Tuesday, July 30, 2013

PBS pengajian perniagaan- menganalisis borang soalselidik

Menganalisis data soal selidik mengenai gaya kepimpinan

Andaikan anda telah mengedarkan 20 keping borang soal selidik kepada pekerja organisasi yang anda kaji.

Setelah menerima soal selidik tersebut, anda perlu mengira bilangan reponden yang memilih setiap item.

Contohnya: untuk item 1, seorang responden memilih neutral, 12 orang memilih bersetuju dan 7 orang memilih sangat bersetuju. Angka ini perlu diubah menjadi peratus iaitu bilangan memilih/ jumlah responden X 100


Item 1   

Bersetuju

12    x 100   =  60%
20

Sangat bersetuju

7    x 100   = 35%
20


Ini bererti 95 % responden  menyatakan keputusan dibuat oleh ketua dan subordinat perlu mematuhinya. Ini lebih kepada gaya kepimpinan autokratik.




Pernyataan
Sangat tidak bersetuju
Tidak bersetuju
Neutral
Bersetuju
Sangat bersetuju
1.     Ketua saya memastikan setiap
      keputusannya dipatuhi oleh 
      saya.

0
(0%)
0
(0%)
1
(5%)
12
(60%)
7
(35%)
2.     Ketua saya mentadbir dengan gaya yang tegas.

1
(5%)
1
(5%)
1
(5%)
16
(80%)
1
(5%)
3.     Ketua saya memastikan semua pekerja faham kedudukannya sebagai ketua di organisasi
      .






4.     Ketua saya memaklumkan keputusannya dahulu kepada pekerja sebelum bertindak.






5.     Ketua saya menentukan jadual  kerja yang perlu dilaksanakan oleh pekerja






6.     Ketua saya bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya.






7.     Ketua saya mendapat  persetujuan pekerja terlebih dahulu sebelum meneruskan sesuatu perkara.







8.     Ketua saya sering mencuba ide-ide baru bersama pekerja-pekerja.






9.     Ketua saya mengelola pekerja-pekerja dengan menggunakan tata kerja yang seragam.






10.  Ketua saya sedia membuat perubahan.






11.  Ketua saya menerima cadangan yang dikemukakan oleh pekerja untuk dilaksanakan.






12.  Ketua saya menentukan tugas- tugas tertentu untuk pekerja






13.  Ketua saya meminta pekerja mengikut segala peraturan dan syarat kerja yang telah ditetapkan.






14.  Ketua saya memastikan setiap tugas disiapkan oleh pekerja selewat-lewatnya pada tarikh akhir.






15.  Ketua saya menggalakkan  budaya kerja sepasukan di kalangan pekerja.






16.  Ketua saya mewujudkan  semangat kekitaan ke arah pencapaian matlamat yang sama.






17.  Ketua saya memberi panduan  yang jelas tentang sesuatu bidang tugas






18.  Ketua saya menurunkan kuasa  kepada staf yang berkenaan untuk membuat keputusan tertakluk kepada bidang kuasa  masing-masing.









Monday, July 29, 2013

PBS PENGAJIAN PERNIAGAAN- CONTOH PROSES PENGORGANISASIAN

Proses pengoranisasian- Sebuah sekolah Menengah Islam swasta

Proses pengorganisasian merujuk kepada membentuk hubungan kerja, aliran kerja, menyenaraikan dan mengelompok aktiviti serta mengenalpasti autoriti dan tanggungjawab pekerja dalam sesebuah organisasi. Proses pengorganisasian melibatkan lima langkah iaitu penentuan objektif, pengenalpastian aktiviti, pengelasan aktiviti, pengelompokan aktiviti, dan pengagihan tugas, autoriti dan tanggungjawab.Ia dapat digambarkan seperti dalam rajah  di bawah.


A. Penentuan objektif
Setiap organisasi mempunyai matlamat dan matlamat ini dibentuk di peringkat perancangan. Semasa proses perancangan, sesebuah organisasi akan menentukan VMO organisasinya. Dengan adanya objektif, pekerja dalam organisasi mempunyai panduan dan halatuju yang perlu dituju. Oleh kerana organisasi mempunyai sumber yang terhad, koordinasi kerja dan peruntukan sumber perlu dibuat secara cekap dan berkesan agar matlamat organisasi dapat dicapai. Sekolah Menengah _______________mempunyai VMO seperti berikut:
VISI

MISI

OBJEKTIF

B. Pengenalpastian aktiviti
Setelah mengenalpasti objektif organisasi, perlu mengenalpasti tugas-tugas yang perlu dibuat oleh pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Setiap aktiviti perlu dikenalpasti secara tereperinci dan juga perlu mengetahui aktiviti yang kritikal agar organisasi dapat berjalan dengan lancar.
Bagi Sekolah Menengah ______________ antara aktiviti yang berkaitan ialah pembelajaran, peperiksaan, pengurusan makmal, pengurusan bengkel kemahiran hidup, kutipan yuran, pengurusan kebajikan pelajar, pengurusan cuti guru, latihan, aktiviti sahsiah pelajar, disiplin, tarabiyyah dan lain-lain. Ketua perlu menyediakan senarai panjang aktiviti yang berkaitan dengan pengorganisasian sekolah.

C. Pengelasan aktiviti
Berdasarkan aktiviti yang telah dikenalpasti, ketua perlu mengelaskan aktiviti mengikut pengkhususan dan persamaan tugas tertentu.Misalnya , aktiviti berkaitan dengan disiplin seperti tatacara tindakan disiplin, pengurusan maklumat pelajar bermasalah, pengeluaran surat amaran dan  aktiviti pemulihan akhlak. Aktiviti peperiksaan pula termasuk pendaftaran pelahar untuk peperiksaan awam seperti PMR dan SPM, menentukan tarikh dan jadual peperiksaan dalaman, menguruskan keselamatan kertas peperiksaan, menyediakan tempat peperiksaan serta menentukan percetakan kertas soalan. Aktiviti berkaitan dengan sukan ialah menentukan jenis permainan, pengurusan alat sukan, menentukan guru permainan, pemilihan jurulatih, menentukan jadual aktiviti permainan, menentukan tarikh pertandingan permainan, menyediakan pelajar untuk pertandingan serta menguruskan latihan permainan

D.  Pengelompokan aktiviti
Setelah aktiviti dikelaskan mengikut pengelasan tertentu, ketua perlu mengelompok aktiviti mengikut fungsi tertentu. Aktiviti berkaitan dengan kurikulum seperti peperiksaan, jadual waktu, program kecemerlangan, buku teks, pusat sumber, perkembangan staf, pengurusan bilik khas, program peningkatan prestasi dikelo,pok di bawah satu fungsi yang dikenali sebagai kurikulum. Aktiviti sukan, permainan , badan beruniform, kelab dan persatuan, koperasi sekolah, papan kenyataan, perkhemahan murid dan kursus pembangunan sukan diletakkan di bawah fungsi kokurikulum. Fungsian hal ehwal murid pula meliputi aktiviti seperti disiplin, data pelajar, biasiswa, kantin sekolah, jadual kedatangan pelajar, majalah sekolah, pengawas sekolah , sahsiah murid dan kebajikan murid.

