Perodua jual 2.2 juta kereta dalam 20 tahun
PERUSAHAAN
Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan jualan sebanyak 2.2 juta unit
kenderaan setakat ini sejak jenama kereta tempatan itu mula beroperasi 20 tahun
lalu.Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, bagi
tahun ini, Perodua menjual sebanyak 130,000 kereta sehingga Ogos lalu, iaitu
peningkatan 3.5 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
“Myvi masih menjadi penyumbang utama dengan jualan 8,000 hingga 9,000 unit setiap bulan dan permintaan kepada model itu bertambah kukuh.“Walaupun banyak cabaran daripada pemain automotif dalam dan luar negara, Perodua akan pastikan kami kekal dengan objektif utama iaitu menyediakan kenderaan dan servis berkualiti yang mampu dimiliki rakyat Malaysia,” katanya pada majlis pengumuman pemenang pertandingan Revive Your Drive anjuran Perodua.
Aminar berkata, Perodua melihat persaingan sebagai perkembangan baik buat pengguna di negara ini kerana syarikatnya akan menyediakan produk serta servis selepas jualan yang lebih baik.Ditanya sama ada harga model baru Perodua yang dijadual dilancarkan tahun depan lebih murah berbanding sekarang, beliau berkata Perodua akan mengekalkan harga berpatutan dan dalam masa sama menjaga kualiti kenderaannya.

Menurutnya,
model baharu Perodua itu akan menggunakan enjin aluminium yang menjimatkan
minyak serta boleh mengurangkan kos, selari dengan sasaran syarikat itu untuk
menurunkan kos pengeluaran antara 20 dan 30 peratus menjelang 2015.
(dipetik dan
disesuaikan daripada www.sinarharian.com.my dicapai
pada 28 September 2013)
kajian kes ini boleh
dikaitkan dengan pemasaran dan pengeluaran
a. Jelaskan
faktor yang menyebabkan peningkatan jualan walaupun menghadapi persaingan
sengit. (6 markah)
(perkhidmatan pelanggan,
kualiti kereta, harga, teknologi)
b. Jelaskan
langkah-langkah yang boleh diambil oleh Perodua untuk mengurangkan kos
pengeluarannya (8 markah)
(kaedah penjimatan kos seperti peningkatan produktiviti, pengurangan
pembaziran,
kawalan inventori- JIT, kawalan kos
promosi, operasi dan pentadbiran)
c. Jelaskan
dua persekitaran umum yang mempengaruhi Perusahaan Otomobil Sdn Bhd. (8
markah)
(teknologi, globalisasi,
politik dan perundangan, ekonomi)
d. Jelaskan
tanggungjawab Perodua terhadap pelanggan dan pekerja (6
markah)
e. Mengapakah
aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting kepada Perodua? (6
markah)
(produk bermutu, kepuasan
pelanggan, inovasi produk, penjimatan kos, daya saing)
No comments :
Post a Comment