Fakta
Khusus dalam Pengajian Perniagaan Penggal 3 STPM
Fakta khusus bermaksud fakta dan konsep yang diberikan
dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM. Pelajar perlu menghafal dan
menyatakannya dengan betul dan tepat
ketika menjawab soalan peperiksaan yang melibatkan fakta atau konsep berkenaan.
Contoh:
Bab 10: Keusahawanan
Unit 10.3
Ciri usahawan yang berjaya ialah inisiatif
yang tinggi, berani mengambil risiko,
kreatif, inovatif
Contoh soalan :
Nyatakan empat ciri usahawan yang berjaya [4]
Jawapan pelajar A
|
Jawapan pelajar B
|
Ciri
usahawan yang berjaya ialah
-
Initiatif yang tinggi √
-
Berani mengambil risiko √
-
Kreatif √
-
Inovatif √
(Menepati
fakta dalam sukatan pelajaran)
|
Ciri
usahawan yang berjaya ialah
-
Berinitiatif X
-
berani menangani ketidakpastian X
-
seorang yang mempuanyai sifat kreativiti X
-
seorang yang berinovasiX
-
(Tidak
menepati fakta dalam sukatan pelajaran
|
Senarai
fakta khusus dalam Penggal 3
Bab 10: Keusahawanan
1. Teori-teori
keusahawanan :pendekatan ekonomi, pendekatan psikologi, dan pendekatan
sosiologi;
2. Sifat-sifat
peribadi usahawan berjaya :mempunyai inisiatif yang tinggi, berani mengambil
risiko, kreatif, inovatif, dan lain-lain;
3. Sumber idea
baru :pelanggan, produk sedia ada, syarikat sedia ada, saluran pengedaran,
paten, penyelidikan dan pembangunan, profesional/jururunding, dasar kerajaan;
4. kaedah
menjana dan mengembangkan idea :soal selidik, sumbang saran, pemerhatian,
kumpulan fokus
5. Proses merealisasikan
idea iaitu idea, menapis idea, membina konsep, menguji konsep, membuat
rancangan perniagaan, membina fizikal (prototaip), dan mengkomersialkan.
6. Kaedah
memulakan sesebuah perniagaan :memulakan sendiri, mengambil alih perniagaan
sedia ada, francais, dan pakatan strategik (pelesenan, kontrak pengeluaran, dan
usaha sama);
7. Bentuk
modal kewangan (modal teroka, ekuiti,
dan hutang) dan bukan kewangan seperti aset-aset tetap
8. sumber
modal formal (contoh: pinjaman bank, bantuan kerajaan, pelabur) dan sumber
modal tidak formal (contoh: simpanan sendiri, pinjaman dari saudara
mara/rakan);
9. Jeanis kemudahan
dan Bantuan seperti bantuan kewangan, tapak kilang, khidmat nasihat dan
perundingan, dan pembangunan usahawan.
Bab 11:
Rancangan Perniagaan
Komponen dalam Rancangan Perniagaan
(i)
Rumusan
Eksekutif
(ii)
Pengenalan
(iii)
Objektif
(iv)
Latar
Belakang Syarikat Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi
(v)
Latar
Belakang Projek
(vi)
Rancangan
Organisasi
(vii)
Rancangan
Pemasaran
(viii)
Rancangan
Pengeluaran/Operasi
(ix)
Rancangan
Kewangan
(x)
Kesimpulan
(xi)
Lampiran
Bab 12:
Perniagaan antarabangsa
1.
Kepentingan
perniagaan antarabangsa dalam ekonomi merangkumi tukaran asing, pasaran luas,
guna tenaga, pemindahan teknologi;
2.
Tahap
perniagaan antarabangsa termasuk domestik, antarabangsa, multinasional, dan
global
3.
Strategi
memasuki perniagaan antarabangsa termasuk import, eksport, kontrak pengeluaran,
pelesenan, francais, usaha sama, subsidiari, dan operasi serah kunci
4.
Konsep-Konsep
Penting : dunia tanpa sempadan, Pasaran menimbul (emerging
market) ,Selatan-Selatan ,Globalisasi,lokalisasi, nasionalisasi, penswastaan
5.
Cabaran
yang dihadapi oleh syarikat multinasional dari aspek struktur organisasi , kawalan
pengurusan , politik dan perundangan , ekonomi, sosiobudaya
6.
Risiko
syarikat multinasional: risiko ekonomi, politik, kredit, pemilikan negara,
penghantaran balik modal dan dividen, dan kadar pertukaran wang.
7.
Dokumen
penghantaran: Surat Pengesahan Penghantaran Laut (Bill of Lading), Surat
Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill), Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate
of Origin)
8.
Kaedah
penyelesaian perdagangan iaitu perdagangan barter dan perbankan koresponden;
9.
Dokumen
pembayaran: Surat Kredit (Letter of Credit), Tuntutan Ikut Perintah
(Sign/Demand Order)
10.
Galakan
perniagaan antarabangsa : blok perdagangan termasuk AFTA, NAFTA, EU, ASEAN.,
perdagangan timbal balas, Kempen Kerajaan (zon perdagangan bebas, Koridoraya
Multimedia (MSC), galakan cukai, pengecualian cukai, pembiayaan eksport, taraf perintis,
subsidi, dan kempen belilah barangan Malaysia), promosi pelaburan
11.
Kaedah
melindungi pasaran domestik termasuk tarif dan bukan tarif.
Bab 12:
Etika perniagaan dan tanggungjawab social
1.
Pendekatan tindakan beretika yang merangkumi utilitarian,
individualisme, hak moral, dan keadilan;
2.
Jenis-jenis
jenayah kolar putih seperti rasuah, penyelewengan, pecah amanah, konflik
kepentingan, dan penyalahgunaan kuasa
3.
Pihak
berkepentingan dalam tanggungjawab sosial termasuk Primer (pekerja, pemegang
saham, pembiaya, pembekal, pelanggan, peruncit, dan pemborong) dan sekunder
(kerajaan, media, masyarakat, dan kumpulan pendesak)
4.
Menyatakan
peranan warga korporat iaitu gelagat beretika dalam perniagaan, komited
terhadap pihak berkepentingan termasuk masyarakat, pelanggan, pekerja, pelabur,
dan pembekal, komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang.