|
Peperiksaan
|
Tarikh
|
|
penggal
3 STPM 2014 dan kerja kursus
|
28 Januari 2015
|
|
Ulangan
penggal 1 dan Ulangan penggal 2
|
9 Februari 2015
|
|
penggal 1
2015
|
16 Februari 2015
|
|
Keputusan
keseluruhan Stpm 2014
|
2 Mac bermula 12 tgh hari
|
|
Ulangan
penggal 3 2014
|
8 April 2015
|
Friday, January 23, 2015
Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2014 dan 2015
Sunday, January 18, 2015
KAJIAN KES PENGAJIAN PERNIAGAAN - PERANCANGAN STRATEGIK- ANALISIS SWOT
SYARIKAT MUDIM ENTERPRISE
Perniagaan
MUDIM telah ditubuhkan sejak tahun 1987 di negeri Kedah. Perniagaan yang
ditubuhkan ini merupakan salah satu daripada perusahaan kecil dan sederhana
(SMEs) di Malaysia yang mengeluarkan produk makanan. Perniagaan yang
dibangunkan ini menggunakan modal permulaan sebanyak RM 10 000 dan diuruskan
dengan cekap serta efisyen sehingga perniagaan MUDIM telah mencapai peningkatan
aset kepada RM 300 000. Selepas 20 tahun, MUDIM terus berusaha menghasilkan
produk yang inovatif bagi memenuhi permintaan yang banyak sama ada dari dalam
atau luar negara. Aktiviti utama perniagaan yang dijalankan adalah sebagai
pengeluar atau pengilang kicap, sos cili dan cuka. Selain itu juga syarikat ini
turut menjalankan aktiviti mempromosi produk keluaran syarikat mereka dan
mengagihkan ke dalam pasaran. Bermula awal tahun 2005, MUDIM telah mula
memasarkan produk keluarannya sehingga ke seluruh negara.
Sebelum itu,
Syarikat MUDIM hanya memasarkan produk mereka meliputi di negeri Kedah, Perlis
dan Pulau Pinang sahaja. Dengan strategi pemasaran yang dipertingkatkan melalui
pengalaman lalu, kemajuan teknologi serta kepakaran, kawalan kualiti produk
keluaran syarikat dan pengurusan pengagihan produk yang cekap, MUDIM kini lebih
berkeyakinan untuk menembusi pasaran industri makanan di luar negara. Hal ini
terbukti apabila produk keluaran MUDIM telah berjaya membuat promosi produk
keluarannya ke London, United Kingdom dan Arab Saudi. Syarikat MUDIM
merupakan perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Di bawah
pentadbiran En. Shaarani bin Zakaria yang mengamalkan konsep Islam dalam
pengurusan, MUDIM kini dalam proses mencapai tahap GMS (Good Manufacturing
Practice) bagi memastikan ketulenan dan kebersihan produk yang dikeluarkan.
Selain itu juga produk keluaran MUDIM dijamin HALAL dan telah diperakui oleh
pihak JAKIM.
Berdasarkan
analisis yang dibuat, syarikat MUDIM merupakan salah satu Industry Kecil dan
Sederhana (IKS) yang mengeluarkan pelbagai jenis produk untuk makanan iaitu
kicap, sos, dan cuka. Syarikat MUDIM adalah menguasai industry pengeluaran
produk untuk makanan terutama untuk produk seperti kicap dan sos. Selain itu
juga produk keluaran MUDIM dijamin HALAL dan telah diperakui oleh pihak
JAKIM. Syarikat MUDIM berjaya meguasai tiga negeri yang utama iaitu kedah,
perlis, dan pulau pinang. Oleh itu, syarikat MUDIM memperolehi keuntungan yang
agak tinggi dan pasaran yang agak kukuh dalam ketiga-tiga negeri ini untuk
keluaran produk untuk makanan. Disamping itu, syarikat MUDIM adalah salah satu
syarikat Industri Kecil dan Sederahana dalam Kedah yang mampu bertahan kepada
generasi kedua dan semakin kukuh di pasaran. Syarikat MUDIM adalah dimiliki
sepenuhnya oleh bumiputera. Di bawah pentadbiran En. Shaarani B. Zakaria yang
mengamalkan konsep Islam dalam pengurusan, MUDIM kini dalam proses mencapai
tahap GMP ( Good Manufacturing Practice ) bagi memastikan ketulenan dan
kebersihan produk. Sehubungan itu, MUDIM telah menghantar wakil syarikat bagi
mengikuti beberapa kursus yang dianjurkan oleh pihak SIRIM demi memantapkan
syarikat dalam bidang pengurusan dan kemahiran ke arah mencapai GMP.
