Monday, February 23, 2015

Penilaian Bab 1: Pengurusan


PENILAIAN TOPIKAL- PENGURUSAN

Bahagian A

1
(a)
Jelaskan empat fungsi pengurusan.
Fungsi pengurusan terdiri daripada
i.                    merancang iaitu menentukan matlamat dan membentuk tindakan untuk  mencapai matlamat organisasi.
ii.                  Mengorganisasi iaitu proses menyusun dan mengagihkan sumber organisasi unutk melaksanakan tugas yang ditetapkan agar mencapai matlamat    organisasi
iii.                Memimpim iaitu proses pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja serta memotivasikan mereka untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
iv.                 Mengawal iaitu pengurus memantau prestasi semasa organisasi dan  mengambil tindakan pembetulan agar hasil kerja tercapai seperti yang  ditetapkan

[4]

(b)
Terangkan sumbangan tokoh pengurusan berikut:
(i)                 Henry L. Gantt
(ii)               Frank dan Lilian Gilbreth

Sumbangan Henry L. Gantt ialah memperkenalkan kaedah penjadualan tugas dengan menggunakan carta serta memperkenalkan sistem ganjaran iaitu pembayaran bonus kepada pekerja yang melepasai standard yang ditetapkan

Sumbangan Frank dan Lilian Gilbreth ialah mengkaji kaitan antara pergerakan dan masa dengan mengenalpasti pergerakan kerja yang tidak perlu dan tidak cekap. Mengenalpasti jangka masa unutk menyelesaikan sesuatu tugas  dengan mengkaji pergerakan pekerja dalam menjalankan sesuatu tugas.

[6]




(c)
Jelaskan dua jenis kemahiran pengurusan yang diperlukan oleh seorang penyelia kilang kasut.

Dua jenis kemahiran yang diperlukan oleh seorang penyelia kilang kasut ialah
i.                    Kemahiran teknikal iaitu kemahiran melakukan kerja khusus seperti mengendalikan mesin. Penyelia perlu memiliki kemahiran mengendalikan mesin dalam kilang kasut agar dapat mengenalpasti masalah seperti punca kerosak mesin dan cara menyelesaikan masalah kerosakan tersebut.
ii.                  Kemahiran kemanusiaan iaitu kemahiran berkomunikasi dan meberi arahan dengan jelas. Contohnya penyelia kilang kasut perlu memberi arahan seperti pencapaian target kepada operator pengeluaran di bawah penyeliaannya.


[6]


(d)
Nyatakan dua  perbezaan antara rancangan strategik dengan rancangan taktikal.

Aspek
Rancangan strategik
Rancangan taktikal
Pihak yang menyediakannya
Disediakan oleh pengurus atasan seperti ketua pengarah
Disediakan oleh pengurus pertengahan seperti ketua jabatan
Jangka masa
Merupakan pelan tindakan jangka panjang
Merupakan rancangan jangka masa sederhana





[4]


(e)
Encik Hameed bercadang untuk membuka sebuah agensi pelancongan dan beliau tidak pasti sama ada membuka sendiri atau memulakan perniagaan francais. Hameed telah menghubungi sebuah bank untuk pembiayaan perniagaan barunya tetapi pihak bank meminta beliau menyediakan sebuah rancangan perniagaan yang mempunyai objektif perniagaan serta plan strategi dan taktikal untuk mencapai objektif tersebut.

Dengan menggunakan contoh yang sesuai,  jelaskan objektif, strategi dan taktikal serta huraikan perkaitan antaranya.

Encik hameed perlu menetapkan objekti agenis pelancongan beliau. Objektif ialah hasil akhir yang dijangka dicapai oleh agensi pelancongan. Contohnya pada tahun 2015 agensi pelancongan ini ingin mencapai jualan sebanyak RM2.5 juta.

Strategi ialah rancangan umum jangka panjang  yang perlu dibentuk oleh Encik Hameed untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Taktik ialah pelan operasi yang memperincikan bagaimana pelan strategik akan dilaksanakan oleh agensi pelancongan

Oleh itu objektif merupakan langkah pertama yang prlu dibentuk oleh Encik Hameed dan selepas itu menentukan pelan strategik dan taktikal untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan








[6]


(f)
Yusof merupakan pemilik Sof Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain) untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Yusof telah memperoleh sebuah kontrak syarikat taman tema terkenal di Malaysia untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah sebanyak 1500 unit. Syarat utama kontrak ialah Yusof perlu menyewa sebuah lot gerai di taman tema berkenaan  dengan sewa tahunan RM7 000. Yusof  tidak memerlukan sebarang alatan tetapi dia perlu membeli bahan seperti gegelung plastic bernilai 30 sen  seunit, klip bernilai 20 sen seunit dan kertas photo bernilai 20 sen seunit. Yusof bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM9 seunit dan dia menjangka boleh menghasilkan 3 000 unit setahun.
Berdasarkan kes di atas, hitungkan
i. Titik pulang modal
ii. keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2000 unit rantai kunci
iii. keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 4 000 unit ranta kunci


TPM = KT / H- KB

Kos tetap ialah RM7 000 iaitu sewa tapak
Kos berubah  RM0.70 iaitu kos menyediakan key chain (30 sen + 20 sen + 20 sen)
Harga seunit ialah RM9

TPM =  7 000/  9- 0.70 = ________________- unit key chain

Keuntungan = Jumlah hasil –jumlah kos

Untuk 2000 unit =   (2 000 x RM9) – { ( 2000x 0.70) + RM7 000)















[2]
[2]
[2]


(g)
Jelaskan tiga komponen dalam sebuah manual organisasi .
Tiga komponen dalam manual organisasi ialah
i.                    fail meja iaitu dokumen rujukan untuk jawatan yang mengandungi maklumat spt carta organisasi dan objektif organisasi
ii.                  Manual Posedur kerja iaitu dokumen utama melakukakn  sesuatu tugas dan mengandungi maklumat spt prosedur yang perlu dipatuhi dan pegawai yang bertanggungjawab menjalankan kerja tersebu
iii.                Prosedur kualiti iaitu dokumen untuk memastikan kewujudan rekod kualiti  sebagai bukti pematuhan strandard organisasit
[6]


(h)
Encik Vela merupakan pengurus cawangan Bank Maju Berhad. Sejak kebelakangan ini beliau mengalami stres yang tinggi dan beliau terpaksa mengambil cuti sakit selama 10 hari kerana gangguan kesihatan.
Cadangkan empat cara Encik Vela boleh mengatasai masalah sters yang dihadapinya

Encik Vela boleh mengatasi stres dengan
i.                    Mengamalkan kaedah pengurusan masa yang cekap seperti membuat penjadualan kerja
ii.                  Mengamalkan teknik fisiologi seperti membuat meditasi
iii.                Membuat senaman seperti menyertai senam robik atau berjoging.




[4]

(i)
Nyatakan empat langkah dalam proses kawalan
i.                    menetapkan standard
ii.                  mengukur pencapaian
iii.                membuat perbandingan antara pencapaian sebenar dengan standard
iv.                 embuat langkah pembetulan
[4]


(j)
Huraikan dua jenis kawalan dalaman yang boleh digunakan oleh sebuah pasar raya
Dua jenis kawalan dalaman yang boleh digunakan oleh pasar raya ialah
i.                    Audit dalaman- audit dalaman akan memeriksa perjalanan organisasi agar mengikut landasan dan matlamat yang ditetapkan. Ia dibuat oleh jawatankuasa audit dalaman
ii.                  Dasar organisasi- garis panduan umum yang membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang tepat seperti dasar pengambilan pekerja.
[4]

Bahagian B [50 markah]

