Wednesday, June 25, 2014

PBS Pengajian Perniagaan 2014

Hai Pelajar,

1. Saya rasa anda sudahpun mengenalpasti jenis MNC yang hendak dikaji..

2. Pastikan MNC yang dipilih mempunyai menepati ciri-ciri  berikut :
    a.  25% daripada jumlah hasil diperoleh daripada operasi di negara lain
    b. dikawal  oleh pengurusan dari ibu pejabat
    c. mempunyai subsiadari/ anak syarikat/ cawangan di negara lain

3. Bolehkah kajian kes anda ditumpukan kepada Sony Malaysia? Tidak , kerana ia merupakan anak syarikat Sony corporation yang berpusat di Jepun. Syaratnya, anda perlu mengkaji syarikat induk dan bukannya anak syarikat di Malaysia

4. Cadangan cikgu ialah pilih syarikat multinasional yang tidak terlalu besar dan anda mampu memperoleh data yang diperlukan untuk menyiapkan  tugasan anda

5. Apakah perkara yang perlu ada dalam kerja kursus anda?

a. Tajuk:
Dalam tajuk anda perlu menyatakan nama MNC yang dikaji serta apa yang dikaji. Sila rujuk kepada soalan tugasan untuk membentuk tajuk tugasan anda.

Contohnya

Kajian Tentang Aktiviti Perniagaan, Pendekatan strategik  dan Konsep Perniagaan Antarabangsa yang diaplikasikan oleh Air Asia Berhad

b. Pendahuluan
Menyatakan apa yang dikaji iaitu pendekatan strategik, aktiviti perniagaan dan konsep perniagaan antarabangsa yang diamalkan oleh Air Asia Berhad

c. Abstrak 
iaitu ringkasan eksekutif tentang kajian anda. Anda perlu menjelaskan apa yang dikaji dan hasil
dapatan kajian anda secara ringkas dalam satu perenggan.

d. Objektif kajian
Objektif kajian menunjukkan apa yang anda ingin kaji
berkaitan dengan organisasi  tersebut. Objektif  kajian mestilah jelas.

    Contohnya
    i.   Mengenalpasti aktiviti perniagaan yang dijalankan
         oleh Air Asia Berhad
    ii.  Mengenalpasti pendekatan strategik yang digunakan
        oleh syarikat Air Asia Berhad
    iii. Mengenalpasti konsep perniagaan antarabangsa yang
        digunakan oleh Syarikat Air Asia Berhad

e.  Latar belakang kajian
     Perlu mmepunyai maklumat seperti sejarah penubuhan, aktiviti utama, anak syarikat
     atau operasi di luar,      prestasi kewangan, lokasi, struktur organisasi, pencapaian dan sebagainya

f. Kaedah kajian
   i. Kenalpasti kaedah kajian yang digunakan. Kajian ini sesuai dijalankan 
      dengan menggunakan data sekunder sahaja. Jika berkemapuan anda juga 
      boleh mendapatkan data primer.
  ii. Berikan justifikasi kenapa anda memilih kaedah kajian tersebut.
 iii. Jelaskan kelebihan kaedah tersebut
  iv. Jelaskan sumber yang  digunakan untuk mendapatkan maklumat. 
       Di antaranya laporan tahunan, keratan akhbar dan majalah, buku 
       yang ada rujukan atau bibliografi di belakang,  Laman web dan jurnal
  v. Nyatakan kegunaan data yang anda peroleh.
  vi. Pastikan anda mempunyai maklumat tentang dari mana data itu diperoleh. 
      Contohnya ada alamat url bahan yang dicari. 
      Misalnya Annual report Air Asia 2013  diperoleh dari       
       www.airasia.com/my/en/about-us/ir-annual-reports.page  
   vii. Anda juga perlu menyatakan tarikh bahan diterima
  viii. Definisi konsep perlu diambil dari buku rujukan yang sahih  
       yang ada senarai rujukan di belakang. Anda boleh merujuk kepada 
       buku berbahasa Inggeris seperti International Business dan Management