E. Pengagihan tugas, autoriti dan tanggungjawab
Di peringkat ini, ketua perlu mengagihkan tugas kepada pekerja mengikut kemahiran dan kepakaran pekerja berkenaan. Pekerja perlu diberi penerangan jelas tentang tugas yang perlu dilakukan. Pengagihan sumber organisasi juga perlu dibuat mengikut kelompok aktiviti yang telah dilakukan mengikut keperluan jabatan berkenaan. Autoriti ialah kuasa sah yang ada pada pengurus untuk membuat keputusan dan memberi arahan.Autoriti diberi berdasarkan jawatan yang dipegang. Tanggungjawab ialah kewajipan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada pekerja. Pegawai yang diberi autoriti berkuasa untuk menentukan pekerja bawahannya melakukan tanggungjawab yang telah diberikan.
Sebagai ketua organisasi , pengetua diberi autoriti untuk memastikan semua unit dalam organisasi sekolah melakukan tugas dengan cekap dan berkesan agar matlamat sekolah tercapai. Penolong Kanan kurikulum diberi autoriti untuk memastikan semua unit di bawah jabatannya seperti unit peperiksaan, dan unit mata pelajaran menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Misalnya, apabila diarahkan untuk membuat peperriksaan sebanyak dua kali untuk tingkatan dua, penolong kanan kurikulum perlu memastikan bahawa, unit peperiksaan telah menyediakan jadual peperiksaan, kertas soalan telah disediakan mengikut skop yang telah ditetapkan dan mencukupi serta markah peperiksaan telah diserahkan kepada pelajar dan juga kepada guru kanan untuk dianalisis.


Sunday, July 21, 2013

Kuiz rancangan perniagaan

Kuiz Pengajian Perniagaan
Rancangan Perniagaan

1.       Apakah yang dimaksudkan sebagai rancangan perniagaan?
Adalah _____________bertulis secara ______________tentang _______________yang akan dijalankan. Dokumen ini mengandungi maklumat tentang organisasi, kewangan, rancangan pemasaran, sumber modal, produk & sebaginya

2.       Jelaskan kepentingan rancangan perniagaan
Sebagai _______________________untuk menguruskan perniagaan. RP memberi panduan kepada pengurus bagi menjalankan perniagaan. Ia merupakan perancangan yang jelas tentang misi, matlamat, ramalan kewangan, perancangan pemasaran, pengeluaran & sebaganya
Mengurangkan __________________.RP dapat mengurangkan kesilapan sama ada dilakukan oleh pihak pengurusan @ pekerja. Ini kerana RP akan memandu semua pihak untuk mencapai metlamat yang sama & ini dapat meminimumkan kesilapan & penyelewengan dapat dielak dari awal lagi
Kemudahan __________________.Dengan adanya RP pihak pengurus melaksanakan apa yang telah dirancang. Ini memudahkan ____________kerana sekiranya matlamat tidak dicapai maka penilaian akan dibuat untuk mencari puncanya.
_________________pihak-pihak berkentingan. RP yang baik dpat meyakinkan pihak-pihak berkepentingan seperti bank untuk memberi___________________ atau ____________membekalkan bahan mentah secra kredit & pelabur untuk melabur dalam perniagaan
Menilai _________________perniagaan. Dengan adanya RP, penilaian boleh dibuat dari masa ke semasa untuk memastikan apa yang dirancang sama dengan apa yang dilaksanakan. Sekiranya perniagaan tidak mencapai apa yang dirancang maka penilaian akan dibuat mencari puncanya.
Menggunakan ________________dengan_____________. Dengan adanya RP sumber-sumber organisasi seperti bahan mentah, buruk, modal yang ada dapat digunakan dengan cekpa agar dapat meminimumkan kos dan . ia juga dapat meningkatkan produktiviti & mengelakkan pembaziran
Menuju ____________________yang sama.RP menjadi garis panduan kepada setiap pekerja daripada pihak atasan hingga bawahan tentang sasaran yang perlu dicapai dalam usaha mencapai matlamat yang sama.