2
SKOLA Sendrian Berhad

SKOLA Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengedaran pakaian  terbesar di Malaysia yang diasaskan oleh Datuk Firdaus pada tahun 2000 dan jualan tahunan mencapai RM460 juta pada tahun 2013. Syarikat ini mengedarkan pelbagai uniform dan pakaian sekolah kepada semua pasar raya dan kedai pakaian  di seluruh negara.
Ketau pegawai eksekutif iaitu Encik Kamal merupakan graduan perakaunan dari Universiti Harvard  dan anak sulung Datuk Firdaus. Pengalaman bekerja selama 10 tahun sebagai pengurus besar di sebuah syarikat pakaian terkemuka di Amerika Syarikat,  banyak membantu Encik Kamal  dalam  pengurusan syarikat SKOLA. Sebagai ketua pegawai eksekutif , Encik kamal sering menghadiri majlis yang melibatkan pekerja seperti perkahwinan dan sambutan harijadi.  Beliau juga sering membimbing para pengurus yang menghadapi masalah kerja. Pihak pengurusan syarikat ini menganggap Encik Kamal sebagai seorang yang kreatif kerana berupaya mengemukakan idea baharu tentang produk   dan kaedah pemasaran. Beliau juga bijak menguruskan sumber dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikat dengan berkesan.
Encik Kamal dibantu oleh empat orang pengurus yang menguruskan jabatan kewangan, pemasaran , pengeluaran dan sumber manusia. Encik Alfred merupakan pengurus pemasaran dan beliau dibantu oleh tiga eksekutif yang masing-masing menguruskan unit jualan, pengiklanan dan khidmat pelanggan.  Encik Kamal memberi peluang kepada pengurusnya untuk membuat keputusan dalam pengurusan jabatan masing. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Encik Kamal diterima baik oleh semua pekerja kerana mereka diberi peluang dan kebebasan untuk memberi idea dan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

a.       Jelaskan tiga  peranan Encik Kamal sebagai pengurus mengikut Teori Mintzberg.
i.                           Sebagai figurehead iaitu wakil organisasi dengan melakukan upacara simbolik atau sosial. Contohnya Encik kamal sering menghadiri majlis yang melibatkan pekerja seperti perkahwinan dan sambutan harijadi. 
ii.                         Sebagai pemimpin. Mengarah, memotivasi , membimbing dan melatih pekerja bawahan. Contohnya Encik kamal sering membimbing para pengurus yang menghadapi masalah kerja.
iii.                      Sebagai usahawan. Memulakan projek baru, mencari dan mengenalpasti peluang perniagaan serta berpandangan jauh. Contohnya pihak pengurusan syarikat ini menganggap Encik Kamal sebagai seorang yang kreatif kerana berupaya mengemukakan idea baharu tentang produk   dan kaedah pemasaran.
iv.                       Pengagih sumber. Membuat keputusan tengtang pengagihan sumber dalam organisasi, membuat jadual tugas serta menyediakan bajet. Contohnya Encik kamal bijak menguruskan sumber dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikat dengan berkesan.

a.       i.      Lukiskan carta organisasi syarikat SKOLA Sendirian Berhad.
       Lukiskan carta organisasi berbentuk fungsian. Pastikan ada tajuk.

       ii.  Jelaskan dua kelebihan dan dua kelemahan kaedah penjabatanan                     yang digunakan oleh syarikat ini
Kelebihanya
i.                    dapat melakukan kerja dengan cekap kerana tumpuan kepada satu bidang sahaja.
ii.                  Menggalakkan perkembangan kemahiran dalam bidang khusus
Kelemahannya
i.                    Pekerja mengutamakan jabatan atau unit mereka
ii.                  Kurang komunikasi antara jabatan


         iii.       Jelaskan jenis gaya pengurusan  yang diamalkan oleh Encik                                Kamal.

Encik Kamal mengamalkan gaya kepimpinan Laissez faire. Subordinat diberi kebebasan untuk membuat keputusan. Ia bergantung kepada lingkungan autoriti yang dimiliki.  Oleh subordinat. Pengurus percaya bahawa subordinat lebih memahami tugas mereka. Contohnya Encik  Kamal memberi peluang kepada pengurusnya untuk membuat keputusan dalam pengurusan jabatan masing. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Encik Kamal diterima baik oleh semua pekerja kerana mereka diberi peluang dan kebebasan untuk memberi idea dan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang wujud.
















[12]






















[8]


[4]














[6]
3
b.      Huraikan proses pengorganisasian sebuah kolej swasta.

