Wednesday, May 8, 2013

Teknik Pembelajaran Berkesan Pengajian Perniagaan


Strategi Dan Teknik Pembelajaran Berkesan

1. Pengenalan :

Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah. Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai..

2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ?

Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya , mengapa ? Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran :
2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat.
2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan..
2.3 Pegangan hidup " Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum".
2.4 Peraturan yang teliti dan cekap.

Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki di sana ialah bijih timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali tanah yang mempunyai banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah menyebabkan mereka tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama. Untuk berjaya dalam pelajaran, jawab soalan-soalan berikut kerana ia dapat membantu mencapai kejayaan anda :
  • Benar-benarkah anda ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan.?
  • Adakah anda merasakan anda tidak mampu mencapai kejayaan ?
  • Selalukah anda bertanya tentang masalah-masalah pelajaran anda ?
  • Adakah anda mempunyai jadual waktu belajar yang jelas dan teratur ?
  • Adakah anda taat kepada jadual waktu yg telah dibuat ?
  • Adakah cara anda membaca memberi anda faedah yang sepenuhnya ?
  • Adakah cara anda mengulangkaji memberi faedah yang sepenuhnya ?
  • Tahukah anda cara hendak menimbulkan minat dalam pelajaran anda ?
  • Adakah anda merasakan kerja sekolah dan isi pelajaran anda terlalu banyak ?
  • Tahukah anda cara hendak mendapat faedah yang sepenuhnya dari perbincangan ?
  • Pernahkah anda menilai kemahuan diri sendiri ?
2. BERTANYA. Bertanya adalah perlu di dalam pelajaran
  • Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui dll.
  • Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada kamus jika tidak fahami.
  • Jikalau pelajaran bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah dan mula timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk.
  • Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan sukar ditarik balik (guru tidak akan mengulangi).
  • Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari sendiri.
  • Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau guru bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran


Faedah Bertanya :
  • Membuat anda berfikir
  • Penjelasan akan tersemat / kekal dalam fikiran kita.
  • Menghilangkan perasaan malu dan takut.
  • Salah satu cara mengulangkaji pelajaran.


Masalah Bertanya:
"TAK TAHU APA NAK TANYA".

Saya takut ?
  • Cubalah bertanya dengan rakan-rakan dahulu
  • Bertanya pula dengan guru secara perseorangan
  • Bertanya dalam kelas dengan yakin.


Ringkasan:
  • Bertanya adalah penting dan jauh kesannya.
  • Banyak beban masalah dapat diselesaikan segera.
  • Sediakan pelajaran sebelum kelas dijalankan agar anda ada masa untuk bertanya apa yang tidak difahami.
  • Anda terpaksa memberanikan diri
  • Bertanyalah kepada rakan,guru dll asalkan masalah anda diselesaikan.
3. CARA MEMBACA. Tujuan :-
  • - Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan atau pelajaran kita itu.
  • - Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji.


Pemahaman:-
  • - Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.
  • Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
  • Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan penjelasan. Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).


Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca): Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya.
  • Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting.
  • Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya.
  • Seronok dan aktif di kelas.
  • Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah
  • Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu mengajar nanti.
  • Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda.


Cara Membaca:
  • Menggaris
  • Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)
  • Meneliti rajah-rajah
  • Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda.
  • Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll.
  • Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat
  • Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu.


Ringkasan :
  • Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.
  • Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya.
  • Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda.
  • Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).


4. RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN. Faedah-Faedah Rujukan :
  • Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk.
  • Proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda.
  • Mengetahui topik pelajaran melebihi rakan-rakan.
  • Ada keyakinan diri pada diri pelajar.


Bilakah Masa Yang Sesuai:
  • Rujukan pada anda bersedia berbuat demikian
  • Jangan tangguh bila ingin membuat rujukan.


Ringkasan:
  • Merujuk meluaskan dan mendalamkan fahaman anda.
  • Kecerdasan anda akan diasah .
  • Merujuk mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam kelas
  • Janganlah terlalu detail / mendalam dan menjela-jela untuk mengelakkan kekeliruan dan kebosanan.


5. MEMBACA SEBELUM KE KELAS. Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya. Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas:
  • Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas.
  • Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal guru.
  • Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas.
  • Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari.
  • Lebih yakin bila menjawab soalan guru.
  • Mudah memetik / membuat nota dari penerangan guru.
  • Menambah daya ingatan anda (proses ulangan)
  • Memudahkan anda memahami sesuatu topik.


