Thursday, March 5, 2015

Komunikasi- Proses komunikasi


Komunikasi

Maksud

Pemindahan maklumat secara lisan atau bertulis daripada seseorang, kumpulan dan organisasi (penghantar) kepada seseorang , kumpulan dan organisasi (penerima) yang lain melalui media tertentu.

Kepentingan komunikasi untuk perniagaan
1. sebagai alat kawalan
2. Tujuan sosialisasi
3. sebagai dorongan
4. mewujudkan hubungan kerja yang baik
5. membentuk disiplin kerja
6. membantu penyelesaian masalah

Proses komunikasi




Penghantar
·    Individu atauy pihak yang memulakan sesuatu komunikasi
·   Orang yang mencetuskan mesej untuk dihantar

Contohnya: Seorang pengurus pemasaran menyampaikan
maklumat tentang produk baharu kepada pasukan jurujual.

Enkod
·    Proses  menterjemah maklumat dalam bentuk symbol seperti  perkataan atau suara supaya mudah difahami oleh penerima

Contohnya: Pengurus pemasaran menterjemahkan maklumat 
tentang produk baharu dengan menggunakan perkataan 
seperi nama, saiz, bentuk


Saluran
·    Alat  perantaraan yang digunakan untuk  menghantar mesej daripada penghantar kepada penerima.


Contohnya  pengurus pemasaran menggunakan  
persembahan power point untuk menerangkan produk 
baharu dalam pembentangan. 
Dekod
·    Penerima  cuba menginterpretasikan perkataan, tulisan  atau gambar untuk memahami maksud mese

Contohnya: pasukan jurujual cuba memahami mesej tentang 
produk baharu  dengan menginterprasikan gambar yang 
ditunjukkan oleh pengurus pemasaran

Penerima
·    Sasaran individu atau kumpulan yang akan menerima mesej

Contohnya: Pasukan jurujual yang mendengar taklimat tentang produk baharu


Maklumbalas
·    Tindak balas yang dihantar oleh penerima kepada penghantar setelah mentafsir sesuatu maklumat
·    Merujuk kepada tindakan yang dilaksanakan oleh penerima seperti setuju, tidak setuju atau sikap tidak p[eduli
·    Maklumbalas dilakukan dalam bentuk lisan dan bukan lisan

Contohnya: Pasukan jurujual mengemukakan soalan berkaitan dengan produk baharu atau memberi respon kepada soalan yang dikemukakan oleh pengurus pemasaran tentang produk baharu


Contoh soalan
Huraikan proses komunikasi antara seorang kaunselor kolej dengan seorang pelajar lepasan SPM yang ingin mendapat maklumat tentang kursus yang ditawarkan oleh kolej tersebut.

Teknik menjawab
1. Soalan ini menggunakan kata tugsas huraikan. Oleh itu , calon perlu beri fakta dan huraian yang lengkap.

2. Lukis rajah proses komunikasi sebagai sokongan kepada jawapan anda

3. Pastikan jawapan anda ada enam elemen penting dalam proses komunikasi

4. Pastikan turutan elemen yang betul kerana soalan ini berkaitan dengan proses komunikasi.

4. Kaitkan proses komunikasi dengan situasi yang diberi iaitu komunikasi antara kaunselor sekolah dengan pelajar lepasan SPM



Penghantar
Kaunselor kolej yang ingin menerangkan kursus yang ditawarkan oleh kolej

Enkod
Kaunselor menterjemahkan maklumat yang hendak disampaikan dalam perkataan atau gambar atau bahasa badan

Saluran
Alat komunikasi yang digunakan oleh kaunselor sekolah untuk menyampaikan maklumat seperti katalog, kertas edaran  atau power point

Dekod
Pelajar lepasan SPM  mentafsirkan maklumat yang diterima.

Penerima
Pelajar lepasan SPM

Maklumbalas
Tindakbalas pelajar lepasan SPM dengan mendaftarkan diri untuk kursus atau mengangguk kepalanya menunjukkan memahami maklumat yang disampaikan








4 comments :

  1. Terima kasih kerana berkongsi sedikit ilmu

    ReplyDelete
  2. Thanks sir🫶🏻😁

    ReplyDelete
  3. Hi Dr. Boleh jelaskan apa perubahan elemen komunikasi

    ReplyDelete
  4. Sangat bermanfaat. Tq ✌🏻

    ReplyDelete