3.       Terangkan kepentingan RP kepada usahawan

a.     Memberi ______________kepada usahawan untuk melihat dan menilai ide perniagaan atau projek perniagaannya dengan teliti, secara  objektif  dan kritis.
b.    Memberi _______________samada projek yang dicadangkan berdaya maju atau tidak.
c.     Membantu usahawan membuat anggaran keperluan dan pengagihan ___________perniagaan dengan baik dan berkesan
d.    Menyedarkan usahawan akan ___________________yang mungkin timbul dalam melaksanakan projek perniagaan.
e.     Menjadikan ______________________untuk mengurus perniagaan seharian
f.     Membuat ___________________ jualan, perbelanjaan dan aliran wang tunai perniagaan
g.    Menerangkan tugas dan tanggung jawab _________________serta kehendak dan jangkaan perniagaan
h.     Menilai _________________perniagaan
i.      Merancang pembangunan ___________________baru
j.       Menjadikan asas cadangan bagi pemohonan __________________

4.     Nyatakan kumpulan yang memerlukan rancangan perniagaan

Sasaran

Huraian
1
·         RP yang baik dapat menggambarkan maklumat kewangan perniagaan. Ini akan meyakinkan pembiaya seperti bank untuk memberi pinjaman. RP digunakan oleh bank untuk menilai sama ada usahawan mampu membayar balik pinjaman @ sebaliknya
2
·         RP yang baik & berpotensi akan meyakinkan pembekal untuk membekalkan bahan mentah @ produk secara jualan kredit @ hutang
3
·         Melalui RP pelanggan dapat mengetahui sama ada produk yang dikeluarkan memenuhi kehendaknya @ tidak. Pelanggan juga rasa lebih selamat & selesa kerana yakin produk yang digunakan selamat & bersih.
4
·         Pekerja dapat memahami tugasnya dengan jelas.
·          Matlamat yang dikongsi bersama, tahu hala
·         tujunya, harapan syarikat kepadanya & apakah sumbangan yang perlu diberi bagi mencapai matlamat syarikat
5
·         Sebagai garis panduan bagi menentukan hala tuju perniagaan yang dijalankan. Ada maklumat terperinci tentang perniagaan yang dijalankan dan ini memudahkan pihak pengurusan mencapai matlamat yang ditetapkan
6
·         Untuk mengetahui secara terperinci perniagaan & menilai sama ada perniagaan itu boleh maju, bersaing @ tdak. Ini perlu untuk pelabur membuat keputusan melabur dalam perniagaan itu.
7
·         Kerajaan dapat mengetahui sama ada perniagaan yang dijalankan sah @ tidak & dapat mengukur pencapaian perniagaan & menilai jumlah cukai yang perlu dibayar oleh perniagaan itu.
8
·         RP yang baik dapat menarik rakan kongsi untuk melabur dalam perniagaan itu, ini kerana rakan kongsi dapat mengetahui kedudukannya @ prestasi syarikat itu sama ada  kukuh @ tidak

5.     Susun format RP yang betul

Lampiran.

Rancangan Pemasaran

Rancangan Organisasi

Kesimpulan

Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi

Latar Belakang Syarikat

Rancangan Pengeluaran/Operasi

Objektif

Rumusan Eksekutif

Rancangan Kewangan

Pengenalan

Latar Belakang Projek



6.     Nyatakan empat maklumat yang perlu dinyatakan dalam bahagian latar belakang syarikat
a.________________________________________
b.________________________________________
c.________________________________________
d. _______________________________________
7.     Nyatakan empat maklumat yang perlu dinyatakan dalam bahagian latar belakang pemilik
a.________________________________________
b.________________________________________
c.________________________________________
d. _______________________________________
8.     Nyatakan lima elemen yang perlu dinyatakan dalam bahagian rancangan organisasi
a.________________________________________
b.________________________________________
c.________________________________________
d. _______________________________________
e.________________________________________
9.     Nyatakan lima yang perlu dinyatakan dalam bahagian rancangan pemasaran
a.________________________________________
b.________________________________________
c.________________________________________
d. _______________________________________
e. _______________________________________
10.  Nyatakan lima yang perlu dinyatakan dalam bahagian rancangan pengeluaran/ operasi
a.________________________________________
b.________________________________________
c.________________________________________
d. _______________________________________
e. _______________________________________

11.  Nyatakan empat penyata proforma yang prlu ditunjukkan dalam sesebuah rancangan perniagaan
a.________________________________________
b.________________________________________
c.________________________________________

d. _______________________________________