SOALAN BAHAGIAN A
Personaliti
(√ 1) iaitu gabungan sifat–sifat yang menjadikan
seseorang itu unik. (√ 1)
Bahagian ini mengandungi 10 soalan esei pendek dan peruntukan markah ialah 50%.
Ianya BUKAN SOALAN STRUKTUR . Ia merupakan soalan esei pendek.
Jawab semua soalan dalam masa 50 minit.
1. Jika kata tugasnya nyatakan / senaraikan atau berikan
Pelajar perlu menyatakan atau menyenaraikan fakta tanpa huraian.
2. Jika kata tugasnya jelaskan
Pelajar perlu menjelaskan fakta dengan huraian dan contoh yang sesuai.
3. Jika kata tugasnya huraikan/ terangkan
Pelajar perlu memberi huraian lengkap untuk setiap fakta yang diberikan.
Contoh
Terangkan tiga faktor
psikologi yang mempengaruhi
keputusan pembelian barang (6)
Kata tugas: Terangkan
Apa yang ditanya: 3 faktor psikologi
Motivasi (√ 1) iaitu
desakan naluri seseorang menyebabkan dia bertindak untuk mencapai
kepuasan diri (√ 1)
Persepsi (√ 1) iaitu
cara individu memilih dan menginterpretasikan maklumat dr persekitarannya serta
tanggapan individu terhadap sesuatu produk. (√ 1)
Kesilapan pelajar
Jelaskan sumbangan mana-mana dua pihak berkepentingan
kepada sebuah pasar raya(6)
Pelanggan
Pelanggan menyumbangkan pendapatan kepada perniagaan.
Oleh itu perniagaan perlu menyediakan
barang dan perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kehendak dan keperluan
pelanggan
Pekerja
Pekerja ialah orang yang menyumbangkan tenaga mental
dan fizikal dalam aktiviti perniagaan. Pembayaran gaji dan upah yang
berpatututan akan mengekalkan pekerja dalam organisasi.
Pelajar ini mungkin dapat kosong sebab tidak mengaitkan jawapan dengan pasar raya.
4, Untuk soalan esei panjang anda boleh menjawab MANA-MANA SATU SOALAN iaitu 3a atau 3b. Jika jawab kedua-duanya, pemeriksa hanya akan menjawab soalan yang pertama sahaja. Pastikan jawapan anda ada fakta, sekurang-kurangnya dua huraian dan contoh yang sesuai.
5. Untuk soalam kajian kes, pastikan fakta yang diberikan ialah betul. Diikuti oleh huraian atau definisi fakta dan akhirnya berikan contoh daripada kes berkaitan dengan fakta yang diberikan.
Contoh soalan dan jawapan
Syarikat Wawasan Plastics Berhad
Syarikat
Wawasan Plastics Berhad merupakan syarikat usahasama antara Malaysia
Plastics Industries Berhad dengan Tian Jin Plastics Industries yang berasal
dari Negara China. Syarikat ini mengeluarkan pelbagai barangan plastic untuk
pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa. Sebagai peneraju pasaran ,
syarikat wawasan menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan barangan
plastic dengan menggunakan mesin yang diimport dari Taiwan. Keluaran syarikat
ini juga mendapat pengiktirafan SIRIM iaitu sebuah agensi kerajaan yang
menetapkan standard untuk barang perkilangan buatan Malaysia. Selaras dengan
citarasa pengguna semasa yang mengutamakan produk mesra alam, syarikat
wawasan juga mengeluarkan produk plastic yang boleh dikitarsemula.
Produk
syarikat Wawasan merupakan produk pilihan utama di pasaran kerana faktor
kualiti. Pihak pengurusan menggunakan pelbagai alat kawalan kualiti
untuk memastikan produk keluaran syarikat ini mempunyai kualiti yang tinggi.
Syarikat ini sentiasa membandingkan produk syarikat dengan produk sedia ada
dalam pasaran dan sentiasa mengaplikasikan amalan terbaik yang digunakan oleh
syarikat lain. Ada kumpulan pekerja yang ditubuhkan untuk mengenalpasti
masalah keluaran serta mmeberi cadangan kepada pihak pengurusan dalam
meningkatkan kualiti produk. Syarikat Wawasan juga memudahkan kontrak
pembelian pelanggan daripada 15 mukasurat kepada 4 mukasurat.