Proses pengorganisasian sebuah kolej swasta adalah seperti berikut:
1.     Penentuan objektif . Kolej swasta menentukan objektif yang ingin dicapai. Obejktif yang ditetapkan mesti menepati lima perfkara iaitu spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, releven da nada tempoh masa. Objektif  kolej swasta ialah menyediakan perkhidmatan pendidikan berkualiti yang menggalakkan perkembangan intelek dan pembelajaran seumur hidup

2.     Pengenalpastian aktiviti. Mengenalpasti bentuk aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Contoh aktiviti ialah pengambilan pelajar, biasiswas, peperiksaan, latihan, pengambilan pensyarah, bayaran bonus,

3.     Pengelasan aktiviti: Mengelaskan aktiviti mengikut pengkhususan tertentu. Contohnya  unit peperiksaan menguruskan penggubalan kertas soalan, percetakan kertas peperiksaan, pengeluaran slip peperiksaan, perlantikan pemeriksa dan penetapan standard.

4.     Pengelompokkan aktiviti – mengelompokkan aktiviti yang sama dari segi peranan untuk membentuk satu pasukan kerja yang formal. Ini dapat dilakukan dengan menggabungkan aktiviti dan tugas kolej kepada beberapa kumpulan dan fungsi seperti jabatan kurikulum, jabatan hal ehwal pelajar dan jabatan sumber manusia..

5.     Pengagihan tugas , autoriti dan tanggungjawab. Mengagihkan tugas mengikut kepakaran dan keupayaan masing-masing. Untuk memastikan  pekerja melakukan tugas dengan baik , mereka perlu diberi autoriti dan tanggungjawab. Contohnya, jabatan  hal ehwal pelajar perlu diuruskan oleh orang yang ada kepakaran dalam bidang itu seperti kaunselor..


c.       i. Terangkan lima punca stress berkaitan dengan organisasi
ii. Terangkan lima langkah yang boleh diambil oleh organisasi untuk                    mengatasi  masalah stress di kalangan pekerja.

i.        Lima punca stress berkaitan dengan organisasi ialah

a)  Kekaburan peranan-  Pekerja tidak pasti tentang peranan sebenarnya.

b)  Konflik peranan- Individu mempunyai pelbagai peranan yang berbeza pada masa yang sama.

c)  Keperluan kerja- Pekerjaan yang mendatangkan stres melibatkan pembuatan keputusan, pengawalan serius terhadap brg dsb.

d)  Terlalu banyak atau sedikit tugas-Kerja diluar kemampuan kerana konstren masa dan kemahiran.Tiada tugas  menyebab bosan dan terasa kehadirantidak diperlukan

e) Tanggungjawab terhadap orang lain
Mempunyai tanggungjawab berat terhadap orang lain.

ii.    Lima langkah yang boleh diambil oleh organisasi untuk mengatasi  masalah stress di kalangan pekerja ialah
1) Wjudkan iklim organisasi yang baik - Suasana yang tidak selesa boleh mewujudkan stres Menitik beratkan kebajikan pekerja, wujudkan hubungan yang mesra antara pengurusan dengan pekerja.

(2) Mngadakan program kaunseling -Masalah peribadi dan keluarga boleh menimbulkan stres dan menjejaskan prestasi pekerja. Sesi kaunseling individu dan kaunseling kelompok.

(3) Mengadakan program sokongan keluarga -Tanggungjawab keluarga yang berat boleh menimbulkan stres. Wujudkan pusat penjagaan kanak-kanak, jadual waktu yang anjal dll

(4) Program pengurusan stres -Pekerja diberi latihan tertentu untuk menghadapi stres
Senaman pagi, program pengurusan cara hidup dll.

(5) Sistem mentor -Supaya pekerja ada tempat merujuk apabila menghadapi masalah dalam pekerjaan bagi mengurangkan stres yang timbul dari pekerjaan.
Pekerja baru ditempatkan di bawah seorang penyelia sebagai mentor.




[20]

























[10]
[10]







Sunday, February 15, 2015

KEPUTUSAN PENGGAL 1 STPM 2015

KEPUTUSAN PENGGAL 1 STPM 2015

16 Februari 2015 (Isnin)

On-line: www.mpm.edu.my, mulai jam 10.00 pagi, 16 Februari 2015.

