.  Ketua saya meminta pekerja mengikut segala peraturan dan syarat kerja yang telah ditetapkan.






14.  Ketua saya memastikan setiap tugas disiapkan oleh pekerja selewat-lewatnya pada tarikh akhir.






15.  Ketua saya menggalakkan  budaya kerja sepasukan di kalangan pekerja.






16.  Ketua saya mewujudkan  semangat kekitaan ke arah pencapaian matlamat yang sama.






17.  Ketua saya memberi panduan  yang jelas tentang sesuatu bidang tugas






18.  Ketua saya menurunkan kuasa  kepada staf yang berkenaan untuk membuat keputusan tertakluk kepada bidang kuasa  masing-masing.









No comments :

Post a Comment