Thursday, January 15, 2015

i-THINK dalam Pembelajaran dan pengajaran pengajian Perniagaan - Langkah pembinaan dan topik yang sesuai

Penggunaan strategi i-think dalam Pembelajaran & Pengajaran  Pengajian Perniagaan Penggal 2

Langkah Pembinaan dan topik yang sesuai

Jenis peta i-THINK dan langkah pembinaan
Topik berkaitan
PETA BULATAN

Langkah Membina Peta Bulatan
1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.
3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

1.       Peranan pengurus mengikut Mintzberg
2.       Kemahiran pengurusan
3.       Gaya kepimpinan
4.       Jenis kepimpinan
5.       Pengurusan stress
6.       Media komunikasi


PETA POKOK

Langkah Membina Peta Pokok
1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis

1.       Pendekatan pemikiran pengurusan
2.       Kemahiran pengurusan
3.       Peranan pengurus
4.       Jenis perancangan
5.       Alat perancangan
6.       Konsep pengorganisasian
7.       Jenis kuasa
8.       Jenis kepimpinan
9.       Jenis gaya kepimpinan
10.   Jenis kawalan
11.   Jenis keputusan

PETA BUIH BERGANDA

Langkah Membina Peta Buih Berganda
1. Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan.
2. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
3. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama.
4. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.
5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
6. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.
1.       Kecekapan dan keberkesanan
2.       Tahap pengurusan
3.       Jenis perancangan
4.       Struktur organisasi
5.       Jenis gaya kepimpinan
6.       Pemimpin formal dengan tidak formal

PETA ALIR

Langkah Membina Peta Alir
1. Tuliskan tajuk ( peristiwa / langkah)
2. Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan / membina / membuat......
3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.
1.       Proses perancangan
2.       Proses pengorganisasian
3.       Proses kawalan
4.       Proses komunikasi
5.       Proses mendengar
6.       Proses membuat keputusan

PETA PELBAGAI ALIR

Langkah Membina Peta Pelbagai Alir
1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan.
2. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.
3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.
4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.
6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.
1.       Analisis SWOT
2.       Pengurusan stress
3.       Halangan komunikasi
4.       Analisis tulang ikan
Guru boleh menggunakan kertas atau perisian untuk memetakan i-Think. Antara perisian yang dicadangkan ialah  iMindMap7



(Dipetik dan disesduaikan daripada http://cikgu-zaki.blogspot.com/2014/07/peta-pemikiran-i-think-peta-bulatan.html)

No comments :

Post a Comment