Semak melalui SMS: taip STPM [jarak] RESULTP1 [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888 


Friday, February 6, 2015

Kajian Kes pengajian perniagaan: Gaya kepimpinan dan kemahiran pengurusan

Wilayah  Furnitools Sendirian Berhad

Wilayah  Furnitools Sendirian Berhad (WFSB) merupakan pengeluar  pelbagai mesin dan jentera untuk kegunaan  industri  perabot.  Mula beroperasi pada tahun 2003, Syarikat ini menggunakan khidmat pakar  untuk memasarkan  mesin dan peralatan serta  penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan.  Pada peringkat permulaan, pasukan  eksekutif jualan ini  diketuai oleh Encik Asri , seorang pengurus yang menggunakan gaya kepimpinan laissez faire. Stafnya diberi kebebasan untuk membuat keputusan.  Daripada 80 eksekutifi jualan, hampir 60%  mempunyai dedikasi yang tinggi manakala yang bakinya tiada komitmen dan mencatat jualan yang rendah. Encik Victor Wong yang dikenali sebagai Mr Big, merupakan eksekutif jualan terbaik yang mencatat jualan tahunan hampir RM6 juta setahun. Ada juga eksekutif jualan yang hanya  mencatat jualan setakat RM100 000 setahun.

Pada tahun 2014, Syarikat Cino Tools Limited yang merupakan pengeluar  alatan dari Negara Cina telah membeli  keseluruhan saham WFSB. Encik  Vikram telah dilantik sebagai pengurus jualan baru.  Vikram berpendapat  tindakan drastik perlu dilakukan untuk meningkatkan jualan WFSB yang telah merosot hampir 40% . Vikram bimbang akan WFSB kehilangan status sebagai pemimpin pasaran di Malaysia. Vikram bercadang untuk menggunakan gaya kepimpinan yang berbeza untuk meningkatkan prestasi pasukan jualan. Vikram juga mendapati  eksekutif jualan berbelanja terlalu banyak untuk aktiviti jualan. Semasa mesyuarat jualan, Vikram memberitahu pasukan eksekutif jualan bahawa dia akan memantau prestasi jualan setiap minggu. Setiap eksekutif diberi target jualan yang perlu dicapai. Sebarang  perbelanjaan jualan melebihi RM300 , perlu mendapat persetujuan beliau terlebih dahulu. Vikram juga meminta stafnya berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan  untuk mencapai target jualan yang ditetapkan.

Vikram berpendapat pendekatan baru ini terpaksa digunakan kerana terdapat perbezaan ketara antara pencapaian jualan setiap eksekutif jualan. Tambahan pula, ekesekutif jualan yang mencatat jumlah jualan yang rendah juga menanggung perbelanjaan jualan yang tinggi yang meliputi perbelanjaan penginapan, penerbangan dan alat ganti. Victor kurang bersetuju dengan pendekatan baru Vikram. Victor berpendapat, sebahagian besar eksekutif jualan mempunyai pengalaman melebihi 25 tahun  dan berdedikasi dalam menguruskan pelanggan mereka. Mereka juga arif dalam aspek teknikal dan bijak menguruskan tugas yang diberi tanpa pengawasan. Victor juga berasa tidak senang hati kerana perlu berjumpa Vikram kerap kali untuk mendapatkan pengesahan perbelanjaan jualan seperti penempahan tiket penerbangan. Menurut Victor, Vikram tidak arif dalam aspek teknikal dan tidak mampu membimbing pasukan jualan dalam aspek tersebut.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut

a.    Jelaskan rasional penggunaan gaya kepimpinan laissez faire untuk menguruskan pasukan jualan tersebut.

b.    Huraikan gaya kepimpinan yang akan digunakan  oleh Vikram untuk menguruskan pasukan  jualan tersebut.

c.    Pada pendapat anda mengapakah Vikram bercadang untuk mengubah gaya kepimpinan yang digunakan oleh pengurus sebelumnya?

d.    Sejauh manakah penggunaan gaya kepimpinan baru mampu meningkatkan prestasi pasukan jualan tersebut?

e.    Huraikan tiga kemahiran pengurusan yang perlu dimiliki oleh Vikram untuk menguruskan pasukan jualan tersebut dengan cekap dan berkesan.


