Wednesday, September 26, 2018

Strategi SKOR STPM Penggal 1: Fakta Khusus dalam Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM


Fakta Khusus dalam Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM

Fakta khusus bermaksud fakta dan konsep yang diberikan dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM. Pelajar perlu menghafal dan menyatakannya dengan betul  dan tepat ketika menjawab soalan peperiksaan yang melibatkan fakta atau konsep berkenaan.

Contoh:
Bab 1: Perniagaan dan persekitaran
Unit 1.14 faktor pengeluaran
Menjelaskan faktor pengeluaran meliputi bahan mentah, modal, modal insan, teknologi, dan keusahawanan
Contoh soalan :
Nyatakan lima factor pengeluaran [5]
Jawapan pelajar A
Jawapan pelajar B
Faktor pengeluaran terdiri daripada
-          bahan mentah
-          modal 
-          modal insan 
-          teknologi  
-          keusahawanan 
(Menepati fakta dalam sukatan pelajaran)

Faktor pengeluaran terdiri daripada
-          tanah   X
-          modal  
-          buruh  
-          teknologi 
-          usahawan  X
(Tidak menepati fakta dalam sukatan pelajaran


Senarai fakta khusus dalam Penggal 1

Bab 1: Perniagaan dan persekitaran
1.       Faktor pengeluaran meliputi bahan mentah, modal, modal insan, teknologi, dan keusahawanan
2.       Proses perniagaan yang meliputi input, proses tambah nilai, output, pemasaran, dan untung/rugi
3.       Faktor-faktor persekitaran umum merangkumi ekonomi, persaingan dan jaringan, sosiobudaya, politik dan perundangan, teknologi, prasarana, dan antarabangsa;
4.       Persekitaran tugas (pihak berkepentingan) , termasuklah pelanggan, pembekal, pembiaya, pemodal/pelabur, pesaing, kerajaan, pekerja, dan masyarakat
5.       Aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran seperti ekstraktif, barangan pengguna (konsumer), barangan industri, pembuatan, pemasangan, dan seumpamanya;  
6.       Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan seperti peruncitan, pemborongan, kewangan, profesional, perhotelan, pendidikan, dan seumpamanya;
7.        Tahap perniagaan dari perspektif berikut:  (i) Primer, sekunder, dan tertiar   (ii) Huluan dan hiliran   (iii) Domestik dan antarabangsa

Bab 2: Pengeluaran
1.       Proses pengeluaran merangkumi input, proses transformasi, output dan maklumbalas
2.       Reka bentuk pengeluaran merangkumi simplification, standardization  dan modular;
3.       Jenis pengeluaran mengikut tempahan, secara massa, dan secara berkelompok;
4.       Jenis-jenis susun atur secara  tetap, proses, produk, dan selular;
5.       Proses kawalan kualiti terdiri daripada rancang, buat, semak, dan tindakan – PDCA
6.       alat kawalan kualiti iaitu kawalan proses secara statistik (statistical process  control), analisis nilai tambah, carta kawalan, kajian kualiti/kos, pasukan penambahbaikan  kualiti, dan penanda aras (benchmarking);
7.       pendekatan kawalan kualiti iaitu kawalan input, kawalan proses, dan kawalan output.
8.       Jenis inventori terdiri daripada bahan mentah, kerja dalam proses, dan produk siap

Bab 3: Pemasaran
1.       Pendekatan pemasaran termasuk pengeluaran, produk, penjualan, pemasaran, dan pemasaran kemasyarakatan
2.       Proses pemasaran yang merangkumi menilai peluang-peluang pemasaran, memilih sasaran pasaran, membina campuran pemasaran, dan mengurus usaha pemasaran.
3.       Strategi pemasaran terdiri dpd penembusan pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan produk, pempelbagaian
4.       Model gelagat pengguna terdiri daripada rangsangan pemasaran dan persekitaran, kotak hitam pembeli, dan respons pembeli
5.       Faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna termasuklah budaya, sosial, individu, psikologi, dan situasi
6.       Proses keputusan pembelian produk  pengguna yang merangkumi mengenal pasti keperluan, mencari maklumat, menilai alternatif, membuat keputusan pembelian, dan gelagat selepas pembelian
7.       Proses pembelian produk baru merangkumi menyedari, meminati, menilai, mencuba, dan menerima
8.       menjelaskan proses pembelian produk industri  merangkumi mengenal pasti masalah, mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan spesifikasi produk, mencari pembekal,  membuka tender, memilih pembekal, memesan produk, dan menilai prestasi pembekal.
9.       Langkah-langkah penyelidikan pemasaran yang merangkumi mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif, membentuk rancangan penyelidikan, melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data, dan menginterpretasikan dan melapor penemuan
10.   Asas-asas segmentasi pasaran merangkumi geografi, demografi, psikografi, dan gelagat pengguna/manfaat produk;
11.   strategi menyasarkan pasaran (market targeting) merangkumi pemasaran tidak dibezakan, pemasaran dibezakan, pemasaran tertumpu, dan pemasaran mikro
12.   Proses peletakan pasaran yang merangkumi menentukan pasaran sasaran (targeted market), menyesuaikan produk dengan pasaran, dan mengkomunikasikan ciri-ciri produk
13.   Strategi peletakan termasuklah atribut produk, manfaat, kekerapan penggunaan, pengguna, dan klasifikasi produk
14.   Klasifikasi produk merangkumi produk pengguna dan produk perindustrian;
15.   Keputusan produk individu :atribut produk, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan, dan khidmat sokongan
16.   Lini produk merangkumi kedalaman produk dan kelebaran produk;
17.   Campuran promosi merangkumi pengiklanan, promosi jualan,  publisiti,  perhubungan awam, dan jualan bersemuka

Bab 4: Kewangan
1.       Penyata kewangan :penyata pendapatan,  kunci kira-kira, dan penyata aliran tunai;
2.       Nisbah kewangan yang merangkumi nisbah kecairan, nisbah kecekapan, nisbah keberuntungan, nisbah penggearan, dan  nisbah pasaran.
3.       Jenis sumber dana mengikut jangka masa panjang : bon, ekuiti, dan saham keutamaan;
4.       Jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek : overdraf, pemfaktoran, penerimaan jurubank (BA), trust receipt, dan pinjaman berjangka
5.       Jenis penggunaan dana mengikut keperluan semasa, jangka masa pendek dan jangka masa panjang
6.       Prinsip insurans termasuklah ganti rugi (termasuk subrogasi, caruman, dan limpah), doktrin punca terdekat, kepentingan boleh diinsuranskan, dan penuh percaya mutlak
7.       Prinsip takaful termasuklah kepatuhan syariah (gharar, maisir,  riba’, akad, jual beli), menanggung risiko bersama, tabarru’(sedekah), dan simpanan atau pelaburan

Bab 5: sumber manusia
1.       Pengurusan sumber manusia strategik yang merangkumi menarik, membangun, dan mengekal sumber manusia.
2.       Proses perancangan sumber manusia   yang meliputi analisis kerja (penghuraian kerja dan spesifikasi kerja), menentukan keperluan, dan memenuhi keperluan;
3.       Analisis kerja yang merangkumi penghuraian dan spesifikasi kerja;
4.       Faktor-faktor penentuan keperluan sumber manusia termasuklah perubahan teknologi, perubahan sosioekonomi, pertumbuhan perniagaan,  dan penamatan perkhidmatan;
5.       Proses pengambilan yang merangkumi menarik minat, pemilihan, penawaran kerja, dan induksi;
6.       Tindakan menarik minat termasuklah iklan, hebahan umum, head-hunting, walk-in
7.       Aspek pemilihan yang merangkumi borang permohonan, semakan rujukan, temu duga, dan ujian;
8.       Ganjaran merangkumi gaji, upah, dan elaun [elaun sara hidup (COLA), elaun khidmat awam, elaun perumahan dan sebagainya
9.       Faedah yang berbentuk wang dan bukan wang termasuklah insurans pekerja, caruman KWSP, kemudahan kesihatan, percutian, kemudahan pinjaman, tempat penjagaan kanak-kanak, keahlian badan profesional dan kelab, kemudahan kebajikan dan keselamatan pekerja, dan seumpamanya;
10.   Proses tindakan disiplin yang merangkumi amaran lisan, amaran bertulis, surat tunjuk sebab, inkuiri, dan hukuman;
11.   Skim kemudahan penamatan perkhidmatan sama ada secara wajib, sukarela, atau diberhentikan (retrenchment).

2 comments :

  1. Okay...

    This might sound a little weird, and maybe even kind of "strange"

    HOW would you like it if you could just push "PLAY" and listen to a short, "musical tone"...

    And INSTANTLY bring MORE MONEY into your life???

    And I'm talking about thousands... even MILLIONS of DOLLARS!!!

    Sound too EASY??? Think this couldn't possibly be for REAL?!?

    Well then, I've got news for you.

    Usually the most significant blessings life has to offer are the EASIEST!!!

    In fact, I will PROVE it to you by allowing you to PLAY a REAL "miracle money-magnet tone" I've produced...

    You just push "PLAY" and you will start having more money come into your life.. starting pretty much right away..

    CLICK here now to enjoy the magical "Miracle Money Tone" - as my gift to you!!!

    ReplyDelete