   Bahagian lain akan dibincang dalam sesi  berikutnya

   Teruskan usaha anda


   







kajian kes Pengajian Perniagaan - keusahawanan dan contoh jawapan

SYARIKAT MANJUNG SENDIRIAN BERHAD

Syarikat Manjung Sendirian Berhad merupakan sebuah syarikat  pengeluar pasu bunga terkenal di Sarikei, Sarawak.Hasil keuntungan syarikat ini adalah sebanyak RM76 juta  pada tahun 2013 setelah ditolak cukai syarikat sebanyak RM24 juta Syarikat ini diasaskan oleh Datuk Firdaus yang merupakan bekas guru sekolah. Setelah mengikuti kursus keusahawanan selama 6 bulan di sebuah agensi kerajaan, beliau telah mencagarkan rumahnya untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM100 000 sebagai modal perniagaan.  Beliau telah menggunakan kebolehannya dengan mencipta pelabagi bentuk pasu bunga yang baru dan juga mengubahsuai rekabentuk pasu bunga sedia ada untuk memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa berubah. Walaupun pada peringkat permulaannya  hasil jualan kurang memberangsangkan, pelbagai usaha yang diambil beliau menyebabkan syarikat ini berkembang  sehingga menjadi syarikat pasu bunga yangterkenal  di Sarawak.

Syarikat Manjung mempunyai 140 orang pekerja yang kebanyakannya merupakan penduduk sekitar Sarikei, Sarawak. Sumber bahan mentah pula diperoleh daripada pembekal tanah liat di seluruh negeri Sarawak dan sebahagian besar diperoleh di  sekitar Sarikei. Anak tempatan Sarikei ini memang dikenali umum di Sarawak dan ramai usahawan telah mengikuti jejak Datuk Firdaus untuk menjalankan perniagaan yang sama dan mendapat bimbingan beliau.  Datuk Firdaus juga banyak membantu anak muda tempatan dengan menyediakan pusat latihan, memberi derma kepada surau dan masjid di sekitar Sarikei dan juga sumbangan untuk pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam sekolah.

Kejayaan  Datuk Firdaus boleh dikaitkan dengan amalan beliau . Datuk Firdaus  berminat membaca pelbagai buku berkaitan dengan motivasi dan pengurusan. Beliau bertekad untuk membaca sekurang-kurangnya empat buku setiap minggu. Datuk Firdaus juga mempunyai diari untuk merekodkan tugas yang perlu dilakukan setiap hari. Setiap tahun , Datuk Firdaus akan menetapkan target pencapaian syarikat dan memastikan semua pekerja syarikat berusaha kearah pencapaian matlamat tersebut. Datuk Firdaus juga disanjungi oleh semua pekerja kerana berusaha untuk memahami masalah yang mereka hadapi dan kurang memberi tekanan untuk menyelesaikan sesuatu tugas.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

a. Huraikan ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh Datuk Firdaus (16 markah)

Ciri
Definisi
Contoh daripada kes
Berani menanggung risiko


Kreatif

Beliau telah menggunakan kebolehannya dengan mencipta pelabagi bentuk pasu bunga yang baru
Inovatif

mengubahsuai rekabentuk pasu bunga sedia ada untuk memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa berubah
Mempunyai inisiatif yang tinggi




b. Huraikan peranan yang dimainkan oleh Datuk Firdaus sebagai seorang usahawan  (20 markah)

Peranan
Definisi
Kaitan dengan kes
Menyediakan peluang pekerjaan

Syarikat Manjung mempunyai 140 orang pekerja yang kebanyakannya merupakan penduduk sekitar Sarikei, Sarawak
Menjadi model ikutan masyarakat


Meningkatkan pendapatan negara


Menggunakan sumber tempatan

Sumber bahan mentah pula diperoleh daripada pembekal tanah liat di seluruh negeri Sarawak dan sebahagian besar diperoleh di  sekitar Sarikei
Menjalankan tanggungjawab sosial




c. Huraikan ciri-ciri efektif yang dimiliki oleh Datuk Firdaus  (16 markah)

Ciri
Definisi
Kaitan dengan kes
Tajamkan gergaji


Memahami sebelum difahami


Mulakan dengan mengingati  matlamat


Lakukan perkara yang utama dahulu
Memberi kutamaan kepada perkara yang perlu dilakukan dahulu
Datuk Firdaus juga mempunyai diari untuk merekodkan tugas yang perlu dilakukan setiap hari





Sunday, June 15, 2014

PBS PENGAJIAN PERNIAGAAN 2014

Sudahkah anda membaca soalan kerja kursus PP PBS 2014?

Soalan memerlukan anda memilih sebuah syarikat Multinasional dan bincangkan aktiviti perniagaan serta konsep perniagaan antarabangsa yang digunakan dalam syarikat tersebut.


Langkah pertama ialah pengumpulan bahan.