Syarikat
Wawasan akan membuka sebuah kilang baru di Pahang dengan kos bernilai RM600
juta. Kilang ini terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng. Kawasan
perindustrian Gebeng telah dibangunkan oleh kerajaan negeri dan mempunyai
kemudahan lengkap seperti bekalan air, elektrik dan telekomunikasi. Kilang
baru ini juga letak berdekatan dengan pelabuhan Kuantan dan ini akan
memudahkan aktiviti eksport keluaran syarikat ini ke pasaran China dan Jepun.
Bahan mentah kilang ini diperoleh dari Kemaman ,Terengganu yang merupakan
pusat pemprosesan petrokimia.
|
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan
berikut:
a. Huraikan
factor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan syarikat ini. [16]
PESTA PP
Jawapan
Faktor persekitaran umum yang
mempengaruhi aktiviti perniagaan syarikat ini ialah
Fakta
|
Huraian
|
Kaitan dengan kes
|
Persekitaran teknologi
|
Ia berkaitan dengan kaedah
pengeluaran yang digunakan oleh sesebuah perniagaan. Penggunaan teknologi
yang canggih akan meningkatkan keupayaan pengeluaran serta kualiti barang
yang dikeluarkan
|
Dalam kes ini, Syarikat Wawasan
telah menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan barangan
plastic dengan menggunakan mesin yang diimport dari Taiwan
|
Persekitaran sosiobudaya
|
Ia berkaitan dengan citarasa, gaya
hidup penduduk yang boleh mempengaruhi aktiviti pengeluaran.
|
Dalan kes ini , selaras dengan
citarasa pengguna semasa yang mengutamakan produk mesra alam, syarikat
wawasan juga mengeluarkan produk plastic yang boleh dikitarsemula.
|
Persekitaran politik dan
perundangan
|
Ia berkaitan dengan dasar,
peraturan, kempen yang dianjurkan oleh kerajaan.
|
Dalam kes ini, keluaran syarikat
ini juga mendapat pengiktirafan SIRIM iaitu sebuah agensi kerajaan yang
menetapkan standard untuk barang perkilangan buatan Malaysia.
|
Perkitaran prasarana
|
Ia berkaitan dengan kemudahan yang
disediakan seperti bekalan air dan elektrik, kemudahan pengangkutan dan
telekomunikasi yang memudahkan aktiviti perkilangan.
|
Dalam kes ini, kilang ini terletak
di Kawasan Perindustrian Gebeng. Kawasan perindustrian Gebeng telah
dibangunkan oleh kerajaan negeri dan mempunyai kemudahan lengkap seperti
bekalan air, elektrik dan telekomunikasi
|
b. Huraikan
alat kawalan kualiti yang digunakan oleh syarikat ini.
[12]
Jawapan
Alat kawalan kualiti yang digunakan
oleh syarikat ini ialah
Fakta
|
Huraian
|
Kaitan dengan kes
|
Penanda aras.
|
Penanda aras merupakan satu proses
yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dengan cara memerhati dan mempelajari
amalan-amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi yang lain. Biasanya
syarikat akan melakukan pengubahsuaian terhadap amalan sedia ada
dengan menggunakan amalan terbaik yang dipelajari dari organisasi lain
|
Dalam kes ini, syarikat ini
sentiasa membandingkan produk syarikat dengan produk sedia ada dalam
pasaran dan sentiasa mengaplikasikan amalan terbaik yang digunakan oleh
syarikat lain.
|
Pasukan penambahbaikan kualiti
|
sekumpulan pekerja dai jabatan atau
proses kerja yang sama bertemu secara berterusan untuk mengenalpasti masalah,
menganalisis, menyelesaikan masalah, dan mengimplementasikan perubahan yang
berkaitan dengan
masalah kerja.
|
Ada kumpulan pekerja yang ditubuhkan
untuk mengenalpasti masalah keluaran serta mmeberi cadangan kepada pihak
pengurusan dalam meningkatkan kualiti produk
|
Analisis nilai tambah
|
Analisis ini merujuk kepada
mengenalpasti ciri-ciri utama/ aspek penting dan juga proses kerja utama
sesuatu produk atau perkhidmatan dan berusaha untuk menambh baik aspek
tersebut serta ciri-ciri kurang penting akan dikurangkan atau digugurkan
tanpa menjejaskan kualiti kepada pelanggan
|
Syarikat
Wawasan juga memudahkan kontrak pembelian pelanggan daripada 15 mukasurat
kepada 4 mukasurat.
|
a.
