Monday, September 2, 2013

PBS Pengajian Perniagaan- Sesi Pembentangan

Wahai pelajar yang dikasihi,

Beberapa perkara perlu diberi perhatian apabila anda diminta membentang hasil kajian anda.

1. Akur pada masa


  • Anda mungkin diberi 10- 15 minit sahaja untuk membentangkan hasil kajian. 



  • Oleh itu, jangan buat terlalu banyak slide untuk pembentangan



  • Cadangan cikgu: maksimum 10 slide sahaja.


           Slide 1: Tajuk kajian dan objektif kajian

           Slide 2: Latar belakang kajian

           Slide 3: Kaedah kajian

           Slide 4 hingga 9: Dapatan kajian
           Rekabentuk organisasi
           Proses pengorganisasian
           Gaya kepimpinan
           Jenis kepimpinan
           Kuasa pemimpin
           konsep pengorganisasian
         
           Slide 10 : Kesimpulan
         

2.  Soalan yang mungkin dikemukakan oleh guru/ pentaksir

Antara soalan yang mungkin dikemukakan oleh guru / pentaksir semasa pembentangan

a. Mengapa anda memilih organisasi tersebut?

 b. Adakah kajian anda dapat menjawab semua objektif kajian?

c. Apa yang anda belajar daripada kajian ini?

d. Apakah cadangan untuk kajian seterusnya?

e. Mengapakah anda memilih kaedah kajian tersebut?

f. Mengapakah anda tidak menggunakan kaedah kajian.......?


Buatlah latihan pembentangan beberapa kali. Berlatih di depan cermin muka  anda berasa lebih yakin.


GOOD LUCK CHILDREN. GIVE THE BEST OF YOU!!




2 comments :

  1. thank you cikgu. mmg sgt membantu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete