Wednesday, September 26, 2018

Strategi SKOR STPM Penggal 3: Fakta Khusus dalam Pengajian Perniagaan Penggal 3 STPM


Fakta Khusus dalam Pengajian Perniagaan Penggal 3 STPM

Fakta khusus bermaksud fakta dan konsep yang diberikan dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM. Pelajar perlu menghafal dan menyatakannya dengan betul  dan tepat ketika menjawab soalan peperiksaan yang melibatkan fakta atau konsep berkenaan.

Contoh:
Bab 10: Keusahawanan
Unit 10.3  Ciri usahawan yang berjaya ialah inisiatif yang tinggi, berani mengambil risiko,  
                  kreatif, inovatif

Contoh soalan :
Nyatakan empat ciri usahawan yang berjaya  [4]
Jawapan pelajar A
Jawapan pelajar B
Ciri usahawan yang berjaya ialah
-          Initiatif yang tinggi √
-          Berani mengambil risiko √
-          Kreatif √
-          Inovatif √

(Menepati fakta dalam sukatan pelajaran)

Ciri usahawan  yang berjaya ialah
-          Berinitiatif X
-          berani menangani ketidakpastian X
-          seorang yang mempuanyai sifat kreativiti X
-          seorang yang berinovasiX
-           
(Tidak menepati fakta dalam sukatan pelajaran


Senarai fakta khusus dalam Penggal 3

Bab 10:  Keusahawanan
1.      Teori-teori keusahawanan :pendekatan ekonomi, pendekatan psikologi, dan pendekatan sosiologi;
2.      Sifat-sifat peribadi usahawan berjaya :mempunyai inisiatif yang tinggi, berani mengambil risiko, kreatif, inovatif, dan lain-lain;
3.      Sumber idea baru :pelanggan, produk sedia ada, syarikat sedia ada, saluran pengedaran, paten, penyelidikan dan pembangunan, profesional/jururunding, dasar kerajaan;
4.      kaedah menjana dan mengembangkan idea :soal selidik, sumbang saran, pemerhatian, kumpulan fokus
5.      Proses merealisasikan idea iaitu idea, menapis idea, membina konsep, menguji konsep, membuat rancangan perniagaan, membina fizikal (prototaip), dan mengkomersialkan.
6.      Kaedah memulakan sesebuah perniagaan :memulakan sendiri, mengambil alih perniagaan sedia ada, francais, dan pakatan strategik (pelesenan, kontrak pengeluaran, dan usaha sama);
7.      Bentuk modal  kewangan (modal teroka, ekuiti, dan hutang) dan bukan kewangan seperti aset-aset tetap
8.      sumber modal formal (contoh: pinjaman bank, bantuan kerajaan, pelabur) dan sumber modal tidak formal (contoh: simpanan sendiri, pinjaman dari saudara mara/rakan);
9.      Jeanis kemudahan dan Bantuan seperti bantuan kewangan, tapak kilang, khidmat nasihat dan perundingan, dan pembangunan usahawan.

Bab 11: Rancangan Perniagaan
Komponen dalam Rancangan Perniagaan
(i)                 Rumusan Eksekutif 
(ii)               Pengenalan 
(iii)             Objektif 
(iv)              Latar Belakang Syarikat Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi 
(v)                Latar Belakang Projek 
(vi)              Rancangan Organisasi 
(vii)            Rancangan Pemasaran 
(viii)          Rancangan Pengeluaran/Operasi 
(ix)              Rancangan Kewangan 
(x)                Kesimpulan  
(xi)              Lampiran

Bab 12: Perniagaan antarabangsa
1.                  Kepentingan perniagaan antarabangsa dalam ekonomi merangkumi tukaran asing, pasaran luas, guna tenaga, pemindahan teknologi;
2.                  Tahap perniagaan antarabangsa termasuk domestik, antarabangsa, multinasional, dan global
3.                  Strategi memasuki perniagaan antarabangsa termasuk import, eksport, kontrak pengeluaran, pelesenan, francais, usaha sama, subsidiari, dan operasi serah kunci
4.                  Konsep-Konsep Penting : dunia tanpa sempadan, Pasaran menimbul (emerging
             market) ,Selatan-Selatan ,Globalisasi,lokalisasi, nasionalisasi, penswastaan
5.                  Cabaran yang dihadapi oleh syarikat multinasional dari aspek struktur organisasi , kawalan pengurusan , politik dan perundangan , ekonomi, sosiobudaya
6.                  Risiko syarikat multinasional: risiko ekonomi, politik, kredit, pemilikan negara, penghantaran balik modal dan dividen, dan kadar pertukaran wang.
7.                  Dokumen penghantaran: Surat Pengesahan Penghantaran Laut (Bill of Lading), Surat Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill), Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate of Origin)
8.                  Kaedah penyelesaian perdagangan iaitu perdagangan barter dan perbankan koresponden;
9.                  Dokumen pembayaran: Surat Kredit (Letter of Credit), Tuntutan Ikut Perintah    
              (Sign/Demand Order)
10.              Galakan perniagaan antarabangsa : blok perdagangan termasuk AFTA, NAFTA, EU, ASEAN., perdagangan timbal balas, Kempen Kerajaan (zon perdagangan bebas, Koridoraya Multimedia (MSC), galakan cukai, pengecualian cukai, pembiayaan eksport, taraf perintis, subsidi, dan kempen belilah barangan Malaysia), promosi pelaburan   
11.              Kaedah melindungi pasaran domestik termasuk tarif dan bukan tarif.

Bab 12: Etika perniagaan dan tanggungjawab social
1.      Pendekatan tindakan beretika yang merangkumi utilitarian, individualisme, hak moral, dan keadilan;
2.      Jenis-jenis jenayah kolar putih seperti rasuah, penyelewengan, pecah amanah, konflik kepentingan, dan penyalahgunaan kuasa
3.      Pihak berkepentingan dalam tanggungjawab sosial termasuk Primer (pekerja, pemegang saham, pembiaya, pembekal, pelanggan, peruncit, dan pemborong) dan sekunder (kerajaan, media, masyarakat, dan kumpulan pendesak)
4.      Menyatakan peranan warga korporat iaitu gelagat beretika dalam perniagaan, komited terhadap pihak berkepentingan termasuk masyarakat, pelanggan, pekerja, pelabur, dan pembekal, komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang.
       

Strategi SKOR STPM Penggal 1: Fakta Khusus dalam Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM


Fakta Khusus dalam Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM

Fakta khusus bermaksud fakta dan konsep yang diberikan dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM. Pelajar perlu menghafal dan menyatakannya dengan betul  dan tepat ketika menjawab soalan peperiksaan yang melibatkan fakta atau konsep berkenaan.

Contoh:
Bab 1: Perniagaan dan persekitaran
Unit 1.14 faktor pengeluaran
Menjelaskan faktor pengeluaran meliputi bahan mentah, modal, modal insan, teknologi, dan keusahawanan
Contoh soalan :
Nyatakan lima factor pengeluaran [5]
Jawapan pelajar A
Jawapan pelajar B
Faktor pengeluaran terdiri daripada
-          bahan mentah
-          modal 
-          modal insan 
-          teknologi  
-          keusahawanan 
(Menepati fakta dalam sukatan pelajaran)

Faktor pengeluaran terdiri daripada
-          tanah   X
-          modal  
-          buruh  
-          teknologi 
-          usahawan  X
(Tidak menepati fakta dalam sukatan pelajaran


Senarai fakta khusus dalam Penggal 1

Bab 1: Perniagaan dan persekitaran
1.       Faktor pengeluaran meliputi bahan mentah, modal, modal insan, teknologi, dan keusahawanan
2.       Proses perniagaan yang meliputi input, proses tambah nilai, output, pemasaran, dan untung/rugi
3.       Faktor-faktor persekitaran umum merangkumi ekonomi, persaingan dan jaringan, sosiobudaya, politik dan perundangan, teknologi, prasarana, dan antarabangsa;
4.       Persekitaran tugas (pihak berkepentingan) , termasuklah pelanggan, pembekal, pembiaya, pemodal/pelabur, pesaing, kerajaan, pekerja, dan masyarakat
5.       Aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran seperti ekstraktif, barangan pengguna (konsumer), barangan industri, pembuatan, pemasangan, dan seumpamanya;  
6.       Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan seperti peruncitan, pemborongan, kewangan, profesional, perhotelan, pendidikan, dan seumpamanya;
7.        Tahap perniagaan dari perspektif berikut:  (i) Primer, sekunder, dan tertiar   (ii) Huluan dan hiliran   (iii) Domestik dan antarabangsa

Bab 2: Pengeluaran
1.       Proses pengeluaran merangkumi input, proses transformasi, output dan maklumbalas
2.       Reka bentuk pengeluaran merangkumi simplification, standardization  dan modular;
3.       Jenis pengeluaran mengikut tempahan, secara massa, dan secara berkelompok;
4.       Jenis-jenis susun atur secara  tetap, proses, produk, dan selular;
5.       Proses kawalan kualiti terdiri daripada rancang, buat, semak, dan tindakan – PDCA
6.       alat kawalan kualiti iaitu kawalan proses secara statistik (statistical process  control), analisis nilai tambah, carta kawalan, kajian kualiti/kos, pasukan penambahbaikan  kualiti, dan penanda aras (benchmarking);
7.       pendekatan kawalan kualiti iaitu kawalan input, kawalan proses, dan kawalan output.
8.       Jenis inventori terdiri daripada bahan mentah, kerja dalam proses, dan produk siap

Bab 3: Pemasaran
1.       Pendekatan pemasaran termasuk pengeluaran, produk, penjualan, pemasaran, dan pemasaran kemasyarakatan
2.       Proses pemasaran yang merangkumi menilai peluang-peluang pemasaran, memilih sasaran pasaran, membina campuran pemasaran, dan mengurus usaha pemasaran.
3.       Strategi pemasaran terdiri dpd penembusan pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan produk, pempelbagaian
4.       Model gelagat pengguna terdiri daripada rangsangan pemasaran dan persekitaran, kotak hitam pembeli, dan respons pembeli
5.       Faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna termasuklah budaya, sosial, individu, psikologi, dan situasi
6.       Proses keputusan pembelian produk  pengguna yang merangkumi mengenal pasti keperluan, mencari maklumat, menilai alternatif, membuat keputusan pembelian, dan gelagat selepas pembelian
7.       Proses pembelian produk baru merangkumi menyedari, meminati, menilai, mencuba, dan menerima
8.       menjelaskan proses pembelian produk industri  merangkumi mengenal pasti masalah, mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan spesifikasi produk, mencari pembekal,  membuka tender, memilih pembekal, memesan produk, dan menilai prestasi pembekal.
9.       Langkah-langkah penyelidikan pemasaran yang merangkumi mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif, membentuk rancangan penyelidikan, melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data, dan menginterpretasikan dan melapor penemuan
10.   Asas-asas segmentasi pasaran merangkumi geografi, demografi, psikografi, dan gelagat pengguna/manfaat produk;
11.   strategi menyasarkan pasaran (market targeting) merangkumi pemasaran tidak dibezakan, pemasaran dibezakan, pemasaran tertumpu, dan pemasaran mikro
12.   Proses peletakan pasaran yang merangkumi menentukan pasaran sasaran (targeted market), menyesuaikan produk dengan pasaran, dan mengkomunikasikan ciri-ciri produk
13.   Strategi peletakan termasuklah atribut produk, manfaat, kekerapan penggunaan, pengguna, dan klasifikasi produk
14.   Klasifikasi produk merangkumi produk pengguna dan produk perindustrian;
15.   Keputusan produk individu :atribut produk, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan, dan khidmat sokongan
16.   Lini produk merangkumi kedalaman produk dan kelebaran produk;
17.   Campuran promosi merangkumi pengiklanan, promosi jualan,  publisiti,  perhubungan awam, dan jualan bersemuka

Bab 4: Kewangan
1.       Penyata kewangan :penyata pendapatan,  kunci kira-kira, dan penyata aliran tunai;
2.       Nisbah kewangan yang merangkumi nisbah kecairan, nisbah kecekapan, nisbah keberuntungan, nisbah penggearan, dan  nisbah pasaran.
3.       Jenis sumber dana mengikut jangka masa panjang : bon, ekuiti, dan saham keutamaan;
4.       Jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek : overdraf, pemfaktoran, penerimaan jurubank (BA), trust receipt, dan pinjaman berjangka
5.       Jenis penggunaan dana mengikut keperluan semasa, jangka masa pendek dan jangka masa panjang
6.       Prinsip insurans termasuklah ganti rugi (termasuk subrogasi, caruman, dan limpah), doktrin punca terdekat, kepentingan boleh diinsuranskan, dan penuh percaya mutlak
7.       Prinsip takaful termasuklah kepatuhan syariah (gharar, maisir,  riba’, akad, jual beli), menanggung risiko bersama, tabarru’(sedekah), dan simpanan atau pelaburan

Bab 5: sumber manusia
1.       Pengurusan sumber manusia strategik yang merangkumi menarik, membangun, dan mengekal sumber manusia.
2.       Proses perancangan sumber manusia   yang meliputi analisis kerja (penghuraian kerja dan spesifikasi kerja), menentukan keperluan, dan memenuhi keperluan;
3.       Analisis kerja yang merangkumi penghuraian dan spesifikasi kerja;
4.       Faktor-faktor penentuan keperluan sumber manusia termasuklah perubahan teknologi, perubahan sosioekonomi, pertumbuhan perniagaan,  dan penamatan perkhidmatan;
5.       Proses pengambilan yang merangkumi menarik minat, pemilihan, penawaran kerja, dan induksi;
6.       Tindakan menarik minat termasuklah iklan, hebahan umum, head-hunting, walk-in
7.       Aspek pemilihan yang merangkumi borang permohonan, semakan rujukan, temu duga, dan ujian;
8.       Ganjaran merangkumi gaji, upah, dan elaun [elaun sara hidup (COLA), elaun khidmat awam, elaun perumahan dan sebagainya
9.       Faedah yang berbentuk wang dan bukan wang termasuklah insurans pekerja, caruman KWSP, kemudahan kesihatan, percutian, kemudahan pinjaman, tempat penjagaan kanak-kanak, keahlian badan profesional dan kelab, kemudahan kebajikan dan keselamatan pekerja, dan seumpamanya;
10.   Proses tindakan disiplin yang merangkumi amaran lisan, amaran bertulis, surat tunjuk sebab, inkuiri, dan hukuman;
11.   Skim kemudahan penamatan perkhidmatan sama ada secara wajib, sukarela, atau diberhentikan (retrenchment).

Tuesday, September 25, 2018

Soalan esei panjang pemasaran Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM


Soalan esei panjang pemasaran
1.     pendekatan pemasaran
·          pengeluaran- beli saja, murah, banyak, contoh
·          produk- kualti, inovatif, penambahabaikan, contoh
·          Penjualan- promosi agresif, dana banyak, pasukan jurujual, contoh
·          Pemasaran moden- puaskan kehendak pelanggan, raja,citarasa dan kepausan, contoh
·          pemasaran kemasyarakatan – kebajikan, tanggunjawab j.pjg, contoh

2.     proses pemasaran  
·          menilai peluang-peluang pemasaran- kajian pasaran, kenalpasti, faktor umum dan tugas, contoh
·          memilih sasaran pasaran- fokus segmentasi, penyasaran, perletakan, pilih segmen untung, contoh
·          membina campuran pemasaran- 4P, cekap dan berkesan, contoh
·          mengurus usaha pemasaran – rancang, laksana, kawal, contoh

3.     strategi pemasaran
·          penembusan pasaran,- tambah jualan PSA+PSA, contoh
·          pembangunan pasaran- jual PSA+PSA, contoh
·          pembangunan produk-buat  PB+PSA, contoh
·          pempelbagaian = buat PB+PB, contoh

4.     gelagat pengguna
·          budaya- budaya, sub budaya, kelas sosial, , contoh
·          sosial- kumpulan individu, keluarga, peranan dan status, contoh
·          individu- umur, pekerjaan, personaliti, gaya hidup, contoh
·           psikologi- motivasi, persepsi, personaliti, sikap, pembelajaran, contoh
·          Situasi- mas beli, tempat beli, musim, gelagat, contoh

5.     proses keputusan pembelian produk  pengguna
·          mengenal pasti keperluan- sedara, rangsangan, contoh
·          mencari maklumat- sumber maklumat tahap penglibatan, contoh
·          menilai alternatif-  bantu putuskan, kriteria, nasihat. Contoh
·          membuat keputusan pembelian- terbaik, keutamaan, pilihan utama atau kedua, contoh
·          gelagat selepas pembelian- kepuasan, menepati /x menepati jangkaan, kesan, contoh

6.     proses pembelian produk baru
·          menyedari- hebah, sedar, contoh
·          meminati- minat, maklumat, contoh
·          menilai- menilai maklumat, cuba@ X, contoh
·          mencuba- murah, cuba, menilai pelbagai aspek, contoh
·          menerima- sesuai, puas hati, ulang belian, setia contoh

7.     proses pembelian produk industri 
·          mengenal pasti masalah- selesai masalah –D @L, contoh
·          mengenal pasti keperluan organisasi- rutin @ kompleks, contoh
·          menentukan spesifikasi produk- jenis, kualiti, kuantiti, contoh
·          mencari pembekal- maklulamt,internet, contoh
·          membuka tender- spesifikasi, contoh
·          memilih pembekal- harga, kualiti, penghantaran, contoh
·          memesan produk- contoh
·          menilai prestasi pembekal- teruskan @ X, ubahsuai, baharu

8.     langkah-langkah penyelidikan pemasaran
·          mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif-  @L, tetapkan obj, contoh
·          membentuk rancangan penyelidikan- kaedah, masa, kepakaran, kedapatan data, contoh
·          melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data- kumpul data, primer @ sekunder, maklumat bermakna, contoh
·          menginterpretasikan dan melapor penemuan- rumusan, cadangan, contoh

9.     asas-asas segmentasi pasaran
·          geografi- lokasi, kemampuan, contoh
·          demografi- umur, jantina, contoh
·          psikografi- kelas sosial, personaliti, contoh
·          gelagat pengguna/manfaat produk- tabiat pembelian, jenis pengguna, contoh

10.   strategi menyasarkan pasaran (market targeting)
·          strategi pemasaran tidak dibezakan- x ambilkira perbezaan, s1 produk semua segmen, jimat kos, contoh
·          strategi pemasaran dibezakan- sasar bbrp segmen, produk berbeza, contoh
·           Strategi pemasaran tertumpu- 1@2 segmen, kuasai pasaran, contoh
·          Strategi pemasaran mikro- tempatan, individu, contoh

11.   strategi perletakan pasaran:
·          atribut produk- ciri produk, ketara-saiz,, tak ketara-kualiti, contoh
·          manfaat- faedah, kelebihan, nilai terbaik,berbanding produk pesaing, contoh
·          kekerapan penggunaan- tinggi @ rendah, , contoh
·          pengguna- ikut kehendak @keperluan pengguna, contoh
·          Klasifikasi produk- mudah beli, beli belah, contoh