Sunday, May 19, 2013

Perniagaan dan persekitaran - Latihan 1



Pengajian Perniagaan – PPU Junior
Penggal 1 / 2013

Latihan Bab 1:Perniagaan dan persekitarannya



INGAT

Kata tugas NYATAKAN
- pelajar hanya perlu memberi fakta tanpa huraian

Kata tuga JELASKAN ,TERANGKAN  dan HURAIKAN

- Pelajar perlu memberi huraian dan contoh yang sesuai

Kata tuga BEZAKAN

- Pelajar perlu membuat jadual yang ada aspek perbezaan


1.      Berikan maksud perniagaan
- menghasilkan / menjual barang dan perkhidmatan
- agar memenuhi keperluan dan kehendak
- mendapat keuntungan


2.      Jelaskan empat unsur penting dalam perniagaan (4)

- barang dan perkhidmatan 
- pertukaran nilai
- keuntungan
-memenuhi keperluan dan kehendak


Kelab Wanita Wangsa Maju

Syarikat  Rezeki Banyak Sdn Bhd
3.      Terangkan empat perbezaan antara dua entiti di atas (8)

Aspek
Kelab wanita
Syarikat Rezeki banyak
motif
 Kebajikan

keuntungan
aktiviti
mengadakan program motivasi dan aktiviti menjaga kebajikan wanita
 menghasilkan atau mennjual barang dan perkhidmatan
Sumber kewangan
Derma dan sumbangan
Modal saham atau pinjaman

Akta berkaitan
Akta pertubuhan 1966
Akta syarikat 1965
pengurusan




4.      Huraikan empat kepentingan untung kepada perniagaan (8)

Modal syarikat- Keuntungan yang tidak diagihkan dapat digunakan sebagai modal perniagaan
Ganjaran kepada pemilik/ pemegang saham-  pemilik atau pemegang saham menyumbangkan modal kepada perniagaan dan untung ialah ganjaran kepada penyumbang modal tersebut.
Mengembangkan perniagaan- Modal tambahan digunakan untuk membuka cawangan baru atau memperbesarkan perniagaan
Teknologi- untung dapat digunakan untuk membeli mesin atau jentera baru yang dapat meningkatkan daya pengeluaran/ mengurangkan kos serta meningkatkan mutu barang

5.      Jelaskan kepentingan perniagaan kepada pengguna (6)
memenuhi keperluan dan kehendak- Aktiviti perniagaan menyediakan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pengguna. Contohnya perkhidmatan kesihatan untuk pengguna yang mengalami masalah kesihatan
Menyediakan barang bermutu- Perniagaan menyediakan barangan bermutu agar kebajikan pengguna terjaga. persaingan antara pengeluar menyebabkan mutu barang meningkat dan ini mengutntungkan pengguna.
Meningkatkan taraf hidup- dengan adanya pelbagai barang dan perkhidmatan , taraf hidup pengguna meningkat.



6.     Jelaskan kepentingan perniagaan kepada masyarakat (8)
- peluang pekerjaan
- peluang pelaburan dan perniagaan
-kemudahan awam
- barang dan perkhidmatan

7.      Bagaimanakah perniagaan memberi sumbangan kepada sesebuah negara? (6)
- pendapatan negara
- industri sokongan
- peluang pekerjaan
-peluang perniagaan dan pelaburan

8.      Bagaimanakah perniagaan memberi sumbangan kepada ekonomi? (6)
- peluang pekerjaan
- pelaburan
- pendapatan negara

9.      Bagaimanakah penubuhan sebuah kilang perabot memberi sumbangan kepada pengguna, masyarakat dan negara? (6)

penubuhan sebuah kilang perabot memberi sumbangan kepada pengguna melalui penyediaan pelbagai perabot, perabot bermutu serta peningkatan taraf hidup
Kepada masyarakat- peluang pekerjaan, kemudahan awam, tanggungjawab sosial
kepada negara- peluang pekerjaan, pendapatan negara, eksport


10.  Jelaskan empat faktor pengeluaran yang terlibat dalam sebuah perniagaan pengeluaran roti. (6)
empat faktor pengeluaran yang terlibat dalam sebuah perniagaan pengeluaran roti  ialah bahan mentah seperti tepung, modal insan iaitu pekerja yang terlibat dalam pengeluaran roti, teknologi iaitu kaedah penghasilan roti, modal iaitu alatan yang membantu penghasilan roti seperti oven.

11.  Bezakan faktor pengeluaran modal dengan modal insan. (4)

Definisi, fungsi, contoh



12.  Bagaimanakah cabaran globalisasi, perbankan syariah dan teknologi memberi kesan kepada sebuah bank tempatan? (6)

cabaran globalisasi, perbankan syariah dan teknologi memberi kesan kepada sebuah bank tempatan
melalui

globalisasi- kemasukan bank asing, produk kompetitif, kemasukan pekerja profesional
Perbankan syariah- citarasa pengguna Islam, pematuhan, persaingan
Teknologi- ebanking, kos, daya pengeluaran, waktu urusniaga, perkhidmatan 

13.  Bagaimanakah tanggungjawab sosial, kekurangan sumber dan blok perdagangan memberi kesan kepada sebuah kilang pembuatan barangan plastik? (6)

tanggungjawab sosial, kekurangan sumber dan blok perdagangan memberi kesan kepada sebuah kilang pembuatan barangan plastik melalui

Tanggungjawab sosial- derma, kempen mengurangkan penggunaan plastik, teknologi hijau

Kekurangan sumber- minyak, guna sumber alternatif, bahan kitar semula

Blok perdagangan- persaingan, sekatan, dasar cukai, perlindungan

14.  Jelaskan proses perniagaan untuk sebuah perniagaan pengeluaran komputer (12)

proses perniagaan untuk sebuah perniagaan pengeluaran komputer
Input- buruh, komponen elektronik, mesin
Proses tambah nilai- komponen dipasang jadi komputer menyebabkan peningkatan nilai
Output- komputer
Proses pemasaran- agihan, promosi, harga
Untung atau rugi- lebihan hasil atau lebihan kos daripada hasil


15.  Terangkan cabaran yang dihadapi oleh sebuah kilang pengeluaran barang makanan (12)
- Teknologi
-Globalisasi
- Perubahan demografi
- Blok perdagangan
- tanggungjawab sosial



No comments :

Post a Comment