Jelaskan factor yang mempengaruhi keputusan syarikat untuk
membuka kilang di Pahang.
[12]
Jawapan
Faktor yang mempengaruhi keputusan
syarikat untuk membuka kilang di Pahang ialah
Fakta
|
Huraian
|
Kaitan dengan kes
|
Bahan mentah
|
|
Berkaitan dengan kes: Bahan
mentah kilang ini diperoleh dari Kemaman, Terengganu yang merupakan
pusat pemprosesan petrokimia.
|
Pengangkutan
|
|
|
Prasarana
|
|
|
KFC Malaysia
KFC Malaysia diuruskan oleh QSR
Brands Berhad , sebuah syarikat milik Jcorps. Restoren KFC yang pertama di
buka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan sehingga tahun 2013
terdapat 579 cawangan KFC di seluruh Malaysia. Restoren KFC menyediakan
pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, nugget, burger dan
mencatat prestasi yang membanggakan dalam indsutri restoren makanan segera di
Malaysia. Cawangan KFC meliputi tiga jenis iaitu restoran pandu lalu,
restoren di pusat membeli belah dan restoren sahaja.
Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya membahagikan pasaran mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja dan keluarga. Contohnya, menu chicky meal disediakan istimewa untuk kanak-kanak. iklan KFC di media massa sering memaparkan restoran KFC sebagai restoran makanan segera-untuk-keluarga, dengan konsep ceria dan menyeronokkan. Semua restoren KFC letak di pinggir bandar dan juga pusat bandar. Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah dan atasan yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.
Untuk memastikan kedudukannya
sebagai pemimpin pasaran makanan segera, KFC Malaysia sentiasa memperkenalkan
produk baru seperti Pokkits, ayam goreng sos istimewa korea dan ayam golden
wrap. Di samping membuka restoren di seluruh Malaysia, KFC juga ada
menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah yang diperkenalkan sejak tahun
2013 sebagai strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan. Harga produk KFC
adalah sangat kompetitif dan produknya mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.Harga
berbeza mengikut lokasi restoren. KFC Malaysia memperuntukkan hampir RM100
juta untuk perbelanjaan promosi seperti pengiklanan dalam media cetak dan
media elektronik, promosi melalui laman web iaitu kfc.com.my , penajaan
program televisyen untuk kanak-kanak dan juga pemberian baucer
Sebagai peneraju industri makanan
segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia sememangnya menghadapi persaingan
sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny Rogers dan sebagainya.
Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam, setiap aspek proses
pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil
halal hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dengan
tegas mematuhi MS1500: 2009. Peningkatan pendapatan isirumah di Malaysia
khususnya di luar bandar telah mendorong KFC Malaysia membuka lebih banyak
cawangan dan kini terdapat 40 restoren KFC di Sarawak dan 40 restoren KFC di
Sabah.Di samping itu kenaikan harga bahan api serta kenaikan tarif
elektrik ekoran program rasionalisasi subsidi kerajaan memberi kesan kepada
kenaikan kos operasi yang memang dirasai khususnya kesan rantaian.
(disesuaikan daripada rencana di akhbar Sinar Harian, Utusan Malaysia dan lamanweb www.kfc.com.my) |
Berdasarkan
kes di atas, jawab soalan berikut:
1. Jelaskan
asas segmentasi pasaran yang digunakan oleh restoren KFC Malaysia. (12)
a. Demografi.
Membahagikan pasaran berdasarkan ciri-ciri penduduk seperti umur,
jantina, pendapatan, pekerjaan, pendidikan, bangsa, dan
warga negara. Contoh daripada kes: Produk KFC ditujukan kepada
kanak-kanak, remaja dan keluarga. Contohnya, menu chicky meal
disediakan istimewa untuk kanak-
b. Psikografi.
Membahagikan pasaran mengikut ciri-ciri pengguna berdasarkan kelas sosial,
personaliti, minat dan gaya hidup.Contoh daripada kes: Sebahagian besar
pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah dan atasan yang mementingkan
kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.
c. Geografi.
Membahagikan pasaran berdasarkan lokasi seperti Negara, negeri, daerah
dan bandar. Contoh daripada kes: Semua restoren KFC letak di pinggir
bandar dan juga pusat bandar
2. Huraikan
faktor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan restoren KFC di
Malaysia (16)
a. Persekitaran
ekonomi iaitu merujuk kepada sistem ekonomi, keadaan ekonomi dan kuasa beli
pengguna dalam sesebuah negara di mana perniagaan dijalankan.Kaitan dengan kes:
Peningkatan pendapatan isirumah di Malaysia khususnya di luar bandar telah
mendorong KFC Malaysia membuka lebih banyak cawangan dan kini terdapat 40
restoren KFC di Sarawak dan 40 restoren KFC di Sabah
b. Persekitaran
sosiobudaya iaitu merujuk kepada kepercayaan agama, budaya, adapt resam dan
cita rasa penduduk sesebuah negara.Kaitan dengan kes: Memandangkan majoriti
penduduk negara ini beragama Islam, setiap aspek proses pembuatan makanan
restoren KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal hanya diiktiraf
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
c. Persekitaran
politik dan perundangan iaitu merujuk kefahaman politik, peraturan,
undang-undang dan dasar yang digunakan oleh sesebuah negara.Kaitan dengan kes:
kenaikan harga bahan api serta kenaikan tarif elektrik ekoran program
rasionalisasi subsidi kerajaan memberi kesan kepada kenaikan kos operasi yang
memang dirasai khususnya kesan rantaian.
d. Persekitaran
persaingan dan jaringan iaitu keadaan industri diman a firma lain yang
menyediakan perkhidmatan atau keluarkan produk yang sama serta struktur pasaran
yang wujud. Kaitan dengan kes: Restoren KFC Malaysia sememangnya
menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny
Rogers dan sebagainya
3. Huraikan
campuran pemasaran yang telah digunakan oleh restoren KFC Malaysia (12)
a. Produk
iaitu barang, perkhidmatan , idea yang ditawarkan oleh penjual kepada bakal
pembeli untuk perhatian, milikan atau kegunaan untuk memuaskan kehendak dan
keperluan pembeli.Kaitan dengan kes: KFC Malaysia sentiasa memperkenalkan
produk baru seperti Pokkits, ayam goreng sos istimewa korea dan ayam golden
wrap
b. Agihan:
Proses memindahkan dari pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan masa
yang dikehendaki mereka.Kaitan dengan kes: Di samping membuka restoren di
seluruh Malaysia, KFC juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah
yang diperkenalkan sejak tahun 2013 sebagai strategi untuk menarik lebih ramai
pelanggan
c. Harga
iaitu jumlah wang yang dikenakan untuk pemilikan atau penggunaan sesuatu produk
atau nilai wang yang dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan sesuatu
produk.Kaitan dengan kes: Harga produk KFC adalah sangat kompetitif dan
produknya mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.Harga berbeza mengikut
lokasi restoren.
d. Promosi
iaitu komunikasi pemasaran yg dilakukan oleh pemasar untuk berkomunkasi dengan
sasaran pengguna untuk memaklumkan dan mempengaruhi mereka untuk membeli produk
pemasar Kaitan dengan kes: KFC Malaysia memperuntukkan hampir RM100 juta
untuk perbelanjaan promosi seperti pengiklanan dalam media cetak dan media
elektronik, promosi melalui laman web iaitu kfc.com.my , penajaan program
televisyen untuk kanak-kanak dan juga pemberian baucer
Soalan esei panjang popular
Bab 1: Perniagaan dan persekitaran
1. Huraikan peranan perniagaan kepada
a. Pengguna
b. Masyarakat
c. Negara
2. Huraikan lima cabaran yang dihadapi oleh industri makanan
Malaysia pada masa kini.
3. proses perniagaan sebuah kilang televisyen
4. Huraikan lima persekitaran umum yang mempengaruhi industry
perabot Malaysia
5. Huraikan kepentingan persekitaran tugas kepada sebuah kolej
swasta.
6. Huraikan tanggungjawab sebuah hospital swasta kepada
persekitaran tugasnya.
7. Huraikan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran di
Malaysia
8. Huraikan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan di
Malaysia
9. Huraikan proses penubuhan sebuah koperasi
10. Huraikan peranan sector swasta dan sector awam dalam
perkembangan perniagaan
11. Loya Bakeri merupakan
sebuah perniagaan yang sedang berkembang pesat. Pn Loya sedang menghadapi
masalah untuk mengekalkan perniagaannya sebagai milikan tunggal. Dia bercadang
untuk membuka beberapa cawangannya. Beliau sedang memikirkan untuk menubuhkan
sebuah syarikat sendirian berhad tetapi tidak pasti akan keberkesananya.
Anda dikehandaki
- Jelaskan kelemehan-kelemahan
milikan tunggal yang mungkin dihadapi oleh Pn Loya
b. Berikan nasihat anda kepada Pn Loya tentang cadangan beliau
untuk menubuhkan syarikat
sendirian berhad bagi mengendalikan
bakerinya.
Bab 2: Pengeluaran
1. Huraikan lima cabaran yang dihadapi oleh seorang pengurus
pengeluaran kilang buku.
2. Huraikan tiga rekabentuk pengeluaran
3. Huraikan empat jenis pengeluaran
4. Huraikan lima jenis alat kawalan kualiti yang boleh digunakan
oleh sebuah syarikat penerbitan buku.
5. Huraikan pendekatan kawalan kualiti yang boleh digunakan oleh
sebuah perniagaan pengeluaran minuman ringan
6. Huraikan lima factor yang mempengaruhi pemilihan lokasi
sebuah hotel
Bab 3: Pemasaran
1. Huraikan proses pembelian barang pengguna
2. Huraikan pembelian barang industri
3. Huraikan proses pembelian barang baru oleh pengguna
4. Huraikan proses pemasaran
5. Huraikan empat strategi pertumbuhan pasaran
6. Huraikan lima factor yang mmepengaruhi gelagat pengguna
7. Huraikan empat asas pemetakan pasaran yang boleh digunakan
oleh pemasar
8. Huraikan empat jenis pendekatan pemasaran
9. Huraikan tiga strategi menyasarkan pasaran
10. Huraikan strategi perletakan harga yang boleh digunakan oleh
sebuah perniagaan makanan ringan
11. Huraikan kitaran hayat produk
12. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga
13. Huraikan tiga pendekatan penentuan harga secara umum
14. Huraikan penentuan harga produk baru
15. Huraikan konsep dan tujuan komunikasi pemasaran bersepadu
(IMC)
16. Huraikan campuran promosi yang boleh digunakan oleh pemasar
Bab 4: Kewangan
1. Pentafsiran penyata kewangan sesebuah syarikat, perbandingan
dengan industri
2. Penyediaan bajet dan cara menguruskan lebihan/ kurangan tunai
3. Huraikan lima pihak berkepntingan terhadap penyata kewangan
sesebuah perniagaan
4. Huraikan tiga penyata kewangan
5. Huraikan jenis sumber dana mengikut
jangka masa panjang
6. Huraikan jenis sumber dana mengikut
jangka masa pendek
7. Huraikan empat prinsip takaful
8. Huraikan empat prinsip insurans
Bab 5: sumber manusia
1. Huraikan proses pengambilan sumber manusia oleh sesebuah
syarikat.
2. Huraikan bentuk ganjaran yang boleh dibayar oleh sesebuah
syarikat.
3. Terangkan cabaran pengurusan sumber manusia
4. Huraikan proses perancangan sumber manusia
5. Huraikan kaedah menentukan keperluan sumber manusia
6. Huraikan faktor-faktor penentuan keperluan sumber manusia
7. Huraikan proses pengambilan
8. Bincangkan tiga jenis program latihan yang boleh dilaksanakan oleh sebuah bank.
9. Jelaskan
a.
maksud penilaian prestasi
b.
kepentingan penilaian prestasi kepada
sesebuah organisasi
10. Huraikan kaedah-kaedah penilaian
prestasi
11. Terangkan ciri-ciri penilaian prestasi yang berkesan
12. Terangkan masalah dalam penilaian prestasi
13. Huraikan penentu pampasan
sesebuah organisasi
14. Huraikan proses tindakan disiplin
yang boleh digunakan oleh sesebuah organisasi
15. Huraikan masalah dalam tindakan
disiplin
16. Huraikan jenis-jenis hukuman
berkaitan disiplin.
17. Huraikan skim kemudahan penamatan
perkhidmatan yang boleh digunakan oleh sesebuah organisasi.
Good luck students
No comments :
Post a Comment