1. Jelaskan
empat konsep asas perniagaan [6]
(soalan ini memerlukan pelajar
jelaskan empat konsep penting berkaitan dengan perniagaan. Jelaskan bermaksud
huraian lengkap dengan contoh yang sesuai)
Jawapan
Empat
konsep asas perniagaan ialah
-
Ada barang dan perkhidmatan seperti pengusaha
perabot membekalkan perabot untuk kegunaan pengguna.
-
Memenuhi keperluan dan kehendak iaitu
pengusaha perabot menyediakan perabot yang boleh memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan
-
Ada pertukaran nilai iaiitu perabot ditukarkan
dengan nilai dalam bentuk wang
-
Bermotifkan keuntungan iaitu pengusaha
perabot menyediakan perabot untuk mendapatkan keuntungan.
TV3 Berhad
|
|
Persatuan Seni
Silat Wangsa Maju
|
2. Bezakan dua jenis aktiviti perniagaan
di atas. [4]
(soalan membezakan mesti menunjukkan
aspek perbezaan dan kaitkan dengan contoh yang diberikan)
Jawapan
Aspek
|
TV3
Berhad
|
Persatuan
Seni Silat Wangsa Maju
|
Aktiviti
|
Menyediakan
perkhidmatan penyiaran
|
Menganjurkan
kursus dan pertandingan berkaitan dengan seni silat
|
Motif
|
Mendapat
keuntungan maksimum
|
Menjaga
kebajikan ahli
|
3.
Jelaskan
sumbangan aktiviti perniagaan kepada pengguna. [4]
(soalan ini memerlukan pelajar
menjelaskan kepentingan aktiviti perniagaan kepada pengguna
-
Menyediakan
barang
-
Harga
yang berpatututan
-
Barang
yang cukup
-
Barang
yang pelbagai
(Jawapan yang salah kerana tiada
huraian)
Jawapan yang tepat
- Menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna
- Mengagihkan dan mengedarkan
barangan dan perkhidmatan untuk sampai ke tangan pengguna pada harga dan
kos berpatutan, kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan tepat pada masanya.
- Menyediakan barangan yang bermutu
dan selamat digunakan oleh pengguna.
- Memastikan barangan dan perkhidmatan
yang disediakan adalah sentiasa cukup untuk menampung keperluan pengguna.
4.
Mengapakah
aktiviti perniagaan penting kepada ekonomi sesebuah negara? [6]
(Soalan ini memerlukan pelajar
menjelaskan kepentingan perniagaan kepada ekonomi )
Jawapan
-
Menyumbang kepada pendapatan negara dengan membayar cukai.
- Menyediakan peluang pekerjaan dan ini dapat mengurangkan pengangguran
dalam negara.
- Membendung masalah inflasi dengan
memastikan bekalan barang yang cukup agar harga tidak meningkat.
- Mewujudkan industri hiliran atau industri
sampingan yang mewujudkan banyak peluang perniagaan.
5.
Jelaskan
empat
kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat. [6]
Jawapan
-
Menyediakan peluang
pekerjaan kpd masyarakat dan ini dapat meningkatkan pendapatan masyarakat
-
Menjalankan
tanggungjawab sosial seperti memberi derma dan biasiswa
-
Menawarkan barangan berkualiti
dgn harga berpatutan kepada masyarakat .
- Meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan memberi pendapatan
yg stabil yng membantu masyarakat membeli pelbagai barang dan perkhidmatan
untuk hidup lebih selesa..
6.
Jelaskan
maksud untung dan nyatakan tiga kepentingannya. [4]
7.
Mengapakah
untung merupakan motif utama sesebuah perniagaan? [6]
Jawapan untuk soalan 6 dan 7
- Untung ialah jumlah hasil ditolak jumlah kos. Merupakan hasil
bersih daripada aktiviti perniagaan setelah jumlah perbelanjaan ditolak
daripada jumlah hasil.
kepentingan
keuntungan kepada sesebuah perniagaan
-
Ganjaran kpd pengusaha-sebab sanggup hadapi risiko
- Sebagai sumber modal-utk pembesaran/penerusan perniagaan
- Tahap Keuntungan melambangkan imej sesebuah syarikat
- Dorongan kepada pelabur agar terus atau menambahkan modal
dalam syarikat itu.
Soalan Panjang
Huraikan cabaran - cabaran yang
dihadapi oleh industri computer Malaysia
pada masa hadapan. [15]
Tiga perkara penting dalam soalan ini
ialah
a. cabaran perniagaan
b. perlu huraikan
c. kaitkan dengan industri computer
Jawapan
Globalisasi
Ia merujuk kepada konsep dunia tanpa
sempadan di mana semua peniaga bebas menjalankan aktiviti perniagaan di dalam
dan luar negara iaitu tahap antarabangsa tanpa sebarang sekatan. Industri
perabot akan menghadapi persaingan yang sengit
kerana kemsukan perabot yang lebih bermutu dan murah dari Negara lain.
Persaingan harga jika gagal ditangani menyebabkanindustri perabot Malaysia
mengalami kemerosotan jualan dan kerugian.
Peningkatan Kemajuan Teknologi
Ini akan membawa kepada perubahan
kaedah pengeluaran dan mmeberi kesan kepada kos , rekabneutk dan kualiti
barang.
Peningkatan kemajuan teknologi yang
pesat akan menyebabkan industry perabot perlu bersedia untuk membuat rekabentuk
perabot yang baru, dan penggunaan teknologi yang baru akan dapat mengurangkan
kos pengeluaran, peningkatan mutu peraboit . Tetapi, industry memerlukan modal
yang banyak untuk menggunakan teknologi
baru.
Peningkatan Tanggungjawab Sosial
Obligasi industry perabot kepada pihak
NGO seperti penggunaaan kaedah pengeluyaran mesra alam, memberi sumbangan
kepada pihak NGO, dan mengurangkan pembaziran sumber. Tekanan kepada keperluan
tanggungjawab social adalah lebih mencabar pada masa kini..
Kewujudan Blok-Blok Perdagangan
Kewujudan blok perdagangan seperti
EU,AFTA akan memberi kesan kepada industry perabot kerana persaingan sengit di
kalangan pengeluar serta kesukaran masuk ke pasaran asing. Kemungkinan
dikenakan cukai yang tinggi menyebabkan daya saing perabot menurun.
Sumber Semakin Berkurangan
Penurunan sumber disebabkan kepupusan
seperti sumber hutan yang makin berkurangan menyebabkan industry perabot
terpaksa mencari alternative baru untuk bahan mentah dan ini mungkin meningkatkan
kos pengeluaran perabot.
No comments :
Post a Comment