Jenis
pendekatan tindakan beretika
a.
Pendekatan
utilitarian
-
Diperkenalkan oleh ahli falsafah Jeremy
Bentham dan John Stuart Mill
-
Menekankan konsep “faedah terbaik untuk
bilangan terbesar”
-
Faedah kepada golongan majoriti diutamakan
berbanding golongan minoriti
-
Pembinaan sebuah empangan menyebabkan
pemindahan seratus orang penduduk tetapi dapat menyelesaikan masalah bekalan
air untuk 1 juta penduduk. Pembinaan empangan itu perlu diteruskan.
b.
Pendekatan
individualisme
- Mengutamakan kepentingan individu apabila membuat keputusan
- Mengutamakan kebebasan dan kepentingan diri dan membawa kebaikan maksimum
kepada individu dalam pembuatan keputusan
- Contoh:Pemberian insentif khas kepada jurujual kereta yang mencapai
jualan tertinggi menyebabkan setiap pekerja berusaha untuk mengatasi target
jualan dan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan insentif tersebut.
c. Pendekatan keadilan
- Seseorang pengurus atau pemimpin mestilah adil dan saksama dalam mebuat
keputusan di mana keadilan yang dimaksudkan adalah lebih daripada keadilan
biasa.
- Contohnya kerajaan menetapkan harga tepung gandum sebanyak RM1.35. Sebuah
pasar raya menjual dengan harga RM1.10 kerana , ia mendapati ini adalah harga
yang dianggap berpatutan setelah mengambil kira keuntungan.
- Contoh: Setiap pekerja samada lelaki atau wanita perlu dibayar gaji yang
sama. Peraturan dan polisi syarikat mestilah sama untuk semua pekerja.
d. Pendekatan hak moral
- Setiap
individu mempunyai hak moral dan kebebsan yang tidak boleh diputuskan oleh
orang lain.
- Contohnya hak untuk memberi pendapat, hak untuk hidup dalam keadaan yang
aman dan hak untuk privasi.
Hak
|
Penerangan
|
Hak penyetujuan bebas
|
|
Hak kebersendirian
|
|
Hak kebebasan hati nurani /suara hati
|
Setiap orang
mempunyai hak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya ianya melanggar prinsip
moral yang mereka pegang
|
Hak untuk kebebasan
|
Setiap orang mempunyai hak untuk secara berhemat
mengkritik suatu etika organisasi, selagi kritik-kritik mereka tidak
mencabuli hak individu-individu di dalam organisasi.
|
Hak proses berpatutan
|
Jika seseorang
percaya hak mereka dicabuli, mereka mempunyai hak kepada suatu perbicaraan
yang adil dan saksama
|
- Contohnya: pekerja muslim perlu diberi peluang untuk melaksanakan
kewajipan sembahyang.
Faktor-faktor yang
mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh pengurus dan organisasi
a.
Pengurus
-
Pemilihan pendekatan etika oleh pengurus
bergantung kepada latarbelakang keluarga, keperluan diri serta kepercayaan
agama.
-
Ia juga bergantung kepada kepimpinan pengurus
samada autorkratik (buat tugas yang seperti diarahkan, pastikan buat kerja yang
sempurna dan berusaha untuk mengelak daripada dikenakan tindakan), kerja
kumpulan (berusaha untuk mencapai matlamat kumpulan, mematuhi undang-undang dan
patuh kepada system social), transformasional (mempunyai kepercayaan diri,
berusaha untuk mengimbangkan keperluan diri dan keperluan umum)
b.
Organisasi
-
Nilai yang dipegang oleh sesebuah organisasi.
-
Organisisi yang mengutamakan nilai social
akan menggunakan pendekatan moral dan keadilan
-
Organisasi yang mengutamakan faedah untuk
golongan majoriti akan menggunakan pendekatan utilitarian.
No comments :
Post a Comment