Pengguna Internet Malaysia cecah 25 juta orang pada 2015
2013/10/25 - 17:01:59 PM
KUALA LUMPUR: Bilangan pengguna Internet di
Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18
juta orang pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 yang
dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Menurut laporan itu kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.

Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna
Internet di Malaysia adalah pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus
niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014
berbanding RM1.8 bilion pada 2010.
Menurut laporan itu, Malaysia adalah antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam talian.
Tambahan pula pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi dengan pembayaran elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit.
Menurut laporan berkenaan, peningkatan jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam talian menggambarkan potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian.
Syarikat yang tidak mempunyai laman web atau menawarkan pembelian dalam talian perlu mengubah perniagaan tradisional mereka kepada perniagaan dalam talian supaya tidak kehilangan pengguna yang semakin meningkat.
Tambahan pula, adalah penting untuk perniagaan menumpukan perhatian kepada pelanggan telefon mudah alih kerana bilangan mereka jauh melebihi pengguna Internet.
Laporan itu menyebut rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian sosial.
"Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari Internet untuk mengakses Facebook," kata laporan itu.
Laporan itu turut menyebut kebanyakan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana masih kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kerana sumber kewangan yang terhad, kekurangan pengetahuan teknologi, serta kos juruteknik dan aplikasi perisian yang tinggi.
Jelas laporan itu, capaian Internet adalah rendah bagi PKS dan usahawan disebabkan kos jalur lebar dan pendaftaran domain yang tinggi.
"Sebagai contoh, pada 2010, kos sebanyak AS$143 dikenakan untuk mendaftar domain di Malaysia berbanding AS$64 di Taiwan dan US$24 di Amerika Syarikat," kata laporan itu.
PKS meliputi 97.3 peratus atau 645,136 daripada semua pertubuhan perniagaan di Malaysia tetapi hanya 100,000 perniagaan yang mempunyai laman web dengan hanya 20 peratus daripada PKS menggunakan ICT secara meluas dalam operasi harian mereka, kata laporan itu.
Laporan itu menambah pada 2010, penembusan jalur lebar dalam kalangan perniagaan adalah rendah pada kadar 33 peratus manakala perbelanjaan pengiklanan dalam talian juga rendah, hanya satu peratus daripada bajet perniagaan di negara ini.
Ia turut menarik perhatian bahawa terdapat juga isu seperti keselamatan dan rangkaian yang mana menurut Paypal, lebih banyak pengguna akan menambah pembelian dalam talian sekiranya aspek keselamatan dipertingkatkan.
Kesimpulannya, menurut laporan itu, adalah penting untuk PKS dan usahawan serta pengguna menggunakan ICT serta menerima teknologi digital secara menyeluruh selari dengan transformasi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi. - BERNAMA

Dimuat turun dari
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Bajet2014_PenggunaInternetMalaysiacecah25jutaorangpada2015/Article/index_html pada 30 Mac 2015.
Malaysia dijangka
catat transaksi e-dagang RM1.9b
KUALA LUMPUR 17 Julai -
Perdagangan elektronik (E-dagang) dijangka terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan
walau berhadapan ketidaktentuan ekonomi dengan unjuran bakal melebihi RM1.9
bilion di Malaysia menjelang 2016, menurut kaji selidik Euromoney.
Pada 2011, transaksi
aktiviti membeli-belah dalam talian berjumlah RM842 juta.
Laporan global yang
dikeluarkan JP Morgan pada 2011 menunjukkan perolehan e-dagang di seluruh dunia
dijangka mencecah AS$963 juta (RM3.08 bilion) pada tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif Rakuten Online Shopping, Masaya Ueno berkata, tinjauan hadapan yang
positif itu adalah bertepatan dengan pemain industri kerana ia memberi peluang
kepada syarikat untuk berkembang serta memasuki pasaran tempatan.
''Kita menyaksikan potensi
yang besar dalam pasaran e-dagang di Malaysia dengan pengembangan sektor ini
disokong oleh penggunaan Internet serta inovasi teknikal yang telah mengubah
hubungan penjual dan pembeli.
