Wednesday, July 10, 2013

PBS pengajian Perniagaan- soalan temuduga

Ini adalah antara soalan yang obleh dikemukakan kepada ketua untuk mendapatkan maklumat tentang kuasa yang dimiliki serta mengetahui sifat kepimpinannya.

Tambah jika anda rasa soalannya tidak mencukupi.


Cuba tanya soalan tambahan berdasarkan soalan utama.

Jangan tanya terlalu banyak soalan kerana kemungkinan anda mempunyai data yang terlalu banyak.

Jika orang yang ditemuduga menyimpang dari tajuk, cuba alihkan perbincangan ke topik asal.

Anda boleh masukkan transkripsi perbualan anda dengan ketua berkenaan dibahagian-bahagian yang sesuai sebagai sokongan kepada data soal selidik.

Good luck

Soalan temuduga
1.    Apakah kuasa yang dimiliki oleh tuan/puan sebagai seorang pemimpin ?


2.    Adakah tuan/puan menentukan ganjaran untuk pekerja?


3.    Adakah tuan boleh mengambil tindakan membuang kerja ke atas pekerja yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan?


4.    Adakah tuan / puan menjadi perujuk jika pekerja menghadapi masalah dalam melaksanakan sesuatu tugas?


5.    Apakah kuasa kepakaran yang dimiliki oleh tuan/puan?


6.    Apakah nilai dan etika yang dimiliki oleh tuan/puan sebagai pemimpin organisasi ini?


7.    Bayangkan organisasi tuan/puan menghadapi krisis yang serius. Apakah tindakan yang mungkin diambil oleh tuan/puan?


8.    Apakah kaedah yang digunakan oleh tuan/puan untuk meningkatkan komitmen pekerja di bawah tuan/puan?


9.    Apakah perubahan bersar/ signifikan yang dibawa oleh tuan/puan kepada organisasi ini?


10.  Ceritakan satu situasi yang menyebabkan tuan/puan gagal sebagai seorang pemimpin?


1 comment :

  1. cikgu saya ada tugasan bertajuk temubual syarikat aud/vid . saya perlu mengkaji setiap aspek syarikat tersebut . seperti latar belakang , perniagaan , organisasi Bagaimanakah contoh soalan yang boleh saya bagi semasa temubual tersebut

    ReplyDelete