Dengan
strategi pemasaran yang dipertingkatkan melalui pengalaman lalu, kemajuan
teknologi serta kepakaran, kawalan kualiti produk keluaran syarikat dan
pengurusan pengagihan produk yang cekap, MUDIM kini lebih berkeyakinan untuk
menembusi pasaran industri makanan, bukan hanya pasaran tempatan malah pasaran
luar negara. Ini terbukti, apabila MUDIM telah berjaya membuat promosi produk
keluarannya ke London - United Kingdom dan Arab Saudi.
(Dipetik dan
disesuaikan daripda: http://kicap-mudim.blogspot.com/p/syarikat.html)
Sediakan satu analisis SWOT untuk
syarikat Mudim Sdn Bhd.
Perancangan Strategik- Unsur penting, Analisis SWOT dan Soalan
Maksud
Perancangan strategik merupakan salah satu
pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi. Ia dilaksanakan
melalui proses penetapan halatuju, pengenalpastian isu-isu strategik serta
penggubalan strategi-strategi ke arah pencapaian objektif organisasi yang
disasarkan.
Unsur
|
Visi
|
•
Satu pernyataan yang menyeluruh
tentang penubuhan sesebuah organisasi.
•
Merupakan wawaasan yang ingin dicapai.
•
Merupakan matlamat jangka
panjang sesebuah organisasi.
•
Ciri-Ciri
Visi:
•
Ringkas, padat dan jelas
•
Realistik dan menimbulkan
semangat
•
Menjawab persoalan apa, untuk
siapa dan bila
|
|
Misi
|
•
Tujuan utama sesebuah
organisasi ditubuhkan.
•
Biasanya misi dinyatakan dalam
bentuk yang umum, luas dan memperlihatkan nilai-nilai kepercayaan, keluaran
utama, pasaran utama, sifat orang yang memegang kepentingan dalam firma dan
masyarakat dan falsafah pengurusan.
•
Membentuk identiti dan imej
organisasi.
•
Misi penting sebagai panduan
dan motivasi ahli organisasi – hala tuju yang dikongsi bersama – dapat
memfokus usaha.
•
Kepada pengurus, ia menjadi
ukuran bagi menilai kejayaan organisasi – sejauh mana pengurus berjaya
memenuhi misi tersebut melalui usaha pekerja bawahannya.
|
|
Objektif
|
•
Merupakan sasaran atau hasil
akhir yang cuba/dijangka dapat dicapai oleh sesebuah organisasi – terbentuk
daripada misi.
•
Biasanya dinyatakan dalam
bentuk yang lebih khusus berbanding
misi organisasi – dimensi masa lebih jelas.
•
Setiap bahagian atau unit akan
menetapkan objektif masing-masing selari dengan misi organisasi.
•
Ciri objektif – Spesifik, Boleh
diukur, Boleh dicapai, Dikaitkan dengan Ganjaran, Mempunyai tempoh masa.’’SMART”
|
|
Strategi
|
·
Satu rancangan umum
yang menyeluruh
·
untuk mencapai misi
dan matlamat organisasi
·
dirancang oleh
pengurusan atasan
·
rancangan jangka panjang
|
|
Taktik
|
·
satu pelan operasi yang spesifik.
·
memperincikan bagaimana, bila dan di mana
sesuatu strategi itu akan dilaksanakan
·
merupakan rancangan jangka pendek
·
dirancang oleh pengurus pertengahan
|
|
Dasar
/ polisi
|
·
Garis panduan umum
·
Membantu pihak pengurus membuat keputusan
yang tepat dan mengambil tindakan yang sesuai
·
Contoh: dasar pengambilan pekerja, dasar
kenaikan pangkat
|
|
Prosedur
|
·
Tatacara/ langkah yang perlu
diikuti secara turutan apabila mengambil
sesuatu tindakan dalam situasi tertentu.
·
Ditulis secara formal dalam
buku dan dibuat oleh pengurusan atasan.
|
|
Standard
|
·
Satu ukuran piawaian
·
Tentang sesuatu
produk/perkhidmatan/ proses pengeluaran
·
Boleh buat perbandingan
·
Tanda aras menepati atau
menyimpang dari piawai yang telah ditetapkan.