''Dalam tempoh 12 bulan
akan datang, terdapat lima trend utama yang dijangka berlaku dan membentuk masa
hadapan perbelanjaan dalam talian di seluruh dunia.
''Sehingga tahap mana
perniagaan di Malaysia menerima trend tersebut bakal membentuk kemampuan mereka
dalam memaksimumkan pengembangan industri e-dagang tempatan,'' katanya dalam
kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Tambah Ueno, trend-trend
tersebut termasuk semakan pencarian dalam talian akan diterjemah kepada
pembelian, peniaga-peniaga kecil akan menggunakan saluran mudah alih, dagangan
tablet akan membuka pengalaman dalam talian yang baru, lebih banyak orang akan
menggunakan rangkaian sosial untuk membeli belah dan model penghantaran
tempatan lebih fleksibel akan membuat pelanggan lebih setia.
''Industri e-dagang global
telah mengalami era menarik dengan evolusi pantas dan inovasi teknologi.
''Peningkatan peralatan
mudah alih telah membuka ruang baru dan menarik untuk peruncit untuk mendekati
pelanggan mereka.
''Ia juga menggalakkan
untuk melihat rakyat Malaysia adalah bersemangat untuk menggunakan inovasi
mudah alih yang menunjukkan kematangan pengguna tempatan,'' jelasnya.
Ueno berkata, pihaknya
optimistik pasaran akan terus berubah dengan integrasi inovasi lebih kreatif
dalam peralatan mudah alih.
Trend-trend tersebut akan
dimanfaatkan oleh perniagaan di Malaysia, dan ia akan merangsang dan membentuk
pasaran e-dagang yang merupakan pertumbuhan kritikal untuk ekonomi.
Dimuat turun dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120718/ek_02/Malaysia-dijangka-catat-transaksi-e-dagang-RM19b
pada 30 Mac 2015.
Mengapa jenama global pilih pemasaran
digital menerusi media sosial?
AZLEEN ABDUL RAHIM | 02
Mac 2015 12:23 AM
Adakah anda masih ingat, ketika anda ingin
membeli kereta berkuasa tinggi anda bulan lalu, anda ada meminta pendapat
daripada dua rakan rapat anda di laman Instagram, yang baru sahaja membeli
kereta yang sama sebelum itu?
Itu pun setelah kedua-dua mereka memuat
naik gambar-gambar dan video mengenai kereta baharu mereka, dan menyatakan yang
mereka begitu teruja sekali dengan reka bentuk, pengendalian dan prestasi
kereta mereka.
Setelah anda melihat dan mendengar cerita
mereka itu, anda yang dalam keadaan tergamam dan terliur itu pun terus ke laman
Youtube untuk melihat beberapa ulasan profesional yang lain mengenai kereta
yang sama. Nampaknya hampir semua mempunyai pendapat yang positif. Anda yakin
dengan pilihan hati anda kali ini. Ketika itu pula, anda sememangnya merancang
untuk membeli kereta baharu. Dengan perkembangan terbaharu rakan-rakan anda
tadi, ia telah menguatkan lagi hati anda untuk terus pergi melihat sendiri dan
menguji pandu kereta yang sama di bilik pameran. Sedar tak sedar, anda pun
terus ke bilik pameran dan memandu uji kereta tersebut. Selang beberapa hari
kemudian, anda ke sana lagi dan kali ini untuk membayar wang pendahuluan untuk
bakal kereta baharu anda. Kini, kereta yang berkuasa tinggi itu telah pun
menjadi milik anda. Kereta kebanggaan anda itu telah menjadikan jenama kereta
berkuasa tinggi itu sebagai pemenangnya.
Dunia pemasaran global kini sudah jauh
berubah. Jenama-jenama terkenal dunia kini lebih tertumpu kepada pemasaran
digital secara sosial media yang jauh lebih berkesan dan murah berbanding
pemasaran secara tradisional.