Anda perlu mencari sebuah MNC. MNC bermaksud syarikat tempatan yang mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan atau subsiadiri di negara lain.

Antara MNC di Malaysia ialah

a. Institusi kewangan- CIMB, Maybank, Public Bank

b. Penerbangan- Airasia

c. Perladangan- Simedarby

d. Francais-Secret recipe,Bangikopitiam

Pilih syarikat yang yang mudah mendapat maklumat agar, anda tidak menghadapi masalah semasa menjalankan kajian.Misalnya ada banyak bahan tentang Airasia berbanding dengan Simedarby.

Pastikan sumber maklumat yang pelbagai seperti keratan akhbar, buku, majalah, laman web dan laporan tahunan.

Laporan Tahunan syarikat ialah sumber lengkap sesebuah syarikat yang mengandungi maklumat terkini aktiviti perniagaan dan kedudukan kewangan.  Anda boleh mendapatkan laporan tahunan dari lamanweb syarkat berkenaan atau daripada bursa malaysia secara percuma.
Contohnya untuk syarikat Airasia anda boleh melayari laman  web www.airasia.com/‎ atau di 
klse.i3investor.com



FORMAT BARU PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM 2015

Hai students,

Format Baru Pengajian Perniagaan mulai STPM 2015.

Waktu Peperiksaan bertambah sebanyak 15 minit. Waktu peperiksaan sekarang ialah 1 jam 45 minit.

Untuk Bahagian B, soalan panjang ada pilihan. Pelajar boleh menjawab mana-mana satu daripada dua soalan yang diberikan.

Tuesday, May 27, 2014

PBS PENGAJIAN PERNIAGAAN 2014

Hai pelajar,
Bagi yg belum tahu tajuk kerja Kursus tahun ini sila layari laman web mpm.

Tajuk tahun ini berkaitan dengan syarikat multinasional dan pendekatan strategik.

Cikgu anda akan memberi taklimat lepas cuti.

Sementara itu mulalah cari bahan. Dapatkan info tentang syarikat multinasional iaitu syarikat yg ada operasi pengeluaran di beberapa buah negara seperti cimb, maybank dan nestle.

Dapatkan info tentang latarbelakang syarikat, produk yg dikeluarkan, serta info lain yg berkaitan.




Wednesday, May 21, 2014

Perniagaan dan persekitaran- Contoh soalan, kehendak soalan dan contoh jawapan



1.    Jelaskan empat konsep  asas perniagaan                               [6]

(soalan ini memerlukan pelajar jelaskan empat konsep penting berkaitan dengan perniagaan. Jelaskan bermaksud huraian lengkap dengan contoh yang sesuai)


Jawapan
Empat konsep  asas perniagaan ialah
-       Ada barang dan perkhidmatan seperti pengusaha perabot membekalkan perabot untuk kegunaan pengguna.
-       Memenuhi keperluan dan kehendak iaitu pengusaha perabot menyediakan perabot yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan
-       Ada pertukaran nilai iaiitu perabot ditukarkan dengan nilai dalam bentuk wang
-       Bermotifkan keuntungan iaitu pengusaha perabot menyediakan perabot untuk mendapatkan keuntungan.



TV3 Berhad

Persatuan Seni Silat Wangsa Maju
2.    Bezakan dua jenis aktiviti perniagaan di atas.                              [4]

(soalan membezakan mesti menunjukkan aspek perbezaan dan kaitkan dengan contoh yang diberikan)

Jawapan

Aspek
TV3 Berhad
Persatuan Seni Silat Wangsa Maju
Aktiviti
Menyediakan perkhidmatan penyiaran
Menganjurkan kursus dan pertandingan berkaitan dengan seni silat
Motif
Mendapat keuntungan maksimum
Menjaga kebajikan ahli


3.    Jelaskan sumbangan aktiviti perniagaan kepada pengguna.      [4]

(soalan ini memerlukan pelajar menjelaskan kepentingan aktiviti perniagaan kepada pengguna

-       Menyediakan barang
-       Harga yang berpatututan
-       Barang yang cukup
-       Barang yang pelbagai
(Jawapan yang salah kerana tiada huraian) 


Jawapan yang tepat
-       Menghasilkan barangan dan  perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
-       Mengagihkan dan mengedarkan barangan dan perkhidmatan untuk sampai ke tangan pengguna pada harga dan kos berpatutan, kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan tepat pada masanya.
-        Menyediakan barangan yang bermutu dan selamat digunakan oleh pengguna.
-       Memastikan barangan dan perkhidmatan yang disediakan adalah sentiasa cukup untuk menampung keperluan pengguna.