|
Analisis SWOT
Satu alat perancangan untuk
menganalisis persekitaran perniagaan iaitu elemen dalaman organisasi (kekuatan
dan kelemahan) dan elemen luaran organisasi (peluang dan ancaman)
Proses analisis SWOT
Contoh 1: Agensi Kaunseling dan pengurusan Kewangan (AKPK)

Contoh 2: Analisis SWOT
Teluk Bayu

Soalan
Dengan
menggunakan contoh perniagaan komputer, huraikan bagaimana seorang pengurus
boleh menganalisis persekitaran untuk menyediakan rancangan bagi perniagaan
tersebut
Thursday, January 15, 2015
i-THINK dalam Pembelajaran dan pengajaran pengajian Perniagaan - Langkah pembinaan dan topik yang sesuai
Penggunaan strategi i-think dalam Pembelajaran
& Pengajaran Pengajian Perniagaan
Penggal 2
Langkah Pembinaan dan topik yang sesuai
|
Jenis peta
i-THINK dan langkah pembinaan
|
Topik berkaitan
|
|
PETA BULATAN
Langkah Membina Peta Bulatan
1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan
dalam bulatan kecil tersebut.
3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar
mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala
maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses
sumbangsaran).
5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar
untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
|
1.
Peranan pengurus mengikut
Mintzberg
2.
Kemahiran pengurusan
3.
Gaya kepimpinan
4.
Jenis kepimpinan
5.
Pengurusan stress
6.
Media komunikasi
|
|
PETA POKOK
Langkah Membina Peta Pokok
1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan
gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama
kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang
pengelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap
kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis
|
1. Pendekatan pemikiran pengurusan
2. Kemahiran pengurusan
3. Peranan pengurus
4. Jenis perancangan
5. Alat perancangan
6. Konsep pengorganisasian
7. Jenis kuasa
8. Jenis kepimpinan
9. Jenis gaya kepimpinan
10. Jenis kawalan
11. Jenis keputusan
|
|
PETA BUIH
BERGANDA
Langkah Membina Peta Buih Berganda
1. Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di
dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan.
2. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
3. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya
termasuklah di antara 2 bulatan utama.
4. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama
menggunakan garis lurus.
5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di
antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
6. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna
kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan
persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.
|
1. Kecekapan dan keberkesanan
2. Tahap pengurusan
3. Jenis perancangan
4. Struktur organisasi
5. Jenis gaya kepimpinan
6. Pemimpin formal dengan tidak formal
|
|
PETA ALIR
Langkah Membina Peta Alir
1. Tuliskan tajuk ( peristiwa / langkah)
2. Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan
isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan / membina / membuat......
3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan
langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin
diterangkan.
6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris
berikutnya (jika perlu)
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya,
lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.
|
1. Proses perancangan
2. Proses pengorganisasian
3. Proses kawalan
4. Proses komunikasi
5. Proses mendengar
6. Proses membuat keputusan
|
|
PETA PELBAGAI
ALIR
Langkah Membina Peta Pelbagai Alir
1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan
kesan.
2. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan
peristiwa yang dikaji.
3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab
berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.
4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah
mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa
tersebut dalam kotak di sebelah kanan.
6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan
sebab atau kesan sahaja.
|
1.
Analisis SWOT
2.
Pengurusan stress
3.
Halangan komunikasi
4.
Analisis tulang ikan
|
|
Guru boleh menggunakan kertas atau perisian untuk
memetakan i-Think. Antara perisian yang dicadangkan ialah iMindMap7
Dan FreeMind
|
|
(Dipetik dan disesduaikan daripada http://cikgu-zaki.blogspot.com/2014/07/peta-pemikiran-i-think-peta-bulatan.html)
Wednesday, January 14, 2015
TEORI PENGURUSAN- SOALAN KAJIAN KES DAN CONTOH JAWAPAN
Soalan teori pengurusan/ pendekatan pemikiran pengurusan
Soalan 1
Syarikat Minita
Berhad merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai makanan ringan.
Syairkat ini diketuai oleh Datuk Mali yang merupakan ketua pegawai eksekutif
syarikat ini. Datuk Mali dibantu oleh empat orang pengurus bahagian dan
menerima arahan secara langsung daripada Datuk Mali. Pengurus bahagian diberi
kuasa untuk membuat keputusan dalam keadaan tertentu seperti pembelian bahan
mentah. Kilang Minita mempunyai 200 orang pekerja yang dibahagikan kepada unit tertentu
seperti pembungkusan, pemasaran, pengeluaran, jualan dan kewangan. Datuk Mali
merupakan seorang pemimpin yang tegas dan memastikan semua pekerja mematuhi
peraturan yang ditetapkan. Pekerja kilang ini berpuashati dengan gaji yang
diterima kerana gaji yang diterima adalah setimpal dengan tugas yang
dilakukan. Hampir 95% pekerja merupakan pekerja yang telah
mula bekerja sejak kilang ini beroperasi. Walaupun syarikat Minita pernah mengalami kemerosotan jualan selama
lima tahun berturut-turut, Datuk Mali tidak pernah membuang mana-mana pekerja dan ini
meningkatkan kesetiaan pekerja kepada syarikat ini. Kilang ini juga mempunyai
pekerja wanita yang sama banyak dengan pekerja lelaki dan semua pekerja
diberi peluang yang sama untuk kenaikan pangkat.
|
a. Jelaskan prinsip pengurusan Henry Fayol yang diamalkan
dalam syarikat Minita.
b. Nyatakan prinsip pengurusan Henry Fayol yang tidak
terdapat dalam kes di atas.
a.
