AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Ajinomoto
Malaysia Berhad (AMB) mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1961 dan pada
peringkat permulaan produk syarikat ini diimport dari Jepun dan dipasarkan di
Malaysia. Pada tahun 1965, AMB telah membuka kilang di Malaysia untuk mengeluarkan dan memasarkan produknya
di Malaysia. Walaupun menghadapi persekitaran perniagaan yang tidak menentu,
AMB berjaya mengekalkan prestasi perniagaan yang kukuh dengan menyediakan
pelbagai produk bersesuaian dengan keperluan pasaran tempatan dan antarabangsa.
Pada peringkat
permulaan, AMB memasarkan perisa umami Ajinomoto untuk keperluan pengguna tempatan.
Hasil jualan AMB dalam segmen pasaran ini berkembang pada kadar 5.1% setahun
dan meningkat dari RM221.4 juta pada tahun 2011 kepada RM328.5 juta pada tahun 2019. Selepas itu,
AMB mengeluarkan pelbagai perisa makanan untuk
keperluan pengguna di Malaysia seperti Ajishio, Ajimix dan Seri Aroma.
Pada tahun 2010, stok ayam jenama Ajinomoto telah dilancarkan. Pada bulan Mac 2019
pula, AMB memperkenalkan Rasa Cifu iaitu
penambah perasa semua dalam satu. AMB juga
menjual perisa makanan jenama Tencho untuk kegunaan pengeluar mee segera dan makanan
segera. Segmen pasaran ni berkembang pada kadar 3% setahun dan meningkat dari
RM94.3 juta pada tahun 2011 kepada
RM119.2 juta pada tahun 2019. Antara produk Tencho ialah Ajinomoto Plus dan
Ajimate. Pada tahun 2019, AMB memperkenalkan satu lagi perisa makanan yang
boleh digunakan oleh pengeluar hasil tenusu iaitu Activa TG yang merupakan
enzim yang menjadi pemangkin untuk proses pempolimeran dan pautan protein. AMB
akan membina kilang baru di Nilai, Negeri Sembilan untuk mengukuhkan
pembangunan dan penghasilan produk perisa halal dan mematuhi syariah kerana majori pengguna
produk Ajinomoto beragama Islam. Kilang ini juga akan membangunkan pelbagai
produk sesuai dengan citarasa penduduk pelbagai kaum di Asia tenggara.
Ketidaktentuan
harga bahan mentah di pasaran telah meningkatkan kos pengeluaran AMB. Di
samping itu kenaikan dolar Amerika berbanding ringgit Malaysia juga menjejaskan
prestasi perniagaan Ajinomoto Malaysia. Disebabkan hampir 40% daripada jualan
produk AMB di pasaran luar negara, kejatuhan nilai ringgit membantu mengukuhkan
permintaan produk AMB di pasaran luar.Walaupun Ajinomoto menguasai hampir 80%
pasaran Malaysia, terdapat pengeluar tempatan dan syarikat asing yang mampu
jual perisa makanan dengan harga yang jauh lebih murah. Syarikat seperti
Campbel, Vedan dan Maggi juga juga mengeluarkan dan memasarkan produk perisa
makanan di Malaysia. Kos sara hidup Malaysia yang semakin meningkat menyebabkan
pengguna beralih kepada produk lain yang lebih murah. Ajinomoto menggunakan
kaedah komunikasi dan penjenamaan yang berkesan untuk mengatasi ancaman ini. Operasi
AMB juga terjejas ekoran tindakan kerajaan Malaysia mengetatkan Dasar pengambilan
pekerja asing. Setiap produk yang dikeluarkan oleh AMB menerima sijil Halal
yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sijil HACCP dan sijil GMP daripada Kementerian kesihatan
Malaysia serta pemeriksaan berkala oleh jabatan veteneri Malaysia.
Untuk kekal
sebagai pengeluar perisa makanan terunggul, AMB menggunakan kaedah pengeluaran
bertaraf dunia untuk memastikan produk yang dihasilkan mempunyai tekstur,
perisa dan rasa yang terbaik. Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan
(R&D) yang dilaksanakan oleh Ajinomoto Malaysia juga berjaya mengurangkan penggunaan
tenaga sebanyak 1%, kadar menggunakan semula bahan buangan sebanyak 14% serta
penjimatan penggunaan air sebanyak 15%. Kajian
menunjukkan pasaran perisa makanan berkembang pada kadar 3 % hingga 3.5% dan ini menyediakan peluang yang
besar kepada AMB untuk mengekalkan prestasi perniagaan yang kukuh.
(Dipetik dan disesuaikan daripada : www.ajinomoto.com.my, www.ajinomoto.com, www.thestar.com.my,
sinarharian.com.my, www.klse.i3investor.com,
www.fifthperson.com dan
www.theedgemarkets.com)
Berdasarkan kes di atas,
Jelaskan dua klasifikasi produk yang dikeluarkan oleh
Ajinomoto Malaysia [10]
Jelaskan persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan
Ajinomoto Malaysia [20]
11.
dua jenis produk yang dikeluarkan oleh Ajinomoto
Malaysia [10]
Fakta
|
huraian
|
Kaitan kes
|
Produk pengguna
|
Produk yang dibeli oleh individu untuk kegunaan peribadi/keluarga
|
Pada peringkat permulaan, AMB memasarkan perisa umami Ajinomoto untuk
keperluan pengguna tempatan.
AMB mengeluarkan pelbagai perisa makanan untuk keperluan pengguna di Malaysia seperti
Ajishio, Ajimix dan Seri Aroma.
Pada tahun 2010, stok ayam jenama Ajinomoto telah dilancarkan.
Pada bulan Mac 2019 pula, AMB
memperkenalkan Rasa Cifu iaitu penambah perasa semua dalam satu
|
Produk perindustrian
|
Produk yang dibeli oleh pengguna perniagaan untuk menghasilkan
barangan lain atau jual semula
|
AMB juga menjual perisa makanan jenama Tencho untuk kegunaan
pengeluar mee segera dan makanan segera.
Antara produk Tencho ialah Ajinomoto Plus dan Ajimate.
Pada tahun 2019, AMB memperkenalkan satu lagi perisa makanan yang
boleh digunakan oleh pengeluar hasil tenusu iaitu Activa TG yang merupakan
enzim yang menjadi pemangkin untuk proses pempolimeran dan pautan protein.
|
(1F+1H+3KK, 2x5=10m)
lima persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan
Ajinomoto Malaysia [20]
Fakta
|
Huraian
|
Kaitan kes
|
Persekitaran ekonomi
|
Keadaan ekonomi, inflasi , penawaran wang, kuasa beli
|
Ketidaktentuan harga bahan mentah di pasaran telah meningkatkan kos
pengeluaran AMB.
kenaikan dolar Amerika berbanding ringgit Malaysia juga menjejaskan
prestasi perniagaan Ajinomoto Malaysia.
Disebabkan hampir 40% daripada jualan produk AMB di pasaran luar
negara, kejatuhan nilai ringgit membantu mengukuhkan permintaan produk AMB di
pasaran luar
Kos sara hidup Malaysia yang semakin meningkat menyebabkan pengguna
beralih kepada produk lain yang lebih murah.
|
Persekitaran teknologi
|
Kaedah pengeluaran
|
Untuk kekal sebagai pengeluar perisa makanan terunggul, AMB
menggunakan kaedah pengeluaran bertaraf dunia untuk memastikan produk yang
dihasilkan mempunyai tekstur, perisa dan rasa yang terbaik.
Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilaksanakan
oleh Ajinomoto Malaysia juga berjaya mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak
1% , kadar menggunakan semula bahan buangan sebanyak 14% serta penjimatan
penggunaan air sebanyak 15%.
|
Persekitaran sosibudaya
|
Adat resam, agama, kaum
|
AMB akan membina kilang baru di Nilai, Negeri Sembilan untuk
mengukuhkan pembangunan dan penghasilan produk perisa halal dan mematuhi syariah kerana majori pengguna
produk Ajinomoto beragama Islam.
Kilang ini juga akan membangunkan pelbagai produk sesuai dengan
citarasa penduduk pelbagai kaum di Asia tenggara
|
Persekitaran politik dan perundangan
|
Keadaan politik ,sistem perundangan
|
Operasi AMB juga terjejas ekoran tindakan kerajaan Malaysia
mengetatkan Dasar pengambilan pekerja asing.
Setiap produk yang dikeluarkan oleh AMB menerima sijil Halal yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sijil HACCP
dan sijil GMP daripada Kementerian kesihatan Malaysia serta
pemeriksaan berkala oleh jabatan veteneri Malaysia.
|
Persekitaran persaingan dan jaringan
|
Pengeluar lain yang keluarkan barang hampir sama
Kerjasama dengan pengeluar lain
|
Walaupun Ajinomoto menguasai hampir 80% pasaran Malaysia, terdapat
pengeluar tempatan dan syarikat asing yang mampu jual perisa makanan dengan
harga yang jauh lebih murah.
Syarikat seperti Campbel, Vedan dan Maggi juga juga mengeluarkan dan
memasarkan produk perisa makanan di Malaysia.
Kos sara hidup Malaysia yang semakin meningkat menyebabkan pengguna
beralih kepada produk lain yang lebih murah.
Ajinomoto menggunakan kaedah komunukasi dan penjenamaan yang berkesan
untuk mengatasi ancaman ini.
|
Persekitaran antarabangsa
|
Merujuk kepada sistem perniagaan antarabangsa, halangan perniagaan
dan pertukaran asing
|
kenaikan dolar Amerika berbanding ringgit Malaysia juga menjejaskan
prestasi perniagaan Ajinomoto Malaysia.
Disebabkan hampir 40% daripada jualan produk AMB di pasaran luar
negara, kejatuhan nilai ringgit membantu mengukuhkan permintaan produk AMB di
pasaran luar
|
(1F+1H+2KK, 5X4= 20)
No comments :
Post a Comment