Masa dan Cara Membuat Persediaan :-
  • Sebaiknya sehari sebelum guru mengajar.
  • Lihat tajuk besar dahulu dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil agar anda memahami gambaran keseluruhan isi pelajaran topik berkenaan.
  • Cuba rujuk rajah, foto, graf dll jika terdapat.
  • Ulangi bacaan anda dan cuba membuat nota sendiri
  • Bandingkan nota anda dengan penerangan guru nanti.


Ringkasan :
  • Anda mesti membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh guru.
  • Anda mesti membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat rujukan yang perlu.
  • Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya.
  • Sediakan soalan-soalan jika perlu.
  • Elakkan anda membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran bagi menghindarkan kekeliruan.


6. MEMBUAT NOTA.
  • 1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan / kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat.
  • 2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting.
  • 3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda juga lemah untuk membacanya.


Faedah-Faedah Membuat Nota :
  • Merupakan ulangkaji dan hafalan.
  • Memaksa anda memetik isi-isi / fakta-fakta penting pelajaran anda.
  • Nota amat penting dalam proses ulangkaji.
  • Tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita bila membuat ulangkaji nanti.
  • Nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda untuk belajar / ulangkaji.


Jenis-Jenis Nota :
  • Nota yang diberi oleh guru semasa pengajaran. Biasanya sudah cukup dan perlu dicatat oleh setiap pelajar bila guru mengajar.
  • Nota-nota umun yang anda buat sendiri dari buku teks atau buku rujukan
  • Nota-nota isi / fakta penting sahaja. Ia berguna untuk rujukan kilat, menghafal, dan mengulangkaji setiap hari atau 2-3 hari sekali.


Ringkasan :
  • Membuat Nota adalah penting. Ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja.
  • Guna sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik.
  • Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi penting sahaja dari sesuatu pelajaran)
  • Baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus.


7. JADUAL WAKTU:
  • 1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya. Seringkali terabai begitu sahaja.
  • 2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan jadual waktu tidak begitu baik / merugikan.


Penyusunan Jadual Waktu – Satu Panduan. Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat nota, membuat kerja rumah, mengulangkaji pelajaran lama dan pelajaran baru, melatih menjawab soalan objektif dan subjektif serta menyediakan pelajaran untuk esoknya. Perkara-perkara utama yang perlu ada (mengikut keutamaan) dalam jadual waktu adalah seperti berikut :
  • Kerja Rumah- mesti diutamakan dahulu.
  • Membaca dan membuat nota sendiri.
  • Menyediakan pelajaran untuk hari esok.
  • Mengulangkaji pelajaran lepas / baharu.
  • Cuba menjawab soalan objektif
  • Cuba menjawab soalan subjektif / karangan.


Ringkasan :
  • Sains – perlu sebelah malam. Objektif sebelah siang.
  • Bahasa, matematik, soalan objektif – sebelah siang .
  • Geografi / P.Moral / PAI sebelah siang termasuk objektif.
  • Kerja rumah sebelah siang.
  • Latihan Objektif memadai 10 minit satu matapelajaran.
  • Pengubahsuaian jadual waktu adalah digalakkan .


8. MENGULANGKAJI.
Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan. Kepentingan Mengulangkaji:
  • Menguatkan hafalan dan ingatan anda.
  • Menjadikan isi pelajaran lebih jelas.
  • Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami.
  • Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya.


Jenis-Jenis Ulangkaji:
  • Mengulangkaji pelajaran harian.
    • -Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah.
  • Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih –
    • - Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu.
    • - Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara menyeluh tentang topik tersebut.
    • - Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja
    • - Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat .
    • - Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu.
  • Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun.
  • Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji beberapa topik sepanjang penggal atau tahun.
  • Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami dan cuba fahami bahagian tersebut.


Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji.
  • Pelajaran Lemah Sering diabaikan oleh pelajar.
  • Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji kecuali hampir dengan peperiksaan.
  • Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya.
  • Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini.
  • Mata Pelajaran Yang Memuaskan:
  • Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran dan mas yang lebih juga perlu diberi kepada pelajaran ini bagi memastikan keayaan anda.
  • Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini .


Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya :
  • Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota.
  • Mengulangkaji nota dan buku teks.
  • Kerja Rumah/ Latihan.
  • Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif
  • Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan.
  • Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru.
  • Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan)


Ringkasan:
  • Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu.
  • Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu.
  • Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus (terpenting) Nota khusus perlulah diulangi dalam masa sehari atau dua kerana ianya ringkas dan merupakan kunci kepada topik pelajaran anda.
  • Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda.


9. MENIMBULKAN MINAT

Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai minat terhadapnya. Minat mementukan kejayaan anda. Kepentingan Menimbulkan Minat:
  • 1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran.
  • 2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran.
  • 3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas.
  • 4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat.


Bagaimana Menimbulkan Minat:
  • Sebab 1 : Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta.
  • Sebab 2 : Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar.
    Contoh : membuat umai..
  • Sebab 3 : Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu.
    Contohnya : perusahaan sago.

  • Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal.
  • Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda lebih faham daripada rakan anda.
  • Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu akan menimbulkan minat dalam diri anda contohnya perusahaan perikanan.
  • Tajuk yang anda minati perlulah diperdalami tajuk itu dengan segera sementara minat anda masih ada.
  • Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah, seperti memasang wayer eletrik.


Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati
  • 1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan untuk lulus dengan cemerlang dengan cara menimbulkan minat semula .
  • 2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya, mengapa orang lain boleh , aku tak boleh..
  • 3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Ambil topik-topik yang biasa keluar dalam peperiksaan dan belajar dari sana.


Ringkasan :
  • Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda.
  • Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya sebelum ia diajar oleh guru anda.
  • Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan melalui membaca ringkas mengenainya, melihat, mendengar dan bertanya mengenainya secara penggunaan hari-hari.
  • Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru.


10. PERBINCANGAN
Faedah-Faedah Perbincangan:
  • 1. Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan atau keraguan anda dalam pelajaran.
  • 2. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap sesuatu topik yang kita anggap sudah tepat.
  • 3. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk sifat aktif anda.
  • 4. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah minat terhadap pelajaran anda. Persediaan awal dan bacaan telah menjadikan satu ulangkaji yang berulang.


11. MEMADATKAN SUKATAN PELAJARAN.
  • 1. Ramai pelajar tidak mengetahui akan sukatan pelajaran.
  • 2. Secara umum sukatan pelajaran ialah isi kandungan yang dipelajari dari awal tahun hingga akhir tahun.
  • 3. Soalan peperiksaan akan diambil dari sukatan pelajaran ini.
  • 4. Biasanya muka depan buku teks adalah sukatan pelajaran.


Bagaimana Hendak Memadatkan Sukatan Pelajaran ?
  • Dapatkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan ini (T1-3 / T4-5).
  • Dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (5 tahun atau lebih).
  • Buat analisa daripada soalan yang pernah ditanya keluar.
  • Dari sini kita akan dapat melihat pola soalan. Maksudnya bukan semua perkara dalam sukatan pelajaran yang banyak itu akan keluar dalam peperiksaan. Hanya sebahagian kecil sahaja.
  • Kita dapat membuat andaian soalan yang akan keluar semasa pep.
  • Nota-nota yang berkaitan topik yang biasa soalan keluar perlulah kita perincikan dan fahami betul-betul.
  • Nota-nota terpenting topik yang jarang keluar, jadikan sebagai simpanan.
  • Dengan itu, tidak semua topik dalam sesuatu mata pelajaran perlu anda kuasai dengan betul-betul.
  • Ini bermakna anda telah memadatkan sukatan pelajaran anda. Kita akan merasa selesa apabila mengatahuinya. Kita hanya akan mengulangkaji topik-topik yang telah dikenalpasti .
  • Topik-topik simpanan juga perlu diulangkaji tapi jarak masanya adalah berkainan.


12. MENILAI KEMAJUAN:
Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik kita. Cara Menggunakan Penilaian :
  • 1. Ujian dan Latihan Darjah.
    • a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan kita.
    • b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan pelajaran / mata pelajaran.
    • c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan penilaian.
    • d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah menjadikan keputusan kita merosot.
    • e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab soalan) sebelum peperiksaan sebenar tiba.
  • 2. Penilaian Dari Contoh Jawapan.
    • a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas berpandukan contoh jawapan di dalam buku rujukan.
    • b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh jawapan. Dimanakah kelemahan kita.
    • c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa hingga hari peperiksaan.
  • 3. Penilaian Secara Lisan
    • a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang diamalkan oleh pelajar.
    • b) Ia boleh dilakukan di mana sahaja.
    • c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga satu pihak lagi berpuas hati.