4.    Mengapakah aktiviti perniagaan penting kepada ekonomi sesebuah negara?                                                                                 [6]
(Soalan ini memerlukan pelajar menjelaskan kepentingan perniagaan kepada ekonomi )

Jawapan
-       Menyumbang kepada  pendapatan negara dengan membayar cukai.
-       Menyediakan peluang pekerjaan dan ini dapat mengurangkan pengangguran dalam negara.
-       Membendung masalah inflasi dengan memastikan bekalan barang yang cukup agar harga tidak meningkat.
-       Mewujudkan industri hiliran atau industri sampingan yang mewujudkan banyak peluang perniagaan.


5.    Jelaskan empat kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat.                                                                     [6]

Jawapan
-       Menyediakan peluang pekerjaan kpd masyarakat dan ini dapat meningkatkan pendapatan masyarakat
-       Menjalankan tanggungjawab sosial seperti memberi derma dan biasiswa
-       Menawarkan barangan berkualiti dgn harga berpatutan kepada masyarakat .
-       Meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan memberi pendapatan yg stabil yng membantu masyarakat membeli pelbagai barang dan perkhidmatan untuk hidup lebih selesa..


6.    Jelaskan maksud untung dan nyatakan tiga kepentingannya.   [4]

7.    Mengapakah untung merupakan motif utama sesebuah perniagaan?                                                                     [6]

Jawapan untuk soalan 6 dan 7

-       Untung ialah jumlah hasil ditolak jumlah kos. Merupakan hasil bersih daripada aktiviti perniagaan setelah jumlah perbelanjaan ditolak daripada jumlah hasil.
kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan
-       Ganjaran kpd pengusaha-sebab sanggup hadapi risiko
-       Sebagai sumber modal-utk pembesaran/penerusan perniagaan
-       Tahap Keuntungan melambangkan imej sesebuah syarikat
-       Dorongan kepada pelabur agar terus atau menambahkan modal dalam syarikat itu.



Soalan Panjang

Huraikan  cabaran - cabaran yang dihadapi oleh industri computer  Malaysia pada masa hadapan.                                                       [15]

Tiga perkara penting dalam soalan ini ialah
a. cabaran perniagaan
b. perlu huraikan
c. kaitkan dengan industri computer

Jawapan
Globalisasi
Ia merujuk kepada konsep dunia tanpa sempadan di mana semua peniaga bebas menjalankan aktiviti perniagaan di dalam dan luar negara iaitu tahap antarabangsa tanpa sebarang sekatan. Industri perabot akan menghadapi persaingan yang sengit  kerana kemsukan perabot yang lebih bermutu dan murah dari Negara lain. Persaingan harga jika gagal ditangani menyebabkanindustri perabot Malaysia mengalami kemerosotan jualan dan kerugian.
Peningkatan Kemajuan Teknologi
Ini akan membawa kepada perubahan kaedah pengeluaran dan mmeberi kesan kepada kos , rekabneutk dan kualiti barang.
Peningkatan kemajuan teknologi yang pesat akan menyebabkan industry perabot perlu bersedia untuk membuat rekabentuk perabot yang baru, dan penggunaan teknologi yang baru akan dapat mengurangkan kos pengeluaran, peningkatan mutu peraboit . Tetapi, industry memerlukan modal yang banyak  untuk menggunakan teknologi baru.
Peningkatan Tanggungjawab Sosial
Obligasi industry perabot kepada pihak NGO seperti penggunaaan kaedah pengeluyaran mesra alam, memberi sumbangan kepada pihak NGO, dan mengurangkan pembaziran sumber. Tekanan kepada keperluan tanggungjawab social adalah lebih mencabar pada masa kini..

Kewujudan Blok-Blok Perdagangan
Kewujudan blok perdagangan seperti EU,AFTA akan memberi kesan kepada industry perabot kerana persaingan sengit di kalangan pengeluar serta kesukaran masuk ke pasaran asing. Kemungkinan dikenakan cukai yang tinggi menyebabkan daya saing perabot menurun.
Sumber Semakin Berkurangan

Penurunan sumber disebabkan kepupusan seperti sumber hutan yang makin berkurangan menyebabkan industry perabot terpaksa mencari alternative baru untuk bahan mentah dan ini mungkin meningkatkan kos pengeluaran perabot.