Thursday, January 29, 2015

Kajian kes pengajian perniagaan: fungsi pengurusan - pengurusan alat perancangan - Titik Pulang Modal


Alawiyah merupakan pemilik Wiyah Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain) untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Alawiyah telah memperoleh sebuah kontrak syarikat taman tema terkenal di Malaysia untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah sebanyak 1000 unit. Syarat utama kontrak ialah Alawiyah perlu menyewa sebuah lot gerai di taman tema berkenaan  dengan sewa tahunan RM6 000.. Alawiyah tidak memerlukan sebarang alatan tetapi dia perlu membeli bahan seperti gegelung plastic bernilai 20 sen  seunit, klip bernilai 10 sen seunit dan kertas photo bernilai 10 sen seunit. Alawiyah bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM8 seunit dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit setahun.

Berdasarkan kes di atas,

Soalan 1

Hitungkan

a. Titik pulang modal

b. keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci

c. keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit ranta kunci



Soalan 2

Bincangkan kegunaan titik pulang modal sebagai alat perancangan


Jawapan

Soalan 1

a. 

Titik pulang modal :  Kos tetap / harga - kos berubah

Kos tetap: RM6 000

Kos berubah: RM0.40

Harga: RM8


Titik pulang modal :   62 000/ 8-0.4
                                    789 unit

b.

Keuntungan : Jumlah hasil - jumlah kos

                      ( 1000 X RM8 ) - (RM6 000 + 1000 X RM0.40)

                     : RM1 600

c.                  (2 500 X RM8 ) - ( RM6 000 + 2 500 X RM0.40 )
                     : RM13 000

Soalan 2

kebaikan titik pulang modal sebagai alat perancangan

a. Membantu pengusahs membuat keputusan keluarkan sendiri atau beli dan jual semula
b. Membantu  pengusaha merancang jumlah keluaran yang perlu dihasilkan untuk memaksimumkan       keuntungan dan meminimumkan kos
c. Dapat mengawal kos

Kelemahan titik pulang modal sebagai alat perancangan

a. Andaian semua produk akan dijual- mungkin jualan tidak sama dengan jumlah yang dikeluarkan
b. Andaian harga tetap- Harga mungkin berubah seperti harga mungkin 
    diturunkan untuk melariskan jualan
c. Kos berubah mungkin berubah disebabkan diskaun atau peningkatan produktiviti
d. Ia sangat bergantung kepada keupayaan pengusaha  untuk mengira kos dengan tepat.




Etika perniagaan dan tanggungjawab sosial- artikel rasuah terbitan SPRM

file pdfWang Politik dan Politik Wang   08/11/2013 Ps Hairuzzaki Bin Mohd Yusof  
file pdfBersama Kita Hapuskan Rasuah   20/11/2012 Bennard A/L Selvarajo 
file pdfIntegriti Perlu Dicari atau Datang Sendiri   20/11/2012 PPs Muhamad Shariffuddin Shaari 
file pdfRasuah Dalam Politik   20/11/2012 PPs Faridah Mahabob 
file pdfIkan Bilis Ikan Jerung   20/11/2012 Mohd Faizal Bin Awang Senik 
file pdfKejatuhan CPI. Di mana Silapnya   20/11/2012 Khoo Chai Lee 
file pdfRasuah, Antara Persepsi dan Realiti   20/11/2012 Unit Komunikasi Korporat  
file pdfAduan Sampah   20/11/2012 Zatul Yahaya 
file pdfKesedaran Rasuah Rendah   20/11/2012 Dato' Ahmad Khusairi bin Yahaya 
file pdfBahana Bila Rasuah Menjadi Budaya   20/11/2012 Dato' Ahmad Khusairi bin Yahaya 
file pdfIsu Dan Cabaran Memerangi Rasuah   20/11/2012 Dato' Ahmad Khusairi bin Yahaya 
file pdfKenapa Harus Di Perangi Pemberi Rasuah   20/11/2012 Unit Komunikasi Korporat  
file pdfKes-Kes Rayuan   20/11/2012 Unit Komunikasi Korporat  
file pdfPerangi Pemberi Rasuah   20/11/2012 Unit Komunikasi Korporat  
file pdfEsei Pencegahan Rasuah 2009 KategoriA (Tempat Pertama)   20/11/2012 Unit Komunikasi Korporat