Monday, November 2, 2015

kajian kes Pengajian Perniagaan Penggal 1 : Tajuk Pemasaran pemasaran- Adabi Consumer Industries Sdn Bhd

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) merupakan syarikat  yang beroperasi di dalam dan di luar negara. Syarikat ini telah memperluaskan pasaran makanan halal ke peringkat antarabangsa. Jenama Adabi mula dikomersilkan secara agresif dan telah mengedarkan produknya ke seluruh Malaysia dan luar negara.

Jenama Adabi dikeluarkan oleh Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB), pengeluar rempah ratus dan makanan terkemuka di Malaysia. Logo Adabi adalah Istana Tradisional Kerabat Diraja Melaka pada abad ke-16. Istana Melayu itu melambangkan bahawa produk Adabi mempunyai kekuatan dalam warisan selaras dengan kualiti makanan yang dihidangkan kepada kerabat-kerabat diraja pada masa dahulu. Ia juga memberi gambaran tentang keunggulan rempah ratus masyarakat Melayu di samping mengembalikan kegemilangan makanan dan sajian Melayu sejak berkurun lama. Produk Adabi mempunyai lebih daripada 33 jenis produk di bawah empat kategori yang terdiri daripada serbuk rempah ratus, pes, produk sos dan makanan dalam tin, dan tepung campuran. Produk ACISB sentiasa mengalami perubahan untuk memenuhi citarasa pelanggan masa kini.  ACISB telah memperbaharui bungkusan produk tersebut dengan menggunakan bungkusan plastik yang berkualiti tinggi dan mesra pengguna. Selain itu, bentuk bungkusan telah diubah dari segi empat sama kepada segi empat tepat yang dapat memuatkan lebih banyak kandungan di dalamnya. Penggabungan ramuan dalam Serbuk Rendang Daging ADABI dan Perencah Rendang memudahkan  pengguna kerana mereka hanya perlu memasukkan perencah tanpa menyediakan bahan-bahan lain seperti kulit kayu manis, kerisik, cili dan lain-lain. Ini memudahkan pengguna menyediakan rendang sekaligus menjimatkan masa.

Produk Adabi adalah yang pertama untuk menerima sijil Halal dari Jabatan Hal Islam dari Jabatan Perdana Menteri. Pelbagai anugerah yang dimenangi seperti Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia), International Makanan & Minuman Award (New Millenium Award - Paris) dan Anugerah Kecemerlangan Industri (MITI) dan Anugerah Produk Terpuji (Institut Teknologi Pangan Malaysia) membolehkan produk Adabi diterima oleh semua lapisan masyarakat berbanding produk pesaing yang lain.Dari segi pecahan, jualan ACISB banyak dijana menerusi produk sos terutamanya kicap yang menyumbang antara 50 hingga 60 peratus ke atas perolehan, produk kunyit dari kategori serbuk rempah ratus pula sentiasa menunjukkan peningkatan antara 20 hingga 30 peratus ke atas jualan tahunan. Selebihnya, jualan diraih menerusi makanan dalam tin seperti sardin dan jagung yang mencatatkan RM24 juta jualan sepanjang tahun lepas.

Rangkaian pengedaran produk Adabi juga telah dikembangkan dan, sehingga kini terdapat 13 rangkaian syarikat gabungan yang bertindak sebagai agen atau  pusat jualan dan pengedaran produk keluaran Adabi. Pengedaran produk Adabi adalah melalui pemborong, peruncit dan jurujual van. Pasaran meliputi seluruh Malaysia dan negara luar seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan lain. Pasaran luar negara kini menyumbang 30 peratus ke atas perolehan dan ACISB berusaha mengekalkan pegangan itu melalui ejen jualan luar negara terutamanya di United Kingdom dan London.

Pengeluaran produk- produk yang berkualiti dan halal telah membuat jenama Adabi mendapat tempat dihati pengguna di Malaysia dan tetangganya, ditambah pula dengan kepelbagaian jenis produk untuk isi rumah. Sejajar dengan perkembangan Adabi yang telah pun berusia 25 tahun maka penambahan rangkaian produk baru keluaran Adabi telah meningkat tahun demi tahun, demi memenuhi permintaan pasaran, terutamanya bagi segmen produk halal.


Berdasarkan kes di atas,
i.                    
            i.   Jelaskan dari aspek lini produk, atribut produk, penjenamaan dan pembungkusan produk 
                 Adabi.                                                                         [15]

Lini produk

Ia merujuk kepada pengeluaran beberapa produk yang mempunyai fungsi sama, pengguna sama dan saluran pengedaran sama. ACISB mengeluarkan Produk Adabi mempunyai lebih daripada 33 jenis produk di bawah empat kategori yang terdiri daripada serbuk rempah ratus, pes, produk sos dan makanan dalam tin, dan tepung campuran.

Atribut produk

Ia merujuk kepada faedah , kualiti, ciri, mutu, rekabentuk produk  yang memberi kelebihan kepada produk tersebut berbanding produk pesaing. Produk Adabi adalah yang pertama untuk menerima sijil Halal dari Jabatan Hal Islam dari Jabatan Perdana Menteri. Pelbagai anugerah yang dimenangi seperti Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia), International Makanan & Minuman Award (New Millenium Award - Paris) dan Anugerah Kecemerlangan Industri (MITI) dan Anugerah Produk Terpuji (Institut Teknologi Pangan Malaysia) membolehkan produk Adabi diterima oleh semua lapisan masyarakat berbanding produk pesaing yang lain.

Penjenamaan

Ia merujuk kepada tanda nama atau simbol sesebuah produk. Logo Adabi adalah Istana Tradisional Kerabat Diraja Melaka pada abad ke-16. Istana Melayu itu melambangkan bahawa produk Adabi mempunyai kekuatan dalam warisan selaras dengan kualiti makanan yang dihidangkan kepada kerabat-kerabat diraja pada masa dahulu. Ia juga memberi gambaran tentang keunggulan rempah ratus masyarakat Melayu di samping mengembalikan kegemilangan makanan dan sajian Melayu sejak berkurun lama.

Pembungkusan

Aktiviti berkaitan merekabentuk dan menyediakan bekas untuk produk berkenaan. ACISB telah memperbaharui bungkusan produk tersebut dengan menggunakan bungkusan plastik yang berkualiti tinggi dan mesra pengguna. Selain itu, bentuk bungkusan telah diubah dari segi empat sama kepada segi empat tepat yang dapat memuatkan lebih banyak kandungan di dalamnya.



ii.                  Jelaskan saluran pengedaran yang digunakan oleh ACISB.                   [10]

Cadangan jawapan
a.       
       a.    Jawapan perlu kaitkan dengan penggunaan ejen, pemborong dan peruncit sebagai saluran                     agihan.

        b.      Lukiskan bentuk saluran agihan menegak

        c.       Tunjukkan bukti dalam kes

3 comments :

  1. boleh saya tahu apakah lini produk syarikat ACISB daripada aspek kelebaran , kepanjangan dan kedalaman ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelebaran dan kedalaman hanya boleh dijelaskan jika syarikat mengeluarkan beberapa barisan produk (kelebaran) dan setiap produk mempunyai beberapa versi (kedalaman)

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete