PAHATAN MINDA 2016 PENGGAL 1
BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN
1.
Untuk
PP penggal satu, penghafalan fakta merupakan perkara penting yang perlu dibuat
oleh semua pelajar.
2.
Sebelum
menghafal fakta untuk topik tertentu, baca dan memahami huraian untuk
setiap fakta.
3.
Jangan
menghafal huraian. Huraian yang akan ditulis oleh anda berdasarkan pemahaman
anda tentang fakta atau konsep yang telah dipelajari. Huraian juga bergantung kepada
situasi atau kes atau contoh yang berkaitan dengan soalan.
4.
Pelajar
yang telah menghafal fakta akan mempunyai keyakinan yang tinggi dan mampu
menjawab soalan PP khususnya esei pendek dan esei panjang dengan
lebih baik.
Bahagian 1
Hafal konsep di bawah. Setelah menhfal uji diri anda dengan bantuan rakan sebelah atau secara perseorangan. Jika berjaya menghafal tandakan (/) di U1 dan ulang kali kedua di U2.
Setelah berjaya menghafal semua fakta, kini cuba jawab soalan di bawah. Soalan di bawah berkaitan dengan fakta dalam jadual di bawah.
Good luck dan semoga berjaya.
Konsep
|
U1
|
U2
|
1.
Perniagaan ialah
·
jual beli barang dan
perkhidmatan
·
memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna
·
mendapatkan keuntungan
|
|
|
2.
Empat
aspek perbezaan perniagaan dan bukan perniagaan
·
Sumber kewangan
·
Motif
·
Perundangan
·
Aktiviti
|
|
|
3.
Lima
peranan untung ialah
·
Modal
·
Ganjaran kpd usahawan
·
Prestasi perniagaan
·
Imej perniagaan
·
Keyakinan pelabur
|
|
|
4.
Lima peranan perniagaan kepada pengguna ialah
·
keperluan +kehendak
·
pilihan
·
taraf hidup
·
barangan cukup .
·
harga berpatutan
|
|
|
5.
Lima
peranan perniagaan kepada ekonomi ialah
·
mengurangkan kadar
pengangguran.
·
Meningkatkan pendapatan
kerajaan
·
Membangungkan industri
huluan dan hiliran.
·
Meningkatkan kemudahan awam.
·
Mewujudkan penempatan baru.
|
|
|
6.
Lima
peranan perniagaan kepada negara ialah
·
Meningkatkan pendapatan
negara
·
Mengurangkan kadar
pengangguran.
·
Mewujudkan peluang
perniagaan
·
Mengurangkan aliran wang
keluar negara
·
Membangunkan modal insan
|
|
|
7.
Lima
peranan perniagaan kepada masyarakat
ialah
·
keperluan + kehendak
·
peluang pekerjaan
·
peluang perniagaan
·
tanggungjawab sosial
·
produk berkualiti harga
berpatutan
|
|
|
8.
lima
factor pengeluaran ialah
·
bahan mentah
·
modal
·
modal insan
·
teknologi
·
keusahawanan
|
|
|
9.
Lima
elemen proses perniagaan ialah
·
input,
·
proses tambah nilai
·
output
·
pemasaran
·
untung/rugi
|
|
|
10.
Lima
cabaran perniagaan ialah
·
Globalisasi/Dunia
tanpa sempadan
·
Peningkatan
Kemajuan Teknologi
·
Peningkatan
tanggungjawab social:
·
Peningkatan
sistem perniagaan islam
·
Kewujudan
blok-blok perdagangan
·
Sumber semakin
berkurangan
·
Perubahan struktur demografi
|
|
|
Soalan
Klinik Mata
Wong dan Zalina
|
|
Persatuan 1
Malaysia Wangsa Maju
|
1.
Jelaskan empat perbezaan antara kedua-dua entiti di
atas. (8)
2.
Jelaskan empat kepentingan untung kepada sebuah pasar
raya. [4]
3.
Terangkan tiga peranan sebuah perniagaan kepada
pengguna[6]
4.
Terangkan tiga kepentingan perniagaan perabot kepada
masyarakat [6]
5.
Terangkan tiga peranan perniagaan otomobil kepada
ekonomi negara [6]
6.
Jelaskan lima factor pengeluaran yang terlibat dalam
industri makanan. [5 ]
7.
Jelaskan lima tahap dalam proses perniagaan basikal.
[5]
8.
Jelaskan lima cabaran untuk perniagaan pakaian. [5]
9.
Soalan kajian kes
Lazatlah Beverage Berhad
(LBB)
LBB merupakan
pengeluar pelbagai jenis minuman ringan untuk pasaran Malaysia. Pemiliknya ialah
Tan Sri Aflah dan Datuk Azeem. Antara jenama popular ialah Popsila, Cokla,
Manla dan Ladyla. Produk LBB dijual melalui saluran peruncit di seluruh
negara. Syarikat Dalila Berhad telah dilantik sebagai wakil pengedar produk
LBB di seluruh negara. Minuman Ladyla merupakan minuman jambu merah yang menggunakan
jambu merah tempatan yang diperoleh daripada petani –petani di Hulu
Terengganu. Kesemua produk syarikat ini dihasilkan di kilang LBB di Setiu, Terengganu
melibatkan 3 000 orang pekerja. Untung bersih LBB pada tahun 2015 ialah RM600
juta setelah ditolak cukai pendapatan sebanyak RM300 juta. LBB akan membelanjakan
dana sebanyak RM600 juta untuk membina sebuah kilang baru LBB akan mula
beroperasi di Bandar Baru Setapak di Jerantut, Pahang. Kilang baru ini
menggunakan kaedah pengluaran mesra alam dengan menggunakan mesin yang
diimport dari negara Taiwan. Kilang ini juga dijangka menggaji 2 000 orang
pekerja tempatan. Disebabkan impak
besar syarikat ini kepada ekonomi negeri Pahang, kerajaan negeri telah
bersetuju untuk membina jalanraya baru dari Bandar Baru Setapak ke bandar
Jerantut dan juga laluan khas ke Stesyen keretapi Jerantut. Kawasan ini juga
dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi serta bekalan air
bersih yang merupakan keperluan utama LBB.
LBB menghadapi
persaingan sengit daripada produk syarikat MNC yang beroperasi di Malaysia.
Bekalan buah jambu yang tidak menenrtu disebabkan factor cuaca juga memberi
kesan kepada pengeluaran LBB. Syarikat telah berjaya menandatangani kontrak
bekalan buah jambu daripada India kerana
harganya lebih murah berbanding negara jiran seperti Thailand dan Vietnam. Kerajaan
mengenakan cukai tinggi kepada import buah jambu kerana negara India bukan merupakan
anggota kesatuan ASEAN. LBB juga merupakan wakil pengedar untuk minuman
ringan Lembulah dari Australia tetapi menghadapi masalah untuk menguasai
pasaran tempatan disebabkan kegagalan syarikat mendapat pengiktirafan sijil
Halal dari JAKIM.
a.
Jelaskan peranan LBB kepada ekonomi negara
b.
Jelaskan factor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran
LBB
c.
Jelaskan cabaran perniagaan LBB
|