Thursday, October 17, 2013
Tuesday, October 15, 2013
Hershey
Bina Kilang Baru Di Malaysia
THE HERSHEY Company (Hershey) akan membina sebuah
kilang baru membuat konfeksi di Johor, untuk memenuhi peningkatan permintaan
pengguna terhadap produknya di rantau ini.Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai
Rantaian Bekalan Hershey Terence O’Day berkata, kilang baru itu
menggunakan teknologi pembuatan konfeksi terkini.
"Ia akan memperkukuh kedudukan kami untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap rangkaian produk kami di seluruh rantau ini."Pengguna di seluruh Asia kini mula menggemari pelbagai produk konfeksi Hershey dan China khususnya, sedang berkembang lebih pesat daripada mana-mana pasaran lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Kilang Hershey dengan pelaburan bernilai US$250 juta (RM816 juta) itu adalah pelaburan tunggal terbesar di Asia sepanjang 18 tahun sejarah syarikat itu.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Noharuddin Nordin berkata, pemilihan Malaysia sebagai tapak kilang Hershey adalah bukti negara ini tetap mempunyai daya tarikan untuk syarikat multinasional datang membuat pelaburan besar di rantau ini."Projek ini akan membawa manfaat ekonomi yang positif kepada Malaysia dari segi pekerjaan dan perniagaan bagi pembekal tempatan," katanya.

Dipetik
dan diubahsuaikan daripada http://www.sinarharian.com.my/ bisnes/hershey-bina-kilang-baru-di-malaysia-1.210213
pada 14 Oktober 2013
a.
Jelaskan empat faktor persekitaran umum yang
mendorong pelabur asing membuka kilang di Malaysia.
Jawapan
- Politik dan perundangan –dasar mesra
pelabur, kadar cukai yang kompetitif, galakan pelaburan, bantuan kerajaan
- Prasarana- sistem pengangkutan yang
cekap, pelabuhan, telekomunikasi
- Sosiobudaya- budaya orang Asia hampir sama,
pekerja yang berkelayakan
- Ekonomi- kadar upah yang kompetitif,
keadaan ekonomi yang stabil, kos operasi yang rendah
- Persaingan dan jaringan
b. Jelaskan
faktor –faktor yang mempengaruhi penentuan lokasi kilang Hershey.
Jawapan
- Peraturan dan kawalan undang-undang
- Politik dan budaya setempat
- Sumber manusia
- Utiliti
- Pasaran
- Pengangkutan dan logisitk
c.
Jelaskan kelebihan yang dinikmati oleh
Hershey yang memasuki pasaran global.
Jawapan
- Saiz pasaran
- Kos operasi
- Cukai
- Ekonomi bidangan
- Bahan mentah
- Persaingan
d. Mengapakah
kerajaan perlu menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke Malaysia?
Jawapan
- Peluang pekerjaan
- Pendapatan negara
- Aliran masuk modal
- Pertukaran asing
- Pemindahan teknologi
- Perkembangan Industri sokongan
Kajian kes Pengajian Perniagaan - persekitaran Perniagaan dan Pemasaran
Pizza Hut Buka 10 cawangan
PIZZA Hut
Restaurants Sdn Bhd (Pizza Hut) optimis untuk membuka 10 cawangan baru di
seluruh negara menjelang akhir tahun ini.Pengurus Besar Kanan Pizza Hut, Low
Kang Moon berkata, setiap cawangan baharu itu akan memerlukan pelaburan besar
RM500,000 hingga RM1 juta mengikut lokasi setiap cawangan.
“Buat masa ini, kami mempunyai lebih 300 cawangan yang beroperasi di setiap negeri berbanding pesaing kami yang mempunyai cawangan lebih kurang seratus cawangan sahaja,” katanya selepas pelancaran menu terbaru Cheesy Bites Trio Pizza, di Kuala Lumpur, semalam.Sementara itu ketika ditanya berhubung cadangan untuk membuka cawangan di luar negara, Moon berkata, setakat ini, Pizza Hut hanya akan menumpukan pada pembukaan cawangan dalam negara kerana masih banyak potensi perlu diterokai di negara ini.
Menurutnya, Pizza Hut turut membelanjakan RM3 juta bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta kempen bagi produk baru itu sehingga Disember ini.“Pelancaran ini adalah fasa pertama manakala fasa kedua akan bermula pada November 2013 dengan menambah perisa lain bagi Piza The Cheesy Bites Trio.
“Kami juga menyasarkan produk ini akan menyumbang 25 peratus jumlah jualan kepada sasaran jualan kami bagi tahun ini,” katanya.Piza The Cheesy Bites Trio menampilkan dua jenis inti keju, iaitu krim keju dan tiga perisa keju, kemudiannya diberikan sentuhan unik dengan tiga jenis taburan berbeza iaitu bijian panggang, keju parmesan dan chipotle berempah.
Produk itu boleh didapati dengan harga RM29.90 bagi saiz biasa dan RM38.90 untuk saiz besar serta hidangan kombo bermula RM32.90 (dua orang) sehingga RM48.90 (empat orang).

Dipetik dan diubahsuai
daripada http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pizza-hut-buka-10-cawangan-1.210538
Soalan
a.
Jelaskan
kesan pembukaan cawangan baru kepada
Pizza Hut
b.
Mengapakah
aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting kepada Pizza Hut?
c.
Jelaskan
kaedah penentuan harga Pizza Hut.
d.
Jelaskan
cabaran-cabaran perniagaan kepada Pizza Hut Malaysia.
e.
Jelaskan
tiga faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan Pizza di Malaysia
kajian kes Pengajian Perniagaan- Francais
Program Francais
Komuniti Catat RM93 Juta Nilai Belian Francaisi Sejak Okt 2011
Program Francais Komuniti yang dianjurkan oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya
mencatat nilai belian francaisi berjumlah RM93 juta sejak ia dilancarkan pada
Okt 2011.Menteri berkenaan, Datuk Hasan Malek berkata, daripada jumlah itu,
sebanyak RM37.8 juta disumbangkan oleh francais mikro, RM55.2 juta adalah
daripada francais makro, manakala sebanyak 280 francaisi mikro baru, berjaya
diwujudkan dalam tempoh tersebut sehingga kini.
"Usaha kerajaan dalam membantu menggiatkan industri francais semakin menampakkan kejayaan di mana sehingga 10 Okt tahun ini sejumlah 679 syarikat francais daripada pelbagai sektor telah didaftarkan di negara ini."Selain itu bidang francais juga telah memberikan sumbangan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara di mana pada tahun lalu, ia menyumbang sebanyak RM23.6 bilion dan dijangka dapat ditingkatkan kepada RM24.3 bilion pada tahun depan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menutup Program Francais Komuniti Zon Timur 2013 di sini Ahad.Dalam pada itu Hasan berkata bakal usahawan francais perlu menangkis tanggapan bahawa bidang perniagaan francais memerlukan modal yang besar dan berisiko tinggi.
"Kerajaan kini telah memperkenalkan sistem perniagaan francais mikro yang menggalakkan syarikat francais mewujudkan pakej francais yang menawarkan modal permulaan yang kecil, iaitu kurang daripada RM50,000."Langkah ini juga sekaligus dapat membantu syarikat francais tempatan mengembangkan perniagaan mereka menerusi konsep modal kecil yang pastinya akan menarik lebih ramai menceburi perniagaan ini," katanya.

daripada http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ newsindex.php?id=985407 pada 11 Oktober 2013.
Soalan
a.
Mengapakah kerajaan menggalakkan perniagaan francais?
b.
Adakah anda bersetuju dengan tanggapan bahawa bidang
perniagaan francais memerlukan modal yang besar dan berisiko tinggi?
c.
Jelaskan bentuk bantuan kerajaan yang boleh digunakan
oleh bakal usahawan yang ingin menceburi perniagaan francais.
kajian kes Pengajian perniagaan- Pos Malaysia
Cadangan jawapan
a. Cara -cara mengurangkan kos operasi
i. mengawal perbelanjaan promosi
ii. mengurangkan ganjaran kewangan
iii. meningkatkan produktiviti pekerja
iv. penstrukturan semula organisasi
v. memperkenalkan inovasi perkhidmatan
vi. penggunaan kaedah tempahan online
b. kaedah pengedaran yang digunakan ialah
i. pembukaan outlet
ii. perlantikan ejen
c.
i. satu bentuk publisiti
ii. meningkatkan imej
iii. meningkatkan jualan
iv. menangani pesaing
d.
i. pelaburan dalam IT
ii. pelaburan dalam sumber manusia
iii. pelaburan dalam instrumen seperti saham, simpanan tetap
iv. pelaburan dalam aset tetap seperti pembukaan outlet baru
e.
i. ekonomi
ii. teknologi
iii. persaingan dan jaringan
iv. prasarana
f.
i. globalisasi
ii. tenaga kerja
perkembangan teknologi
iv. tanggungjawab sosial
Friday, September 27, 2013
kajian kes pemasaran & pengeluaran
Perodua jual 2.2 juta kereta dalam 20 tahun
PERUSAHAAN
Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan jualan sebanyak 2.2 juta unit
kenderaan setakat ini sejak jenama kereta tempatan itu mula beroperasi 20 tahun
lalu.Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, bagi
tahun ini, Perodua menjual sebanyak 130,000 kereta sehingga Ogos lalu, iaitu
peningkatan 3.5 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
“Myvi masih menjadi penyumbang utama dengan jualan 8,000 hingga 9,000 unit setiap bulan dan permintaan kepada model itu bertambah kukuh.“Walaupun banyak cabaran daripada pemain automotif dalam dan luar negara, Perodua akan pastikan kami kekal dengan objektif utama iaitu menyediakan kenderaan dan servis berkualiti yang mampu dimiliki rakyat Malaysia,” katanya pada majlis pengumuman pemenang pertandingan Revive Your Drive anjuran Perodua.
Aminar berkata, Perodua melihat persaingan sebagai perkembangan baik buat pengguna di negara ini kerana syarikatnya akan menyediakan produk serta servis selepas jualan yang lebih baik.Ditanya sama ada harga model baru Perodua yang dijadual dilancarkan tahun depan lebih murah berbanding sekarang, beliau berkata Perodua akan mengekalkan harga berpatutan dan dalam masa sama menjaga kualiti kenderaannya.

Menurutnya,
model baharu Perodua itu akan menggunakan enjin aluminium yang menjimatkan
minyak serta boleh mengurangkan kos, selari dengan sasaran syarikat itu untuk
menurunkan kos pengeluaran antara 20 dan 30 peratus menjelang 2015.
(dipetik dan
disesuaikan daripada www.sinarharian.com.my dicapai
pada 28 September 2013)
kajian kes ini boleh
dikaitkan dengan pemasaran dan pengeluaran
a. Jelaskan
faktor yang menyebabkan peningkatan jualan walaupun menghadapi persaingan
sengit. (6 markah)
(perkhidmatan pelanggan,
kualiti kereta, harga, teknologi)
b. Jelaskan
langkah-langkah yang boleh diambil oleh Perodua untuk mengurangkan kos
pengeluarannya (8 markah)
(kaedah penjimatan kos seperti peningkatan produktiviti, pengurangan
pembaziran,
kawalan inventori- JIT, kawalan kos
promosi, operasi dan pentadbiran)
c. Jelaskan
dua persekitaran umum yang mempengaruhi Perusahaan Otomobil Sdn Bhd. (8
markah)
(teknologi, globalisasi,
politik dan perundangan, ekonomi)
d. Jelaskan
tanggungjawab Perodua terhadap pelanggan dan pekerja (6
markah)
e. Mengapakah
aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting kepada Perodua? (6
markah)
(produk bermutu, kepuasan
pelanggan, inovasi produk, penjimatan kos, daya saing)
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)