Mengapa? Untuk menjawab persoalan ni, di
NSE, kami telah membuat kajian dalaman pada pertengahan tahun 2014 untuk
pasaran Malaysia sahaja dan kami mendapati, individu-individu dewasa kini:
1. Melayari media sosial dan membaca atau
melihat kandungannya selama sekurang-kurangnya lapan sehari atau lebih.
2. Mempunyai sekurang-kurangnya dua atau
lebih akaun media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn,
Tumblr, Google+ dan Path.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya dua atau
lebih akaun mesej pantas atau Instant Messaging seperti WhatsApp, WeChat,
Telegram, Blackberry Messenger, Facebook Messenger, Line, Viber dan Kik.
4. Berhubungan antara satu sama lain
melalui rangkaian sosial dan mesej pantas atau instant messaging
sekurang-kurangnya 10 jam sehari.
5. Berkongsi satu kandungan media sosial
bagi setiap 87 atau kurang kandungan yang dibacanya.
6. Mempunyai anggaran seramai
sekurang-kurangnya 893 rakan atau pengikut di setiap laman sosialnya.
7. Akan memberi satu pendapat dan komen
tidak kira sama ada yang berbentuk positif ataupun negatif bagi setiap 18
kandungan Internet yang dibacanya di laman sosial, terutamanya kepada
rakan-rakan yang dikenali rapat.
8. Di antara mereka, 78 peratus
berkemungkinan besar akan membuat pembelian dengan berdasarkan kepada percaya
atau `trust’ dengan pendapat dan cadangan rakan-rakan rapat di dalam rangkaian
sosial mereka, berbanding iklan.
9. Kadar penyebaran atau virality terhadap
setiap kandungan digital yang dibaca adalah sekurang-kurangnya 783 peratus
lebih pantas berbanding pengiklanan tradisional sekiranya kandungan tersebut
dianggap kreatif, unik, menyentuh perasaan atau emosi dan juga yang bakal
memberi impak yang besar kepada pembaca dan rakan-rakannya.
10. Ada yang sudah pun menganggap yang
media sosial adalah merupakan sesuatu yang jauh lebih penting daripada makanan
dan tempat tinggal. Ia seakan-akan udara yang amat diperlukan berbanding
lain-lain.
Kita yakin kajian yang sama telah
dilakukan oleh agensi-agensi media sosial antarabangsa sebelum ini dan hasil
yang hampir sama telah diperoleh. Bezanya ialah kajian pasaran mereka berlainan
kerana kadar adaptasi bagi pemasaran secara media sosial ini bagi setiap negara
adalah berbeza. Walaupun secara teorinya rantau ini agak ketinggalan berbanding
di Barat, namun ia masih tidak terlalu jauh dan belum terlambat bagi kita mula
membuat perancangan rapi untuk berada di landasan yang sama dengan
jenama-jenama global yang lain di rantau ini. Mereka masih belum dapat
menguasai sepenuhnya pasaran di sini kerana budaya yang berbeza.
Oleh itu, adalah amat penting bagi
syarikat-syarikat di Malaysia untuk memahami statistik yang disebutkan tadi dan
seterusnya menyediakan pelan perancangan pemasaran digital yang tersendiri dari
sekarang. Sekiranya jenama-jenama global ini dapat memahami dan menguasai
budaya kita, dan seterusnya mengadaptasikan budaya tempatan dengan strategi
pemasaran mereka yang sudah pun tersedia sejak beberapa tahun lalu, mereka akan
dapat memperkembangkan lagi pasaran mereka di sini dengan lebih pantas dan
berkesan. Apabila ini berlaku, syarikat-syarikat Malaysia yang tidak mempunyai
sistem pemasaran digital secara media sosial yang terancang, pasti tidak akan
dapat bersaing lagi.
PENULIS adalah Ketua Pemasaran
Eksekutif di NSE, sebuah syarikat pemasaran digital dan media sosial. Ikuti
perkembangan semasa mengenai pemasaran digital di Malaysia melalui
www.twitter.com/thisisnse
Dimuat turun dari http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/mengapa-jenama-global-pilih-pemasaran-digital-menerusi-media-sosial-1.65136
pada 30 Mac 2015
No comments :
Post a Comment