Prinsip pengurusan Henry Fayol yang diamalkan dalam syarikat
Minita
1.
Rantaian
Skalar - rantaian autoriti bermula dari atas ke bawah
Datuk Mali dibantu oleh empat orang pengurus bahagian
dan menerima arahan secara langsung daripada Datuk Mali
2.
Pemusatan
– pengagihan kuasa mengikut keadaan tertentu atau Autoriti dan
tanggungjawab - kuasa memberikan arahan
Pengurus bahagian diberi kuasa untuk membuat keputusan
dalam keadaan tertentu seperti pembelian bahan mentah
3.
Pembahagian
kerja - pengkhususan dalam melakukan kcrja.
Kilang Minita mempunyai 200 orang pekerja yang dibahagikan kepada unit tertentu seperti
pembungkusan, pemasaran, pengeluaran, jualan dan kewangan
4.
Disiplin
- patuh pada peraturan dan undang-undang
Datuk Mali merupakan seorang pemimpin yang tegas dan
memastikan semua pekerja mematuhi peraturan yang ditetapkan
5.
Ganjaran
- gaji yang adil
Pekerja kilang ini berpuashati dengan gaji yang
diterima kerana gaji yang diterima adalah setimpal dengan tugas yang dilakukan
6.
Kestabilan
Pekerjaan - elakkan pusing ganti pekcrja yang terlalu kerap
Hampir 95%
pekerja merupakan pekerja yang telah mula bekerja sejak kilang ini beroperasi.
Walaupun syarikat Minita pernah
mengalami kemerosotan jualan selama lima tahun berturut-turut,
7.
Kesamarataan
- layanan sama rata kepada pekerja
Kilang ini juga mempunyai pekerja wanita yang sama
banyak dengan pekerja lelaki dan semua pekerja diberi peluang yang sama untuk
kenaikan pangkat.
b.
Nyatakan prinsip pengurusan Henry Fayol yang tidak
terdapat dalam kes di atas.
- Kesatuan Arahan - arahan dari seorang
ketua
- Kesatuan Tujuan - mempunyai matlamat yang
sama
- Utamakan Kepentingan umum - tiada
kepentingan peribadi
- Teratur - peralatan dan pekcrja berada
ditempat yang betul
- Inisiatif -inisiatif sendiri digalakkan
untuk selesaikan tugas
- Esprit de Cops - prinsip "bersatu
kita teguh" dengan membentuk keharmonian
dan kerja berpasukan
Soalan 2
Seorang Ketua
pegawai Eksekutif kolej swasta bercadang untuk mengaplikasikan prinsip pengurusan
birokrasi dalam pengurusan kolejnya.
Berikan pandangan anda.
Anda boleh menjawab ya atau tidak
Gunakan prinsip birokrasi max weber untuk menyokong
jawapan anda
Prinsip-prinsip
birokrasi Weber ialah
(i)
Pembahagian atau pengkhususan kerja yang akan meningkatkan kemahiran
pekerja
(ii)
Hierarki dan autoriti yang jelas supaya segala aktiviti dapat dikordinasikan
(iii)
Pengamalan peraturan dan prosedur agar wujud kesamarataan dalam
membuat keputusan
(iv)
Tidak bersifat pilih kasih (jawatan diberi mengikut kemahiran dan kebolehan)
(v)
Kenaikan pangkat berdasarkan prestasi
Soalan 3
Bandingkan teori keperluan Maslow dan teori X dan
Y McGregor.
Berikan persamaan dan perbezaan
Persamaan
Ciri pekerja Y
adalah mirip kepada keperluan peringkat tinggi iaiti keperluan
prnghargaan, hasrat diri dan social.
Ciri pekerja X adalah mirip kepada keperluan fisiologi
dan keperluan keselamatan
Perbezaan
Menurut maslow, motivasi pekerja bergantung kepada
tahap keperluan.
Menurut McGregor, andaian pengurus terhadap pekerja
akan menentukan gaya pengurusan.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)