Mengatasi Kelemahan.
  • Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dalam pelajaran. Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara :-
  • Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
  • Dapatkan jawapan-jawapan / penjelasan yang betul bagi jawapan yang salah.
  • Kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda.
  • Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh jawapan.


13. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR:
Masalah Cara Mengatasi:
  • Takut & Cemas Ikuti langkah-langkah yang telah diterangi sebelum ini.
  • Terlalu Banyak Kerja1. Memadatkan sukatan pelajaran, buang topik-topik yang tidak penting dalam sukatan pelajaran.
  • Hentikan amalan suka menengguh-nangguh atau membuang masa. Guna waktu dengan baik. Sewaktu anda malas, tidak tenang buatlah soalan objektif dan bila sudah tenang- buatlah aktiviti lain seperti mengulangkaji, membuat nota, latihan karangan dan sebagainya. Tumpuan anda hanya pada pelajaran.
  • Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah jadual waktu jika tidak sesuai.
  • Guru Tidak MemuaskanTerima sahaja guru sama ada baik atau tidak.Apa yang penting sekarang anda sendiri mampu untuk bergerak tanpa bantuan cikgu.
  • Guru hanyalah sebagai tempat rujukan agar anda tidak tersesat. Lain-lain hal atas usaha pelajar sendiri.
  • Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak.Pelajaran adalah paling utama . Jangan biarkan kegiatan luar mengganggu anda. Buang kegiatan luar yang tidak berfaedah.
  • Tiada RujukanKamus jarang digunakan dalam kehidupan pelajar. Amalkannya dan selalu merujuk kamus jika tidak faham.
  • Kerunsingan Ada 2 langkah yang boleh dipraktikan :
    • Bila anda runsing- buat soalan objetkif dan bandingkan denga jawapan sebenar.
    • Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa mengulangkaji / membaca
  • Membaca sebelum ke kelas. Ini menjadikan anda lebih mahir daripada rakan kelas anda.
  • Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan.
  • Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab dengan mereka.
  • Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan dan memberanikan diri anda di hadapan rakan anda.


14. MEREHATKAN DIRI
Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :
  • 1) Melihat keindahan alam semula jadi.
  • 2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit)
  • 3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja).
  • 4) Tidur malam (6-8 jam).
  • 5) Aktiviti agama - spt: membaca al-quran, sembahyang dll.
  • 6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari).

1 comment :

  1. Adakah anda mengalami masalah kewangan atau anda mahu memenuhi impian anda dengan dana?
    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda, Mula atau mengembangkan perniagaan anda?
    Adakah anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada Pemberi Pinjaman atau Bank yang keras kerana bayaran / syarat pinjaman yang tinggi?
    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
    Kemudian bimbang kami telah datang untuk menawarkan pinjaman kepada pemohon yang berminat di dalam dan di luar negara tidak kira jantina atau lokasi tetapi usia mesti 18 tahun ke atas.
    Mendapatkan kembali kepada kami untuk rundingan mengenai jumlah yang anda perlukan akan menjadi keputusan bijak.
    JENIS PINJAMAN KAMI
    Pinjaman ini diwujudkan untuk membantu pelanggan kami secara kewangan, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan. Apa pun sebabnya, pelanggan boleh mencari pelan pinjaman yang sesuai dari syarikat kami yang memenuhi keperluan kewangan.

    Data pemohon:
    1) Nama Penuh:
    2) Negara
    3) Alamat:
    4) Seks:
    5) Kerja:
    6) Nombor telefon:
    7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
    8 Pendapatan bulanan:
    9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
    10) Tempoh pinjaman:
    11) Adakah anda memohon sebelum:
    12) Tarikh Lahir:
    Hubungi syarikat pinjaman Gloria S melalui e-mel:
    {gloriasloancompany@gmail.com} atau
    WhatsApp Nombor: +1 (815) 427-9002
    Selamat sejahtera

    ReplyDelete